Wednesday, March 23, 2011

Umur: Taqdir Mubram atau Mu`allaq?

Persoalan Jodoh, Ajal, Rezeki: Mubram atau Mu`allaq?? (Tetap atau boleh berubah2??)

Nantikan entri akan datang, fokus tentang umur/ajal~
Ajal tak boleh dipercepatkan atau dilambatkan?



~ Allahumma Ashlih li sya`ni kullahu laa ilaha illa anta~

Tuesday, March 22, 2011

~~~~~~~~~~~~~

Sekian lama tidak mengemaskini blog dek kerana tumpuan kepada Final Year Project (FYP) menggila tekanannya. Sekarang dalam proses membuat pembetulan kepada draft-draft yang telah ditanda oleh supervisor. Memang diakui , department Audiology ni sangat beza dengan department dan kulliyyah lain. Mempraktikkan proses membuat thesis seperti master atau PhD. Menelan air liur... Selepas ini, akan melalui proses Thesis Defend (Mempertahankan Thesis [daripda soalan & provokasi examiner, mungkin]). Sebelumnya, semasa Final Presentation, FYP ku dipersoalkan(dibalun ) oleh 5 orang lecturers sekaligus.(orang lain: 2-3 orang je y comment~).. No wonder, selepas je presentation terus cari tiket untuk balik kampung untuk lihat wajah kedua orang tua dan menenangkan fikiran, akibat stress yang melampau pada hari tersebut plus si kecil yang baru lahir ke dunia.. Rif`ah Hannan binti Mohd Rif`an, nama diberi...

Hari ini, minggu terakhir (week 15) sebelum Final Examination untuk semester ini. Hari ini juga , buat kali ketiga dalam tempoh setahun, berjaya masak resipi yang sama untuk tujuan memantapkan masakan.hehe.. (lepas ni boleh pilih n cari resepi lain plak~) Kredit to Rabi`ah
untuk resepi yang diajar tru emel tu. :) Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi:

Bahan2:
1) Ayam: 1 ekor (basuh bersih2,kal0 x nk ayam berbau ltk tepung gandum kat ayam tu n ratakan,pastu basuh bersih2 blik)
2) Bawang besar:1 biji (blender)
3) Kunyit hidup: 2 cm (blendar halus2) serbuk pun buleh~
4) Cili padi: 5-10 biji (blendar)
5) Santan pekat: 1 bungkus
6) Kentang: 3 biji (potong2)
7) Serai: 2 batang (ketuk hujung serai sedikit)
8) Cili giling: 1 sudu makan
9) Daun limau purut: 2 helai (k0yakkan)
10) Garam secukup rasa


Cara-cara:

1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk KECUALI ayam, garam dan kentang

2.Masak dengan api sederhana

3.Kacau bahan2 tadi selalu supaya santan tu tak berketul

4.Bila bahan2 tadi dah sebati, msukkan ayam plak,,tutup periuk tu

5.Jgn lupa kacau sekali-sekala

6.Bila ayam dah msk, masukkan kentang plak

7.Tunggu kentang tu lembut(Tekan ngan garpu)

8. Last,masukkan garam secukup rasa.




"PEDAS!!"

"Berpeluh2,ha"


Tukang masak berasal dari negeri selatan, so citarasa pun kene ikut negeri tersebut la ye ;)
Pabila ditanya kepada Anwar Yassin (orang Muar) : "Ok jer, tak pedas sangat"

Apa2 pun, puas sebenarnya dapat menjamu orang makan. Orang yang memasak puas melihat masakan yang dimasak , dijamu sehingga abis walaupun dia hanya makan sedikit sahaja.

Mencari resepi lain pula dimantapkan. ;)


p/s: entri ntah apa2 ntah malam ni. mungkin salah satu wasilah untuk hilangkan keboringan buat FYP sorang2.:( Wallahua`lam...