Saturday, November 29, 2008

Doa Ketika Melihat Cermin




"Alhamdulillah, Allahumma Kama Hassanta Khalqi, Fahassin Khuluqi"

((Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku, Maka Baguskanlah Akhlaqku.))


Hadits Dhaif, dikeluarkan oleh Ibnu Sunni dan selainnya.


Friday, November 28, 2008

Kek Batik


Ingredients :


1.Buttercup Luxury Spread 250G
mentega

2.F&N Evaporated Filled Milk 400G
susu cair

3.Amcee Coklat Masakan
coklat

4.Munchy`s Marie Biscuits 300G
biskut


Steps :

First, baca Bismillah..
.
.
.
.

Lastly, siap..!!!

Steps yang lain kena tanya personally ye..Belajar biar berguru..! heh


Jabir Ibn Abdillah Radhiallahu`anhuma..

Sirah 1

Sewaktu kaum muslimin bertungkus lumus bermandikan keringat di bawah terik mentari menggali parit di sekitar Kota Madinah untuk menghadapi peperangan Khandak, datang Jabir bin Abdullah radhiallahuanhuma menjemput Rasulullah sollallahu`alaihiwassalam dan beberapa orang sahabat makan di rumahnya.Jemputan untuk beberapa orang itu kemudiannya disusuli dengan pengumuman oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam :


"Jabir Ibn Abdillah mengajak kita semua makan di rumahnya..!!"


Mendengarkan pengumuman itu, Jabir berasa susah hati kerana mana mungkin dia dapat melayan para sahabat yang berjumlah lebih kurang 100 orang dengan makanan yang sedikit.

Sampai di rumah,isteri beliau amat terkejut dengan j
umlah tetamu yang hadir.Situasi ini disedari oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam.Baginda menawarkan diri untuk menyenduk sendiri makanan kepada tetamu yang hadir tanpa membuka sepenuhnya periuk makanan dan mengarahkan 10 orang masuk untuk menjamah makanan dan diteruskan 10 orang yang lain sehingga selesai semua orang makan termasuk Jabir ibn Abdillah radhiallahu`anhuma. Subahanallah,selepas itu, mereka membuka periuk makanan tadi dan mendapati tidak sedikit pun makanan itu berkurang..Mu`jizatur Rasul..
....................................................................................................

Sirah 2

Sewaktu peperangan Uhud, Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam telah memerintahkan setiap keluarga menghantar wakil untuk pergi berperang.Tatkala mendengar arahan tersebut, ayah Jabir, Abdullah bin Haram membuat keputusan untuk keluar pergi berjihad tetapi dibantah oleh oleh Jabir kerana merasakan dirinya lebih berhak keluar berjihad memandangkan dirinya sebagai orang muda.Si bapa pula berkeras mahu dirinya yang mewakili keluarga pergi berperang kerana merasakan dirinya yang sudah tua biarlah dihabisi di medan perang.Situasi ini berlarutan sehingga mereka mencadangkan undian dilakukan.Akhirnya nama Abdullah bin Haram yang keluar.

Sebelum keluar berperang , si ayah berwasiat sekiranya beliau syahid di medan perang, agar dilunasi hutangnya yang banyak dan menjaga 10 orang adik beradik perempuannya itu.Setelah peperangan tamat, Abdullah bin Haram dikhabarkan telah syahid.Tidak lama selepas itu, Jabir ibn Abdillah berjaya menyelesaikan kesemua hutang yang ditanggung bapanya dengan berkat doa Rasulullah mendoakan kebun kurmanya yang berbuah banyak..Mu`jizatur Rasul .Serta mengahwini seorang janda yang akan sama-sama menjaga adik beradik yang sepuluh orang itu demi menunaikan wasiat ayahnya.

Jabir bin Abdullah radhiallahu`anhuma berkata:

"Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam berkata: Wahai Jabir, adakah kamu telah berkahwin? Aku berkata: Ya. Baginda berkata: Anak dara atau janda? Aku berkata: Janda wahai Rasulullah. Baginda berkata lagi: Mengapa bukan anak dara yang dapat kamu bergembira dengannya dan begitu juga kamu? Aku berkata: Bapaku telah terbunuh dalam peperangan Uhud dan meninggalkan 9 orang anak perempuan.Aku tidak mahu mengahwini seorang wanita yang dapat menjaga dan membimbing mereka.Baginda berkata: Semoga Allah merahmati kamu."

