Friday, September 26, 2008

Laylatul Qadr

Daripada Ummul Mukminin ‘Aisyah radliallahu ‘anha, beliau berkata:

قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني

Aku berkata kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui waktu malam Al Qadr, apakah yang mesti aku ucapkan pada saat itu?” Beliau menjawab, “Katakanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbul ‘afwa, fa’fu’anni (Yaa Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia, suka memberi pengampunan, maka ampunilah diriku ini).” (HR. Tirmidzi nombor 3513, kata at-Tirmizi: "haza hadis Hasan Sahih/ hadis ini Hasan Sahih"))

Friday, September 19, 2008

Thanks a lot..



Teringat detik setahun yang lepas semasa Annual Grand Meeting (AGM) HEALS sesi 07/08. Ketika itu biro da`wah dan tarbiyyah HEALS ditaklifkan kepada Irfan Roslee dan kak Aini Zaharah Jamungi.Dan ketika itu mereka berjaya menggondol anugerah "BEST BUREAU" atas usaha mereka yang berterusan.Mereka inilah antara golongan `awwalun` yang ditaklifkan sebagai headcom dan assistant headcom dnt.Maklumlah,ketika itupun bilangan ahli kuliyyah masih lagi sedikit.Selepas pembubaran tenure yang lama, pengumuman untuk tenure yang baru agak mengejutkan aku.Semua jawatan beralih tangan.Apabila jawatan biro dnt diumumkan, aku dikejutkan dengan jawatan yang ditaklifkan sebagai Headcom Da`wah dan Tarbiyyah yang baru.Gurlp..MasyaAllah.


"Tahniah and Takziah dengan post baru ini." usik kawan dan senior.


Monolog:(" What`s this? Aku baru first year dan tak tahu apa-apa pun.Semua brothers biro-biro yang lain dipegang oleh senior.Aku sorang je junior.(....kelam......) Allahuakbar, bantulah aku,samada ini permulaan fitnah jawatan atau tarbiyyah dari Allah dari untuk melatih diri supaya memimpin.Aku pasrah...")


Pada permulaan tenure agak kekok dan kurang berkeyakinan juga untuk berinteraksi dan mengurus biro ni.Almaklum, biro ni,aku seorang je brother, yang lain semua sisters. Bukan tak pernah ajak brother-brother yang lain untuk join biro ni.Tapi, mentaliti ataupun mindsetting mereka telah disetkan bahawa biro ni better untuk budak DQ,berjanggut,thiqah, tak 'huuhahuuhaa' .Akibatnya terpaksalah aku sorang je dalam biro tu sampai habis tenure.Tak mengapa, bukan tak biasa keje sorang2 ni,kat kelas pun aku sorang2 gak pe. Allahuakbar!!


Tenure baru ni aku ditaklifkan bersama headcommah Nur Sabrina Subri , Optometry 2nd year (now 3rd year).Baik orangnya.Gerak kerja dia mengagumkan aku kadang-kadang...Subhanallah..Boleh aku katakan,majoriti perubahan yang biro kami lakukan adalah hasil daripada buah idea Sabrina dan subcom sisters ni.Perubahan "Monthly Religiuos Talk' adalah paling ketara.Kalau tenure dulu, program pada waktu petang pukul 5,di musolla KOM dengan speaker dari UIA juga.Tapi perubahan yang tenure baru ni lakukan,berubah dengan mendadak.Tengahari, LH3 dan speaker dari luar(gara-gara ramai yang tak mahu menerima jemputan menjadi speaker).Rasa untung dan bersyukur juga kalau mahu difikirkan balik ,bekerja dengan insan-insan dalam biro ni.Sedikit banyak dapat gak improve leadership and communication skill especially with sister.(aku jenis susah sket nak bercakap dengan sister..=p )


............................


Tapi, itu semua cerita setahun yang lepas.Proses perubahan dan peningkatan masih lagi berlaku.Semalam 18 Ramadhan 1429H bersamaan 18 September 2008,hari khamis diadakan lagi Annual Grand Meeting untuk tenure kami bertempat di MultiPurpose Hall.


