Monday, June 30, 2008

Tawassul dan Al Wasilah


Makna Al Wasilah ialah perantaraan untuk mendekatkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.Terdapat di dalam kitab 'Lisan Arab', Al Wasilah bermakna satu kedudukan di sisi raja.Al Wasilah juga merupakan perantaraan untuk hampir seperti ;mengambil perantaraan si Fulan apabila ia beramal dengan amalan yang boleh merapatkan dirinya dengan Allah.

Firman Allah subhanahu wa ta`ala di dalam surah Al Maidah ayat 35,

"Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya."

Di dalam Tafsir At Tabari, (wabtaghu ilaihi wasilah),berkata Ibnu Jarir : 'Mintalah supaya dapat menghampiri Allah dengan amal-amal yang diredhaiNya.'

Tawassul dibolehkan dalam 3 perkara iaitu;

1. Tawassul dengan nama-nama Allah (Asma` ul A`zham)

2.Tawassul dengan amalan soleh.

3.Tawassul dengan orang `alim yang masih hidup.

Tawassul dengan orang `alim yang masih hidup

Usair bin Jabir berkata : Biasanya `Umar al Khattab apabila datang
pasukan (pejuang) bantuan daripada Yaman ,dia akan bertanya kepada
mereka sama ada di kalangan mereka ada yang seorang yang bernama Uwais
bin `Amar.Sehingga ke suatu ketika beliau bertemu dengan Uwais bin
`Amar.Lalu beliau bertanya : "Andakah Uwais bin `Amar?" Orang itu
menjawab: " Ya." `Umar bertanya lagi :"Daripada Murod,kemudian
daripada Qarn?" "Ya" jawab orang tersebut.`Umar bertanya lagi :
"Apakah anda memiliki belang (di badan) lalu kamu sembuh kecuali satu
bahagian sebesar duit sedirham?" Orang itu menjawab : "Ya" `Umar
bertanya lagi : "Adakah anda memiliki ibu?" Orang itu menjawab : "Ya"


Lantas `Umar berkata , aku mendengar Rasulullah Sollallahu
`alaihiwassalam bersabda :

"Akan datang kepada kalian Uwais bin `Amar bersama pasukan bantuan
daripada Yaman.(Dia) daripada Murod, kemudian daripada Qarn.Dia
dahulunya memiliki penyakit belang lalu telah sembuh daripadanya
kecuali satu bahagian sebesar satu dirham.Dia memiliki seorang ibu
yang dia selalu berbakti kepadanya. Seandainya dia bersumpah dengan
nama ALLAH,nescaya ALLAH akan mengabulkan sumpahnya itu.Jika kamu
mampu memintanya memohon ampun untuk kamu,maka lakukanlah."

Berkata `Umar : " Mintakanlah ampun untuk aku." Maka Uwais meminta
ampun untuk `Umar.
(Hadis Shahih Muslim-Hadis no 2542)


Dikalangan masyarakat kita mungkin menggunakan ayat-ayat seperti ;" Ustaz,tolong doakan anak saya nak periksa." atau "Tok guru, tolong buat solat hajat untuk mak saya yang tengah sakit supaya sembuh." Bentuk tawassul seperti ini dibolehkan kerana yakin dengan ilmu atau berkat orang `alim yang mendoakan orang tersebut.Perlu diyakini bahawa ALLAH adalah tempat yang sepatutnya kita meminta,tetapi orang `alim itu hanyalah sebagai cara atau perantara disebabkan hampirnya dia kepada Allah.

Adapun bertawassul dengan orang `alim yang telah meninggal dunia
adalah merupakan perkara khurafat yang patut dijauhi sepertimana
dakwaan sebahagian orang `Aku memohon dari kamu dengan kemegahan Nabi'
atau 'Demi Haq nabi aku memohon dari kamu.' atau "dengan kemeghan si
fulan wali Allah aku meminta supaya dikabul permintaanku.'Kesemuanya
itu dinamakan Tawassul Bid`ie kerana tiada diriwayat dari Sahabat
mahupun dari sesiapa di dalam kurun sejahtera(kurun Rasulullah) yang
melakukan tawassul cara ini.

Tawassul dengan amalan soleh

Dari Ibrahim bin Mundzir,ia berkata : "Abu Dhamrah berkata : Kami diberitahu oleh Musa bin `Uqbah dari Nafi` dari Abdullah bin Umar radhiallahu`anhuma dari Nabi sollallahu`alaihi wassalam,sabdanya :

"Pada suatu ketika ada tiga orang yang sedang berjalan, tiba-tiba mereka kehujanan di tengah jalan itu,kemudian mereka berteduh dan berdiam di suatu gua pada suatu gunung,lalu runtuhlah sebuah batu besar dari atas gunung tepat pada mulut gua yang mereka berteduh dan menutupi jalan keluar mereka.

Seorang daripada mereka berkata kepada yang lain : "Cubalah kamu semua memerhati dan mengingati beberapa amal perbuatan yang baik dan yang pernah kamu semua kerjakan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.Mungkin dengan perantaraan amal perbuatan soleh itu,maka berdoalah kamu semua kepada Allah barangkali DIA akan melapangkan (yakni membukakan pintu gua yang tertutup) bau besar itu dari kamu semua."