Hadis Riwayat Bukhari: 3746 da Muslim: 2664

Wallahu`alam..


Kesimpulan..

1. Contoh Kepimpinan Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam yang mengambil berat para sahabat dan tidak mementingkan diri.

2.Semangat berjihad dijalan Allah sehingga tepaksa dicabut undi untuk menetukan siapa yang layak keluar berperang.

3. Tanggungjawab seorang anak menunaikan wasiat si ayah dan sanggup berkorban demi menjaga aik beradik perempuan yang lain..

kalo nak tambah y lain, silakan..

Thursday, November 27, 2008

Bingkai Kehidupan



Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan


Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Seguris luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan


Allah Ghayatuna
ArRasul Qudwatuna
Al-Quran Dusturuna
Al-Jihadu Sabiluna
Al-Mautu Fi Sabillah
Asma Amalina


Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi









Wednesday, November 26, 2008

Saying..





Yesterday is History

Tomorrow is a Mystery

Today is a Gift
That is why its called 'Present'...


( Present = Gift )







Monday, November 24, 2008

Perihal Baju Nabi Yusuf dalam Al Qur`an

Kisah Nabi Yusuf `alaihissalam yang merupakan 'Ahsanal Qosas'- sebaik-baik cerita dalam Al Qur`an turut menceritakan perihal baju gamis Nabi Yusuf `alahissalam.Terdapat 3 situasi yang menceritakan tentang baju Nabi Yusuf ini :



1.Ketika pembohongan yang dilakukan oleh saudara-saudara Yusuf kepada bapa mereka Nabi Ya`akub yang megatakan Nabi Yusuf telah dimakan serigala.Kesilapan yang mereka lakukan adalah hanya melumurkan darah palsu ke atas baju Nabi Yusuf tanpa mengoyakkannya.


وَجَآؤُوا عَلَى قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْراً فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللّهُ الْمُسْتَعَانُ
عَلَى مَا تَصِفُونَ (18

Mereka datang membawa baju gamisnya (yang berlumuran) dengan darah palsu. Ya'qub berkata: "Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan."



2.Ketika Nabi Yusuf ingin menyelamatkan diri daripada memenuhi tuntutan nafsu Zulaikha.

قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَن نَّفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنْ أَهْلِهَا إِن كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الكَاذِبِينَ (26)

وَإِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِن الصَّادِقِينَ (27

فَلَمَّا رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِن كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ )28


Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)", dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar." Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar."


3.Ketika saudara-saudara Nabi Yusuf `alaihissalam sudah mengetahui bahawa Aziz Al Misri itu adalah saudara kandung mereka.

اذْهَبُواْ بِقَمِيصِي هَـذَا فَأَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيراً وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ91

Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkanlah dia kewajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali; dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku".











Saturday, November 22, 2008

Muhasabah!!

Selepas `Asar tadi aku menemani Abuya pergi kenduri aqiqah di Bukit Pegoh, rumah anak murid beliau (Fakhrurazi)dan pada masa sama ayah kepada anak murid abuya ini juga merupakan anak murid Abuya yang paling awal( Allahyarham Ustaz Abdul Karim).Kira sekarang ini generasi kedua la menjadi anak murid.Dan pada masa yang sama juga Allahyarham juga merupakan guru Al Qur`an ku semasa aku di peringkat muqaddam lagi.Mengajar kami adik beradik ketika cuti sekolah di beranda Masjid Al Azim Melaka. Complicatednya..

Lepas di'tahnik'kan (pecah mulut), nama diberi Nur Hasanah bte Nor Hisyam, Abuya pass baby yang chubby tu kat aku..hehe.Agak kekok tapi puas hati la sebab dapat pegang anak orang.Nasib baik tak menangis.Selalu dapat tengok baby tanpa ada peluang untuk menyentuh muka tembam dan comel ini.(Bila la nak ada baby dalam family sendiri, semua adik beradik belum ada yang kahwin lagi..=p..da dekat kot.)

