Thursday, May 6, 2010

~ Saya jarang menulis atau mengulas isu-isu semasa dalam blog ini. Namun, bila terbaca portal berita hari ini terasa sangat ingin mengulas isu ini ~



Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan :

"
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini. "




Kalau dulu musuh2 Islam mencipta minuman 'Arak Halal' bagi mengaburi umat Islam terutamanya golongan yang kurang pendidikan agama untuk menghalalkan secara halus dan tersembunyi apa yang telah diharamkan Islam, kini muncul pula "Judi Halal" untuk tujuan yang sama. ~siap ada lesen lagi tu~

Benda yang dah Qath`ie haram tetap menjadi haram walau diberi lesen apa sekalipun.Alasan yang diberi sangatlah menjelekkan:


" Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram. "


Mungkin selepas ini akan timbul pula kenyataan ~ Pusat Perlacuran berlesen akan diadakan bagi mengelakkan perlacuran haram berlaku di seluruh negara.Di samping itu dapat menjana ekonomi negara dari sektor pelancongan.~ nauzubillahi min zalik.


Macam mana la nak rakyat nak merasai keberkatan hidup, apabila hasil mahsul negara pun terselit unsur2 haram didalamnya.Patutlah gejala sosial makin rancak berlaku. Lebih menyayat hati, hari ini percubaan seorang ibu yang baru sahaja melahirkan bayi didalam tandas, cuba melemaskan bayi dalam mangkuk tandas gagal. Bayi lain lahir disambut dengan kegembiraan, tetapi malang si bayi ini `disambut` oleh mangkuk tandas..




~Baldatun toyyibun wa Rabbun ghofur~

Negara baik dalam Maghfirah Tuhan









No comments:

Post a Comment