Monday, November 29, 2010

Muqotta`at (potongan-potongan)









Perhati dan Tadabbur~


1. Huruf- furuf potongan didalam Al Qur`an adalah seperti Alif Laam Miim Raa Shaad Qaaf Kaaf Haa Yaa `Ain Shaad Nuun dan lain-lain lagi.


2.Hanya Allah sahaja yang mengetahui maksud disebalik huruf-huruf potongan tersebut.Rasulullah pun tidak menafsirkan huruf-huruf potongan tersebut dan menyerahkan kepada Allah akan maksudnya. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Al Qur`an bukanlah karangan atau tulisan Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam . Mana mungkin orang yang menulis tidak tahu apa yang ditulisnya.


3. Perhatikan, selepas huruf-huruf muqotta`at ini , akan ada cerita perihal Al Kitab atau Al Qur`an.


4. Hanya pada Surah Ruum dan Surah Al Ankabut, walaupun pada permulaanya ada huruf-huruf muqotta`at, tetapi selepasnya tidak menceritakan akan perihal Al Kitab atau Al Qur`an. Wallahu`alam.. (ditanda ***** pada surah tersebut dibawah)



Al Baqarah

الم ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ

Alif laam miin. Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,




Ali Imran

الم اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنزَلَ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ

Alif laam miim.Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya. Dia menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil,



Al A`raf
المص كِتَابٌ أُنزِلَ إِلَيْكَ فَلاَ يَكُن فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِّنْهُ لِتُنذِرَ بِهِ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ

Alif laam mim shaad. Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu karenanya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir), dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman.



Yunus
الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ

Alif laam raa. Inilah ayat-ayat Al Qur'an yang mengandung hikmah.



Hud
الَر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ

Alif laam raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) Yang Maha Bijaksana lagi Maha Tahu,



Yusuf
الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ

Alif, laam, raa. Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al Qur'an) yang nyata (dari Allah).



Ar Ra`d
المر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَالَّذِيَ أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ الْحَقُّ وَلَـكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يُؤْمِنُونَ

Alif laam miim raa. Ini adalah ayat-ayat Al Kitab (Al Quraan). Dan Kitab yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu itu adalah benar: akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (kepadanya).



Ibrahim
الَر كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.



Al Hijr
الَرَ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَقُرْآنٍ مُّبِينٍ

Alif, laam, raa. (Surat) ini adalah (sebagian dari) ayat-ayat Al-Kitab (yang sempurna), yaitu (ayat-ayat) Al Qur'an yang memberi penjelasan.



Maryam
كهيعص ذِكْرُ رَحْمَةِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا

Kaaf Haa Yaa 'Ain Shaad. (Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria,



Thoha
طه مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى

Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Qur'an ini kepadamu agar kamu menjadi susah;



Asy Syu`araa`
طسم تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ

Thaa Siim Miim. Inilah ayat-ayat Al Qur'an yang menerangkan.



An Naml
طس تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ

Thaa Siin (Surat) ini adalah ayat-ayat Al Quraan, dan (ayat-ayat) Kitab yang menjelaskan,



Al Qasas
طسم تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ

Thaa Siin Miim Ini adalah ayat-ayat Kitab (Al Qur'an) yang nyata (dari Allah).



*****Al Ankabut
الم أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ


Alif laam miim Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?





*****Ar Ruum
الم غُلِبَتِ الرُّومُ

Alif Laam Miim Telah dikalahkan bangsa Rumawi,




Luqman
الم تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ

Alif Laam Miim Inilah ayat-ayat Al Quraan yang mengandung hikmat,



As Sajadah
الم تَنزِيلُ الْكِتَابِ لَا رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ الْعَالَمِينَ

Alif Laam Miim Turunnya Al-Quraan yang tidak ada keraguan di dalamnya, (adalah) dari Tuhan semesta alam



Ya Sin
يس وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ

Yaa siin Demi Al Quraan yang penuh hikmah,




Shad
ص وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ

Shaad, demi Al Qur'an yang mempunyai keagungan.



