Wednesday, July 23, 2008

3 minggu pertama yang................

Kelas?

+ da stat berinteraksi scr baik ngan classmate y sememangnya berlainan jantina.(xmacam dulu lagi..=p)



Subjek?

+ subjek bertambah , assignment pn bertambah..



Rumah Sewa?

+bebas, updated facilities, mencari ruang yang sesuai untuk tdo!!



Kawan?

+ok best..macam2 fi`il...



Stress??

+balik kg...!!


*tujuan post kali ini adalah untuk menyatakan diri ni nak balik kampng setelah 3 minggu terlalu sibuk..sekurang2nya ingin mengecas semangat yang makin pudar..
-3 perkara yang jika kita hanya pandang sahaja,sudah dapat pahala;



  • 1-pandang ibu bapa dengan kasih sayang.


  • 2-pandang Al Qur`an


  • 3-pandang Ka`abah...


dapat gak pahala balik ni kan... =)

Wednesday, July 9, 2008

Mereka yang diZALIMI !!!!!


Cerita 1

Suasana di Wad Blok A Tingkat 3 Hospital Kajang cukup sayu dengan tangisan isteri tahanan ISA, Siti Fatma dan ahli keluarga tatkala anak perempuan kesayangannya, Aina Mardiah Shahrial terlantar koma dan nazak sejak semalam lagi.
Aina Mardiah dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam hingga mengakibatkan beliau koma.
Namun paling menyedihkan, bapa kandungnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di bawah ISA sejak tujuh tahun lalu, baru sahaja mendapat pelepasan sementara daripada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar untuk menziarahi anaknya di Kajang.
Begitu pun menurut Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), pelepasan itu hanya dapat diberikan selepas mereka menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.
"Walaupun permohonan telah dibuat awal (semalam) namun, jam 1.00 petang tadi barulah pelepasan itu dapat diberikan, inikah moral kerajaan tatkala soal nyawa anak tahanan menjadi taruhan," kata Aliza Jaffar salah seorang ahli PSK GMI yang ditemui di Hospital Kajang sebentar tadi.
Menurut Aliza, sepatutnya dalam hal 'kecemasan' seperti kes ini, pihak Kemta dan KDN tidak perlu merumitkan keadaan dengan prosedur yang merumitkan.
"Tak cukupkah dengan pengesahan doktor dan dengan kedatangan Pegawai Cawangan Khas hingga kami terpaksa menunggu jam 1.00 petang tadi baru dapat tahu ia sudah mendapat kebenaran, ini hal yang serius yang melibatkan nyawa anak tahanan," katanya geram.
Sementara itu, sewaktu Harakahdaily menziarahi wad berkenaan, kelihatan kira-kira 20 pelajar sekolah terdiri daripada rakan-rakan Aina Mardiah menziarahi beliau.
Keadaan bertambah sedih apabila rakan-rakan turut menangis teresak-esak sambil memeluk Aina yang terkapar dengan alat bantuan hayat serta bergantungan 'wire' di tangan serta hidungnya.
Kesedihan yang terpancar di wajah rakan-rakan Aina membayangkan hubungan akrab mereka lebih-lebih lagi Aina seorang insan yang dinafikan hak bapanya untuk hidup bebas seperti anak-anak yang lain.
Anak yang telah lama tidak mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana dipisahkan oleh akta zalim ISA sememangnya sentiasa mengharapkan ribaan kasih sayang bapa yang dirindui.
Luluh jiwa penulis apabila melihat rakan-rakan saling berpelukan menangis teresak sementar si ibu yang kering sudah airmatanya hanya mampu melihat sambil sesekali memeluk dan mencium anaknya yang terkapar kaku.
Sementara dua adik lelakinya yang setia menanti di hujung penjuru katil terus menerus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Yaasin sambil menitiskan airmata.
Wajah muda dua adiknya ini begitu sayu sekali meratapi kakak yang terlantar sementara menantikan bapa tercinta tiba selepas satu 'penyiksaan' perasaan dihadapi mereka untuk mendapatkan pelepasan bapanya itu.
Namun waktu melawat yang sudah tamat menyebabkan rombongan Harakahdaily yang diketuai Ketua Pengarang, Ahmad Luthfi Othman terpaksa beredar walaupun hasrat di hati mahu melihat detik-detik bapanya bertemu dengan anak tercinta.
Shahrial dijadualkan sampai di Hospital Kajang kira-kira jam 6.00 petang ini selepas mendapat pelepasan dari KDN untuk menziarahi anaknya itu.
Hati mula sayu tatkala meninggalkan perkarangan wad tersebut dengan melihat nasib si anak yang nazak itu sementara menanti bapa tercinta yang terpenjara selama tujuh tahun di Kemta menziarahinya.



Cerita 2






Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin.
Shahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.
Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya.
Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.
Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim.
Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya.
Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika.
Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan.
Sementara itu, pihak polis yang mengawalnya hanya membenarkan Shahrial berada di sisi anaknya hanya satu jam.
Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam.
Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya.
Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala.
Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya.
Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang.
Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba.
Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib.
Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur.
Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut.
Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga.