Salah seorang dari tiga orang itu berkata : "Ya Allah ,sebenarnya pernah terjadi kepada diriku ,yakni mengenai kedua orang tuaku yang sudah tua,sedangkan aku sendiri juga mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil yang kuberikan perlindungan kepada mereka itu.Apabila selesai dari pekerjaanku ,segeralah aku melakukan sesuatu untuk kepentingan mereka,iaitu memerah susu kambing.Kemudian,yang mula-mula aku dahulukan ialah memberikan minuman itu kepada kedua orang tua ku dan hal ini sentiasa kulakukan sebelum memberikan minuman kepada anak-anak ku sendiri.
Pada suatu hari aku terlambat balik ke rumah sehingga tiba waktu malam ,terus aku menuju ketempat kedua orang tua ku,namun keduanya telah tidur.Seterusnya aku pun memerah susu sebagaimana yang biasa kulakukan,lalu aku pun berdiri dekat dengan mereka (dengan tujuan kalau mereka bangun segeralah aku berikan minuman kepada mereka).Aku enggan untuk membangunkan mereka dan juga enggan memberikan minuman itu kepada anak-anakku,padahal di saat itu mereka terjerit-jerit(sebab kelaparan).Anak-anak mendekatiku kedua kakiku(dengan tujuan mereka segera diberi minuman itu).Keadaan sedemikian berlaku terus sehingga fajar menyingsing.Oleh sebab itu ( Ya Allah),apabila engka mengetahui bahawa sesungguhnya aku melakukan itu betul-betul kerana mengharapkan keredhaanMu,maka bukakanlah kesulitan yang menimpa kami ini agar dapat melihat langit(maksudnya matahari)".Kemudian Allah melapangkan mereka dengan menggeser letak batu besar sedikit demi sedikit ,namun orang-orang yang ada di dalamnya belum dapat keluar sama sekali dan hanya cahaya dari langitlah yang dapat mereka lihat.

Orang yang kedua pula berkata : Ya Allah , sebenarnya aku ini mempunyai seorang sepupu perempuan.Aku mencintainya sebagaimana halnya orang-orang lelaki yang mencintai orang-orang perempuan yang sedemikian sangatnya.Aku pernah meminta kepadanya (agar tidur bersama),tetapi ia menolak kehendakku.(Hal ini terus terjadi sehingga suatu saat sepupu perempuanku memerlukan duit),lalu aku memberikan kepadanya sebanyak seratus dinar,kemudian aku pun berkeinginan sekali menggaulinya.(Agaknya ia bersetuju mengikut kemahuanku disebabakan perlunya kepada duit).Ketika aku sudah berada di antara kedua kakinya,tiba-tiba ia berkata : "Hai hamba Allah ,takutlah kepada Allah (ittaqillah!!!) janganlah kamu membuka (yakni melepaskan cincin ),melainkan dengan cara yang benar(maksudnya jangan menyetubuhi perempuan yang bukan miliku yang kamu kahwini dengan sah dan benar)." Mendengarkan ucapannya itu aku pun berdiri kembali dan meninggalkannya (sedang duit seratus dinar itu kuberikan kepadanya dengan ikhlas hati)."
Oleh sebab itu (Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa hal itu kulakukan semata-mata kerana mengharapkan keredhaanMu,maka lapangkanlah kesukaran yang menimpa kami ini dan dengan kelapangan itu kami dapat keluar dari gua ini." Allah melapangkan mereka dan menggeserkan batu besar itu dari tempatnya lebih banyak lagi ,namun mereka masih belum dapat keluar lagi.

Selanjutnya orang yang ketiga berkata : "Ya Allah , sesungguhnya aku pernah mengupah seorang buruh upahan dengan imbalan satu faraq(kira-kira sebanyak tiga gantang atau 16 kati).Setelah ia menyelesaikan pekerjaannya,iapun meminta hak yakni upahnya dan berkata : "Berikanlah hakku!!" .Aku pun segera menunjukkan kepadanya apa yang menjadi haknya itu(sudah dipersetujui bersama-sama) , tetapi ia tidak mahu menerimanya dan pergi.

Wang upah orang itu sentiasa kupergunakan untuk menanam tanaman dan membeli binatang ternakan,sehingga aku dapat mengumpulkan pelbagai binatan ternakan seperti lembu serta orang yang menggembalakannya.Pada suatu hari dia pun datang kepadaku dan berkata : "Hai saudaraku,takutlah kepada Allah (ittaqillah!!) ". Aku faham apa yang dimaksudkannya itu ,iaitu hendak mengambil upahnya yang dahulu ditinggalkan.Oleh sebab itu aku pun berkata : "Pergilah ke tempat lembu dan penggembalanya itu.Ambillah semua!". Orang itu kemudian berkata lagi : "Hai saudaraku ,takutlah dengan Allah (ittaqillah!!) dan janganlah bersenda gurau denganku".Aku menjawab : "Aku tidak bergurau ata meremehkan dirimu.Ambillah semua itu". Orang tersebut lalu mengambil seluruhnya (yakni semua ternakan dan penggembalanya dan tidak satu pun yang ditinggalkan).Oleh sebab itu Ya Allah,jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini mengerjakan semua ini semata-mata kerana mengharapkan keredhaanmu,maka lapangkanlah aku dan kawan-kawanku dari kesulitan yang sedang kami hadapi ini dengan melepaskan sisa batu yang menghalang kami." Selanjutnya Allah pun melapangkan mereka (dengan meruntuhkan batu besar itu ke bawah ,lalu ketiga orang itu dapat keluar dari gua itu dengan perasaan gembira.