Al Mu`min
حم تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Haa Miim. Diturunkan Kitab ini (Al Qur'an) dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui,



Ha Mim
حم تَنزِيلٌ مِّنَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآناً عَرَبِيّاً لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Haa Miim. Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui,




Ash Shura
حم عسق كَذَلِكَ يُوحِي إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Haa Miim 'Ain Siin Qaaf. Demikianlah Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana, mewahyukan kepada kamu dan kepada orang-orang sebelum kamu.



Az Zukhruuf
حم وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ

Haa Miim. Demi Kitab (Al Qur'an) yang menerangkan.




Ad Dukhan
حم وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ

Haa miim. Demi Kitab (Al Qur'an) yang menjelaskan,




Al Jathiya
حم تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

Haa Miim Kitab (ini) diturunkan dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.




Al Ahqaf
حم تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

Haa Miim. Diturunkan Kitab ini dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.



Qaf
ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ

Qaaf Demi Al Quran yang sangat mulia.




Al Qalam
ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis,




Allahumma zayyinna bizinatil Qur`an

Wa akrimna bikaramatil Qur`an

Wa albisna bikhil`atil Qur`an

Wa `afina min kulli balaa`id dunyawa `azabil akhirati bi hurmatil Qur`an

Wa adkhilnal jannata bisyafa`atil Qur`an

Friday, November 26, 2010

Larangan Melintasi Orang Yang Sedang Solat

Hadis Abu Juhaim r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya orang yang melintasi di hadapan orang sembahyang itu tahu betapa besar dosanya nescaya lebih baik dia berhenti selama 40 dari melintas di hadapan orang sembahyang. Abu An-Nadri berkata: Aku tidak pasti adakah baginda mengatakan 40 hari, 40 bulan atau tahun.

عَنْ أَبُو جُهَيْمٍ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ قَالَ أَبُو النَّضْرِ لَا أَدْرِي قَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً


HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Menahan Orang Yang Melintas Di Hadapan Orang Sembahyang



Aku di Dagistan~

Hanya berkongsi 'nama' semata2.. Klik disini untuk sumber asal.


*****************************************************************************



kafkasli.jpg

Wajah yang menyimpan seribu cerita di bumi Dagistan

“Sheikh Rayyan, apa cerita menarik awak di Dagistan?”, saya bertanya.

Rayyan tersenyum. Beliau baru sahaja pulang ke Jordan selepas lama menetap di sana. Bekerja sebagai guru di sebuah sekolah agama di negara bekas jajahan Soviet itu.

“Oh, banyak cerita menarik. Tapi ada peristiwa yang saya nak kongsi dengan kamu. Tentang bid’ah membid’ah ni”, kata Rayyan.

“Hah, kat Dagistan pun ada masalah ini ke?”, saya sedikit terkejut.

“Ramai syabab Arab yang ikhlas datang berdakwah. Mereka memang bersungguh-sungguh. Tapi dakwah tanpa hikmah, lebih merosakkan dari memperelokkan”, sambung Rayyan.

“Betul. Orang Malaysia kata, seperti tikus membaiki labu”, saya tersenyum.

“Tikus memang makan labu. Maksud awak, pendakwah jadikan dakwah mereka sebagai profesyen ke?”, tanya Rayyan.

“Eh, tak terfikir pula saya. Itu isu lain. Maksud seperti tikus membaiki labu ialah, usaha nak memperbaiki tu lebih merosakkan berbanding mengelokkan”, saya cuba menjelaskan.

“Oh, begitu”, kata Rayyan sambil ketawa.

Rayyan menceritakan kepada saya bagaimana di Dagistan, ada satu adat yang pelik. Apabila mereka dengar nama Rasulullah disebut, mereka akan berdiri.

Ketawa saya dibuatnya. Ia mengingatkan saya kepada adat orang Turki di Istanbul semasa melawat maqam Abu Ayyub al-Ansari. Kerana terlalu memuliakan sahabat Nabi itu, ramai yang keluar dari maqam itu secara jalan berundur. Terasa biadab menunjuk belakang kepada Abu Ayyub al-Ansari!

