Monday, June 21, 2010

Keagungan Bulan Rejab




1. Maksud surah Al-Baqarah ayat 194 :

“(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.”


2. Bulan Rejab adalah bulan yang dimuliakan kerana termasuk di dalam bulan Asyhurul Hurum iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram.


3. Maksud surah At-Taubah ayat 36 :

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya 4 bulan yang dihormati, ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka jangan kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) dan perangilah kaum kafir Musyrik seluruhnya, sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.”


4. Asyhurul Hurum maknanya ialah bulan-bulan yang dimuliakan dan diharamkan padanya berperang melainkan jika orang-orang kafir memulakannya atau berterusan peperangan sehingga masuk bulan-bulan yang dimuliakan itu.


5. Sesiapa yang berbuat dosa dan penzaliman di dalamnya lebih besar azabnya daripada bulan-bulan yang lain.


6. Ibnu Abbas r.a. berkata :

“Allah s.w.t. telah menentukan bulan yang empat ini bulan yang mulia, oleh itu bersangatan padanya bebuat dosa dan gandakan padanya pahala.”


7. Bulan Rejab disebutkan juga bulan Al-Asommu, iaitu bulan bisu atau bulan senyap kerana tidak diisytiharkan padanya peperangan dan tidak didengari padanya suara senjata.


8. Rejab maknanya ialah dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan sepatutnya kita semua memuliakannya.


9. Marilah kita sama-sama menjauhkan diri dari berbuat maksiat dan memperbanyakkan ibadat kepada Allah s.w.t. dengan niat yang ikhlas dan mengikut sunnah Nabi s.a.w.


10. Kita hendaklah melatih diri dari sekarang untuk melakukan amal ibadat sehingga datangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak.


11. Ulama’ Salaf juga berkata; bulan Rejab adalah bulan menanam benih, bulan Sya’ban adalah bulan menyiram dan bulan Ramadhan adalah bulan menuai.


12. Kita digalakkan berpuasa sunat terutama pada hari Isnin dan Khamis.


13. Tidak ada hadis yang sahih tentang puasa khas pada bulan Rejab daripada Nabi s.a.w.


14. Kita semua digalakkan Qiamullai iaitu berjaga malam untuk menunaikan sembahyang sunat.


15. Amalan-amalan yang tidak ada dalilnya daripada Nabi s.a.w. :

i) Sembahyang sunat Ar-Raghaaib iaitu sembahyang 12 rakaat yang dikerjakan pada malam awal Jumaat bulan Rejab.

ii) Sembahyang nisfu Rejab (sembahyang sunat pertengahan bulan Rejab).

iii) Sembahyang sunat Mikraj yang dikerjakan pada malam 27 Rejab.

iv) Al-‘Atiirah iaitu sembelihan binatang ternakan (seperti korban) di bulan Rejab telah dimansuhkan oleh Rasulullah s.a.w.


16. Kita semua digalakkan berzikir terutama dengan zikir yang datangnya dari Nabi s.a.w.


17. Zikir pagi, zikir petang dan Zikir yang tidak dikaitkan dengan masa (membaca Al-Quran, berselawat, membuat amal-amal soleh).


18. Maksud surah An-Nahl ayat 97 :

“Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”

Sunday, June 13, 2010

PUASA SUNAT (BULAN REJAB)







Alhamdulillah, berkumandangnya azan maghrib tadi kita telah memasuki bulan Rejab. Dan yang pastinya menghampiri Ramadhan Al Mubarak~ .Diceritakan, para Salafussoleh, 6 bulan sebelum Ramadhan, mereka telah berdoa supaya dipanjangkan umur supaya dapat beribadah dalam bulan yang terdapat pada malamnya Laylatul Qadr.Kemudian selepas 6 bulan Ramadhan berlalu mereka masih lagi berdoa supaya amal ibadah mereka semasa bulan Ramadhan lalu diterima Allah.

Seringkali terdengar doa ~ Allahumma barik lana fi rajaba wa sya`bana wa ballighna Ramadhan~ (wallahua`lam status doa ini samada hadis nabi atau hanya doa dari ulama`).



Sekadar men`copy-paste` soal jawab mengenai puasa.Sekurang2nya kita tahu amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwassalam...:


Apakah ada kelebihan khusus bagi puasa di bulan Rejab?

