Saturday, August 30, 2008

Resolusi anda??

LEADERSHIP ENHANCEMENT COURSE di UIA KUANTAN

Posted by: Amin Idris Category: Program Comments 0

Semalam (Ahad, 3 Ogos) saya ke UIA Kuantan untuk menjayakan program kursus kepimpinan atau Leadership Enhancement Course (LeadEC) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UIAM.

Sehari selepas mengkuti bengkel tersebut, maka para peserta bersepakat menghasilkan resolusi berikut;

  1. Ramaikan sahabat dan kenalan (10 sahabat setiap bulan) melalui kaedah PS2
  2. Setiap orang memiliki planner untuk merancang hidup ke arah mencapai matlamat
  3. Amalkan self-reward dan self-punishment untuk meningkatkan disiplin diri
  4. Baca 1 bulan 1 buku
  5. Sasarkan 1 kemahiran baru setiap semester.

F:\UIA Kuantan 1.jpg

Apa itu resolusi?

Resolusi pada pandangan saya ialah;

"Janji pada diri sendiri untuk melakukan sesuatu ke arah mencapai sesuatu setelah menerima input tertentu melalui sesuatu program."

Jadi… buat adik-adik saya di UIA Kuantan, anda tidak berjanji dengan saya tapi anda berjanji kepada diri sendiri untuk meningkatkan kualiti diri ke arah menjadi pemimpin magnetik. Sanjungi diri anda dengan mematuhi janji pada diri kalian! Good luck… Selamat beramal :)

Sentiasa ingat pada the Law of Proses. A leaders are not borned… Leaders are made.

F:\UIA Kuantan 2.jpg

sumber: www.aminidris.com


--->Memang sengaja entri kali ini ditulis dan di post lambat dari masa yang sepatutnya..Mengapa?Ha,sebabnya nak muhasabah diri!! Bagaimana dengan pelaksanaan resolusi yang anda telah buat?? (Err, 3 out of 5 kot.) Kebiasaannya macam tu la.Manusia,perlu diingatkan..


"Kabura maqtan 'inda Allahi an taquuluu mala taf`alunn."

~besar akibatnya disisi Allah bagi orang yang bercakap sahaja tetapi tidak melakukannya.~

No comments:

Post a Comment