Thursday, December 22, 2011

Exam~






..Hidup perlu memilih dan membuat pilihan..

tak kira masa dan situasi

PILIHAN itu perlu

Anda yang menentukan PILIHAN







Paediatric Case

{toys}
{good distracter}
{type of test}





















doakan ye~

Thursday, October 13, 2011

Derma Darah

Alhamdulillah berjaya menderma darah buat kali ke-16 hari ini..




~Tidak terjadi sesuatu melainkan ada asbab dan hikmah selepasnya~





Flashback memory:


Tahun 2000: Basikal yang dinaiki dilanggar motor dari tepi.. pendarahan dalam otak walaupun luarannya nampak tiada apa2 kecederaan...pembedahan membuang darah beku... berjaya... selama seminggu satu botol kecil tergantung di belakangng kepala untuk membolehkan darah yang yang berlebihan mengalir keluar ke botol selepas pembedahan(procedure biasa)... start daripada situ terfikir, darah siapa la yang mengalir dalam tubuh ini.. moga2 orang yang baik dan beriman ... pasang azam untuk menderma darah nanti lepas da cukup umur..(time ni sangat muda lagi , 14tahun)




Tahun 2004 (DQ): da cukup umur untuk menderma(18 tahun).... muka sedikit cekung dan kawan2 selalu kata muka pucat.. cepat penat.. abis cari modal hafalan pukul 11 mlm, terus balik bilik dan tidur!Mata pun berat semacam je.. Xde aktiviti selepas itu...(betol2 jaga masa waktu itu..huhu~)... cubaan untuk menderma darah selalu gagal dek kerana tak cukup haemoglobin (pass: 12.5 Hg). Hospital Kuala Kubu Bharu jadi saksi atas kegagalan untuk menderma darah untuk beberapa kali.... (tak salahkan Pak Mat Kantin DQ dengan makanan2 beliau terutama telur plastik yang unik..hehe~)




Tahun 2005 - Kini: Alhamdulillah proses menderma berjalan dengan mudah dan lancar..tiada apa2 masalah..Derma darah untuk tolong orang yang memerlukan darah terutama dalam keadaan kecemasan sebagaimana diri ini menerima darah semasa pembedahan dulu, insyaAllah...





" Nikmat sihat sebelum sakit"





Entry lama tentang derma darah di sini...

























Wednesday, October 12, 2011

Bahaya memuji orang lain dan gila pujian

Pernah menulis tentang `ain ini di sini dan di sini..Kali ini copy paste article dari sini pula.. :)

Sunday, October 9, 2011

Mencari makna di sebalik pesta konvokesyen

Mencari makna di sebalik pesta konvokesyen
Mohamad Iqbal Ab Wahab


Kira-kira dua minggu yang lalu, saya ditanya oleh seorang wartawan berkenaan perkara yang menarik tentang pesta konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Soalan itu cukup mudah, namun memberi satu impak kepada diri saya untuk mencari jawapan yang tepat dan sebenar tentang istilah perkara yang menarik tentang pesta konvokesyen. Pesta Konvokesyen UIAM kali ke-27 yang berlangsung selama satu minggu bermula 8 Oktober 2011 hingga 15 Oktober 2011 harus mempunyai tarikannya yang tersendiri, bukan sekadar kegairahan untuk memeriahkan suasana konvokesyen di UIAM.

Asasnya, pesta konvokesyen ini bertujuan untuk meraikan graduan-graduan yang berjaya mendapatkan segulung ijazah hasil kerja keras sepanjang proses pengajian dan pengalaman pencerahan ilmu di menara gading ini. Seharusnya, untuk setiap kejayaan itu, perlu ada keraian sebagai perangsang untuk terus maju pada masa hadapan serta merintis jalan untuk melebarluaskan jalur intelek dan etika dalam masyarakat secara amnya.