Apa yang ingin aku kongsikan di sini, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, Abuya sempat bercerita Allahyarham Ustaz Abdul Karim ini :

"Allahyarham adalah antara 10 orang yang terawal belajar menghafaz Al Qur`an dengan Abuya sewaktu di Kelemak dulu.Murid-murid yang terawal ini ramai yang 'jadi'(berjaya) masyaAllah ada yang jadi imam masjid dan sebagainya.Keistimewaan Allahyarham yang Allah nak tunjuk sewaktu beliau berpulang ke rahmatullah.Lepas solat `Asar di Masjid Al `Azim, terdetik hati Abuya "lepas solat ni, pergi Hospital Besar Melaka, naik tingkat 3".
Subhanallah, Abuya terjumpa dengan keluarga Allahyarham dan ketika itu Allahyarham sedang nazak.Dr beritahu ,kalau dicabut alat bantuan pernafasan, 'habis'.Selepas berbincang dengan keluarga,mereka setuju untuk melepaskan alat bantuan itu.Abuya sempat talkinkan Allahyarham "La ilaha illaLLah" kemudian 'habis' "

........................

Seronok dan gembira kalau dengar cerita penghabisan yang baik (Husnul Khatimah)
Bagaimana dengan diriku??!!


Allahumma ashlih li sya`ni kullahu


Mari kongsi klip video dibawah..perhati dahi orang ini.


Khalidu bil Qur`an


Khalidu Bil Qur`ani Huwa Imamuna
`Ala Hidayatillahi Amitna (2x)

Kalamu Rabbina Hidayatuna
Atohu Jibrilu `Ala Rasulina (2x)

Kekalkan Al Qur`an Sebagai Imam Kita
Moga Kita Mati Di Dalam Petunjuknya (2x)

Kalamullah Hidayah Bagi Kita
Diberikan Jibril Kepada Rasul Kita(2x)

Kalamu Rabbina `Ala Nuril Musthafa(4x)
(Chorus)

Doa dijauhkan dari Berhutang

"Allahumma inni a`uzubika minal ma`tsami wal maghrami"
Shahih Bukhari

Ya Allah Sesungguhnya Aku Berlindung DenganMu Daripada Dosa Dan Hutang

La ilaha illaLLAH wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa `ala kulli sya`in qodiir

Terdapat 6 tempat yang kita dikehendaki membaca zikir -LA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHULHAMDU YUHYI WA YUMITU WAHUWA `ALA KULLI SYA`IN QODIR..:

1.Selepas solat subuh sebanyak 10 kali-kedudukan tasyahud akhir dibiarkan sehingga selesai zikir ini di baca.

2.Selepas solat maghrib sebanyak 10 kali.

3. Selepas membaca tasbih 33kali,tahmid 33 kali, takbir33kali, maka yang ke-100 adalah La ilaha illaLLAH..

4.Ketika memasuki pasar.

5. Terjaga pada waktu malam.

6.Zikir ketika wuquf di padan `Arafah

-jka dibaca 100x boleh menjauhkan diri daripada syaitan.

Sedutan dari Kuliah subuh ,Kitab Al Azkar lil Imam Nawawi,Masjid Al Azim

Thursday, November 20, 2008

Anak Kecil Main Api...

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya,
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Kita Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Peribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Maha Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara





Cuba hayati senikata lagu tema `backup' program Biro Tatanegara (BTN) ini.

Wednesday, November 19, 2008

Selamat Datang ke Alam Warisan

Alhamdulillah baru selesai menghadiri kursus MCLEAD + BTN..
Banyak yang ingin dikongsikan bersama selama saya menghadiri kursus gabungan 2 program ini.Tetapi, pandangan saya akan lebih kepada perjalanan program Biro Tatanegara (BTN).

Kehadiran kami di Kem Bina Negara Lipis(B), Kuala Lipis disambut oleh pegawai-pengawai yang akan turut serta sebagai jurulatih kami sepanjang program.Perasaan pertama apabila berhadapan dengan mereka ini sedikit gusar.Nampak macam bengis dengan gaya ala-ala tentera.Patutlah..rata-rata dari mereka ini adalah pesara tentera.Ada juga yang merupakan bekas 'komando' (command + do = 'commando').
saya baru sahaja mengetahui asal usul perkataan komando dari program ini..=) Mereka ini akan berpakaian kemeja putih lengan pendek berseluar hitam(agak-agak macam gaya golongan mana ye?Fikirkan!) sewaktu program 'dalam pintu' -indoor. Saya lebih menyenangi mereka ini sebagai orang tua yang perlu dihormati walaupun kadang-kadang tegas.Maklumlah, bekas tentera,kan.

