Wednesday, December 24, 2008

Cukuplah Allah sebagai Saksi dan Penjamin.




Saya sudah lama mencari sebuah hadis Nabi Sollallahualaihiwasallam riwayat Imam Bukhari mengenai cerita 2 orang kaum Bani Israil yang masing-masing pemiutang dan penghutang antara satu sama lain.Cerita yang diceritakan oleh Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam ini merupakan Shahih Riwayat Imam Bukhari yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita sebagai umat Muhammad walaupun cerita itu berlaku pada zaman Nabi Musa `alaihissalam..

Kisahnya lebih kurang begini..:


Seorang lelaki ingin memerlukan duit 1000 dinar daripada sesiapa yang boleh membantunya mendapatkan nilai tersebut.Seorang hamba Allah sudi untuk memberi hutang kepada lelaki tadi.Tapi seperti kebiasaan kalau nak meminjam, mestilah ada saksi dan penjamin.Maka apabila hamba Allah yang sudi meminjamkan duit tadi meminta agar didatangkan seorang saksi, lelaki itu menjawab:

"Cukuplah Allah sebagai Saksi"

Hamba Allah itu bersetuju dan apabila dia meminta sekali lagi untuk didatangkan seorang penjamin maka lelaki itu pun menjawab :

" Cukuplah Allah sebagai penjamin"

Hamba Allah tadi pun bersetuju dengan saksi dan penjamin yang diucapkan oleh lelaki itu.Usai, perjanjian untuk bertemu bagi menjelaskan hutang pada hari dan tempat sekian-sekian, mereka pun berpisah.Diceritakan lelaki yang meminjam duit itu tinggal di sebuah pulau yang lain dari Hamba Allah yang meminjamkan duit tadi.

Tiba pada hari yang dijanjikan, lelaki yang meminjam duit tadi sudah bersedia di pelabuhan untuk membayar hutang kepada Hamba Allah yang berada di seberang laut.Dari pagi menanti ketibaan kapal namun tidak muncul jua hingga ke petang.



Begitu juga Hamba Allah yang memberi hutang kepada lelaki tadi yang tertunggu-tunggu kedatangannya untuk membayar hutang sehingga petang.Masing-masing tertunggu-tunggu untuk menyelesaikan apa yang telah disepakati mereka.

Lelaki(berhutang) yang berada di pulau lain itu mengambil keputusan untuk tetap membayar hutangnya pada hari itu juga, lalu mengambil sebatang kayu di tepi pantai dan membuat lubang pada batang tersebut.Duit 1,000 dinar berserta surat kepada Hamba Allah yang memberikan hutang turut dimasukkan kedalam lubang kayu tadi bagi memohon maaf.Lalu dia pun berdoa:
"Ya Allah, Sesungguhnya Aku telah menjadikan Engau sebagai Saksi dan Penjamin ku semasa berhutang tempoh hari.Kini, tatkala aku ingin membayar hutang, kapal yang membolehkan aku sampai ke tempat yang dipersepakati tidak muncul tiba.Maka, Engkau sampaikanlah kayu beserta duit dan surat ini kepada Hamba Allah yang sudi menolong ku tempoh hari"



Hamba Allah yang sudah lama menanti di tempat yang disepakati juga merasakan lelaki yang meminjam itu tidak akan datang, lalu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.Semasa hendak pulang, dia mengambil kayu yang terdampar pantai untuk dijadikan kayu api.
Subhanallah!! Ditakdirkan sewaktu dia memotong kayu tersebut terlihatlah duit beserta surat didalam kayu yang dipotongnya itu.

Selang seminggu kemudian,selepas adanya kapal, lelaki yang berhutang tadi datang menemui Hamba Allah yang memberi hutang untuk meminta maaf akan kelambatannya dan membawa 1,000 dinar bagi melangsaikan hutangnya.Hamba Allah yang telah menerima duit pada hari yang dijanji tidak lagi menerima duit yang dihantar sendiri oleh lelaki tadi dan menyatakan Allah telah menjadi Saksi dan Penjamin kepadamu.

Wallahu`alam..

Bahasa yang digunakan agak kelam-kabut sebab menggunakan ayat sendiri.Saya masih lagi tercari-cari hadis ini mengikut matan(lafaz hadith) yang sebenarnya

sesiapa yang ada terbaca hadis tersebut minta dikongsi bersama..

Pengajaran:


1. Berusaha Mengotakan janji.-apalagi kalau yang dijadikan Saksi dan Penjamin itu adalah Allah.

2.
Tidak mengambil kesempatan. - cuba bayangkan kalau hamba Allah yang bagi hutang tadi ambil kesempatan.Tambah lagi 1,000 dinar maka semuanya menjadi 2,000 dinar.

3.Yakin dengan Allah.


1 comment:

  1. Hadis ini adalah hadis saihih.Rujuk: Sahih Bukhari,Bab Tanggungan Pada Hutang dan Pinjaman dengan Jaminan Menghadirkan Diri dan Selainnya, Hadis 2169.

    Tetapi perlu diingatkan bahawa hadis ini tidak berkaitan dengan ayat seribu dinar. Ramai yang mengaitkanya dengan ayat " wa man yattaqillah yaj3al lahu makhraja"

    ReplyDelete