Hadis Shahih Bukhari .hadis no -2238

Tawassul dengan nama-nama Allah

Asma ul Husna

Wallahu a`lam.........

Wednesday, June 25, 2008

Seorang Sahabat, Seorang Saudara

Afifa agak terkejut apabila membaca nama pengirim surat itu.Tanpa lengah, dia terus mengoyakkan hujung sampul surat putih itu lalu membaca isinya dengan teliti.

Afifa yang budiman,

Jika surat ini berada di tanganmu, aku tidak tahu apa yang terjadi pada diriku.Segala yang berada di sekeliling ku telah berubah dengan begitu pantas.Kini hidupku sarat dengan kesunyian dan sungguh terasing.Sungguh, aku begitu sepi…kerana yang ada hanya aku dan isteriku.Semua yang pernah berada di sekelilingku memusuhiku.Keluarga, sahabat handai dan semua kenalan membenciku.Sehingga keluargaku yang kupuja selama ini turut menyingkirkanku.

Pasti kau kebingungan dan hairan dengan kehadiran berita dariku.Aku sendiri tidak pernah menyangka perjalanan hidupku begini rupa.Dan entah mengapa aku begitu ingin menyampaikan berita ini kepadamu.

Afifa yang diingati,

Segalanya bermula dengan kunjunganku ke rumahmu setahun yang lalu.Masih ingatkah kau?Ketika hujan membasahi bandar metropolitan,kuketuk pintu rumahmu.Pada daun pintunya masih kuingat ada lafaz ‘Assalamu`alaikum” tertera indah.Namun tika itu aku tidak mengucapkannya kerana ia tidak memberi apa-apa makna bagiku…

Apa yang terbayang dalam fikiranku ketika itu,kau pasti masih seperti dulu.Kalau berubah pun mesti lebih matang dan bertambah anggun.Aku begitu yakin.Kau rakan karib sekuliahku yang lincah,periang, ramah dan cantik.Paling tidak kulupakan matamu yang redup dan tenang serta rambutmu yang ikal berombak indah.Betapa dulu kita begitu akrab.Sehingga ramai kawan-kawan yang lain yang cemburu melihat keakraban kita.Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kita.Antara kata-kata mereka kita “Laila dan Majnun” atau “Romeo dan Juliet”.Kita lantas tertawa apabila mendengar pelbagai tuduhan dilemparkan.

Ya!Persahabatan kita adalah persahabatan yang ikhlas.Suatu yang sukar dipercayai oleh semua rakan kita.Memang aneh..bagaimana persahabatan kita begitu intim tetapi tulus.Engkau tahu aku telah mengikat tali pertunangan dengan saudaraku.Kita hanya berkawan.Belajar bersama,berjoging bersama,pendek kata melakukan semua aktiviti bersama.Tidak lebih dari itu.Kerana masing-masing menyedari bahawa tak mungkin salah seorang dari kita yang akan meninggalkan agama yang kita anuti.

Namun apa yang kubayangkan dalam benak fikiranku,ternyata silap.Aku terkejut besar dan terpegun seketika apabila pintu terkuak.Engkau muncul di hadapanku dengan penampilan yang hampir tak kukenali,kalau tidak kerana senyum ramahmu dan pandangan redup dari sudut matamu.Tubuhmu dibaluti baju panjang dan tudung lebar..yang sangat lebar.Menggeleng kepala sambil tetap bersikap sopan dan mesra ketika kuhulurkan tanganku untuk bersalaman denganmu.Kini baru kuketahui bahawa aku tidak boleh bersalaman denganmu tempoh hari kerana kau tak mungkin bersentuhan dengan lelaki yang boleh dihalalkan nikahnya.

Suara tangisan Muhammad menyebabkan Afifa terhenti sebentar membaca.Mungkin dia lapar,detik hatinya.Sambil menyusukan buah hatinya…Afifa meneruskan bacaannya dengan penuh debar.