Struktur organisasi tidak hanya terdiri daripada jurulatih sahaja, bahkan melibatkan fasilitator yang didatangkan khas dari Jabatan Perdana Menteri seramai 6 orang.Setiap kumpulan akan dibagi seorang fasililtator bagi memantau, menerangkan tujuan sesuatu misi, menjaga ahli dalam kumpulan masing-masing.Setiap fasilitator ini dipanggil dengan panggilan memanda menteri seperti 'panglima', 'laksamana', 'bentara', dan 'bendahara'.Lagak mereka ini melakonkan kembali sikap para hulubalang-hulubalang istana di ambang kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka seperti hasad dengki, tamak, etc.Simulasi yang sengaja mereka lakonkan ini sepanjang program tidak disedari saya sehinggalah malam terakhir semasa sesi klimaks, seorang wakil dari Ma`ruf Club melontarkan ayat 'pedas' kepada hulubalang-hulubalang ini bahawa Alam Warisan yang selalu mereka dendangkan ini tidak akan berjaya kalau sikap ini tidak dihapuskan.Tahniah Ma`ruf Club!!

Tidak dinafikan bahawa dalam program ini ada juga unsur-unsur 'brainwash' peserta.Slogan seperti "Ketuanan Melayu', 'Alam Warisan' diulang-ulang bagi mengigatkan peserta kepentingan menjaga bangsa Melayu.Lagu tema pun berubah daripada "Menara Bangsa" kepada "Warisan" semasa sesi diurusi oleh fasilitator.Boleh rujuk dan hayati lirik lagu 'Warisan' di bawah.Saya lebih musykil tatkala golongan-golongan ini asyik menyalahkan orang lain dek kerana hampir kehilangan kuasa.Kenapa sudah 50 tahun memerintah, kuasa ada dalam tangan, boleh berbuat apa sahaja, tiba-tiba sahaja melenting selepas PRU 12.Mau salahkan siapa??owh ya, nature saya semasa dalam program ini adalah seorang yang sangat pendiam.(siap dapat message dari ahli kumpulan saya yang mengatakan saya ini lebih banyak menyimpan dari meluahkan..hehe)Lebih banyak bermonolog dalaman dan berfikir secara rasional dengan apa yang berlaku...Jangan ingat mahasiswa tidak tahu menilai ya!

Acara yang paling disukai semasa program ini adalah aktiviti 'luar pintu' - outdoor. Aktiviti seperti Kembara Malam, Flying Fox( Tupai Terbang), Water Confident, membuat rakit lebih mencabar mental dan fizikal.Dan semestinya memerlukan kerjasama yang penuh dalam pasukan.Semangat berpasukan,patuh arahan pemimpin, tolong-menolong dan sebagainya sangat diperlukan.Jika tidak, risiko akan ditanggung seluruh ahli kumpulan.Anda dilepaskan ke dalam hutan belantara yang telah siap ditanda penanda arah bersama ahli kumpulan seramai 18 orang, 9 lelaki dan 9 perempuan, berbekalkan 2biji lampu suluh setiap kumpulan dan 1botol air mineral dan roti masing-masing pada pukul 1.30 PAGI.Bergerak dalam keadaan gelap dan selepas hujan turun 'melicinkan' perjalanan kembara kami.Sepanjang perjalanan pasti akan terdengar insan-insan terjatuh gedebuk dek kerana licin dan tahap cengkaman kasut yang sudah haus..Memang program seperti ini memenatkan tetapi kepimpinan sesorang itu dapat dilihat dari pelaksanaan selepas terlalu asyik berteori..Aktiviti seperti ini yang dinilai oleh ahli kumpulan tentang kepimpinan seseorang mengurusi ahli-ahli di bawahnya.Salah satu sebab antara beberapa sebab saya menjadi pendiam adalah kerana peserta-peserta yang hadir dalam program ini merupakan pemimpin mahasiswa UIAM.Masing-masing ada ego tersendiri.Bayangkan tekanan yang dihadapi oleh ketua kumpulan menjaga ahli kumpulan yang kesemuanya merupakan pemimpin pelajar..Nah, satu persoalan terjawab..

`Ala kulli hal, program seperti ini mempunyai pro dan con nya..Masing-masing dengan persepsi sendiri.Terpulang kepada diri sendiri untuk mengambil apa-apa yang bermanfaat dan mengambil iktibar akan apa-apa yang tidak bermanfaat.Wassalam..