Namun, apabila sesuatu proses atau perkara itu mengalami pengulangan dan dilihat sebagai suatu adat atau kebiasaan, maka objektif asal kewujudan perkara tersebut seperti pesta konvokesyen misalnya, semakin kabur dan kadang-kadang tidak jelas. Lantaran itu, timbullah idea-idea pelaksanaan yang meminggirkan kesucian nilai akademia dan intelektual yang menjadi fungsi penting bagi sesebuah universiti. Lantas, terdapat kesalahfahaman bahawa pesta konvokesyen ini harus diisi dengan hedonisme dalam usaha untuk mencipta dan mewujudkan suatu momentum kemeriahan dalam pesta.

Apakah ini yang seharusnya diyakini oleh keseluruhan mahasiswa dan masyarakat tentang pelaksanaan pesta konvokesyen? Apakah jenis pemikiran ini harus menjadi asas kepada refleksi modal insan yang menjadi harapan nusa bangsa kelak? Persoalan-persoalan inilah yang secara tidak sengaja diutarakan dalam benak fikiran saya sewaktu memikirkan jawapan bagi pertanyaan oleh wartawan tersebut. Oleh itu, saya melihat pendekatan dalam pesta konvokesyen harus melalui proses penjenamaan semula melalui pelaksanaan program sewaktu pesta berlangsung.

Seharusnya, pesta konvokesyen perlu didasari dengan semangat percambahan ilmu lebih-lebih lagi, universiti sepatutnya bertindak sebagai pusat penyaluran ilmu yang memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat di dalamnya, malahan golongan yang berada di sekitarnya juga. Di Turki dan Indonesia misalnya, pesta konvokesyen penuh dengan pesta jualan buku.

Lantaran itu, pesta konvokesyen UIAM cuba menerapkan kesedaran ilmu melalui program-program seperti National Seminar serta Seminar Penulisan (SerumpuN). Dalam masa yang sama, tidak dipinggirkan juga elemen kemeriahan melalui program-program yang lebih santai seperti Chocolate Fair, Grand Exhibition, Islamic Performance Night dan Fit for Fun Race. Sekurang-kurangnya, pengunjung boleh mendapatkan sesuatu yang bermanfaat melalui aktiviti-aktiviti tersebut lantas memberi impak yang positif dalam menjustifikasikan fungsi universiti sebagai pusat ilmu dan pembinaan masyarakat dalam konteks akademia dan pembangunan modal insan.

Saya juga berpandangan, objektif penubuhan universiti itu sendiri perlu mendasari segala aktiviti termasuklah pesta konvokesyen. Universiti sebagai suatu institusi yang mengembangkan potensi dan mentaliti masyarakat dari sudut kekuatan intelek dan rohaninya harus dijadikan batu asas kepada sebarang bentuk perbincangan dan pelaksanaan. Contohnya di UIAM, misi Triple ICE iaitu Integrasi (Integration), Pengantarabangsaan (Internationalization), Islamisasi (Islamization) dan Kefahaman Menyeluruh (Comprehensive Excellence) seharusnya menjadi pemangkin dalam usaha untuk mencetuskan inspirasi kepada seluruh warga universiti mahupun sekitar. Kesannya, universiti akan lebih bersifat inklusif dalam mendekatkan seluruh masyarakat dengan budaya keilmuan.

Di kesempatan ini juga, tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang bakal menerima segulung ijazah sama ada kedoktoran, ijazah sarjana mahupun sarjana muda. Semoga produk-produk yang terlahir setelah melalui pengalaman ilmu di universiti mampu untuk disebarluaskan dalam kalangan masyarakat seterusnya menggunakan kemahiran yang dilalui sepanjang proses pencerahan ilmu di institusi pengajian tinggi untuk meningkatkan produktiviti dan mentaliti masyarakat supaya mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Penulis ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA

Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012

Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012

Foto ihsan Zaharuddin.Net

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.

Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.

Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.

Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.

Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Juga sabda baginda:-

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.

