Saturday, October 25, 2008

~Exam Mode~

Salam..

Mood Exam..saya akan menumpukan diri untuk menghadapi minggu peperiksaan yang bermula hari rabu ini.Tolong doakan kemudahan dan keberkatan ilmu yang dipelajari..

29/10 - PSYCHOACOUSTICS

30/10 - UNGS
- BASIC AUDIOMETRY

31/10 - BASIC ELECTRONIC
-BAHASA MELAYU KERJAYA

2/11 - ASS. AND MANAGE. OF LANG. DISORDERS IN CHILD.

3/11 - BIOCHEMISTRY

4/11 - INTRO. TO HUMAN BIOCHEMISTRY AND CELL BIOLOGY

5/11 - HEALTH COMM. AND BEHAVIORAL SCIENCES

6/11 - AUDIOLOGY EQUIPMENT

8/11 - FOUNDATION MICROBIOLOGY

9/11 - PAEDIATRIC AUDIOLOGY&SPEECH

"rabbi yassir wala tu`assir"






Wednesday, October 22, 2008

Ketagih

Tatkala diri selalu sibuk , selalu mengharapkan masa lapang.Pabila ada masa senggang seperti ini,mahu saja menaip sesuatu di blog.Fikir2 balik, nak menaip nanti habis masa study pula.Kalo tak menaip rasa ketagih plak nak menaip..hehe.. maka inilah konklusinya,meraikan kedua2 perasaan tersebut. baru adil.. =p


Citric Acid Cycle (CAC)



Citrate synthase

Acetyl CoA + Oxaloacetate à citrate

Citrate synthase



Aconitase reaction

Citrate --> isocitrate

Aconitase



Isocitrate dehydrogenase

Isocitrate --> alpha ketoglutarate

Isocitarate dehydrogenase



Alpha ketoglutarate dehydrogenase

Alpha ketoglutarate --> succinyl CoA

Alpha ketoglutara dehydrogenase



Succinyl CoA synthase

Succinyl CoA--> succinate

Succinyl CoA synthase



Succinate dehydrogenase

Succinate --> fumarate

Succinate dehydrogenase



Fumarase

Fumarate --> malate

Fumarase



Malate dehydrogenase

malate --> oxaloacetate

Malate dehydrogenase


BIOCHEMISTRY - 4NOV2008 9AM..

Tuesday, October 21, 2008

Doa Salat Istikharah

Daripada Jabir bin `Abdullah radhiallahu`anhu,katanya,Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam pernah mengajar kami 'al istikharah' dalam semua urusan sebagaimana baginda mengajar kami surah daripada Al Qur`an.Sabda baginda: "Apabila seseorang kamu bercita-cita untuk melakukan sesuatu perkara, maka salatlah dua raka`at ,iaitu bukan salat fardhu.Kemudian berdoalah ;
" YA ALLAH , SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON PILIHAN-MU DENGAN ILMU-MU.AKU MEMOHON ENGKAU MENETAPKAN DENGAN KUDRAT-MU, AKU MEMOHON ANUGERAH-MU YANG BESAR.SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA KUASA, SEDANGKAN AKU TIDAK BERKUASA, ENGKAU MAHA MENGETAHUI, SEDANGKAN AKU TIDAK MENGETAHUI , ENGKAU MENGETAHUI SEGALA YANG GHAIB. YA ALLAH , ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI URUSAN INI -sebutkan hajatnya- BAIK UNTUKKU DALAM URUSAN AGAMAKU, KEHIDUPANKU DAN KESUDAHAN URUSANKU. atau baginda bersabda: " BAIK SEGERA ATAU TERTANGGUH." - TAKDIRKANLAH IA BUATKU, DAN PERMUDAHKANLAH IA BUATKU .KEMUDIAN BERKATILAH AKU DIDALAMNYA.JIKA ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA URUSAN INI BURUK UNTUKKU DALAM URUSAN AGAMAKU , KEHIDUPANKU DAN KESUDAHAN URUSANKU. - atau baginda bersabda: "BAIK SEGERA ATAU BERTANGGUH."- JAUHILAH IA DARIPADAKU DAN JAUHKANLAH AKU DARIPADA DIA.TAKDIRKANLAH KEPADAKU SESUATU YANG BAIKWALAU DI MANA SAHAJA, KEMUDIAN REDHAKANLAH AKU DENGANNYA."

Tiada menyesal sesiapa yang meminta pilihan daripada Al Khaliq, dan bermesyuarat dengan makhluk yang mu`minin bagi menetapkan urusannya.Firman Allah Subhanahu wa ta`ala: 'Bermesyuartlah dengan mereka dalam segala urusan.Apabila engkau berazam,maka bertawakkallah kepada Allah.'
Riwayat al-Bukhariy, 7:162

Sepahit Madu

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan," jawab Fikri.


