Saturday, August 2, 2008

Barakah

Hari cuti Sabtu-Ahad memang menjadi waktu yang paling diminati kebanyakan pelajar IPT untuk meng`QADA`kan tidur mereka untuk seminggu yang penuh dengan kesibukan tersendiri.Kehidupan kami di rumah sewa ni agak berlainan dengan dengan orang lain.Selepas Subuh jarang nak sambung tido balik.paling2 pun baring2 je.Mmg niat arini nak kemas rumah n bersihkan bilik yang selama ni cam tak terurus gara2 menguruskan yang lebih afdal..(hehe..alasan).Malangnya majoriti housemate tiada di rumah arini.Yang ada aku sorang.yang len either balik kampung atau pi kelas time2 cuti ni.

Proses mengemas bermula di bilik sendiri.tu pun da kompius n blur(buat2 je) ttg susunan barang2 n perabot peribadi dalam kawasan yang telah dipersetujui oleh ahli bilik.macam2 perubahan posisi dibentuk untuk menyedapkan hati.akhirnya selesai.pastu proses menyapu plak..MasyaAllah,habuk banyak nye..!! seingat,sebelum buka sem aritu da basuh da bilik tu dengan sebersih2nya..
Alang2 da bersih bilik,ingat nak bersihkan ruang tamu plak..abis sume permaidani dijemur untuk proses pembersihan..Bila rasa da penat yang amat sangat,berhenti la sbb ingat da dekat kul 11.Subhanallah,jam menunjukkan pukul 9 pagi.kenapa rasa lambat plak arini??tergiang2 plak ayat abuya dulu, "Cuba bandingkan kualiti dan masa orang bekerja pada waktu pagi dengan waktu petang.Memang ada perbezaan.Ni sbb berkat doa Rasulullah sollallahu`alaihiwassalam yang mendoakan umatnya di waktu pagi."

Siap mandi,bersiap pi East Cost Mall n mydin untuk beli barang.Ramainya manusia.Time nak bayar tu,mmg terpaksa beratur panjang."alang2 beratur panjang ni,baik ngulang Qur`an." Surah Yusuf dipilih u dilancarkan...=)...sampai di kaunter pembayaran,sempat 111 ayat surah Yusuf dilancarkan... Alhamdulillah..memang terasa berkat masa da arini.... Subhanallah..

Rasulullah sollallahu `alaihiwassalam bersabda :

"Allahumma barik ummati fi bukuliha" aw kama qol..
Ya Allah berkatilah umatku pada waktu pagi.

p/s: lepas subuh jgn tido!!!!


No comments:

Post a Comment