Saturday, December 13, 2008

Faktor-Faktor Kemunculan Hadis Palsu

Pembuatan hadis palsu ini bermula setelah kewafatan Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam dan berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus politik,ashabiah,fanatik mazhab dan lain-lain lagi.Ia dilakukan sendiri oleh orang Islam yang lemah imannya dan juga orang-orang munafiqin dan kafir zindik.Pada dasarnya, faktor-faktor yang mendorong lahirnya hadis maudhu` itu adalah seperti berikut :

1.Politik

Setelah wafat Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam berlakulah perpecahan di kalangan umat Islam kerana perbezaan pendapat mengenai jabatan khilafah,siapakah yang lebih berhakmenjabat jabatan yang sangat penting itu.Golongan jumhur melantik Abu Bakar radhiallahu`anhu manakala pengikut-pengikut Ali dengan tegasmenyatakan bahawa Ali lah yang lebih berhak memegang jawatan itu kerana dialah yang lebih layak dan lebih utamadari orang-orang lain.Lagipun hal ini telah diwasiatkan oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam sendiri sebelum wafatnya,kata mereka.Melantik orang lain menjadi khalifah beerti merampas Ali yang sah,kata mereka lagi.Bagi menguatkan hujjah-hujjah itu dibuatlah beberapa banyak hadisyang menyatakan keutamaan Ali bin Abi Thalib itu.Antaranya ialah:

-Barangsiapa ingin melihat Adam tentang ketinggian ilmunya, ingin melihat Nuh tentang taqwanya, ingin melihat Ibrahim tentang kebaikan hatinya, ingin melihat Musa tentang kehebatannya dan ingain melihat Isa tentang ibadatnya, maka hendaklah ia melihat kepada Ali.

-Apabila kamu melihat Mu`awiyah di atas mimbarku, maka bunuhlah akan dia.

Golongan jumhur juga tidak ketinggalan membuat hadis-hadis plasuuntuk mempertahankan kedudukan mereka.Di antaranya ialah:

Ashabiah:

Golongan yang fanatik kepada qabilah Umayyah antaranya membuat hadis:

-Orang-orang yang kepercayaan itu ada tiga orang ;Aku(Muhammad,Jibril dan Mu`awiah.


Golongan yang fanatik kepada golongan Hasyimiah dan Abbasiah membuat hadis antaranya:

-Akulah kota ilmu dan Ali pintunya.



2. Fanatik Mazhab

Perbezaan pendapat mengenai hukum-hukum fiqh akhirnya menimbulkan fanatik mazhab yang membabi buta sehingga mereka sanggup membuat hadis-hadis palsu.

Golongan yang fanatik kepada mazhab Hanafi membuat hadis-hadis antaranya:

-Akan ada seorang lelaki dalam umatku yang dipanggil Abu Hanifah an-Nu`man bin Thabit, dia adalah suluh,umatku.

Golongan yang fanatik kepada mazhab asy-Syafi`e membuat hadis:

-Aku (Muhammad)beriman kepada Jibril di sisi Ka`abah,maka ia mengeraskan bacaan (bismillah)

-Akan ada dalam umatku seorang lelaki yang bernama Muhammad Idris ,dia lebih berbahaya ke atas umatku daripada iblis.


3.Golongan Zindiq dan Munafiq

Banyak pula orang-orang yang memluk Islam secara pura-pura,kerana takut,kerana mengikut orang ramai atau kerana kepentingan duniawi.Golongan ini terutamanya para Zindiq dan munafiq memusuhi Islam secara senyap-senyap dari dalam,lalu mereka berusaha merosakkan Islam dengan banyak membuat hadis-hadis palsu.Golongan ini dikatakan telah membuat 14ribu hadis palsu.Di antara hadis-hadis mereka ialah:

-Aku(Muhammad) adalah penyudah segala Nabi ,tiada lagi nabi sesudahku, kecuali jika dikehendaki Allah subhanahu wata`ala.

-Melihat kepada muka yang cantik itu adalah satu ibadat.


4.Ahli-ahli bida`ah

Ada golongan sesat yang berpendapat ,bahawa hadis boleh dibuat untuk menarik orang ke arah ibadat.Menurut mereka dusa kerana kebaikan adalah boleh.Oleh yang demikian , golongan ini membuat hadis-hadis mengenai targhib dan tarhib dan fadhailul Amal.Akibatnya ,banyaklah tersebar dalam masyarakat ISlam hadis-hadis mengenai keutamaan amal dan lahirlah bantyak amalan-amalan bida`ah yang sama sekali tidak berasal daripada sunnah Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam.


5.Golongan sufi yang keliru/sesat.

Golongan sufi ini banyak terlibat dengan pembuatan dan mengamalkan hadis-hadis palsu.Antaranya ialah hadis-hadis mengenaisurah-surah Al Qur`an satu-persatu yang diriwayatkan dari Ubai bin Ka`abah.


6.Ulama` as-Su`

Di antara ulama` ,ada yang dinamakan ulama` As-Su` iaitu ulama duniawi yang menjual agamadengan dunia dengan harga yang murah, suka menjilat penguasa lalu memutarbelitkan kebenaran dengan membuat hadis-hadis kerana kepentingan dunia, untuk mendekatkan diri kepada penguasa.

Ghiath bin Ibrahim An-Nakahi`e Al-Kufi pada suatu hari datang berkunjung ke istana Al-Mahdi.Di kala itu Al-Mahdi sedang bermain dengan burung merpati kerana beliau sangat suka dengan burung-burung merpati itu.Maka berkatalah Ghiath:

Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam bersabda: Tidak ada pertaruhan melainkan pada anak panah ,unta atau kuda atau burung.

Hadis yang di bawa oleh Ghiath adalah benar, tetapi tambahan perkataan "ataupun burung" itu adalah perkataan Ghiath sendiri untuk membodek Al-Mahdi.Al-Mahdi memahami maksud Ghiath itu lalu disuruh supaya Ghiath hadiah.Dan setelah Ghiath pergi, maka Al-Mahdi berkata:Aku naik saksi atas engkau ,bahawa engkau adalah seorang pendusta terhadap Rasul.Dan kemudian ia berkata pula :Akulah yang mendorongnya berbuat demikian.Al-Mahdi kemudian menyuruh supaya burung merpati itu disembelih.


7.Tukang-tukang cerita

Pendogeng-pendogeng atau penlipur lara banyak mecipta hadis-hadis palsu yang mengandungi kisah-kisah yang aneh ajaib untuk menarik perhatian orang.


8.Orang-orang yang mencari rezeki

Bagi melariskan barang-barang jualan atau meanrik orang kepada sumber rezekinya banyaklah pula hadis-hadis palsu yang di buat orang.antaranya ialah:

-saya mengadu kepada Jibril kerana kuat bersetubuh, maka is menyuruhku supaya memakan bubur Harisah.


9.Orang-orang mencari nama.

Keghairahaan mencari nama kemasyhuran sebagai perawi hadis yang banyak meriwaytkan hadis mendorong orang membuat hadis-hadis palsu tanpa menghiraukan akibat yang akan menimpa Islam dan umatnya.

Wallahu`alam..

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum

    Apakah sumber-sumber rujukan tulisan antum di atas ni ya?
    Sangat berterima kasih andai sudi kongsikan..

    Ws

    ReplyDelete