Friday, May 28, 2010

Ghazzah







Dunia menyaksikan kebiadapan Israel menghadapi Flotilla Kebebasan yang mengangkut 10 ribu tan bekalan kemanusiaan ke GAZA.Prinsip utama bagi bantuan kemanusiaan adalah bantuan mestilah dihantar dengan keadaan asas dan tidak terpisah/ rosak, tidak boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik. Kesemua prinsip utama ini tidak wujud dalam operasi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Semenanjung Gaza. Tiada senjata yang diseludup.Yang ada hanya adalah keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan,pakaian.



16 orang dibunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan yang dianggap mencabuli undang-undang antarabangsa di kawasan peraiaran antarabangsa itu.Para peserta konvoi hanya lah terdiri dari irang awam seperti ahli-ahli parlimen dari beberapa negara,NGO2, wartawan yang mempunyai tekad untuk membantu GAZA yang hampir tahun mengalami krisis kemanusiaan.



Membunuh orang awam yang tidak bersenjata di kawasan perairan antarabangsa merupakan kesalahan yang sangat serius apatah lagi armada kebebasan itu secara jelas telah menerangkan objektif mereka melangsungkan flotilla tersebut.Apakan daya, Israel tetap Israel! Zionis tetap Zionis! PBB,EU, OIC, LIGA ARAB, pemimpin dunia Islam seakan-akan mengesahkan lagi bahawa kegagalan mereka sebagai pemimpin antarabangsa. Masing-masing mempunyai kepentingan dari segi politik dan ekonomi dengan Israel.



Hari ini dan esok mendatang, rakyat dunia bangkit membantah dan mengecam aksi melampau dan biadap Israel terhadap armada kebebasan.Berbeza dengan para pemimpin dunia yang lebih mengambil pedekatan 'safe play' seperti yang ditunjukkan Presiden Palestine, Mahmud Abas yang mengumumkan Palestine berkabung selama 3 hari.Apakah usaha ini yang diinginkan oleh pejuang-pejuang keadilan dan keamanan dunia?? Sedar atau tidak, boneka2 Amerika dan Yahudi laknatullah ini semakin menunjukkan wajah sebenar mereka.
Mengapa GAZA yang ditadbir Hamas ini menjadi sasaran sedangkan Tebing Barat yang ditadbir oleh Fatah boleh dikatakan selamat?Mengapa tidak ditumpukan juga kepada Tebing barat?? Jawapannya, Hamas menolak kuat sebarang usaha untuk mengambil walau sejengkal tanah Palestine untuk diberikan kepada Israel berbanding Fatah yang agak berlembut dengan Zionis. Yang pasti Yahudi la`natullah ini tidak akan mengikut segala perjanjian yang telah dimeterai. Sudah termaktub dalam Al Qur`an akan sifat orang yahudi ini.




وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."





Adakalanya mata mengalirkan air merintih sengsara saudara2 di Palestine.Begitu hebat cabaran dan dugaan mereka berbanding situasi 'comfort zone' kita di Malaysia.Jiwa terasa malu melihat mereka berhadapan dengan musuh ini tak kira samda si kecil mahupun si ibu melontarkan batu semata2 mempertahankan walau sejengkal bumi Al Quds.


~Allahummansuri Islama wal Muslimeen..~



Doa senjata orang mu`min..




اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعهم وشتتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم وسلطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله

Allahumma agithna wa la taj`alna minal qoniteen..

~Ya Allah bantulah kami dan jangan jadikan kami dari golongan yang berputus asa~











"Khaybar Khaybar Ya Yahuud, Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud!"

Zionis begitu takut dengan laungan ini...










Wednesday, May 26, 2010

Keindahan Alam~

[Teluk Cempedak]






















tanah+air+udara




Haiwan





[Tebing Sungai Kuantan]

~Taman Gelora~

tak sangka perkampungan nelayan dekat Kampung Selamat ni dah dibangunkan ..





















































Petang-habis klinik tak tahu nak buat apa, so pergi tengok keindahan alam....
Subhanallah Cantik! ~
p/s:kamera biasa je..

Sunday, May 23, 2010


اَللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا


أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا، اَللَّهُمَّ

إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لاَ


يَخْشَعُ، وَمنْ نَفْسٍ لاَ تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يُسْتَجَابُ
لَهَا

Friday, May 21, 2010

Clinical Posting~















Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Unit Audiology



[Tympanometry]







[Pure Tone Audiometry]





Sudah sebulan berpraktikal di Unit Audiology HTAA. Benar orang kata, belajar secara teori tak sama dengan praktik! Tapi mau praktik mesti ada ilmu..!! Aku akui~ Banyak skill dan pengalaman baru `diserap` melalui pemerhatian, perbincangan dan gerak kerja. Tambahan pula, Audiologist HTAA seramai 3 orang di sini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Berguru dengan mereka selama sebulan ini banyak benda yang dapat diperhati dan dipelajari.



