Saturday, December 13, 2008

Alahai Doktor...

Hari ini aku membuat keputusan untuk pergi sendiri ke klinik untuk mendapatkan rawatan penyakit yang aku alami sejak hari Rabu lagi.Ikutkan hati mahu sahaja Immune System badan ini melawan penyakit physiologically tanpa mengharapkan apa-apa bantuan ubat-ubatan.Namun penyakit demam + selesema + batuk yang selalu mem'package'kan kehadiran mereka membuatkan aku selalunya kalah untuk berdepan.Kalau mereka datang secara satu- persatu nescaya akan ku lawan tanpa sebarang ubat disamping strong mind yang mengatakan aku tidak sakit.Itu hanya permainan emosi sahaja.Tapi kehadiran pakej ini yang mengambil terlalu lama untuk sembuh lebih kurang 1 minggu ke 2 minggu ,membuatkan aku tidak senang duduk dan membataskan pergerakan.Cepat rasa penat dan air mata mengalir laju tanpa diminta.Orang kata menangis tanpa lagu.Ya, itulah ayat yang sesuai untuk keadaanku sekarang ini ! jangan bayangkan ya. =p


Usai pendaftaran di buat, aku menunggu giliran nombor dipanggil.Ramai juga orang pada hari Sabtu ya.Ingatkan ramai yang tidak tahu akan operasi PoliKlinik Kerajaan pada hari Sabtu sehingga pukul 12 tengahari sahaja.Terpaksalah menunggu dalam keadaan 'bersedih' dan bersembunyi-sembunyi bagi mengelakkan orang melihat 'kesedihan' diriku..huhu.Kalau orang tengok betul-betul memang mereka akan kata aku tengah menangis.Silap hari mungkin mereka derma duit sekali, kesian punya pasal.hehe.


Apabila nombor dipanggil, aku terus masuk ke bilik yang dinyatakan dalam skrin.NO 14. Seorang doktor perempuan Cina sedia menunggu dan memperlawa duduk.Disampingnya ada seorang jururawat yang menguruskan pentadbiran pesakit-pesakit yang datang berurusan dengan doktor dalam bilik itu pada pandanganku.Maka berlakulah dialog antara pesakit dan doktor seperti di bawah :

Doktor:Ya, kenapa?
Aku:Saya demam, selesema dan batuk ,doktor.Pakej ni.

Doktor menulis sesuatu di atas kertas.Mungkin menulis transkripsi ubat pada hematku.Lalu dia mengambil lampu suluh dan mahu melihat oral cavity ku.Tak sampai 5 saat kemudian dia menulis lagi.Kemudian bertanya: "Ada apa-apa lagi?" Aku hanya menggeleng.

Doktor: Ok, awak boleh ambil ubat.
Aku: Terima Kasih,Doktor..

Selesai..rasa-rasa setengah jam kot perbualan atas ni..pedas2. =p

Apa yang kukesalkan adalah sikap acuh tak acuh Doktor tersebut untuk merawat pesakit.Hanya dengan beberapa perbualan seperti di atas dan sebiji lampu suluh sudah memadai.Done!! Bermacam-macam persoalan timbul ketika menunggu giliran mengambil transkripsi ubat.Beza sungguh dengan apa yang aku belajar dalam "BASIC HEALTH COMMUNICATION AND BEHAVIOURAL SCIENCE" semester lepas.Kejadian ini bukan hanya berlaku sekali sahaja terhadapku tetapi sudah lebih 3 kali berlaku dengan doktor2 yang berbeza.Adakah ini standard klinik kerajaan pada hari ini.?

Teringat aku sewaktu menerima rawatan dengan Doktor di klinik UIAM semester lepas.'Pakej' sakit yang sama, tapi pendekatan yang amat berbeza.Tekanan darahku, suhu badan,degupan jantung malah urine test pun di ambil untuk melihat kemungkinan ada kesan sampingan.Perbandingan yang ketara ini menunjukkan standard yang berbeza ada pada diri setiap doktor pada hari ini.Tapi AWAS!! bukan semua doktor sedemikian rupa.Sebilangan sahaja tetapi mampu memberikan kesan yang buruk kepada nama baik doktor-doktor di Malaysia.Aku juga sebahagian daripada "Health Practioner" yang memahami Sistem Pengurusan Kesihatan yang mementingkan hubungan antara pesakit dan pengamal perubatan. Terpulang kepada sesiapa untuk bersetuju atau menolak entri kali ini.Padaku, ini mungkin bicara waras dari orang gila sepertiku.Wallahu`alam.

Berkata Imam Hadhari:

"Kita mempunyai kemudahan infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti rakyat kelas ketiga"

Fikirkan...

No comments:

Post a Comment