Secara ringkas dan mudah dan berdasarkan kemampuan kami yang sederhana, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-

A) Sokongan sepenuhnya

Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-

  1. Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
  2. Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna’, murabahah, ijarah.
  3. Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
  4. Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
  5. Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
  6. Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
  7. Pertukaran gaji kepada sistem satu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadar RM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pad akadar 7-13 peratus.
  8. Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
  9. Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
  10. Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
  11. Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swasta akan mendapat potongan cukai.
  12. Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui dana bernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
  13. Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
  14. Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
  15. Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
  16. Naik pencen 2 peratus setahun.
  17. Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
  18. Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu. Bajet RM 15 juta diperuntukan.
  19. Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
  20. Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaan sebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
  21. Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
  22. Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
  23. Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
  24. Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.

B) Sokongan dan nota perhatian

Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-

  1. Pengecualian cukai duti import dan duti eksais untuk kereta elektrik dan hybrid. Namun pihak kami merasakan pihak kerajaan sewajarnya meluaskan lagi galakan ini dan bukan sekadar terhad kepada dalam industri automatif, malah juga wajar diberikan potongan cukai atau insentif yang sesuai kepada mana-mana perusahaan dan perkilangan yang mampu beroperasi secara bersih dan kurang pencemaran melalui sistem ‘tekonologi hijau’, selain itu kami juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji bagi mengenakan cukai penalti atau khas kepada mana-mana kenderaan dan kilang yang mengakibatkan sebaran ‘carbon emission’ berlebihan kepada persekitaran.
  2. Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
  3. Skim rumah pertama bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah.
  4. Amanah ikhtiyar – 2.1 billion bagi tujuan ‘micro credit’, namun diharapkan agar ia mampu disalur juga melalui dana patuh Shariah.
  5. Sistem bas di luar Bandar RM 150 juta. Namun begitu, bajet kali ini mengalpakan peruntukan dan tumpuan untuk pengemaskinian dan sistem transportasi dalam bandar yang masih belum berkesan..
  6. Menggalakkan Doktor, akauntan, guaman dan lain-lain professional buka perkhdimatan di luar Bandar dengan dana RM100 juta bagi pinjaman riba 4 peratus. Ia disokong namun mengapa tiada pilihan dana patuh Shariah? Juga disarankan agar kerajaan bukan hanya mengehadkan kepada badan professional tetapi juga badan-badan kebajikan dan sukarela yang ingin mengadakan khidmat sepertinya.
  7. SME ‘revitalization fund’ untuk SME bermasalah. Pinjaman mudah 1 juta boleh diberikand dari dana bernilai RM 100 juta yang disediakan. Walau bersetuju namun pihak kami merasakan keperluan kerajaan memberi pilihan perkhidmatan Patuh Shariah melalui perbankan Islam.
  8. Bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerjaaan mampu merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji. Juga pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, juga tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
  9. Pemilik teksi individu dan kereta sewa dikecualikan dari duti eksais dan cukai jalan sebanyak 100 %. Ini adalah baik bagi menggalakan lagi tekanan syarikat kepada pemandu teksi. Pun begitu, kami juga merasakan adalah bertambah jika kerajaan dapat juga mempertimbangkan pemberian permit-permit teksi kepada individu dengan lebih banyak.
  10. KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada)

C) Komentar umum

Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-

  1. Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
  2. Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
  3. Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan.
  4. Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
  5. Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
  6. Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
  7. Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja. Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
  8. Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahun adalah terlalu panjang yang merugikan Negara khususnya apabila kewangan negara berada di dalam kedaaan defisit, justeru kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
  9. Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khusus untuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
  10. ‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
  11. Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumah ketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta pembiayaan dan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
  12. Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
  13. Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
  14. Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
  15. Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
  16. Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
  17. Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus, ia dijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.

Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT:

إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (An Nisa:58)

Firman Allah juga :

إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya. ( Al-Qasas : 26)

Sabda Rasulullah SAW:

Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)

Dari kami untuk khidmat masyarakat,

Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)

Ustaz Dr. Maszlee Malik

Ustaz Dr Zahazan Muhammad,

Ustaz Syed Mohd Norhisyam

Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,

Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,

Ustaz Hj Aizam Mas’ud,

Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,

Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,

Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,

Ustaz Ramadhan Fitri Elias,

Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,

Ustaz Zamri Zainuldin ‘Mantop’

Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

Ustaz Shauqi Othman

Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta

Dr. Mohd Nizam Barom

Nasi Mandy Lahm (Daging) Misry

Bahan-Bahan:
PENYEDIAAN STOK TULANG UNTUK NASI
* 1 ½ kg tulang lembu/kambing yang ada daging
* 15 biji buah pelaga
* 15 kuntum bunga cengkih
* 15 biji lada hitam
* 1 sudu kecil jintan putih
* 1 biji buah pala (diketuk)
* 3 helai bay leaves a.k.a Daun Salam
* 1 inci halia (diketuk) PENYEDIAAN NASI
* 3 cawan beras basmathi
* 3-4 cawan stok tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
* 2 sudu minyak sapi / mentega / minyak zaitun
* 1 labu bawang besar yang besar (potong dadu)
* 1 biji tomato yang kecil (potong dadu)
* 4 biji buah pelaga
* 4 kuntum bunga cengkih
* 5 biji lada hitam
* garam secubit



PENYEDIAAN SALATAH
* 2 biji tomato
* 2 cili merah
* ½ biji bawang besar
* sedikit daun ketumbar
* lemon
* garam & gula secukup rasa




Cara:
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk bersama rempah ratus, bay leaves/daun salam dan halia. Tapis, ambil stok dan tulang dan daging.
2. Tumis bawang besar bersama minyak sapi / mentega / minyak zaitun sehingga layu. Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan stok tulang. Masukkan tulang dan daging. Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu. pindahkan ke periuk nasi elektrik. (Kalau nak biarkan kat dapur gas pun tak mengapa.. masak nasi sehingga masak). Bila sudah masak, bolehlah titik pewarna kuning. Kalau tak nak pun tidak mengapa.
3. Untuk salatah , kisar kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air). Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan lemon.
4. Hidang nasi bersama Salata , telur masin, acar timun atau sebagainya.. Selamat Menjamu selera nasi mandy Lahm(Daging)
Cadangan Hidangan:
7 orang makan

JANGAN MALU MAKAN PETAI

Petai mengandung 3 gula alami, yaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa, serta serat yang berguna sebagai pemasok, penopang, dan sumber energi. Penelitian membuktikan bahwa hanya memakan dua keping petai cukup untuk melakukan kerja berat selama 90 menit. Tidak heran jika petai merupakan buah nomor 1 untuk atlet dunia. Tapi, energi dari petai bukan hanya membuat kita tetap fit, tetapi juga membantu dalam menjaga ketahanan tubuh dari berbagai penyakit dan kondisi, sehingga harus ada dalam menu diet harian kita.

Berikut beberapa kegunaan petai dalam berbagai penyakit dan kondisi:

· Depresi

Berdasarkan survey terbaru dari MIND terhadap beberapa penderita depresi, sebagian besar merasa lebih baik setelah makan petai. Ini karena petai mengandung tryptophan, protein yang oleh tubuh diubah menjadi serotonin yang telah diketahui membuat kita merasa santai, meningkatkan mood dan umumnya membuat kita merasa lebih bahagia.

· Premenstrual Syndrom (PMS)

Vitamin B6 yang terkandung di dalam petai mengatur tingkat glukosa dalam darah yang bisa mempengaruhi mood kita.

· Anemia

Petai yang kaya akan zat besi dapat menstimulasikan produksi haemoglobin dalam darah dan sangat membantu dalam kasus-kasus anemia atau penyakit kekurangan haemoglobin.