Afifa yang dihormati,

Sungguh,ketika itu aku sangat kecewa dan hampa.Setelah lebih kurang sejam aku berbual-bual dengan suamimu,aku pulang.Aku rasa ,aku telah kehilangan sahabat,ketika aku merasakan kau sangat berubah.Engkau tidak menyambut kedatanganku dengan ketawa candamu.Engkau hanya duduk diam di sofa sudut rumahmu sambil memangku anakmu.Hanya sesekali ku mendengar suaramu yang menjawab soalanku.Itupun dengan nada suara yang cukup sopan seolah-olah aku seorang yang terlalu asing bagimu.Aku juga turut menjadi kaku.Kini baru kuketahui bahawa kau tidak pernah menemui tamu lelaki tanpa izin tanpa bertemankan suamimu.Hanya kerana aku teman baikmu dulu maka engkau menemuiku ,tapi dengan caramu.

Padahal ketika itu aku bersungguh-sungguh menyempatkan diri, mencari waktu untuk mencari dan menemuimu.Hampir 5 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke Bandar L.Ya, semenjak kita lulus ijazah dengan cemerlang dan membawa haluan masing-masing.Kita terputus hubungan.Sebaik sahaja aku tamat pengajian ,keluargaku terus menghantarku ke luar negara untuk meneruskan pengajian di peringkat sarjana.

Oleh itu ,apabila aku ada urusan di Bandar L,ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh aku lepaskan.Aku singgah di rumah ibumu ,kudengar khabar engka telah mendirikan rumahtangga dan baru sahaja menimang cahaya mata.Aku terlalu ingin bertemu denganmu,melihatmu dan anakmu.Sehingga aku nekad mencarimu di Bandar L ini.

Tapi ternyata tuhan telah menyusun perancangan lain dengan peristiwa pertemuan kita.Adakah kau ingat ketika aku memohon mengundurkan diri tempoh hari ,suamimu sempat mencapai sesuatu dan menghulurkan kepadaku.Tanda persahabatan,katanya..Aku pasti tentu banyak tentang diriku yang telah engkau kau ceritakan kepada suamimu.Terutama tentang aku yang hantu buku dan amat suka membaca.

Aku tak sabar menunggu sampai di rumah ntuk membaca buku hadiah pemberian suamimu.Aku biarkan pemanduku sepi tanpa berbual-bual seperti biasa.Betapa terkejutnya aku ketika membacanya.Kisah seorang kafir kepada ketua paderi di Sepanyol yang memeluk Islam!! Tiba-tiba aku rasa marah.Amat marah pada suamimu.Dan entah mengapa juga padamu.Apa tujuan suamimu menghadiahkan buku sebegitu rupa kepadaku.Aku terbayang wajahmu dan suamimu yang seolah-olah mengejekku.Aku benci pada riak wajah itu!!Hampir-hampir aku campakkan buku itu keluar melalui tingkap keretaku.Tapi tiba-tiba aku bimbang jika buku itu di baca orang lain.Bila sampai di rumah akan kubakar buku jahanam ini.Itu tekadku.Tapi kejenuhan perjalanan yang panjang menyebabkan aku tergoda untuk membukanya sekali lagi.Kubaca dan kubaca.Dan ternyata aku semakin tertarik.

Afifa yang sentiasa diingati,

Detik-detik berikut adalah saat-saat yang membingungkan aku.Aku jadi seorang yang pendiam dan pemikir.Ini adalah di luar tabiatku…

Begitu baik adunan kisah buku tersebut sehingga menganggu gugat fikiran juga keyakinanku.Terbayang di ruang mataku gambaran wanita secantik Isabella.Seorang calon paderi wanita yang sarat di dadanya tentang ilmu teologi Kristian akhirnya goyah dan bertukar agama.Begitu bijak pengarang itu membentangkan hujah-hujah dan argumentasi melalui watak itu resah dan gelisah.Seperti aku kemudiannya.

Aku cuba mengajukan beberapa soalan yang terdapat dalam kisah tersebut kepada ahli agamaku.Termasuk dua abangku yang juga paderi.Ajaib!! Ia seperti yang berlaku dan terjadi dalam kisah yang ku baca.Banyak persoalanku yang tidak mampu dijawab.Keyakinanku terhadap kebenaran agamaku mula bergoncang.

Aku mula mencari buku-buku dan maklumat tentang mereka yang berhijrah ke agama Islam secara intensif.Jaringan internet turut membantu pencarianku.Lebih kurang enam bulan yang lalu Allah memberi petunjuk kepadaku .Melimpahkan anugerah nikmat Islam.Memberi kekuatan yang luar biasa untuk aku menempuh jalan berliku yang sungguh mengerikan.Aku begitu berani ketika melafazkan ikrarku,penyaksianku dan perisytiharanku.;

Asyhadu al la ilaha il lallah , wa asyhadu anna muhammadarasulullah

“Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH

dan aku bersaksi bahawa Muhammad pesuruh ALLAH”

Aku bersyukur kerana isteriku juga turut mengikuti jejak langkahku.tidak silap aku memilih dia sebagai teman hidupku.Sesungguhnya dia seorang yang tabah, sanggup mengharungi keperitan dan kepedihan ini bersamaku.

