Thursday, April 15, 2010

~Barakah~

Firman Allah subhanahu wa ta`ala dalam Surah Al A`raf : 96




وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ

وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ




Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.



Syarat: Beriman dan Bertaqwa

Ganjaran: Keberkatan dari langit dan bumi

Realiti: harga barang naik, masalah sosial dan jenayah meningkat, jati diri hilang.Gejala buang bayi meningkat.
~tak dapat berkat??~





Barakah waktu pagi



Hadis Nabi Sollallahu `alaihi wasallam:


"Allahumma barik ummati fi buquliha..."


“Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi mereka.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Tidur lepas subuh?







Perkahwinan

Barakallahu lakuma wa baraka `alaikuma wa jama`a baynakuma fi kheyr

-do`a untuk pengantin pun masih lagi dido`akan keberkatan-








Berkat pada Umur

Umur umat Muhammad Sollallahu `alaihiwasallam ~bayna sitteen wa sab`een~ antara 60 hingga 70 tahun. Ada golongan mempunyai umur yang panjang lebih dari lingkungan tersebut.Ada juga yang kurang dari lingkungan tersebut tapi penuh dengan keberkatan seperti Imam Nawawi

Adapun umur Imam Nawawi memang tidak panjang, tidak lebih dari 45 tahun, meskipun demikian usia yang tidak panjang itu penuh barakah. Umur yang tidak panjang itu, beliau habiskan untuk ibadah, ketaatan, mengajar dan menulis.Beliau mewariskan peninggallan yang berharga dalam beragam ilmu-ilmu agama, yang dapat dibaca oleh para penelaah, dan pembaca. Disaat beliau diberi kekuatan pemahaman dalam memahami nash, ilmu fiqh, ushul fiqh, mustholah, bahasa dan bidang ilmu yang lain. Diantara karangan beliau adalah Minhaj fi syarah shahih Muslim, Taahdzibul asma’ waal lughoh, Minhajuj tholibin, Ad daqoiq, Tashhihul tanbih fi fiqhil asy syafi’iyah, Taqrib wa tahsin fi mushtolah al hadits, Riyadhus shalihin min kalamisayidil mursalin dan tulisan-tulisan lain yang masih banyak.


Biarlah umur yang panjang seiring dengan amal ibadah.Apa gunanya umur yang panjang tapi melakukan ma`siat sepanjang masa.Ataupun umur yang panjang tapi sudah sampai kepada nyanyuk yang menyusahkan orang. Mungkin anak2 pun mula menderhaka.Na`uzubillah.

Maka, sebaiknya dido`akan keberkatan umur.

~Umur yang panjang lagi berkat lebih baik dari umur yang panjang tapi maksiat~


`Umur yang pendek lagi berkat lebih baik dari umur yang panjang tapi jauh dari Rahmat Allah~





~Barakah; sesuatu yang tak nampak dek mata, tapi mampu dirasai hati.~












1 comment:

  1. slm..nk tnya sket, adakah akan wujud keberkatan kalu seseorang itu asyik bersms n berchating dgn perempuan yg bukan mahram tanpa ada tujuan yg dibenarkan syarie padahal pada masa yg sama lidahnya menyeru n mengingatkan manusia lain ke arah maaruf? cmne ye? adkah manusia ini jenis x sedar diri? harap ustaz dpt bg sket comment.

    ReplyDelete