Tuesday, November 11, 2008

Managemnet Course for Student Leaders (MCLEAD)

Salam....

Bermula 12hb sehingga 18hb November (Selasa-Rabu) ini, saya akan menghadiri "Kursus Pengurusan untuk Pimpinan Pelajar" bertempat di Kem Biro Tatanegara, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.Hmm, dalam seminggu ini,mesti banyak benda yang akan berlaku.Tapi kemusykilan menerjah tengkorak kepala aku, kenapa sesi bersama biro tatanegara banyak sangat?? Sampai 13 sesi ni hah..Kalau teliti balik surat n jadual yang diberi kepadaku, hanya 10 sesi je yang kurasakan sebagai kursus pengurusan, yang lain hanyalah slot biro tatanegara..( ALLAHUAKBAR!! nak dibasuh la ni.. hee..)

Tapi tak mengapa, take it as positive side,ade hikmah di sebalik apa yang berlaku.Senang nanti nak meminpin society n family in future..(heh..) InsyaAllah.

Bermacam-macam maklumat dan cerita yang diperolehi melalui lisan mahupun bertulis mengenai Biro Tatanegara ni..Pesanan dari seorang sahabat yang pernah mengikuti program BTN ni.. "Be professional, jgn sentimen,tunjuk sikap sebagai mahasiswa yang tahu menilai.." wallahua`lam...



" Tiada menyesal sesiapa yang meminta pilihan daripada Al Khaliq, dan bermesyuarat dengan makhluk yang mu`minin bagi menetapkan urusannya.Firman Allah Subhanahu wa ta`ala: 'Bermesyuartlah dengan mereka dalam segala urusan.Apabila engkau berazam,maka bertawakkallah kepada Allah.' "

Monday, November 10, 2008

Habis Exam

Alhamdulillah dah selesai final examination sem 1 dengan 12 paper y mencabar..Hanya department aku je yang abis awal.Department lain terpaksa lagi berhempas pulas sekurang2nya 2 hari lagi selepas paper kami berakhir.Mana tidaknya, dah paper kami berderet2 sampai 5 paper truih.bukan sekali tu je tapi 2 kali.so kira adil la gak kan kami abis awal ni..hehe..

Rasanya examination kali ni lain dari yang lain pada anggapanku.Banyak sebab sebenarnya,tapi ni yang terlintas di fikiran loni (sekarang).Selalunya idea tentang kelainan tu datang time aku tengah jawab exam..

1. Stress yang boleh dicontrol -kebiasaanya aku ni jenis yang akan ter-stress ngan keadaan yang pada pikiranku berat.contohnya, paper yang berlambak2 ni.Tapi Alhamdulillah , Allah knows da BEST, perasaan stress still ade tapi tak over la kan..stress melampau2 ni mmg bg effect pada tubuh badan la kalo tak jaga.mmg terpaksa adapt la ngan cabaran tu.kalo awal2 da surrender camne ngan paper seterusnya.Take it as positive side!! pejam celik pejam celik .."eh, da abis da 12 paper?" =P tq to that person.. :x

2.kaki notes - hee sepanjang fatrah exam ni aku jadi sorang kaki notes.bersepah gak tempat stadi ngan notes2 yang tersusun..tido pn kat stu gak..minta maafla kepada housemate y lain eh..

3. Spek mata baru - spek mata ni sbnrnya bagi kesan kat tempoh stadi aku.kalo dulu ,stadi kejap mata da rasa penat cam nak tido.padahal otak masih lagi mampu u berfikir secara waras n rasional. buat optometry checkup, rupanya aku ni hyperope(rabun dekat) heh..musykil gak bila optometrist-to-be tu kata aku rabn dekat padahal leh je nampak perkataan yang dekat seperti membaca.rupanya, contraction bola mata ni push bagi clear y menyebabkan mata ni penat.so bila penat ni la y bw kepada tido!! tp aku akui dengan izin Allah gak, kualiti stadi tu meningkat gak..Alhamdulillah..(nikmat penglihatan kene tarik =( )

Setakat tu je la yang terlintas kat otakku.skang masa untuk tawakkal n doa..Tolong doa sama2 eh..

USAHA + TAWAKKAL + DOA