Sesi bermula seawal 8 pagi. Setengah jam yang pertama adalah untuk meng 'calibrate' mesin-mesin elektronik yang akan digunakan + praktis skill + review notes. Kemudian discussion bersama supervisor sebelum dibahagi kepada kumpulan yang akan dipantau oleh supervisor tertentu..Semestinya sesi ini samada akan jadi sesi soal jawab atau sesi brainwash..haha~ Kesilapan sesi semalam akan diungkit untuk tujuan menyedarkan kami.Aku lebih prefer untuk mengaku kesalahan sendiri sebelum supervisor komen. ^-^" Sekurang2nya tau jugak la apa yang kita da salah buat tu dan akan ingat sampai bila2.



"Rayyan, jangan RIGID!!" tak semestinya awak kene ikut semua step and procedure dalam buku .be creative and flexible terhadap patient. Patient ada kemampuan yang tak sama dengan orang lain."





[Discussion + Brainwash ]


Jadual klinik disini samada appointment atau walk-in patient dari Klinik Ear Nose Throat [ENT].

Isnin - Appointment khas untuk Paediatric Case (Kanak-kanak)

Selasa , Khamis, Jumaat - Walk in patient dari ENT.

Rabu - Alat Bantu Dengar appointment (Trial, Fitting, follow Up)



Neonatal Jaundice(kuning), prematured baby(xcukup bulan), Down Syndrome ,gagal neonatal hearing screening, follow up case adalah case2 biasa disini.Bergantung kepada umur , cara nak assess hearing pun da berbeza.Kadang-kadang kita terpaksa meletakkan taraf kelakuan kita setaraf dengan budak2 untuk mendapat keputusan yang lebih baik.Kelakuan sahaja ye bukan pemikiran sekali! Terasa tak matang lagi pun ada bila diingat kembali.. ;-p





[Play Audiometry]



Subahanallah,pernah diberi peluang untuk menjadi tester kepada 2 orang patient (seorang kanak2 dan seorang lagi perempuan Cina ) yang masing2 telah didiagnose mempunyai masalah pendengaran kekal yang sangat teruk.Mereka telah dicadangkan supaya memakai alat bantu dengar untuk keselesaan mendengar dan penerimaan bahasa bagi si kanak2. Si perempuan Cina terpaksa bercakap dengan kuat (tanda orang ada masalah pendengaran:terpaksa bercakap dengan kuat)setiap hari. Apabila dipasangkan alat bantu dengar, si wanita secara automatik bercakap dengan lembut. Puas hati~

Si kanak-kanak pula, mengikut maklumat dari Ibu bapanya, kalau guruh berdentum pun, dia buat dek je.umur da 4tahun tapi masih belum boleh bercakap 1perkataan pun.Kesian~ ada masalah Congenital hearing loss(masalah pendengaran sejak lahir). Hari appointment untuk pakai alat bantu dengar tiba, secara tak sengaja mmg giliran aku untuk jadi tester.So, bila dipakaikan alat, budak ni makin rancak babbling(membebel aaa uuuuu ooo eee).Baru terdedah kepada bunyi persekitaran untuk kali pertama. Puas hati~ Terlihat si ibu sayu kegembiraan melihat perubahan secara mendadak tu.Alhamdulillah~ Kebiassaan yang pernah aku tengok, si ibu sayu kesedihan sbb tak percaya si anak ada masalah pendengaran tahap teruk.Kalau jadi macam ini, terpaksa la kami tinggalkan si ibu bersama suami dalam klinik untuk bagi tempoh bertenang.


Inilah pengalaman yang amat berharga berbanding belajar secara teori di kelas. Moga aku jadi yang terbaik! ameen~



[with Ridhuan Che Abdullah , Audiologist student from USM]

Sunday, May 16, 2010

[Kuliah Tafsir]

[Masjid Al Azim Negeri Melaka]
Lepas Maghrib - Isya`

Surah An Nahl: 15-18



وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَاراً وَسُبُلاً لَّعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ


Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk,





* Sebenarnya bumi bergoncang dengan goncangan yang dapat dirasai oleh benda hidup dipermukaannya. Kalimat
أَلْقَى yang bermaksud lontar atau campak. ~wal jibala awtada~dan gunung2 itu dipasakkan.[AnNaba`] Bayangkan sebiji bola yang bergoncang bebas kemudian dicucuk atau diletak sesuatu(cnth :batu) diatasnya maka pergerakannya akan menjadi perlahan.

*Walaupun kelihatan seolah-olah gunung ganang yang besar itu mengelilingi seakan mengepung sesuatu tempat, pasti ada jalan atau sungai diantara gunung2 itu yang dapat dilalui untuk keluar.