Heals bearer sesi 07/08

Alhamdulillah ,hasil kerjasama dan kerja gigih yang berterusan sepanjang tenure ni, biro kami telah terpilih lagi untuk memenangi "Best Bureau Award" pada sesi ini.Sejarah seakan berulang pula seperti tenure yang lepas. Cuma yang mengetuai kapal dan anak kapal sahaja yang berbeza .Terima kasih kepada Headcommah ,Nur Sabrina :x dan semua subcomm yang lain dalam menjana kekuatan fizikal dan minda untuk kelangsungan biro da`wah dan tarbiyyah Heals.Semoga usaha kalian diganjari Allah dan dimanfaatkan oleh massa.Ameen.



"Best Bureau Award"


Buat Headcom dan headcommah yang baru ,teruskan usaha kalian bersama untuk melahirkan suasana Islamik dan sekaligus mencetus suasana massa yang berilmu dan peka kepada masalah sekitaran.

Aku masih lagi aku.Taqwa je yang membezakan 'aku' dengan aku.Ingatkan bila sudah habis tenure yang lama ini, boleh lah rasa senang sedikit untuk tidak terlibat dengan society secara langsung.Jangkaanku meleset.Aku ditaklifkan sekali lagi dalam board Heals.Tapi kali ini post yang berbeza.Ditaklifkan sebagai Vice President 2 Heals..~same society,different position~.Bergandingan dengan Irfan Roslee,mantan Hc dnt tenure sebelum ini sebagai new Mr.President Heals.Doakan kemudahan dan kelancaran gerak kerja kami ya!!

New Heals bearer 08/09








Penggerak Utama Biro Da`wah dan Tarbiyyah HEALS 07/08


Tribute to Nur Sabrina (headcommah) and Kak Nurul Hafizah VP1 (monitor DnT)





Khatamul Qur`an~

~Qul huaLLAHU ahad,
Allahus Somad,
Lam yalid walam yulad,
walam yakullahu kufuan ahad~

~Laa ilaha illa Allahu wa Allahu akbar~

Alhamdulillahi rabbil `alamin..Hari ini berjaya mengkhatamkan 30 juz bacaan Al Qur`an yang dimulakan pada hari pertama Ramadhan lagi.Ramadhan masih lagi dalam dalam fasa pertengahan.Sedang berusaha untuk mengkhatamkan kali kedua.Doakan kemudahan dan kelapangan masa..

Fastabiqul Khairat...~ (^^)


17 Ramadhan


Tuesday, September 16, 2008

Detik Permulaan di Bulan Ramadhan

4 Ramadhan 1429H bersamaan 4 September 2008

Langkah dimulakan walaupun terasa sangat berat.
Ahh, pedulikan apa orang cakap!!Teruskan sekiranya yakin..
Yakin dengan istikharahmu??



13 Ramadhan 1429H bersamaan 13 September 2008

Bermula proses...



14 Ramadhan 1429H bersamaan 14 September 2008

Pemberitahuan
Siapa?

P
R
o
G
R
E
S
S
I
N
G


17 Ramadhan 1429H bersamaan 17 September 2008

Jawapan


Masih berprosesan....

Doa Berbuka Puasa~

'Zahabaz Zoma`u,
Wabtallatil Uruqu,
Wa Tsabatal Ajru,
InsyaAllah'

"Hilanglah haus,
basahlah urat-urat,
dan tetaplah beroleh pahala,
InsyaAllah"
Riwayat Abu Daud,2;306 dan lain-lain.


Saturday, September 6, 2008

Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah

Dr.Asri bin Zainul Abidin

Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah


Tiada siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.

Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.

Penolakan terhadap sunah Rasulullah berlaku dalam dua bentuk; pertama; golongan yang menolaknya secara prinsip iaitu golongan antihadis. Mereka ini pada hakikatnya menolak nas-nas al-Quran itu sendiri yang menyuruh agar kita mengikuti Rasulullah.