Hati Afifa mula sesak.Afifa semakin tak sabar untuk menamatkan adegan kisah rakannya ini.Tapi Muhammad masih belum boleh lena,mungkin tak selesa kerana selesemanya msih belum reda.Itu sebabnya Afifa mengambil cuti hari ini,untuk menjaga Muhammad agar selesemanya tidak berlarutan. Alhamdulillah rengekan Muhammad tak lama…

Afifa saudaraku yang dikasihi kerana ALLAH,

Bermulalah episod baru dalam kehidupan kami.Apa yang dialami oleh Isabella kini berlaku pada diri kami.Keluargaku juga keluarga isteriku amat marah.Pelbagai cara mereka gunakan untuk memujuk kami ke ‘pangkal jalan’.Nasihat ,ugutan,dan ancaman bahkan penyeksaan melanda kami.Pasti kau tahu keluargaku tergolong dalam golongan yang begitu teguh pegangan agamaku yang dulu.Inilah aib besar bagi mereka.Kemarahan mereka tak terbendung lagi apabila aku dan isteriku masih tetap tidak berganjak dari keputusan kami.

Aku yang merupakan anak bongsu dan kesayangan keluarga telah diusir dari rumah kami,kerana rumah itu juga hadiah dari keluargaku pada hari perkahwinan kami.Kesemua barang dan perabot kami dibakar di hadapan kami.Bukan setakat itu,aku dilucutkan jawatan dari jawatan sebagai salah seorang pengarah syarikat milik keluargaku.Semua sahamku dirampas termasuk keretaku.Lebih menyedihkan lagi semua dokumen kami turut dibakar.Kami tak punya apa-apa lagi.Hanya berbekalkan doa dan keyakinan bahawa tuhan pasti memelihara kami.Sesunggunya janji ALLAH itu benar.AMAT BENAR~.Kami diberi perlindungan oleh salah seorang ahli jawatankuasa masjid untuk beberapa hari sebelum mereka membantu aku untuk mendapatkan pekerjaan dan bantuan.

Aku akan mulakan hiup ini dari bawah.Hidup yang amat sederhana.Atau mungkin serba kekurangan .Tapi kami bersyukur.Dengan ilmu Islam yang setitik ini ,aku yakin di sana ada orang yang lebih hebat seksaannya berbanding kami.Aku pernah mendengar dari kuliah di masjid bahawa Mus`ab bin Umair,seorang anak bangsawan dan hartawan lebih hebat diseksa kedua ibu bapanya.Tatkala syahid menjemputnya,hanya sehelai kain kasar yang menutupi sebahagian jasadnya.Jika ditarik kain itu untuk menutup bahagian kakinya,maka kepalanya pula yang nampak.Begitulah sebaliknya.Tapi dia bahagia dengan Islam.Kenapa kami tidak??

Afifa saudara seIslamku yang sering kuiingati,

Aku lupa memberitahumu ,aku tak dapat mengunjungimu selepas memeluk Islam kerana kesihatanku yang tidak mengizinkan.Luka-luka kesan penyeksaan penjahat yang diupah oleh keluargaku menyebabkan sebelah telingaku rosak.Tulang belakangku retak..menyebabkan aku tidak mampu bergerak banyak.Isteriku yang keluar mencari sesuap nasi untuk kami.Dia diterima sebagai pembantu tadika di masjid tempat kami berlindung.Kami takut untuk keluar jauh dari kawasan masjid ini walaupun ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Aku pasti keluargaku tidak akan membiarkan kami hidup dengan aman.sakitku semakin parah.

Seorang doktor,kenalan ahli masjid telah bersetuju mengatur dan merancang rawatanku ke sebuah hospital swasta milik orang Islam.Dengan menjamin keselamatan nyawaku dan isteriku,aku bersetuju..dengan penuh keharuan.Dengan harapan yang menggunung aku berdoa….”Ya ALLAH,berilah aku peluang untuk hidup agar aku dapat berbuat sesuatu untuk Islam pada sisa umurku.Berilah aku ruang untuk menebus semua dosaku yang telah lalu..”

Afifa melihat tulisan pada warkah ini semakin sukar untuk dibaca.Agak buruk tulisannya…pasti dia menulis dalam keadaan yang sukar.Manakala Afifa dengan payah menghabiskan bacaanya di perenggan yang akhir.

Afifa saudaraku yang dikasihi,

Ketika warkah ini ditulis,aku sedang menanti untuk dibedah.Tulisanku semakin buruk,kan?Tapi aku pasti kau masih boleh membacanya.Afifa…saat ini aku sudah tidak mampu duduk lagi.Namun aku tak pernah berputus asa dari rahmat Allah.Aku yakin DIa akan menentukan yang terbaik unutk imanku.Namun begitu..Afifa jika ALLAH mengkehendaki sesuatu berlaku pada diriku …suatu yang lain.Aku amat meminta bantuanmu..inilah permintaan terakhirku ; tolong jaga isteriku.Engkaulah satu-satunya sahabat dan saudaraku.Aku yakin dengan kebaikan hatimu pasti kau tak sanggup melihat saudara seIslam yang baru mengenal erti iman ini bersendirian,kan?Tiada siapa lagi di sisinya kecuali aku.Aku khuatir dia belum cukup kuat untuk kehilanganku…bantulah dia.