· Tekanan Darah

Kandungan Kalium dalam buah khas daerah tropis ini sangat tinggi sedangkan kandungan garamnya rendah, membuatnya sempurna untuk mengalahkan penyakit tekanan darah. Bahkan, Badan Makanan dan Obat-obatan Amerika Serikat atau BPOM-nya Amerika telah mengijinkan industri petai untuk membuat klaim tentang kemampuan buah ini menurunkan resiko terkena tekanan darah dan stroke.

· Kemampuan Otak

200 pelajar di Sekolah Twickenham tertolong saat ujian tahun ini setelah makan petai saat sarapan, istirahat dan makan siang dengan alasan meningkatkan kemampuan otak mereka. Penelitian menunjukkan bahwa ikatan Kalium buah ini dapat membantu proses belajar dengan membuat pupil mata lebih siap dan siaga.

· Konstipasi

Karena seratnya yang tinggi, memasukkan petai dalam menu diet dapat membantu memulihkan kinerja normal usus besar, membantu mengatasi masalah tanpa menggunakan obat pencahar.

· Hangover

Penyakit ini merupakan perasaan sakit pada waktu bangun pagi setelah minum minuman keras terlalu banyak. Salah satu cara tercepat menyembuhkannya ialah dengan membuat milkshake petai dicampur dengan madu sebagai pemanis. Petai menenangkan perut dan dengan bantuan madu mengurangi kadar gula dalam darah, sedangkan susu menyejukkan dan menghidrasi ulang sistem kita.

· Heartburn (rasa panas dalam perut)

Jika menderita penyakit ini, cobalah mengkonsumsi petai untuk menyejukkannya karena petai mengandung antasid (asam semut) alami, yaitu asam yang mampu menetralkan asam-asam.

· Morning Sickness

Menyertakan petai dalam makanan membantu menjaga kadar gula dalam darah dan mencegah penyakit ini.

· Gigitan Nyamuk

Sebelum mencari salep, cobalah gosokkan area yang tergigit dengan bagian dalam kulit petai. Banyak orang yang membuktikan keampuhannya dalam mengurangi bengkak atau bentol-bentol dan iritasi.

· Gangguan Urat Syaraf

Petai kaya akan vitamin B yang membantu memulihkan sistem syaraf.

· Kelebihan Berat Badan

Studi Institut Psikologi di Austria menemukan bahwa tekanan pekerjaan memicu dalam mengkonsumsi coklat dan keripik secara berlebih. Dari 5000 pasien rumah sakit, peneliti menemukan bahwa orang yang paling gemuk cenderung berada dalam pekerjaan yang penuh tekanan. Hasilnya menyimpulkan bahwa untuk mengurangi ketagihan makan, kita perlu mengendalikan kadar gula dalam darah dengan mengkonsumsi makanan berkarbohidrat (termasuk petai) tinggi tiap 2 jam.

· Radang Usus

Petai digunakan sebagai makanan diet melawan penyakit intestinal karena tekstur halus dan kelembutannya. Hanya petai tanpa kulit yang dapat dimakan tanpa gangguan dalam kasus kronis. Buah ini juga menetralkan kelebihan asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi saluran perut.

· Kontrol Temperatur

Banyak kebudayaan menganggap petai sebagai buah pendingin yang dapat menurunkan temperatur emosi dan jiwa ibu hamil. Sebgaia contoh, wanita hamil di Belanda makan petai untuk menjamin bayi mereka lahir dengan temperatur yang sejuk.

· Penyakit Musiman atau Seasonal Affective Disorder (SAD)

Petai dapat membantu penderita SAD karena mengandung peninggi mood alami, yaitu tyryptophan.

· Merokok

Petai juga membantu orang mencoba berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang terkandung di dalamnya sebaik Kalium dan Magnesium di dalamnya, membantu tubuh untuk pulih dari pengaruh nikotin.

· Stress

Kalium merupakan mineral vital yang membantu normalisasi detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan air dalam tubuh. Saat kita stress, tingkat metabolik kita meningkat sehingga menurunkan kadar Kalium kita. Hal itu dapat diseimbangkan kembali dengan bantuan snack petai berkalium tinggi.

· Stroke

Berdasarkan riset ”The New England Journal of Medicine”, mengkonsumsi petai sebagai bagian dari diet reguler dapat memangkas resiko kematian akibat stroke sebesar 40%.

· Kutil (Warts)

Jika ingin menghilangkan kutil, ambil sepotong petai dan letakkan di atasnya. Rekatkan petai tersebut dengan plester atau perban secara hati-hati agar tidak bergeser. Dengan demikian, setelah beberapa lama kutilnya akan hilang.

Jadi, dapat disimpulkan bahwa petai benar-benar obat alami untuk berbagai penyakit. Jika dibandingkan dengan apel, petai mengandung protein 4x lebih banyak, karbohidrat 2x lebih banyak, fosfor 3x lebih banyak, vitamin A dan zat besi 5x lebih banyak, serta vitamin dan mineral lain 2x lebih banyak. Petai juga kaya akan Kalium dan merupakan salah satu makanan terbaik. Jadi, sekarang waktunya untuk mengatakan, ”Jangan malu makan petai”.



::: dari kecil,family saya rasanya tak pernah masak apa2 yang berkaitan dengan petai sbb mengelakkan hukum makruh dalam hadis Nabi Sollallahu`alaihi wasallam , sesiapa yang makan makanan yang berbau, jauhi dari masjid. Aw kama qol, disebabkan abuya selalu ada kuliah di masjid. Maka, apa2 masakan mmg tak pernah rasanya ada petai..xkan nak wat 2 lauk yang asing: satu ada petaim satu lagi takde petai.. hasilnya semua tak reti camne nak makan petai :)..:: saya sendiri start kenal n makan petai adalah pada tahun pertama di kuantan(temerloh).. itu pun kawan2 yang ajar ..hehe.. :)

Tahniah!!! Mabruk!!




Tahniah kepada kawan2 se-batch Kulliyyah of Allied Health Sciences yang berkonvo minggu ini..
Maafkan diri ini tidak bersama kalian.. Biarlah hikmah2 yang tersembunyi itu digali lagi.. Sungguh banyak hikmah yang dapat sepanjang fatrah yang mendidik jiwa ini..

"Jika semua yang kita impikan segera TERWUJUD, dari mana kita belajar SABAR.."

FlashBack: 2008
2 orang abang konvo pada hari yang sama, sorang sesi pagi dan sorang lagi sesi petang..





Dr. Mohd Rif`an bin Abdul Rahim
(MBBS)








Mohd Rafi` Shan bin Abdul Rahim
Bachelor of Engineering (Communication)






Oppss..rupanya ada sorang lagi convo pada hari yang sama..
'Bekas' bakal kakak ipar~(hahaha~)

Dr. Sarah binti Bakhtiar
(MBBS)





8 Oktober 2011

Sorang lagi dari keluarga besar ini berkonvo (sepatutnya 2orang..huhu~).. Tahniah kepada



Mohd Radhi bin Abdul Rahim


Bachelor of Engineering (Communication)







InsyaAllah sorang lagi juga akan menyusul bergraduasi. Beliau dalam fatrah mempersembahkan thesis master hadis beliau.. Semoga Allah mudahkan urusan beliau..AmeeN~





Dato` vs Datuk

Hari ini juga seorang lagi sedang ala2 'convo'.. Mabruk `alaik kepada abuya


Abdul Rahim bin Abdul Chalik



yang dikurniakan pingat kebesaran negeri Melaka yang membawa gelaran kepada Dato`. (xtau la camne orang lain nak panggil abuya lepas ni..) Semoga dengan gelaran ini menyemarakkan dakwah di negeri Melaka ini. InsyaAllah..Semoga lafaz yang selalu dilafazkan " Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling bertaqwa" sentiasa menjadi pakaianmu..InsyaAllah.


