Friday, November 28, 2008

Jabir Ibn Abdillah Radhiallahu`anhuma..

Sirah 1

Sewaktu kaum muslimin bertungkus lumus bermandikan keringat di bawah terik mentari menggali parit di sekitar Kota Madinah untuk menghadapi peperangan Khandak, datang Jabir bin Abdullah radhiallahuanhuma menjemput Rasulullah sollallahu`alaihiwassalam dan beberapa orang sahabat makan di rumahnya.Jemputan untuk beberapa orang itu kemudiannya disusuli dengan pengumuman oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam :


"Jabir Ibn Abdillah mengajak kita semua makan di rumahnya..!!"


Mendengarkan pengumuman itu, Jabir berasa susah hati kerana mana mungkin dia dapat melayan para sahabat yang berjumlah lebih kurang 100 orang dengan makanan yang sedikit.

Sampai di rumah,isteri beliau amat terkejut dengan j
umlah tetamu yang hadir.Situasi ini disedari oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam.Baginda menawarkan diri untuk menyenduk sendiri makanan kepada tetamu yang hadir tanpa membuka sepenuhnya periuk makanan dan mengarahkan 10 orang masuk untuk menjamah makanan dan diteruskan 10 orang yang lain sehingga selesai semua orang makan termasuk Jabir ibn Abdillah radhiallahu`anhuma. Subahanallah,selepas itu, mereka membuka periuk makanan tadi dan mendapati tidak sedikit pun makanan itu berkurang..Mu`jizatur Rasul..
....................................................................................................

Sirah 2

Sewaktu peperangan Uhud, Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam telah memerintahkan setiap keluarga menghantar wakil untuk pergi berperang.Tatkala mendengar arahan tersebut, ayah Jabir, Abdullah bin Haram membuat keputusan untuk keluar pergi berjihad tetapi dibantah oleh oleh Jabir kerana merasakan dirinya lebih berhak keluar berjihad memandangkan dirinya sebagai orang muda.Si bapa pula berkeras mahu dirinya yang mewakili keluarga pergi berperang kerana merasakan dirinya yang sudah tua biarlah dihabisi di medan perang.Situasi ini berlarutan sehingga mereka mencadangkan undian dilakukan.Akhirnya nama Abdullah bin Haram yang keluar.

Sebelum keluar berperang , si ayah berwasiat sekiranya beliau syahid di medan perang, agar dilunasi hutangnya yang banyak dan menjaga 10 orang adik beradik perempuannya itu.Setelah peperangan tamat, Abdullah bin Haram dikhabarkan telah syahid.Tidak lama selepas itu, Jabir ibn Abdillah berjaya menyelesaikan kesemua hutang yang ditanggung bapanya dengan berkat doa Rasulullah mendoakan kebun kurmanya yang berbuah banyak..Mu`jizatur Rasul .Serta mengahwini seorang janda yang akan sama-sama menjaga adik beradik yang sepuluh orang itu demi menunaikan wasiat ayahnya.

Jabir bin Abdullah radhiallahu`anhuma berkata:

"Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam berkata: Wahai Jabir, adakah kamu telah berkahwin? Aku berkata: Ya. Baginda berkata: Anak dara atau janda? Aku berkata: Janda wahai Rasulullah. Baginda berkata lagi: Mengapa bukan anak dara yang dapat kamu bergembira dengannya dan begitu juga kamu? Aku berkata: Bapaku telah terbunuh dalam peperangan Uhud dan meninggalkan 9 orang anak perempuan.Aku tidak mahu mengahwini seorang wanita yang dapat menjaga dan membimbing mereka.Baginda berkata: Semoga Allah merahmati kamu."

Hadis Riwayat Bukhari: 3746 da Muslim: 2664

Wallahu`alam..


Kesimpulan..

1. Contoh Kepimpinan Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam yang mengambil berat para sahabat dan tidak mementingkan diri.

2.Semangat berjihad dijalan Allah sehingga tepaksa dicabut undi untuk menetukan siapa yang layak keluar berperang.

3. Tanggungjawab seorang anak menunaikan wasiat si ayah dan sanggup berkorban demi menjaga aik beradik perempuan yang lain..

kalo nak tambah y lain, silakan..

No comments:

Post a Comment