Sampai di sini warkahku kali ini.Semoga Allah mempertemukan kita..jika tidak di sini, yang pasti di alam sana yang lebih kekal abadi .amin..

Wassalam..

Sahabatmu,

Philips dan kini Muhammad Ammar.

Afifa terpegun..Afifa memegang warkah itu sambil menyeka air matanya.Namun jelas terdengar esaknya tak tertahan..akhirnya deraian air mata deras mengalir..sukar dibendung lagi.Afifa seperti mahu terbang sahaja mencari Ammar.Namun tiada alamat dan nombor telefon yang tertulis.Cuma yang ada cop tempat surat ini diposkan.

Hari berganti hari.Seminggu berlalu.Afifa dan suaminya masih belum mencari alamat Ammar.Afifa tidak berhenti berdoa untuk sahabatnya.

Pada hari minggu itu,ketika Afifa dan suaminya bersiap untuk mencari Ammar,terdengar loceng dipagar berbunyi.Afifa menjenguk keluar.Seorang wanita bertudung yang kurus kering sedang berada di luar pagar.Afifa segera keluar.Kesedihan jelas terbayang di ruang mata wanita tersebut.Dia memperkenalkan dirinya sebagai isteri Ammar.Tak sempat Afifa bertanya lagi, dia berkata “ Abang Ammar telah pergi…”.Katanya penuh sedu diiringi dengan esakan yang bertahan-tahan.Afifa terus merangkul tubuh “Latifa”… kedua-duanya menangis teresak-esak.

“Ya ALLAH,terimala taubatnya…”. Bisik Afifa.



Subhanallah..Cerpen yang menceritakan sedikit sebanyak tentang tanggungjawab yang wajib dipikul oleh orang Islam kepada sesama Islam atau bukan Islam.Banyak rupanya tanggungjawab yang kita tidak sedari lebih-lebih lagi kepada bukan Islam dan muallaf yang baru memeluk Islam.Erk, adakah dengan sebab ini kita akan ditanya Allah pada hari akhirat kelak tentang tanggungjawab kita kepada manusia lain yang menghalang kita menjejakkan kaki ke dalam syurga?Hmm..maka sepatutnya setiap individu muslim perlu mempunyai sasaran mereka yang tersendiri dalam mempelbagaikan metode da`wah..Cerpen ini pertama kalinya kubaca ketika menuntut tingkatan 4(2002).Kutertarik dengan watak-watak yang ditonjolkan yang mempunyai kekuatan tersendiri selepas masing-masing diberi hidayah samada memeluk Islam atau kembali ke pangkal jalan.Dan pastinya,setiap kali kumembacanya walaupun berulang kali,air mata ini tidak dapat tidak akan mengalir juga..Uhuk2..Moga aku juga diberi keberanian,ketabahan dan kecekalan seperti Ammar. Ameen..


p/s: SAPE KATA LELAKI KALO MENANGIS TAK MACHO?? huh~


Monday, June 16, 2008

Jalan-Jalan Kedah

Assalamu `alaikum..


Entri kali ni nak berkongsi tentang permusafiran ana ke Kedah Darul Aman..Tujuan utama ke kenduri Khairul Fikri and Hayati Husna.Masing2 merupakan classmate,housemate and roomate ana.Tapi seperti biasalah,disamping tujuan utama tu pasti ada gak terselit agenda tersembunyi secara tidak langsung. (^^,)

Alkisah la tiket pn dibeli pada Khamis malam Jumaat dari Melaka ke Alor Setar even rumah pengantin masing2 di Sg Petani n Baling.Sengaja memilih Alor Setar u jalan2 n mencari pengalaman baru..Lagipun kenduri hari Sabtu,so hari Jumaat tu nak jalan2 ja kat tempat2 menarik di sekitar bandar,spt Pekan Rabu .Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8jam.

Sampai sahaja di Terminal Shahab Perdana pukul 6am,bola mata ni melilau mencari surau atau masjid y berdekatan.Lagipun mengejar jemaah Subuh Jumaat y lebih Afdhal berbanding Subuh hari2 lain.Sampai ja di masjid,ahli jemaah sudah berduyun2 keluar dari masjid.ah..melepas..


Seusai solat,my friend,Abdul Razak datang menjemput.Sebenarnya tak dirancang pn nak bersama dengan dia sbb tak nak kacau dia tgh meng`handle` program kat masjid.penganjur plak tu.Pujuk punya pujuk akhirnya mengalah la.so,menumpang la di rumah Razak untuk sehari ni.Selepas itu berkunjung ke tempat prog yang dianjurkan Razak sbg PM.Difahamkan,masjid tu da 20 tahun dibina tapi satu program pun tak penah diadakan lagi.menyedihkan..so,Razak selaku orang muda y mempunyai kesedaran yang tinggi hasil tarbiyyah kampus yang diterimanya merancang program demi merancakkan lagi peranan institusi masjid.Macam-macam prog seperti Kem Anak Soleh,Street Soccer,Forum Al Kulliyah,pameran buku ,AADK dan CAP diadakan.Tujuan yang amat jelas tetapi sukar dipraktikkan.Amat malang apabila generasi muda hari ini amat jauh dari institusi masjid tapi semakin dekat pula kepada gejala2 so`sial`.malam penutup pula dapat bertemu Adun Anak Bukit y merupakan Exco kerajaan Kedah, IR Amiruddin Hamzah scr live.hehe~




