Friday, April 29, 2011

Persaudaraan




Dalam Al Qur`an ada disebut beberapa jenis persaudaraan:


1) Persaudaraan adik beradik:


وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ يَجُرُّهُ إِلَيْهِ قَالَ ابْنَ أُمَّ

Dan Musapun melemparkan luh-luh (Taurat) itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya ke arahnya, Harun berkata: "Hai anak ibuku, ....



2) Persaudaraan satu bangsa/kaum:


وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُوداً

Dan kepada kaum 'Ad (Kami utus) saudara mereka, Huud.



وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحاً

Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh.




3) Persaudaraan satu negeri/kampung:


وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْباً
Dan kepada (penduduk) Mad-yan (Kami utus) saudara mereka, Syu'aib.




Dan yang paling tinggi disisi Islam ialah



4) persaudaraan sesama Muslim:



إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.













Wednesday, April 27, 2011




Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".










Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya), iaitu: perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim";

Monday, April 18, 2011

Perlukah begitu?

Melewati gambar-gambar jamuan perpisahan kuliyyah atau lebih dikenali dengan Annual Grand Dinner (AGD) membuatkan aku tertanya " Perlukah begitu? ". Kalau setakat tema yang ditetapkan adalah dalam pemilihan warna, tiada masalah bagiku. Kalau temanya perlu kepada mengikut gaya seorang artis atau tema cerita "superhero", ini memang problem. Si pelaku bangga dengan pakaiannya yang mungkin menarik perhatian kerana dia lain dari yang lain. BANGGA??

Be yourself !

Wednesday, April 6, 2011

Sungguh ku tak sangka..

Suara Peduli Palestin

Zionis tahan Muhammad Rayyan selepas pembebasannya dari penjara Abbas.


Selasa , 05/04/2011 - IOF (Israeli Occupation Force) pada hari Khamis (31 Mac) lalu menahan seorang pemimpin Hamas di Ramallah, Muhammad Ahmed Ar-Rayyan, beberapa hari selepas beliau dibebaskan dari penjara Abbas.

Pihak Militan Abbas membebaskan beliau dengan ikat jamin sebanyak 1000 dinar Jordan, namun menghalangnya daripada keluar dari Tebing Barat.

As-Syeikh Rayyan telah menghabiskan dua bulan penuh di dalam penjara Abbas, dan telah dibicarakan lebih dari 10 kali di mahkamah sivil yang masih tidak mampu membuktikan beliau terlibat dalam segala kesalahan yang dituduh.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen