Wednesday, November 19, 2008

Selamat Datang ke Alam Warisan

Alhamdulillah baru selesai menghadiri kursus MCLEAD + BTN..
Banyak yang ingin dikongsikan bersama selama saya menghadiri kursus gabungan 2 program ini.Tetapi, pandangan saya akan lebih kepada perjalanan program Biro Tatanegara (BTN).

Kehadiran kami di Kem Bina Negara Lipis(B), Kuala Lipis disambut oleh pegawai-pengawai yang akan turut serta sebagai jurulatih kami sepanjang program.Perasaan pertama apabila berhadapan dengan mereka ini sedikit gusar.Nampak macam bengis dengan gaya ala-ala tentera.Patutlah..rata-rata dari mereka ini adalah pesara tentera.Ada juga yang merupakan bekas 'komando' (command + do = 'commando').
saya baru sahaja mengetahui asal usul perkataan komando dari program ini..=) Mereka ini akan berpakaian kemeja putih lengan pendek berseluar hitam(agak-agak macam gaya golongan mana ye?Fikirkan!) sewaktu program 'dalam pintu' -indoor. Saya lebih menyenangi mereka ini sebagai orang tua yang perlu dihormati walaupun kadang-kadang tegas.Maklumlah, bekas tentera,kan.

Struktur organisasi tidak hanya terdiri daripada jurulatih sahaja, bahkan melibatkan fasilitator yang didatangkan khas dari Jabatan Perdana Menteri seramai 6 orang.Setiap kumpulan akan dibagi seorang fasililtator bagi memantau, menerangkan tujuan sesuatu misi, menjaga ahli dalam kumpulan masing-masing.Setiap fasilitator ini dipanggil dengan panggilan memanda menteri seperti 'panglima', 'laksamana', 'bentara', dan 'bendahara'.Lagak mereka ini melakonkan kembali sikap para hulubalang-hulubalang istana di ambang kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka seperti hasad dengki, tamak, etc.Simulasi yang sengaja mereka lakonkan ini sepanjang program tidak disedari saya sehinggalah malam terakhir semasa sesi klimaks, seorang wakil dari Ma`ruf Club melontarkan ayat 'pedas' kepada hulubalang-hulubalang ini bahawa Alam Warisan yang selalu mereka dendangkan ini tidak akan berjaya kalau sikap ini tidak dihapuskan.Tahniah Ma`ruf Club!!

Tidak dinafikan bahawa dalam program ini ada juga unsur-unsur 'brainwash' peserta.Slogan seperti "Ketuanan Melayu', 'Alam Warisan' diulang-ulang bagi mengigatkan peserta kepentingan menjaga bangsa Melayu.Lagu tema pun berubah daripada "Menara Bangsa" kepada "Warisan" semasa sesi diurusi oleh fasilitator.Boleh rujuk dan hayati lirik lagu 'Warisan' di bawah.Saya lebih musykil tatkala golongan-golongan ini asyik menyalahkan orang lain dek kerana hampir kehilangan kuasa.Kenapa sudah 50 tahun memerintah, kuasa ada dalam tangan, boleh berbuat apa sahaja, tiba-tiba sahaja melenting selepas PRU 12.Mau salahkan siapa??owh ya, nature saya semasa dalam program ini adalah seorang yang sangat pendiam.(siap dapat message dari ahli kumpulan saya yang mengatakan saya ini lebih banyak menyimpan dari meluahkan..hehe)Lebih banyak bermonolog dalaman dan berfikir secara rasional dengan apa yang berlaku...Jangan ingat mahasiswa tidak tahu menilai ya!

Acara yang paling disukai semasa program ini adalah aktiviti 'luar pintu' - outdoor. Aktiviti seperti Kembara Malam, Flying Fox( Tupai Terbang), Water Confident, membuat rakit lebih mencabar mental dan fizikal.Dan semestinya memerlukan kerjasama yang penuh dalam pasukan.Semangat berpasukan,patuh arahan pemimpin, tolong-menolong dan sebagainya sangat diperlukan.Jika tidak, risiko akan ditanggung seluruh ahli kumpulan.Anda dilepaskan ke dalam hutan belantara yang telah siap ditanda penanda arah bersama ahli kumpulan seramai 18 orang, 9 lelaki dan 9 perempuan, berbekalkan 2biji lampu suluh setiap kumpulan dan 1botol air mineral dan roti masing-masing pada pukul 1.30 PAGI.Bergerak dalam keadaan gelap dan selepas hujan turun 'melicinkan' perjalanan kembara kami.Sepanjang perjalanan pasti akan terdengar insan-insan terjatuh gedebuk dek kerana licin dan tahap cengkaman kasut yang sudah haus..Memang program seperti ini memenatkan tetapi kepimpinan sesorang itu dapat dilihat dari pelaksanaan selepas terlalu asyik berteori..Aktiviti seperti ini yang dinilai oleh ahli kumpulan tentang kepimpinan seseorang mengurusi ahli-ahli di bawahnya.Salah satu sebab antara beberapa sebab saya menjadi pendiam adalah kerana peserta-peserta yang hadir dalam program ini merupakan pemimpin mahasiswa UIAM.Masing-masing ada ego tersendiri.Bayangkan tekanan yang dihadapi oleh ketua kumpulan menjaga ahli kumpulan yang kesemuanya merupakan pemimpin pelajar..Nah, satu persoalan terjawab..

`Ala kulli hal, program seperti ini mempunyai pro dan con nya..Masing-masing dengan persepsi sendiri.Terpulang kepada diri sendiri untuk mengambil apa-apa yang bermanfaat dan mengambil iktibar akan apa-apa yang tidak bermanfaat.Wassalam..

No comments:

Post a Comment