***

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

[QS al-Taubah 9:24

Sunday, October 19, 2008

Kalau dah Taqdir..

Salam..

Tertarik dengan keratan akhbar Utusan Malaysia hari ini..(membaca dalam keadaan senyum)Berbeza fahaman politik tapi masih boleh bersetuju lagi dalam perkara yang lain. =)

"Barakallahu laka,wa baraka `alaika, wa jama`a bainakuma fi khair"

ADUN BN, Pas berbesan



pasangan pengantin Salleh Sheikh Ibrahim dan Ernie Muneerah Mohd. Adhan bersanding di Kota Bharu, semalam.

TANAH MERAH 18 Okt. - Perbezaan politik tidak menjadi halangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik untuk berbesan dengan ADUN Pas Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh.

Anak perempuan wakil rakyat BN itu, Ernie Muneerah, 25, disatukan dengan anak wakil rakyat Pas, Salleh, 25, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Mohd. Adnan di sini hari ini.

Kedua-dua mempelai bertugas sebagai pegawai penyelidik Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang cuma dipisahkan oleh tempat kerja iaitu Ernie di Putrajaya manakala suaminya di Jerantut.

Bagi Mohd. Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantu tidak perlu dihalang hanya atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

''Sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk bila kasih sayang mereka berdua disekat. Selaku bapa, saya ingin melihat anak saya bahagia apabila ditakdirkan mereka berdua bersatu.

"Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.

Sementara Sheikh Ibrahim pula berkata, atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anak-anak bahagia.

Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga.

"Tidak sangka pula kami berdua bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia ketika kami mengambil jurusan yang sama, dalam kursus ijazah Biologi Molekul.

''Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin hari ini. Ibu bapa memberi sepenuh restu," ujar Salleh.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

P/S:Menyempatkan diri untuk menulis entri,padahal final exam tinggal seminggu lagi.. =P..
Tolong Doakan ye!! =)

Friday, October 17, 2008

Sama atau Serupa??

Ketika di Darul Qur`an dahulu kala..

Perebutan giliran untuk mendengarkan hafalan sebelum ketibaan Guru Tasmi`


A: "ana first eh!!"

B: " aku no. 2!!"

C: "ana no 3!!"

D: "ana lpas C, ok!!"


Sekarang ni..


A: "ko antar dulu la eh"

B: " aku antar paling last"

C: " aku ade satu maqra` je ni, tapi tak lancar lagi la..korang dulu la eh.."

D : "aku tak nak antar la arini,just nak tunjuk muka je kat ustaz.xdela buruk nnti kedatangan ke kelas tasmi`.."


Anda masih sama atau serupa??

renungkan!!







Tuesday, October 14, 2008

Percaya??

Anda percaya??

Lecturer percaya??

Kawan2 percaya??

Housemate percaya?

AKU pun tak percaya!!


6 paper dalam masa 3 hari!!
maknanya..
pagi..petang
pagi..petang
pagi..petang
berasap...
dalam 3 hari je da selesai setengah subjek y aku ambil sem ni

patut atau tak patut tu crite len.

sesuai atau tak sesuai tu crite len.

sbb..

sume sudah diputuskan..da xleh ubah. " qat`i "

Sekarang..

Prepare urself fikriyyah,jihadiyyah,jasadiyyah,ruhiyyah untuk berperang!!

ALLAHUAKBAR!!

Bak kata seorang 'ustazah'
"stress tu jangan terlampau tinggi dan jangan takde plak,
sbb dengan ada sket stress boleh iniate atau motivate diri kita gak.."


2 minggu untuk anda menyiapkan kelengkapan berperang anda!!

~FASTABIQUL KHAIRAT~

p/S: MINTAK TOLONG DOAKAN EH.. :'-)

Wednesday, October 8, 2008

Kekuatan..


Hebatnya dugaan dan cabaran kalau Allah nak bagi kepada seseorang, samada untuk mentarbiyyah atau hukuman atas kesilapan hamba-Nya.Mampu atau tidak bergantung kepada tahap kebergantungan kita kepada Rabb.Bagaimana kita menafsir cabaran atau ujian atau halangan yang datang tanpa dijemput hasil daripada keimanan.Firman Allah dalam Surah Al `Ankabuut:2 ;


" Adakah manusia mengira,bahawa mereka akan dibiarkan saja berkata : Kami telah beriman ,tanpa mereka mendapat cubaan?"


Wednesday, October 1, 2008

Eid Mubarak..


Taqabballahu minna wa minkum


Kullu `am wa antum bi khair


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin

1429H


From: Abdul Rahim,Nelly Arjuna, Abdul Rahman,Mohd Rif`an,Mohd Rafi` Shan,Mohd Rayyan,Mohd Radhi,Muhammad Rusydi,Rabiah & Rahilah..