14 Februari 2011 , layak bergelar datuk atas kelahiran Rif`ah Hanan binti Mohd Rif`an... Hari ini 8 Oktober dapat satu lagi gelaran, "Dato` "

Sungguh, tahun 2011 banyak rezeki dan anugerah yang Allah kurniakan kepada kami.Alhamdulillah.. Justeru kesyukuran itu perlu sentiasa dilafazkan.. A warm reminder for us insyaAllah~






Rif`ah Hanan




Oh ya, sorang lagi akan bertukar status atas anugerah dan pemberian ini.. Tahniah kepada ummi


Nelly Arjuna@ Naliah binti Ismail

atas pangkat nenek dan 'Datin'.. hehe... mabruk~



Buat Muhammad Rusydi, Rabi`ah dan Rahilah, anggaplah ini sebagai pembakar semangat kalian untuk belajar :)







p/s: post ini akan ditenggelamkan selepas ini dengan a bundle of post.. jika anda mampu membacanya, bermakna anda mmg seorang stalker setia blog saya.. :)





Wallahu`alam~














Tuesday, September 27, 2011

Lampu lagi 'ramai' dari manusia (part2)

Let da pictures tell you~





Level 1: Right Wing






Level 1: Back Wing


Level 1: Left Wing (see the previous post)




Level 2: Front






Level 2: Front



Level 2: Front




Level 2: Right Wing





Level 2: Left Wing




Level 2: Back Wing




Level 3: Front



Level 3: Left Wing








Alangkah bagusnya kalau ada sistem yang boleh mengawal lampu2 ini dari terus beroperasi sekiranya tiada orang yang memerlukannya..




Lampu lagi 'ramai' dari manusia versi Library

Saturday, September 24, 2011

Lampu lagi 'ramai' daripada manusia

"Lampu lagi 'ramai' daripada manusia"

Sindiran yang sering didengari apabila ahli jemaah masjid yang hadir untuk bersolat berjemaah KURANG daripada bilangan lampu yang dipasang terutama pada waktu solat subuh. Bilangan ahli jemaah boleh dibilang dengan jari , tidak setara dengan jumlah lampu yang menerangi tempat solat itu.Lagi malang kalau yang hadir hanya imam dan bilal sahaja..Masjidnya besar, lengkap dengan segala kemudahan seperti kipas,penghawa dingin sejadah tapi semua itu tidak menjamin kehadiran ahli jemaah yang ramai untuk solat berjemaah.





Fenomena ini nampaknya sudah menyerang dan menjangkiti tempat-tempat lain. Rekabentuk senibina sesebuah bangunan banyak mempengaruhi keperluan sistem pencahayaan bangunan. Hatta waktu tengahari sekalipun, lampu terpaksa dipasang di koridor. Jika tidak, maka bergelaplah kawasan koridor tersebut. Hasilnya, duit mengalir keluar untuk membayar bil elektrik yang tinggi tanpa apa2 manfaat yang jelas seperti koridor tadi.






Fenomena "lampu lagi 'ramai' dari manusia melanda Library UIAM Kuantan(pada waktu pagi).Tatkala gambar ini diambil, cuba menganggar2 bil yang perlu dibayar semata2 untuk membayar tenaga elektrik yang mengalir sia2 ini. Duit rakyat yang membayar cukai~







Manusia lebih ramai dari lampu?




Pasar malam, shopping complex, pawagam()yang ni mmg takde lampu pasang pun,tetap ramai~) pastinya menjadikan manusia lagi ramai darilampu yang dipasang malah mungkin lebih dari seabtang lampu per manusia.Ajaib bukan? Fenomena ini dapat dilihat dengan lebih jelas sekiranya terdapat pasar malam berhampiran dengan masjid.. Berbondong2 manusia ke pasar malam berbanding ke masjid..

wallahua`lam~