Kebiasaannya,apabila orang bandar masuk kampung terasa kejanggalan nya.begitula sebaliknya.Ana ni bukan la pure org bandar tapi kurang dapat peluang menikmati suasana kampung.Nak2 yang ade sawah padi ni.Subhanallah..baru terasa byk lagi nikmat Allah yang tiada di tempat sendiri tapi ade ditempat lain.Ni kira mensyukurila ni posing2 sorang tgh bendang tu.hehe~...keunikan Kedah,sejauh mata memandang , sejauh tu la sawah..menghijau subur ja.Boleh bayang la kalo time padi masak menguning..bertukar lagi warna alam.Subhanallah.Kebiruan langit dan kehijaun sawah.Bertambah best lagi bila menyusur masuk ke dalam dan bertemu pantai..MasyaAllah.mmg xsangka la dapat jumpa semuanya serentak kat sini..Ombak kehitaman(lumpur kot) dan sawah kehijauan hanya dipisahkan oleh sebatang jalan..blum masuk lagi haiwan2 yang hidup kt kawasan tu spt kerbau,lembu,ikan keli,bangau dan lain2.memang lengkap..Subhanallah...~Ya Allah, jadikanlah diriku ini hambamu yang bersyukur~


Petang Sabtu,ana,razak,abang Pizi n Firdaus bertolak ke Sg Petani menaiki kereta Firdaus untuk ke rumah pengantin lelaki.erk,rumah pengantin perempuan tak sempat kot sbb prog2 kat kg Razak membataskan pergerakan.minta maaf la ye.Masa kami sampai rumah pengantin.kedua2 pengantin tak sampai lagi,so makan la dulu apa2 yang ada.Ketibaan pengantin lengkap berpakaian pengantin serba hijau sepatutnya diiringi dengan sahabat2 yang mengikut konvoi dari Baling.tapi,kelibat mereka pn tak nampak.Malu kot~..Akhirnya sampai gak la walaupn lambat nak mengiringi pengantin.Time ni mmg best sbb dapat jumpa semua teman2 lama samada DQ atau Gombak.Acara jadi meriah plak apabila masing2 dgn cerita masing2.Sampai pengantin datang pn ramai y tak perasan..hehe~sori eh.xpe awak da best da jadi pengantin arini~(*_*). semoga hidup dengan mawaddah wa rahmah serta zuriat soleh-solehah y berkekalan..

"Barakallahu laka , wa barakallahu `alaika ,
wa jama`a bainakuma fi khair"
ameen...

p/s: lepas ni kita tunggu sape plak y menyusul..rasa sorang y " da xlama da" tu kot. ~ sape??tunggu..

Wednesday, June 11, 2008

Hidup Berdikari..


Assalamua`alaikum..

Alhamdulillah..(^^,) Semalam sorang lagi adik berjaya melangkah masuk ke matrikulasi UIA dari keluarga kami selepas dua yang baru grad.tunggu convo pun.Yang ke-7 la ni..Insya Allah.Hmm..Kali ni banyak pula kelainan dari kebiasaannya.First of all, lokasi dah berubah.Dulu kat Petaling Jaya,now in Nilai.tak la jam n hot cam dulu. Dekat sket dengan Melaka plak tu.Nama pun dah berubah kepada Pusat Asasi UIAM(Center For Foundation Studies).Then, course yang di ambil plak IRK,beza ngan abang2 yang lain; medic,engineering,audiology(sciences stream).And lastly, dia tu perempuan..hehe~.. mmg patut la ade kelainan.Bagusla..ade gak pelapis ustazah dalam rumah ni selepas ustaz..Ameen.

Ala kulli hal,kampus Nilai ni kira terletak dalam kawasan yg tak padat lagi populasinya.ala-ala bandar terancang kot.tak sesibuk PJ.Bersebelahan pula dgn puluhan tempat menjual kain dengan harga potongan sehingga 85%..huh,rambang mata makcik2 yang datang melawat anak kat kampus Nilai lepas ni.Mesti dah ada agenda tersembunyi disebalik lawatan tersebut.Nak2 yang baru je abis belajar menjahit tu kan..(pedas2..).


Bagi dalam kampus pula,bangunan semua renovate dari rumah kedai yg sedia ada.Mean, tak de la spesifik satu bangunan untuk satu tujuan macam dewan kat AMF dulu.bawah kawasan pentadbiran,atas dah kawasan mahallah..cam rojak la plak.tapi y ditimbulkan persoalan,kenapa hostel fees sampai RM600?hmm..nak kata facilities lengkap tak jugak...ntahla.Kira apa yg sama dgn PJ,cuma ada masjid la berdekatan.Azan pn dapat didengari dengan jelas.AllahuAkbar!!