Cerita 3



Jenazah anak sulung mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Shahrial Sirin, Aina Mardiah, 17, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Serai jam 11.30 pagi tadi. -->
Setengah jam sebelum itu, jenazah Aina disembahyangkan hampir 200 jemaah di masjid Sungai Serai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.
Turut serta menyembahyangkan jenazah anak kesayangan Fatma Masrum itu ialah Adun Hulu Klang, Saari Sungib yang juga bekas tahanan ISA; Adun Chempaka merangkap Exco Kerajaan Negeri, Ir. Iskandar Abdul Samad; Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh dan lima orang bekas tahanan ISA.
Pengebumian Aina turut disaksikan berpuluh-puluh rakan sekolahnya dari Sek. Men. Keb. Dusun Nanding termasuk beberapa orang guru.
Sementara itu, sebaik keluar dari van jenazah, Shahrial yang masih mengenakan pakaian yang dipakai sewaktu tiba dari Kementa semalam bersama-sama ahli jawatankuasa khairat kematian menurunkan jenazah anaknya ke liang lahat.
Suasana bertambah pilu tatkala, Shahrial mencuri sedikit masa meriba, memeluk dan mencium kedua-dua anak perempuannya, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 sebaik sahaja jenazah kakak mereka dikebumikan.
Pelukan kasih sayang Syahrial untuk Almarhum Aina tidak kesampaian kerana dipisahkan oleh akta yang zalim; mungkin sebab itulah beliau tidak mahu melepaskan peluang meluahkan kasih sayang itu kepada dua anak perempuannya.
Fatma Masrum yang duduk di belakang suaminya ketika imam membacakan talkin, kelihatan sugul sambil memeluk dan mengusap suami tersayang yang terpisah sejak tujuh tahun lalu.
Sebaik sahaja jenazah selesai dikebumikan, pihak polis memberi sedikit kelonggaran kepada Shahrial untuk bertemu dan bersalaman dengan beberapa sahabat yang sekian lama tidak berjumpa.
Turut bersalaman dengan beliau, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat, dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Sany Hamzan.
Lima orang bekas tahanah ISA yang bersama-sama beliau ketika di Kemta turut bersalaman dan berpelukan dengan beliau, termasuklah jiran dan rakan-rakan beliau.
Ada yang memeluk sambil menepuk bahu beliau sambil memberi kata-kata perangsang agar beliau tabah dan bersabar dengan ujian Allah SWT.
Suasana menjadi hiba apabila kelihatan beberapa rakan beliau turut menitiskan air mata ketika memeluk Shahrial namun beliau tetap tenang dan masih tersenyum.
Anggota polis yang ditemui di tanah perkuburan memberitahu, Shahrial dibenarkan menemui keluarganya pada malam ketujuh dan esok.
Tujuh orang polis yang mengawal Shahrial membenarkan beliau balik ke rumahnya sebentar untuk menukar pakaian dan kira-kira jam 12.20 tengahari menaiki van berwarna putih ke lokasi yang tidak diketahui...


"Ya Allah Tabahkanlah hati-hati mereka menghadapi dugaan dan ujian-Mu ini...Andai itu yang terbaik bagi mereka dalam mengharungi dan mencari rahmat dan keredhaan-Mu.Sesungguhnya Engkau yang menciptakan kami dan dan kepada-Mu jua kami berserah..."

Sabda Rasulullah s.a.w :


“Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya (doa orang yang dizalimi itu) tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding.”

(Shahih Bukhari).

"Al Muslimu man salimal muslimal muslimu min lisaanihi wa yadihi.."











Wednesday, July 2, 2008

Coming Back!!



Cuti semester 3bulan sampai juga ke penghujungnya..Apa yang telah anda lakukan??dah tercapai misi dan visi anda sebelum cuti ini bermula??Renungkan dan muhasabah balik!!
UIAM Kuantan menantikan kedatanganku..aah,adakah masih lagi persekitaran yang sama?Mungkin sudah berbeza.Kalau dulu berjalan kaki sorang2,sekarang naik moto tapi sorang2 gak la =D..Kalau dulu kehidupan di mahallah,sekarang kehidupan di rumah sewa pula.Kalau dulu kehidupan sorang2 dalam kelas,mungkin lepas ni ada bro yang akan melompat masuk kelas audiology&speech language pathology (ingat cam politik ke ,lompat2 parti ni).Sape tahu..harap-harap ada la..=p ..Kita saksikan nanti.

Semester baru,azam pun mesti nak baru kan..biasalah awal2 ni.Tapi selepas menelaah handbook kuliyyah untuk 2nd yr 1st sem ni,perasaan ni dilanda rusuhan..13 subjek!!? Tambahan lagi dengan pengalaman senior sewaktu final exam dulu tiada gap antara satu paper dengan paper yang lain.Mean,tetiap hari ada paper la tak kira pagi atau petang.padat!!.ish2..blom pape lagi da surrender.."Alwaajibaatu aktsaruu minal awqaat"..Tanggungjawab lebih banyak daripada masa. Kalau buat sesuatu kerja dan diniatkan kerana Allah,akan adalah keberkatannya.Sama-sama doa la ye..wassalam..


"BOLEH JADI KAMU MEMBENCI SESUATU ,PADAHAL IA AMAT BAIK BAGIMU,
DAN BOLEH JADI KAMU MENYUKAI SESUATU,PADAHAL IA AMAT BURUK BAGIMU;
ALLAH MENGETAHUI SEDANGKAN KAMU TIDAK MENGETAHUI"
(Al Baqarah-216)