Friday, May 21, 2010

Clinical Posting~















Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
Unit Audiology



[Tympanometry]







[Pure Tone Audiometry]





Sudah sebulan berpraktikal di Unit Audiology HTAA. Benar orang kata, belajar secara teori tak sama dengan praktik! Tapi mau praktik mesti ada ilmu..!! Aku akui~ Banyak skill dan pengalaman baru `diserap` melalui pemerhatian, perbincangan dan gerak kerja. Tambahan pula, Audiologist HTAA seramai 3 orang di sini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Berguru dengan mereka selama sebulan ini banyak benda yang dapat diperhati dan dipelajari.



Sesi bermula seawal 8 pagi. Setengah jam yang pertama adalah untuk meng 'calibrate' mesin-mesin elektronik yang akan digunakan + praktis skill + review notes. Kemudian discussion bersama supervisor sebelum dibahagi kepada kumpulan yang akan dipantau oleh supervisor tertentu..Semestinya sesi ini samada akan jadi sesi soal jawab atau sesi brainwash..haha~ Kesilapan sesi semalam akan diungkit untuk tujuan menyedarkan kami.Aku lebih prefer untuk mengaku kesalahan sendiri sebelum supervisor komen. ^-^" Sekurang2nya tau jugak la apa yang kita da salah buat tu dan akan ingat sampai bila2.



"Rayyan, jangan RIGID!!" tak semestinya awak kene ikut semua step and procedure dalam buku .be creative and flexible terhadap patient. Patient ada kemampuan yang tak sama dengan orang lain."





[Discussion + Brainwash ]


Jadual klinik disini samada appointment atau walk-in patient dari Klinik Ear Nose Throat [ENT].

Isnin - Appointment khas untuk Paediatric Case (Kanak-kanak)

Selasa , Khamis, Jumaat - Walk in patient dari ENT.

Rabu - Alat Bantu Dengar appointment (Trial, Fitting, follow Up)



Neonatal Jaundice(kuning), prematured baby(xcukup bulan), Down Syndrome ,gagal neonatal hearing screening, follow up case adalah case2 biasa disini.Bergantung kepada umur , cara nak assess hearing pun da berbeza.Kadang-kadang kita terpaksa meletakkan taraf kelakuan kita setaraf dengan budak2 untuk mendapat keputusan yang lebih baik.Kelakuan sahaja ye bukan pemikiran sekali! Terasa tak matang lagi pun ada bila diingat kembali.. ;-p





[Play Audiometry]



Subahanallah,pernah diberi peluang untuk menjadi tester kepada 2 orang patient (seorang kanak2 dan seorang lagi perempuan Cina ) yang masing2 telah didiagnose mempunyai masalah pendengaran kekal yang sangat teruk.Mereka telah dicadangkan supaya memakai alat bantu dengar untuk keselesaan mendengar dan penerimaan bahasa bagi si kanak2. Si perempuan Cina terpaksa bercakap dengan kuat (tanda orang ada masalah pendengaran:terpaksa bercakap dengan kuat)setiap hari. Apabila dipasangkan alat bantu dengar, si wanita secara automatik bercakap dengan lembut. Puas hati~

Si kanak-kanak pula, mengikut maklumat dari Ibu bapanya, kalau guruh berdentum pun, dia buat dek je.umur da 4tahun tapi masih belum boleh bercakap 1perkataan pun.Kesian~ ada masalah Congenital hearing loss(masalah pendengaran sejak lahir). Hari appointment untuk pakai alat bantu dengar tiba, secara tak sengaja mmg giliran aku untuk jadi tester.So, bila dipakaikan alat, budak ni makin rancak babbling(membebel aaa uuuuu ooo eee).Baru terdedah kepada bunyi persekitaran untuk kali pertama. Puas hati~ Terlihat si ibu sayu kegembiraan melihat perubahan secara mendadak tu.Alhamdulillah~ Kebiassaan yang pernah aku tengok, si ibu sayu kesedihan sbb tak percaya si anak ada masalah pendengaran tahap teruk.Kalau jadi macam ini, terpaksa la kami tinggalkan si ibu bersama suami dalam klinik untuk bagi tempoh bertenang.


Inilah pengalaman yang amat berharga berbanding belajar secara teori di kelas. Moga aku jadi yang terbaik! ameen~



[with Ridhuan Che Abdullah , Audiologist student from USM]

No comments:

Post a Comment