Begitu jugalah agaknya dengan orang Dagistan. Kerana begitu memuliakan Rasulullah SAW, mereka sampai berdiri apabila nama baginda disebut.

HORMAT

Dalam hal inilah, pendakwah mesti berhati-hati. Apa yang mahu diperbetulkan ialah cara menunjuk hormat. Jika tidak kena cara, rasa hormat itu pula yang terhapus. Hal inilah yang sering dilupakan oleh pemuda yang bersemangat tinggi terhadap dakwah. Saya berkongsi kesedihan apabila rakan-rakan dari negara bekas jajahan Soviet, sering mengadu tentang gelagat pendakwah sukarelawan Arab yang mencetuskan rasa gelisah di dalam masyarakat, khususnya dalam bab mencela Tasawuf dan Tareqat Sufi.

Selama duduk di bawah jajahan kuasa Soviet, negara-negara Asia Tengah dan Balkan memang hidup dalam penderitaan. Usahkan mahu membentuk usaha agama, menggunakan nama Islam pun tidak dibenarkan. Islam secara khusus, bersama agama-agama yang lain, ditekan sehabis-habisnya. Pada masa inilah amalan Tareqat berperanan mengekalkan elemen Islam dalam tempoh hampir seabad tanah ini tanpa kebebasan beragama. Tentu sahaja banyak kesilapan dan kesalahan dalam amalan tersebut, tetapi untuk ‘orang luar’ datang berdakwah mencela dan memaki hamun amalan Tareqat, ia mencetuskan kacau bilau di dalam masyarakat.

Antara negara yang banyak mengalami ketegangan ini ialah Bulgaria, Chechnya, Dagistan dan beberapa kawasan lain.

“Apa yang anta buat Sheikh Rayyan?”, saya menyambung bual.

“Semasa awal-awal saya bersama dengan penduduk di tempat tinggal saya itu, tentu sahaja saya berdiri bersama mereka.”, kata Rayyan.

“Selepas beberapa ketika, saya beritahu mereka, alangkah baiknya kalau sambil berdiri kita berselawat”, sambung Rayyan.

“Meriahlah ceramah anta ya. Sebut sahaja Rasulullah, semua bangun dan berselawat”, saya terasa lucu dengan pendekatan dakwah Rayyan.

“Ya, sehingga saya terpaksa mengurangkan sebutan nama Muhammad, untuk melancarkan kuliah”, kata Rayyan yang turut ketawa bersama saya.

“Lama-lama, apabila mereka sudah biasa dengan amalan selawat, barulah saya yakinkan mereka bahawa untuk berselawat, sambil duduk pun boleh. Akhirnya tertegaklah satu Sunnah, dan terhapuslah satu Bid’ah”, Rayyan menghabiskan ceritanya.

Kisah Rayyan yang dikongsinya bersama saya ketika kami sama-sama belajar di Jordan dahulu, sering saya kenang. Ia suatu contoh mudah, betapa besarnya peranan sabar dan hikmah dalam usaha memperbaiki dan memperbetulkan amalan manusia.

Pendekatan yang sama, cuba saya gunakan dalam menangani banyak kesulitan beragama di hari ini.

kematian.JPG

Semasa jemaah di masjid bersoal jawab tentang hukum kenduri arwah, saya cuba mengingatkan semua, bahawa Sunnah jiran memasak untuk keluarga si mati sebagaimana yang diterangkan di dalam hadith syahidnya Jaafar bin Abi Thalib, tidak mungkin dapat dilaksanakan jika jiran dengan jiran masih tidak kenal dan tidak bertegur sapa di dalam sebuah kampung.

Maka usaha untuk mengurangkan amalan kenduri arwah di dalam masyarakat, mestilah seiring dengan usaha menggalakkan semangat kejiranan. Jika penduduk sebuah kampung, sayang menyayangi seperti ukhuwwah para Sahabat, tidak perlu menunggu hari kematian untuk berbuat baik.. malah masak memasak dan berkongsi makanan menjadi kebiasaan, sebelum datang hukum dan tuntutan.

