Sunday, August 31, 2008

Kita Bertanya, Al Qur`an Sudah Menjawab..~

JANGAN MENGELUH!!....Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3





KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216




KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"-Surah Al-Baqarah ayat 286




KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:

"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."-Surah Al-Imran ayat 139




KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."-Surah Al-Baqarah ayat 45




KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?"-Surah At-Taubat ayat 111




KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:

"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."-Surah At-Taubat ayat 129




KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB:

"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."-Surah Yusuf ayat 12

Ahlan Ya Ramadhan.......



Salam Ramadhan..






Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih lagi dipanjangkan umur bertemu Ramadhan al Mubarak.Kalau golongan SalafusSoleh, 6 bulan sebelum Ramadhan mereka telah berdoa supaya dipanjangkan umur supaya dapat beribadat pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.Berkatnya bulan ini bergantung kepada tahap ketaqwaan kita dalam menghayati dan mengamalkan suruhanNYa dan menjauhi laranganNya.Kasih sayang Allah menjadikan satu bulan yang istimewa dalam setahun yang mempunyai bermacam-macam rahsia. Waktu yang sesuai ini jugalah, kita sebolehnya ingin berubah atau meningkatkan amal soleh kerana kita hanya berhadapan dengan NAFSU!!



Mengapa Ramadhan begitu istimewa?



1. Umat Islam berpuasa wajib sebulan penuh. -1 bulan dalam setahun



2.Solat Tarawikh. - bulan lain memang tiada.



3.Nuzul Al Qur`an - Al Qur`an diturunkan 17 Ramadhan.



4.Laylatul Qadr - mencari laylatul Qadr yang pahala beribadatnya bersamaan dengan 1,000 bulan bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan.



5.Peperangan Badr - Peperangan berlaku dalam keadaan para Sahabat sedang berpuasa Ramadhan.



6.Syaitan diikat.


7.Semua Pintu Syurga dibuka,pintu neraka ditutup.




Bulan Ramadhan datang kembali..Ahlan Ya Ramadhan

Saturday, August 30, 2008

Resolusi anda??

LEADERSHIP ENHANCEMENT COURSE di UIA KUANTAN

Posted by: Amin Idris Category: Program Comments 0

Semalam (Ahad, 3 Ogos) saya ke UIA Kuantan untuk menjayakan program kursus kepimpinan atau Leadership Enhancement Course (LeadEC) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIAM.

Sehari selepas mengkuti bengkel tersebut, maka para peserta bersepakat menghasilkan resolusi berikut;

  1. Ramaikan sahabat dan kenalan (10 sahabat setiap bulan) melalui kaedah PS2
  2. Setiap orang memiliki planner untuk merancang hidup ke arah mencapai matlamat
  3. Amalkan self-reward dan self-punishment untuk meningkatkan disiplin diri
  4. Baca 1 bulan 1 buku
  5. Sasarkan 1 kemahiran baru setiap semester.

F:\UIA Kuantan 1.jpg

Apa itu resolusi?

Resolusi pada pandangan saya ialah;

"Janji pada diri sendiri untuk melakukan sesuatu ke arah mencapai sesuatu setelah menerima input tertentu melalui sesuatu program."

Jadi… buat adik-adik saya di UIA Kuantan, anda tidak berjanji dengan saya tapi anda berjanji kepada diri sendiri untuk meningkatkan kualiti diri ke arah menjadi pemimpin magnetik. Sanjungi diri anda dengan mematuhi janji pada diri kalian! Good luck… Selamat beramal :)

Sentiasa ingat pada the Law of Proses. A leaders are not borned… Leaders are made.

F:\UIA Kuantan 2.jpg

sumber: www.aminidris.com


--->Memang sengaja entri kali ini ditulis dan di post lambat dari masa yang sepatutnya..Mengapa?Ha,sebabnya nak muhasabah diri!! Bagaimana dengan pelaksanaan resolusi yang anda telah buat?? (Err, 3 out of 5 kot.) Kebiasaannya macam tu la.Manusia,perlu diingatkan..


"Kabura maqtan 'inda Allahi an taquuluu mala taf`alunn."

~besar akibatnya disisi Allah bagi orang yang bercakap sahaja tetapi tidak melakukannya.~

Saturday, August 9, 2008

Kafarah

Housemate : "Weh..weh..bangun!!! bangun!! Banjir ni."
Aku (monolog dalam mamai) : " Apa hal plak banjir pagi2 ni??takde hujan pn.ni mesti kes nak kenekan aku ni.xde keje lain la tu.Bukan tak tahu aku tak tido mlm tadi.ish..!

Selang seketika ,terdengar bunyi titisan air berderap jatuh dari tingkat atas rumah sewaku.ish,biar betul!!takkan banjir dalam rumah kot?Rupanya benar!Air mengalir dari bilik air gara-gara seseorang lupa untuk menutup kembali kepala paip.. keje sape la ni?

Dengan keadaan mamai,aku gagahkan diri untuk bangun walaupun penat berjaga malam tadi. camnelah air ni bleh turun kebawah plak ni??hmm,kalo da sampai turun ke bawah mesti kene lalui bilik aku dulu kan.alamak !!komputer aku!.