Kelompok kedua mereka tidak mendakwa menolak sunah Nabi. Tetapi apabila mereka dapati nas-nas hadis yang tidak bersesuaian dengan selera, kepentingan, kebiasaan atau adat mereka, maka berbagai-bagai alasan diberikan agar dimandulkan isi kandungan hadis berkenaan sekalipun jelas kepada mereka kebenaran hadis tersebut.

Bukan kerana mereka tidak tahu hadis adalah rujukan yang benar dalam Islam namun kerana enggan mengubah kebiasaan atau ketaksuban terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama.

Tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang agung seperti para imam mazhab yang empat dan selain mereka sering menegaskan agar hal yang seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim. Sebagai contohnya apa yang disebut oleh tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat.


Beliau pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34).


Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).


Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263).


Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).


Inilah imam yang agung. Melarang kita taksub kepada pandangannya tanpa melihat dalil sunah daripada Rasulullah. Demikian juga imam-imam agung yang lain, menyatakan pendirian yang sama.

Malangnya, ada orang mendakwa pengikut mazhab imam-imam ini lebih lajak dari laju sehingga mendakwa seseorang tidak boleh mengambil pendapat lain selain mazhab tertentu.

Kita sepatutnya mencontohi akhlak terhadap Rasulullah yang ditunjukkan oleh para imam kita ini. Kesopanan yang tinggi terhadap inti kandungan sunah Nabi dan seruannya agar semua pihak membebaskan diri dari ketaksuban.

Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara.

Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

Apabila saya memperkatakan tentang pemandu bas perjalanan jauh boleh berbuka puasa kerana musafir, ramai yang bersetuju. Tetapi apabila saya menyebut mereka sepatutnya berbuka puasa, bahkan disuruh berbuka puasa jika puasa itu mengganggu tumpuan pemanduan mereka lalu membahayakan nyawanya dan penumpang dan jika dia berpuasa juga dia menyanggahi petunjuk agama ini, ada pihak yang bertanya saya; apakah sampai hendak disuruh buka, setakat diberikan pilihan itu, tidak mengapalah?!

Saya beritahu kepada mereka bahawa dalam hadis;


Rasulullah dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa? Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir (riwayat al-Bukhari).


Hadis ini adalah ulasan Nabi terhadap lelaki berkenaan yang mana puasanya telah membawa mudarat kepada dirinya sendiri. Maka baginda menyatakan bukan satu perkara yang dianggap baik dalam Islam berpuasa ketika musafir sehingga memudaratkan diri. Jika memudaratkan diri disebabkan berpuasa ketika musafir dibantahi oleh Rasulullah bagaimana pula dengan pemandu bas yang jika puasanya boleh memudaratkan dirinya, penumpang yang ramai di belakangnya dan pengguna jalanraya yang lain? Tentulah mereka ini lebih utama untuk berbuka lebih dari lelaki dalam hadis di atas.

Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil mengenai amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata. Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya.

Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya:


Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).


Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.

Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:


“Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”


Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr).


Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.

Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis.

Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik.

Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis.


Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih).


Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…

Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh.


Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187).


Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh).

Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya.

Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal.

Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.


Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dalam hadis yang lain baginda bersabda:


Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan.

Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti.

Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan.

Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.

Thursday, September 4, 2008

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan..

( artikel ini telah disiarkan tahun 2006 dan 2007 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama,

terdapat beberapa perkara yang telah ditambah)

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Salah dan kurang tepat tu...

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Oktober 2006

( Ulang siar pada 11 Sept 07 )

(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )

Wednesday, September 3, 2008

Beratkan Pahala Anda...