Tapi masalah yang nyata jelas,kawasan persekitaran langsung tidak dipagari.Hanya yang dipagari mahallah sister n pentadbiran sahaja.Doakan je la sume selamat..ameen..
Kesian adik2 y kene pi Nilai ni.Dok umah sewa lagi best.hehe~

Akhirnya sebelum bertolak pulang,maka berlakulah babak-babak yang menghibakan..eh,tak nak cerita la.almaklumla,anak perempuan yg pertama kene dok berjauhan dgn famili.bese la tu..da kene pandai hidup berdikari ye.nanti da bersuami senang sket.Perjalanan pulang mengambil masa 45min je dengan kelajuan 150km/jam..hehe~..kira dalam 45min ke 1jam la perjalanan Melaka-Nilai.Lepas ni plak tugas abang2 yang ade kat rumah tu pi ambil n bawa dia plak bila time cuti panjang..jelesnya!! biarla..(dia tu perempuan,awak tu lelaki).setakat ni dulu ye..wassalam.

p/s: nak tgk mata dia bengkak atau tidak selepas 2 minggu nanti..haha~


Friday, June 6, 2008



Salam..
Sekadar memberi peringatan buat diriku yang lupa dan alpa.Artikle ini di
copy-paste daripada blog A.Ubaidillah Alias,pengarang novel Islami ; Warkah Cinta Berbau Syurga & Sekudus Nur Ilahi.


DAKWAH PENULISAN SATU KEMESTIAN

Assalamualaikum W.B.T.

Alhamdulillah! Pertamanya marilah kita bersyukur atas pertemuan kedua menerusi catatan bisu ini, sekalipun kita tidak bersua muka namun catatan ini sudah mewakili maksud di hati saya. Seterusnya, saya berterima kasih kerana anda masih mengikuti perkembangan buletin Al-Qiadah untuk kesekian kalinya. Dalam sesi kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman sebagai penulis.

Saya pernah bekerjasama dengan Faisal Tehrani untuk menjadi tenaga pengisi bagi program penulisan di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Program tersebut dibuat pada September 2007 (jika tidak silap). Anda kenal Faisal Tehrani? Pemenang hadiah pertama Sastera Utusan bagi kategori novel remaja selama tiga tahun berturut-turut. Mungkin anda pernah membaca novel 1511, Bila Tuhan Berbicara atau Tuhan Manusia. Kebanyakan novel belia laris dan hebat-hebat belaka. Seorang penulis yang berfikrah Islam dan sangat mahir menjadikan sesuatu bahan ilmiah menjadi sebuah naratif mengasyikkan.

Dalam program itu beliau menekankan kepentingan penulisan Islam dan betapa perlunya golongan agamawan menjadi penulis. Kerana penulisan adalah satu-satunya media sebaran yang paling mudah dan efisien. Penulis muda yang berfikrah Islam juga perlu dilatih dan dibangunkan untuk menentang kebejatan sosial yang mewarnai dunia media cetak. Penulis perlu menerbitkan bahan-bahan berguna untuk menyaingi majalah hiburan seperti Manga, URTV, Hai dan komik-komik tahyul. Paling utama setiap penulis Islam perlu menekankan konsep tauhid serta amar makruf dan nahi mungkar dalam setiap karya yang dihasilkan. Ini sangat penting untuk memperbetulkan minda muda-mudi yang telah dipesongkan pemikirannya akibat media kontemporari.

Jujur saya katakan, penulis Islam sangat dialu-alukan dalam dunia penulisan kreatif mutakhir ini. Untuk makluman pembaca, saya salah seorang penulis sambilan di PTS Millennia Publications. Abang Fauzul Naim selaku pengarah urusan PTS pernah memaklumkan bahawa dia sedang mencari bakat baru dalam penulisan novel Islam. Setakat ini sangatlah sukar untuk mencari manuskrip novel yang benar-benar mencerminkan Islam secara hakiki. Kebanyakan penulisan hanya menempelkan Islam dalam karya dan bukan menjadi Islam sebagai satu cara hidup di dalam penceritaan.

Jika anda pernah membaca novel karangan penulis Indonesia bernama Habiburrahman Asy-Syirazi iaitu ‘Ayat-ayat Cinta’, novel beliau adalah yang terlaris sepanjang tahun 2007. Akhirnya ia telah difilemkan awal tahun 2008. Itu adalah bukti bahawa ramai orang sekarang mencari novel yang ilmiah dan berisi. Orang merasa rugi untuk membeli novel percintaan semata-mata tetapi sifar manfaat. Oleh yang demikian, saya menyarankan kepada pembaca agar belajar menulis sama ada bermula dari membuat karangan biasa dan kemudian menulis cerita yang panjang.

Bukan mudah untuk menjadi penulis, tetapi jika anda berminat untuk menjadi penulis maka anda perlu memulakan latihan mulai sekarang. Tulislah apa sahaja asalkan benda itu bermanfaat. Sedikit demi sedikit anda akan mula mencipta jalan hidup sebagai penulis. Insya Allah. A. Ubaidillah Alias