Tuesday, December 14, 2010










Sem 2, Year 4
Department Audiology And Speech Language Pathology
Kulliyyah of Allied Health Sciences
International Islamic University Malaysia


Menghampiri tempoh untuk bergraduasi. Tinggal beberapa bulan mendatang. Masih lagi teringat memori hampir 4 tahun lalu ketika mendaftarkan diri di kampus Kuantan ini. Ketika mendaftarkan diri untuk penginapan mahallah (kolej/asrama) baru tersedar yang diri ini akan berseorangan di dalam kelas untuk tempoh 4 tahun. TIADA LELAKI KECUALI DIRIKU! Bakal dikelilingi oleh 10 orang gadis sunti yang semuanya tidak kukenali. Perasaan? Akan kuceritakan dalam entri yang lain. =)


Pendaftaran mahallah dilakukan.Rupanya ada juga lelaki yang akan ambil bidang yang sama namun beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Mesir dalam bidang pergigian dan langsung tidak mendaftar di kampus Kuantan. Maka ditakdirkan aku hidup bersama 2orang pelajar Kulliyyah of Dentistry di Mahallah Talhah Blok D, bilik 3.8 compartment C. ...D3.8 C... Sekarang dah jadi T 3 kot. Ditakdirkan juga aku duduk se-aras dengan semua budak Dentistry manakala kawan2 yang lain duduk di blok yang lain gara2 susunan abjad yang digunakan untuk meletakkan kedudukan bilik kami. A udiology , D entistry , D iet, O ptometry, R adiography... (No wonder-lah, bila aku masuk klinik gigi, sister2 KOD sekalian macam terkejut apabila setiap brothers yang lalu kat tempat aku wat treatment, tegur-sapa aku. Famous ke apa aku ini?..KAMI PERNAH SEBILIK DAN SE-ARAS la hehe )





Kedudukan bilik yang betul2 menghadap Mahallah sister.Maka tingkap bilik ini selalu la tertutup..tsiqah. ;p


Penghujung tahun pertama pengajian, kecoh dengan arahan supaya Mahallah dalam kampus akan diperuntukkan untuk sisters sahaja. Apa la nasib brothers yang da sememangnya sedikit ini. Dihalau secara paksa-rela semata2 untuk bagi kepada sisters. Kecewa dengan masalah yang dihadapi, beberapa orang sahabat mencadangkan agar menyewa rumah di luar. Pencarian rumah dilakukan dan akhirnya rumah 2 tingkat dijumpai. Sewa RM 500 sebulan dengan ahli rumah seramai 8 orang.



Sehingga entri ini ditulis ,banyak kebaikan sebenarnya yang dapat diperolehi apabila hidup berdikari di luar.Antaranya, 1. hidup bermasyarakat dengan kejiranan yang secara tak langsung menimba pengalaman sebelum terjun dalam masyarakat selepas graduate nanti.2. Kemahiran memasak yang jarang2 orang lelaki dapat peluang tersebut.Dapur sudah tersedia ada, bahan dan orang yang memasak sahaja yang diperlukan =). 3. Menugurus kehidupan seharian: diri, rumah, kenderaan dan sebagainya. Nah, memang satu kelebihan dapat tinggal secara berdikari di rumah sewa ini.


Keadaan bilik sewaktu mula2 memasuki rumah sewa. =)















No comments:

Post a Comment