~Kalimataani khafifataani `alal lisan~

~Tsaqilataani bil mizan~

~Habibataani ilar Rahman~

~Subhanallah wa bi hamdihi~

~Subhanallahil `azhim..~

-Ada 2 kalimat, sangat ringan di lidah (disebut)-

-Sangat berat di timbangan-

-Sangat disukai ArRahman-

~Subhanallah wa bi hamdihi~

~Subhanallahil `Azhim~

(hadis Shohih Bukhari)
Kerja sedikit,tapi pahala banyak..Rahmat dan Kasih Sayang Allah.Rebutlah peluang ini.Jadikan amalan zikir harian anda.

Mahu membanyakkan pahala biar ada ilmu dan ikut Rasulullah sollallahu `aalaihi wassalam..
Wallahua`lam

Tuesday, September 2, 2008

Amalan Bersahur~

Sahur ialah makan selepas waktu tengah malam atau dinihari sebelum terbit fajar bagi orang-orang yang hendak berpuasa di bulan Ramadhan atau di bulan-bulan yang lain. Ulama sepakat mengatakan bahawa hukum makan sahur adalah sunat (mustahab) berdasarkan beberapa hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam;


Maksudnya: “Daripada Anas Radhiallahu ‘anhu katanya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu mempunyai berkat” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda sedang bersahur lalu bersabda:


Maksudnya: “Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya”. (Hadis riwayat an-Nasai’)



Dalam riwayat Abu Sa‘id al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:






Maksudnya: “Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah Ta‘ala dan MalaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur.” (Hadits riwayat Imam Ahmad)




Apakah Berkat Bersahur Menurut Ulama

Perintah bersahur itu walaupun hanya pada peringkat sunat dan hukum berpuasa bagi orang-orang yang tidak bersahur tetap sah. Persoalan yang hendak ditimbulkan, apakah berkat yang terdapat disebalik bersahur itu?Menurut Ibn Hajar al-‘Àsqalani pengarang kitab Fath al-Bari dan Imam an-Nawawi di dalam kitab Shahih Muslim, bahawa sahur yang memberi keberkatan itu bermaksud:

a) Memperolehi balasan dan ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

b) Mengikut Sunnah (jejak langkah) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

c) Membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa ahlul kitab sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:




Maksudnya: “Perbezaan di antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur”. (Hadis riwayat Muslim)

d) Menghalang perbuatan-perbuatan yang tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan berlapar di siang hari.

e) Memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga di siang hari. Sesuai dengan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Memohonlah kamu (kepada Allah kekutan) melalui makan sahur supaya memperolehi kekuatan berpuasa di siang hari”. (Hadis riwayat al-Hakim)

f) Bangun dan berdoa di waktu sahur mempunyai barakah kerana pada waktu itu rahmat turun dan doa terangkat sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Daripada Abi Umamah telah berkata:

“Ya Rasulallah Shallallahu ‘alaihi wasallam Bilakah waktu doa itu lebih didengar? Baginda bersabda: “Pada waktu tengah malam dan selepas sembahyang fardhu”. (Hadis riwayat at-Tirmizi)

g) Menggalakkan perbuatan bersedekah dan bersahur bersama-sama.h) Mengingatkan dan memberi peluang bagi orang yang terlupa melakukan niat puasa.

Disamping itu bagi orang yang bangun sahur tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk melakukan amal-amal saleh seperti berwudhu’, berzikir, membaca al-Qur’an dan bersembahyang sunat tahajjud dan sunat witir. Begitulah juga dengan sunat-sunat yang lain hingga terbit fajar. Apatah lagi jika malam tersebut kebetulan merupakan Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Khusus mengenai sembahyang witir, waktu yang afdhal untuk mengerjakan sembahyang tersebut ialah di akhir malam selepas mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang lain seperti tahajjud, hajat dan sebagainya, sekalipun ianya meninggalkan sembahyang witir berjemaah di awal waktu selepas tarawih.