Satu bilik master bedroom basah.Ada yang still dapat diselamatkan lagi terkena banjir yang tidak disangka2 ni seperti tilam dan buku2..Ada yang tak dapat diselamatkan seperti karpert dan perabot yang terletak dilantai..sudah dua kali komputer aku ni terkene air sejak buka sem lagi.bahaya gak ni..xpe..fa sobrun jamil~ Sabar itu kan indah~

Hmm,,baru genap minggu lepas aku sorang2 bersihkan bilik ni dari segala kotoran.minggu ni kene bersihkan lagi =( .Bukan setakat bersihkan sahaja,ni da kira basuh bilik ni.tapi kali ni aku bukan keseorangan.ada 2 orang lagi teman yang sama2 bantu . Hasilnya semua 6 karpet yang basah,kami pakat untuk terus basuh.. fuh..penat.Mungkin ni kafarah dosa yang Allah nak bagi.Sape tau..Hasilnya,memuaskan.Wangi,seolah-olah masuk rumah baru pula.Ha,kan betul Sabar tu indah...Alhamdulillah.

~wa makaru wamakarallah, wallahu khairul makirin~
p/s: tribute to Khaliffa n Aklil .. =)

Monday, August 4, 2008

Non-Muslim??


Hari ini sepatutnya giliranku untuk `beraksi` dihadapan kelas untuk subjek Bahasa Melayu Kerjaya di bawah seliaan Cikgu Chow.Tajuk yang diberi 2minggu yang lepas adalah ucapan TOKOH AGAMA.hmmm....,senang je pada permulaan pemikiranku.Kalau rasa malas sangat, buat je seolah-olah sesi`Tazkirah in Class` seperti biasa.Diselitkan dengan ayat Qur`an,hadis,cerita orang2 soleh dan sebagainya yang `relate` kepada agama.Tapi,bila difikirkan balik,mad`u ku bukan hanya orang Islam sahaja dalam sesi persembahan itu nanti.Jangan lupa,ada orang yang berlainan agama yang akan bersama .Bahkan akan menilai prestasi ku pula.Berbeza dengan sahabat2 yang lain,tajuk mereka boleh dikatakan mudah dengan situasi dan mad`u yang mereka berhadapan.AKU??


Alhamdulillah ,giliranku dan beberapa sahabat lain diperpanjangkan ke minggu hadapan dek kerana masa kelas sudah sampai ke penghujungnya.'kene pikir balik ni'...strategi,gaya,penampilan,body language yang boleh sesuai dengan keadaan nanti.


Ha,time ini la,kalau nak praktikkan da`wah bil hal tu kepada non muslim disamping isi2 yang bersifat universal yang secara langsung boleh memberi kesan kepada dia dan orang lain..itulah niatku.Moga Dipermudahkan~... Ameen~


Saturday, August 2, 2008

Barakah

Hari cuti Sabtu-Ahad memang menjadi waktu yang paling diminati kebanyakan pelajar IPT untuk meng`QADA`kan tidur mereka untuk seminggu yang penuh dengan kesibukan tersendiri.Kehidupan kami di rumah sewa ni agak berlainan dengan dengan orang lain.Selepas Subuh jarang nak sambung tido balik.paling2 pun baring2 je.Mmg niat arini nak kemas rumah n bersihkan bilik yang selama ni cam tak terurus gara2 menguruskan yang lebih afdal..(hehe..alasan).Malangnya majoriti housemate tiada di rumah arini.Yang ada aku sorang.yang len either balik kampung atau pi kelas time2 cuti ni.

Proses mengemas bermula di bilik sendiri.tu pun da kompius n blur(buat2 je) ttg susunan barang2 n perabot peribadi dalam kawasan yang telah dipersetujui oleh ahli bilik.macam2 perubahan posisi dibentuk untuk menyedapkan hati.akhirnya selesai.pastu proses menyapu plak..MasyaAllah,habuk banyak nye..!! seingat,sebelum buka sem aritu da basuh da bilik tu dengan sebersih2nya..
Alang2 da bersih bilik,ingat nak bersihkan ruang tamu plak..abis sume permaidani dijemur untuk proses pembersihan..Bila rasa da penat yang amat sangat,berhenti la sbb ingat da dekat kul 11.Subhanallah,jam menunjukkan pukul 9 pagi.kenapa rasa lambat plak arini??tergiang2 plak ayat abuya dulu, "Cuba bandingkan kualiti dan masa orang bekerja pada waktu pagi dengan waktu petang.Memang ada perbezaan.Ni sbb berkat doa Rasulullah sollallahu`alaihiwassalam yang mendoakan umatnya di waktu pagi."

Siap mandi,bersiap pi East Cost Mall n mydin untuk beli barang.Ramainya manusia.Time nak bayar tu,mmg terpaksa beratur panjang."alang2 beratur panjang ni,baik ngulang Qur`an." Surah Yusuf dipilih u dilancarkan...=)...sampai di kaunter pembayaran,sempat 111 ayat surah Yusuf dilancarkan... Alhamdulillah..memang terasa berkat masa da arini.... Subhanallah..

Rasulullah sollallahu `alaihiwassalam bersabda :

"Allahumma barik ummati fi bukuliha" aw kama qol..
Ya Allah berkatilah umatku pada waktu pagi.

p/s: lepas subuh jgn tido!!!!