Dan seorang pendakwah tidak mungkin dapat menyemai sifat kasih sayang sesama jemaah di masjidnya, jika dia sendiri tidak menyayangi justeru tidak disayangi.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


~ Strategi berda`wah~

Ilmu !! Ilmu!! Ilmu!! Ilmu!!

Wallahua`lam.. :)

Sebagai pelajar tahun akhir Jabatan Audiology dan Sains Pertuturan, kami dikehendaki untuk membuat satu kajian dari mana2 bidang Audiology yang berkaitan sebagai memenuhi syarat untuk 'Degree of Bachelor of Audiology (Hons)'. Maka bermula la sesi mencari tajuk yang berkenan di hati bermula 3rd year 2nd sem yang lepas.Selama 3 bulan diberikan masa untuk mencari isi2 tajuk yang telah dipersetujui antara pelajar dan supervisor.

Maka tajuk yang dipilih adalah "Third Party Disability among Spouse of Hearing Impaired People " maksudnya Parti yang Ke-3 dikalangan orang masalah pendengaran..hoho.. saja je wat salah. Sebenarnya : Kesan Masalah pendengaran individu kepada pasanganya. Dalam kajian ini, subjek kajian adalah pasangan mereka yang mempunyai masalah pendengaran samada suami ataupun isteri. Komunikasi, hubungan rumahtangga, kehidupan bersosial, akan dikaji sepenuhnya. Dengan adanya kajian ini, diharap para Medical Practioner tidak mengabaikan mereka yang hidup bersama dengan pesakit semata2. Kesan masalah pesakit juga dapat dilihat pada pasangan mereka gara2 masalah pendengaran yang dihadapi.

Semoga kajian ini bermanfaat dan meluaslebarkan skop rehabilitasi samada kepada pesakit mahupun kepada pasangan atau ahli keluarga. InsyaAllah.

P/s: Selama 4 tahun ini saya hidup berseorangan jantina dalam kelas. 10 perempuan dan 1 lelaki. Maka, siapa yang mahu mengkaji disability mereka hidup berseorangan ini.huhu..











.

Tuesday, November 9, 2010























Exam Period : Hurricane + Volcano + Tsunami~

PLEASE DON`T TRY THIS AT HOME!!



Self Management



1. Proactive



2. Objectives



3. Spirit



These pictures were taken on the last day of examination.

There is nothing to tell you anyway, but let the pictures tell you. :)

Be an efficient and Effective person!

Wishing You `Eidul Adha.. May Allah bless us















Saturday, November 6, 2010

Sunnah Memberi Salam Ketika Masuk Rumah Sendiri

Dari Anas radhiaLLahu`anhu berkata: "Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam bersabda kepadaku: " Wahai anakku , apabila kamu datang kepada keluargamu maka ucapkanlah SALAM nesacaya kamu dan keluargamu mendapat BARAKAH."
(Hadis Riwayat At Turmudzy)

Salah satu kelaziman orang tua saya apabila beliau pulang dari kerja atau masuk kedalam rumah, beliau akan memberi salam dengan kuat. Sehinggakan kami yang berada di tingkat atas pun boleh mendengar ucapan salam tersebut. Mempraktiskan sunnah yang didalamnya terdapat keberkatan dan hikmahnya kami tahu yang beliau sudah pulang. Seingat saya sejak kecil beliau akan memberi salam dengan kuat apabila sampai ke rumah sehinggakan intonasinya masih saya ingat.


Saya dan anda bagaimana pula? Jom praktis!



رب غفرلي ولوالدي ورحمهما كما ربيني صغيرا


Wednesday, November 3, 2010

3rd November 2010
[Blood bank, HTAA]







Registration





> Details
>Weight: ??



> Haemoglobin Test : 12.9 Hg
> Blood Type : A rhesus +ve




Prepare for simple counseling before blood donation. [history, blood pressure, QnA]


Here the place..


Bius


>450 ml per bag


Refreshment




...............