Wednesday, December 10, 2008

Pandangan Salah atau Salah Pandangan?


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"ada apa nie pakcik? kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"aa ah, rosak "jawap pakcik tu simple aje....

"ok,cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"orrait gak tu. tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju, pakcik akan hon dan bagi high beam"

"ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper evonye. Dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferarri datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye...

Ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie
...Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye......!!!

“Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong....!!!”


**dapat cerita ini dari seorang kawan hasil adaptasinya mengenai persepsi salah orang terhadap apa yang dilakukanya ~Kita menilai apa yang zahir, tetapi Allah menghukum segala-galanya..~

10 comments:

  1. awak pun selalu bagi persepsi yang salah terhadap orang lain,kan?

    ReplyDelete
  2. a`aah btol tu..=P
    masing2 ada persepsi sendiri.salah atau betul terpulang kepada yang menilai.

    persepsi benda yang subjektif..mungkin betul pada orang lain tapi salah pada pandangan sendiri..atau sebaliknya..=)

    ReplyDelete
  3. Hakikat kebenaran: Kita yg mengetahui hakikat sesuatu perkara itu tetapi org yg lain hnya mberi persepsi n andaian dr sudut pndgn mreka.

    p/s: Untuk elak miscommunication, saling berinteraksi dgn cara yg bhikmah. =)

    ReplyDelete
  4. hmm,betul kata 3p4h tu.nak lebih tepat, apa rujukan yang standard untuk tahu y mana betul dan salah tu?fikirkan...

    ReplyDelete
  5. tapi,awak mudah sangat menghukum seseorang.macam awak seorang je yang betul dan sempurna

    ReplyDelete
  6. persepsi anonymous pun macam itu juga..kenapa menghukum diri ini seorang je yang betul dan sempurna sedangkan itu persepsi sendiri(pendapat sendiri).
    tpulang nak menerima atau menolak.khilaf pendapat bende yang biasa.sdangkan ulama` pn berbeza pendapat,inikan pula sesama kita manusia biasa.nah,buah paku dipulangkan balik.

    ReplyDelete
  7. awak memang seorang yang ego,tidak boleh menerima pandangan dan pendapat orang lain.walaupun saya baru 3 semester mengenali awak,tapi dah jelas sifat ego yang awak miliki terlalu tinggi

    ReplyDelete
  8. Mr/Ms Anonymous berpandangan jahat terhadap saya dan cuba menghidupkan suasana provokasi.sertakan bukti dengan setiap sifat yang awak maksudkan.
    walaupan awak menggunakan mode 'anonymous' dan saya tak tahu siapa awk, saya sedia menerima teguran.

    ReplyDelete
  9. sy ms ye,bkn mr.saya harap awak betul-betul mengotakan apa yang awak luahkan itu,iaitu awak sedia menerima teguran.tak elok rasanya jikalau saya sertakan bukti terhadap perlakuan silam awak itu di dalam blog ini.cukuplah saya seorang yang merasainya selama ini,semoga tiada lagi pihak yang akan terasa hati.saya akan tunggu masa yang sesuai untuk kemukakan bukti dan menegur awak.tapi awak tak perlu bimbang,kerana setiap teguran dan bukti-bukti itu nanti akan saya kemukakan kepada awak secara peribadi dan tidak akan saya siarkan didalam blog awak ini.kerana saya tahu,awak punya nama besar dan kedudukan yang baik,jadi saya tidak mahu mencemarkan semua itu...

    ReplyDelete
  10. silakan..sedia menerima teguran...

    ReplyDelete