Monday, October 12, 2009

Sepetang di SHAS Mosque

Petang itu selepas penat menjaga dan menjalankan hearing screening kepada pengunjung tapak STABAZ (Stall n Bazar), niatku adalah untuk pergi solat maghrib berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.Ahh..terlalu rindu dengan bacaan merdu qiraat imam masjid UIAM yang terkenal dengan pelbagai bacaan qiraat itu. Memori 3 tahun yang lepas datang kembali.Ketika itu, aku di tahun kedua Matrikulasi UIAM, saja datang berziarah ke UIAM Gombak dan ketika itu adalah pada bulan Ramadhan.. Allahuakbar!! Surah Al Isra` Juzu` 15 dialun merdu oleh imam terawikh.Sedikit janggal dengan bacaannya tapi itu memang pernah diajarkan oleh Rasulullah Sollallahu`alaihiwassallam kepada para sahabat radhiallahu`anhum.Mungkin imam tersebut berasal dari tempat yang bacaanya itu memang sangat lazim ditempatnya mengikut pandanganku berdasarkan bentuk tubuh dan wajahnya.Mungkin Rusia, Ukraine, Turki Wallahua`lam. Itulah kelebihan Al Qur`an! Dibaca pula dengan suara yang merdu yang mampu menusuk hati yang keras bak kisah Saidina Umar mendengar bacaan surah Thoha. Subhanallah!




Perasaan dan suasana itu seolah menjelma kembali.Makmum yang ramai memenuhi bahagian hadapan masjid berterawikh bersama-sama. Aku cuba menangkap bacaan-bacaan atau sebutan ayat Qur`an yang mungkin asing bagiku kerana imam membaca mengikut qiraat lain. Rasa bersyukur, hamdalah kerana mendapat peluang yang jarang-jarang aku dapat rasakan.

Maghrib itu, Allah bagi lagi peluang menjadi ma`mum kepada Imam yang sama. Tapi , awal2 lagi da berpesan kepada diri sendiri dan berniat, "aku datang bukan kerana suara imam tu!!" Niat diperbetulkan dan alhamdulillah Allah bagi hidayah.Bermacam-macam perasaan sebenarnya yang bermain.Allah sahaja la yang tahu.Mu`jizat Al Qur`an kan..


Usai solat, kucapai Al Qur`an dan mula mengulang surah Yusuf. Teramat suka dengan Surah Yusuf ini. Satu-satunya surah yang menceritakan tentang Nabi Yusuf sahaja dalam satu surah.Berbanding cerita-cerita nabi-nabi yang lain , yang berulang-ulang dalam surah-surah yang berbeza.Mungkin terkesan dengan "ahsanal qosas" (sebaik2 cerita) yang difirmankan Allah.






Mata melilau melihat jemaah yang masih tinggal untuk menunggu solat Isya`.(sengaja tidak menjama`kan solat maghrib dan isya` kerana merasakan i`tikaf menunggu solat isya` itu lagi baik dari pi tempat yang tak tahu tujuannya.) Ada yang sedang mengaji, berbual-bual, berbaring pun ada..selamber jer baring,perkara biasa.Majoriti berkulit hitam.Tapi di situ ada NUR pada wajah mereka.Hmm..tenang dan redup je memandang mereka.Siapa tahu, walaupun berkulit hitam, hati mereka seputih salji?

Azan isya` tiba-tiba berkumandang. Allahuakbar..Allahuakbar!! Adakah akan berkesempatan lagi untuk solat berjemaah disini?? Wallahua`lam.






" Inna akramakum `indallahi atqaakum!"
Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa.








Bagaimana pula perasaannya kalau berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ya.. Allahuakbar!!










No comments:

Post a Comment