*Se-gah atau sehebat mana pun gunung itu, mampu diratakan oleh besi.Sekuat mana besi pun boleh dicairkan oleh api. Seganas mana api pun boleh dipadamkan oleh air.....sudah lupa~ sapa ingat tolong sambung.







وَعَلامَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ



dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.



* Diciptakan bintang2 itu untuk 3 perkara:
1. `alamat - petunjuk.Terutama perjalanan waktu malam di laut atau padang pasir.


2. zinah - perhiasan.

وَلَقَدْ جَعَلْنَا فِي السَّمَاء بُرُوجاً وَزَيَّنَّاهَا لِلنَّاظِرِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya),


3. rujuman lishayaateen. panahan petir kepada Syaitan


وَحَفِظْنَاهَا مِن كُلِّ شَيْطَانٍ رَّجِيمٍ
dan Kami menjaganya dari tiap-tiap syaitan yang terkutuk,






أَفَمَن يَخْلُقُ كَمَن لاَّ يَخْلُقُ أَفَلا تَذَكَّرُونَ



Maka apakah (Allah) yang menciptakan itu sama dengan yang tidak dapat menciptakan (apa-apa)?. Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran.







وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَةَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ اللّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ



Dan jika kamu menghitung-hitung ni'mat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.











Inilah antara sebab mengapa saya selalu memilih pulang ke Kuantan mengambil tiket pukul 10 malam selepas kuliah ini walaupun keesokkan harinya ada kelas. Selain perjalanan malam yang terasa singkat dari 5jam perjalanan menjadi 3-4 jam perjalanan dek kerana bumi mengecut pada waktu malam, kuliah tafsir ini selalu ditunggu2.Tafsir2 para mufassirin dibentangkan selain pendedahan ilmu tajwid dipraktikkan diawal kuliah.Terasa zuuk mendalami Ilmu Al Qur`an yang pelbagai ini. Semoga mendapat keberkatan ilmu...


Allahumma zayyinna bi zinatil Qur`an

wa akrimna bi karamatil Qur`an

wa sharrifna bi syarafatil Qur`an

wa albisna bi khil`atil Qur`an

wa `afina min kulli bala` id dunya wa `azabil akhirati bi hurmatil Qur`an

wa adkhilna jannata bi syafa`atil Qur`an








Saturday, May 15, 2010

PERILAKU UMAT AKHIR ZAMAN~











Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana manusia tidak lagi mengambil-kira apa-apa yang mereka perolehi, apakah rezeki itu daripada sumber yang halal ataupun haram.”

(Bukhari & An-Nasa’i)









Saturday, May 8, 2010

Cemburu 2 golongan..

Monolog Si tua apabila melihat Si muda:


"Alangkah bertuahnya engkau wahai anak muda.Umurmu masih panjang.Pasti banyak amal ibadat dan pahala yang mampu kau tuai sehingga tua."



Monolog si muda apabila melihat si tua:


"Umurmu yang makin meningkat seiring banyaknya pahala amal ibadat yang dilakukan.Pasti kau lebih mengetahui banyak perkara berbanding diriku.Alangkah bahagianya dirimu berada dalam golongan Husnul Khatimah tatkala ajal menjemputmu. Aku?? "


Thursday, May 6, 2010

~ Saya jarang menulis atau mengulas isu-isu semasa dalam blog ini. Namun, bila terbaca portal berita hari ini terasa sangat ingin mengulas isu ini ~



Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan :

"
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. "




Kalau dulu musuh2 Islam mencipta minuman 'Arak Halal' bagi mengaburi umat Islam terutamanya golongan yang kurang pendidikan agama untuk menghalalkan secara halus dan tersembunyi apa yang telah diharamkan Islam, kini muncul pula "Judi Halal" untuk tujuan yang sama. ~siap ada lesen lagi tu~

Benda yang dah Qath`ie haram tetap menjadi haram walau diberi lesen apa sekalipun.Alasan yang diberi sangatlah menjelekkan:


" Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram. "


Mungkin selepas ini akan timbul pula kenyataan ~ Pusat Perlacuran berlesen akan diadakan bagi mengelakkan perlacuran haram berlaku di seluruh negara.Di samping itu dapat menjana ekonomi negara dari sektor pelancongan.~ nauzubillahi min zalik.


Macam mana la nak rakyat nak merasai keberkatan hidup, apabila hasil mahsul negara pun terselit unsur2 haram didalamnya.Patutlah gejala sosial makin rancak berlaku. Lebih menyayat hati, hari ini percubaan seorang ibu yang baru sahaja melahirkan bayi didalam tandas, cuba melemaskan bayi dalam mangkuk tandas gagal. Bayi lain lahir disambut dengan kegembiraan, tetapi malang si bayi ini `disambut` oleh mangkuk tandas..




~Baldatun toyyibun wa Rabbun ghofur~

Negara baik dalam Maghfirah Tuhan