Tidak ada kelebihan khusus bagi puasa bulan Rejab selain dari kedudukannya sebagai salah satu dari bulan-bulan Haram yang dinyatakan tadi.

Said bin Jubair r.a. (seorang Tabi’iin) pernah ditanya berkenaan puasa Rejab. Beliau menjawab; Aku telah mendengar Ibnu ‘Abbas r.a. berkata; “Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung” (Riwayat Imam Muslim).

Dengan berdalil hadis dari Ibnu ‘Abbas tersebut, Imam Said bin Jubair ingin menjelaskan kepada kita bahawa hukum berpuasa di bulan Rejab sama seperti berpuasa di bulan-bulan yang lain iaitu tidak ada tegahan dan tidak ada galakan secara khusus. Cuma berpuasa pada asasnya memang digalakkan pada setiap bulan dan lagipun terdapat pula hadis mensunatkan kita berpuasa di bulan-bulan Haram di mana bulan Rejab tergolong di dalamnya.[1]

Nota kaki;

[1] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, jil. 8, hlm. 41.






Apa yang dimaksudkan dengan puasa Nabi Daud a.s.? Apa fadhilatnya?

Puasa Nabi Daud a.s. bermaksud; puasa sehari dan berbuka sehari dengan mengecualikan hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu dua hari raya dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Dzul-Hijjah). Kelebihannnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Sunday, June 6, 2010

Itu dulu...







5tahun meninggalkan bumi barakah Darul Qur`an, rindu akan bumi itu.Amat rindu akan suasana yang aku lalui selama setahun setengah itu. Istiqamah ke masjid solat berjemaah,Istiqamah puasa sunat Isnin Khamis, dan yang paling penting Istiqamah menghafal dan mengulang Qur`an.Aku ingin mencari `aku` yang dulu.....



Akhirnya Sabtu 5Jun 2010 ,1130 pagi aku berada di DQ..~Alhamdulillah~








Darul Qur`an dah banyak berubah.Suasana dan pemandangan masih lagi samaTempat utama yang diziarahi ialah Masjid.Disinilah....Disinilah....Disinilah....Ah, tak mampu nak dihuraikan..terlalu banyak kenangan tersimpan...













Dewan Muktamar




Dulu dan sekarang~

Sekarang makin berisi


Ini port aku dari 1sem sehingga sem3.Lokasi: Soff terakhir berdekatan dengan pintu belakang.Disinilah halaqah kelas tasmi` aku, tempat aku mencari modal hafalan dan ngulang dan tempat aku tidur qailullah.Ya~ mmg sengaja ku pilih lokasi ini kerana ke-stragik-an untuk melihat segala apa yang berlaku di hadapan. =)


Tatkala sedang mengulang , tiba2 memori 5 tahun yang lepas menerjah. Kawan2 tasmi` pun masing2 punya tempat/port tersendiri mereka seperti aku juga.Seorang demi seorang kuingat lokasi dan gaya mereka menghafal. `Ammar berada dihadapanku bersebelahan dengan tiang dengan gaya hayunan badan kedepan-kebelakang. Helmi Yob disebelah kiri dengan gaya ala-ala joget(ini pemerhatian orang yang berada di belakang..;-) )..haha~ Aku tertawa sendirian.Sungguh! Aku merindui zaman istiqamah itu.

Terimbau juga sesi pagi bersama grup kelas tasmi` masing2. Disebelah kiri kelas tasmi kami merupakan grup kelas tasmi Diploma Ustaz Najib.Setiap hari mesti ada anak murid ustaz ini yang akan didenda berdiri! Hujung dihadapan sebelah mimbar, ahli kelas ini buat kerja masing2 gara2 ustaz tak datang. Semua itu kenangan yang da berlalu pergi tapi masih lagi diingati.Semuanya kerana Al Qur`an.


Mampukah aku jadi seperti itu lagi???Doa kalian kupohon..ameen...









Allahumma Zayyinnaa bi ziinatil Qur`an
Wa akrimnaa bi karaamatil Qur`an
Wa sharrifnaa bi syaraafatil Qur`an
Wa albisnaa bi khil`atil Qur`an
Wa `afinaa min kulli bala`id dunya wa `azaabil akhirati bi hurmatil Qur`an
Wa adkhilnal jannata bi syafa`atil Qur`an

Ameen~