Sunday, August 31, 2008

Ahlan Ya Ramadhan.......



Salam Ramadhan..






Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana masih lagi dipanjangkan umur bertemu Ramadhan al Mubarak.Kalau golongan SalafusSoleh, 6 bulan sebelum Ramadhan mereka telah berdoa supaya dipanjangkan umur supaya dapat beribadat pada bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.Berkatnya bulan ini bergantung kepada tahap ketaqwaan kita dalam menghayati dan mengamalkan suruhanNYa dan menjauhi laranganNya.Kasih sayang Allah menjadikan satu bulan yang istimewa dalam setahun yang mempunyai bermacam-macam rahsia. Waktu yang sesuai ini jugalah, kita sebolehnya ingin berubah atau meningkatkan amal soleh kerana kita hanya berhadapan dengan NAFSU!!



Mengapa Ramadhan begitu istimewa?



1. Umat Islam berpuasa wajib sebulan penuh. -1 bulan dalam setahun



2.Solat Tarawikh. - bulan lain memang tiada.



3.Nuzul Al Qur`an - Al Qur`an diturunkan 17 Ramadhan.



4.Laylatul Qadr - mencari laylatul Qadr yang pahala beribadatnya bersamaan dengan 1,000 bulan bersamaan dengan 83 tahun 4 bulan.



5.Peperangan Badr - Peperangan berlaku dalam keadaan para Sahabat sedang berpuasa Ramadhan.



6.Syaitan diikat.


7.Semua Pintu Syurga dibuka,pintu neraka ditutup.




Bulan Ramadhan datang kembali..Ahlan Ya Ramadhan

No comments:

Post a Comment