Makanan Yang Disunatkan Ketika Bersahur

Adapun makanan yang dimakan ketika bersahur biarlah sederhana sesuai dengan kemampuan dan upaya masing-masing.Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri menjelaskan bahawa hanya seteguk air sudah memadai untuk mendapat berkat daripada bersahur sebagaimana hadis Baginda di atas.Jika terdapat buah kurma (tamar), maka itu adalah lebih baik kerana buah kurma itu adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagaimana riwayat daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya:

“Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar (kurma)”. (Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam riwayat yang lain riwayat daripada as-Saib bin Yazid Radhiallahu ‘anhu:
Maksudnya: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar (kurma)”. Sabda Baginda lagi: “Allah memberikan rahmat kepada orang-orang yang bersahur” (Hadis riwayat at-Thabarani)

Melambatkan Bersahur

Melambatkan sahur adalah sunat sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada kadar membaca lima puluh ayat sebelum terbit fajar. Di antara tujuannya ialah demi memendekkan masa untuk menahan diri daripada kelaparan dan daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.Tersebut di dalam riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa seorang sahabat yang bernama Zaid bin Tsabit Radhiallahu ‘anhu telah berkata:

“Kami telah bersahur bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami mendirikan sembahyang, lalu Anas Radhiallahu ‘anhu bertanya:

“Berapakah jarak waktu di antara keduanya?” Zaid menjawab: Kadar membaca lima puluh ayat.”

Dalam sebuah hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad:
Maksudnya:

“Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur.” (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Menurut kitab al-Majmuk bahawa Imam Syafi‘e menjelaskan dalam kitabnya al-Umm, apabila seseorang syak tentang waktu sahur sama ada waktunya masih kekal atau sebaliknya adalah sunat dia tidak bersahur. Jika dia bersahur juga dalam keadaan sedemikian, puasanya dihukumkan sah kerana pada asalnya waktu itu masih malam.

Adapun waktu bersahur itu bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan berlarutan sehingga sebelum terbit fajar. Oleh yang demikian, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dia dikatakan bersahur tetapi ianya cuma makan biasa sahaja dan tidak ada baginya pahala sunat bersahur.

~Tasahharuu Fainna fis sahuuri barakah~

-Bersahurlah, Sesungguhnya pada sahur itu ada BARAKAH-




~Wal mustaghfiriina bil ashaar~

-Dan orang yang beristighfar pada waktu sahur-




~Wa bil ashaari hum yastagfiruun~
-Dan pada waktu sahur mereka beristighfar-



Teringat waktu kecil-kecil dulu sewaktu hendak dikejutkan untuk bersahur,Abuya akan mengalunkan zikirnya, muqaddimah sebelum mengejutkan kami adik beradik.



~Subhanallahi wal hamdulillah wa la ilaha illa Allahu wallahuakbar~

~Subhanallahi wal hamdulillah wa la ilaha illa Allahu wallahuakbar~

-Subhanallahi wal hamdulillah wa la ilaha illa Allahu wallahuakbar~
Allah..Allah..Allah

Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah

~Hasbi rabbi jallallah mafi qalbi ghayrullah

nur Muhammad sollallah..~3x

~Tubnaa ila Allah wa raja`na ila Allah

wa nadimna `ala ma fa`alna..~3x

~Fasubhana malla yaqdirul khalqu qadrahu

wa man hua fauqal `arsyi fardum muwahhadu maliikun `ala `arsyis samaa`i muhaiminu

li`izzatihi ta`nul wujuhu wa tasjudu~

Ummi pula di dapur menyiapkan Sahur.Tatkala makanan sahur tak siap lagi,sambung balik tidur sambil didodoikan dengan alunan zikir yang mengasyikkan.Pernah juga dulu,kalau rasa malas sangat nak bangun untuk bersahur,hanya membatukan diri di tangga dengan harapan akan dipimpin ke dapur.Pernah juga hampir terlepas sahur gara-gara buat perangai kerana tidak mahu makan dek kerana mengantuk atau tidak berselera.

Tapi itu semua kisah sewaktu tadika dan sewaktu dengannya..Kini dengan cara dan situasi yang lain.Usia bertambah seiring dengan peningkatan umur.

~Ramadhan yang sama,Natijah yang berbeza~