Tuesday, December 7, 2010

Membekal Generasi Dongak dengan Jiwa Tunduk

Pertama kali membaca tulisan Saifulislam.com tentang tajuk ini adalah ketika saya berada di tahun 1 pengajian di IIUM Kuantan. Walaupun entri beliau lebih kepada cerita dan pengalaman semasa berada di Qatar mengisi jemputan yang telah dirancang, namun jauh di sudut hati saya merasakan tajuk beliau ini mempunyai ruh. " Membekal Generasi Dongak dengan Jiwa Tunduk". Maka seringkali juga saya membaca entri tersebut sehingga ke waktu ini. Sila klik di sini untuk sumber asal.


Pernah juga saya menjadikan tajuk ini sebagai tajuk program 'Monthly Religious Talk' ketika memegang jawatan HeadComm DnT HEALS dulu semata2 mahu penceramah mengupas apa yang tersurat dan tersirat akan tajuk yang diberikan. Ya! Sejujurnya saya mengakui di sebalik beberapa patah perkataan itu mempunyai penangan yang sepatutnya dikongsi akan maksud tersembunyi di kalangan masyarakat yang tenggelam dalam arus pemodenan.


Generasi Dongak menggambarkan generasi yang lahir dalam suasana kehidupan yang moden. Bangunan pencakar langit dimerata2 tempat terutama di kawasan bandar.Tapi bagaimana jiwa mereka? Adakah jiwa mereka seperti Fir aun : ' ana rabbkumul a`la' - Akulah tuhan kamu yang paling tinggi? Seiring dengan bangunan pencakar langit maka jiwa mereka pun menjadi takabbur? Inilah yang terjadi dewasa ini.Makin maju kemodenan itu , maka makin hancurlah generasi yang lahir. Terma yang digunakan pun hanyalah 'membekalkan' bukan lagi 'melahirkan' seolah2 menggambarkan keadaaan realiti semasa yang makin hancur.


Doa nabi Sollallahu`alaihiwasallam :


اللهم اجعلني شكورا

واجعلني صبورا

واجعلني في عيني صغيرا

واجعلني في أعينن الناس كبيرا



Ya Allah jadikanlah aku orang bersyukur

Dan jadikanlah aku orang yang sabar

Dan jadikanlah aku pada pandangan mataku kecil

tetapi pada pandangan mata manusia besar.....

No comments:

Post a Comment