Monday, August 4, 2008

Non-Muslim??


Hari ini sepatutnya giliranku untuk `beraksi` dihadapan kelas untuk subjek Bahasa Melayu Kerjaya di bawah seliaan Cikgu Chow.Tajuk yang diberi 2minggu yang lepas adalah ucapan TOKOH AGAMA.hmmm....,senang je pada permulaan pemikiranku.Kalau rasa malas sangat, buat je seolah-olah sesi`Tazkirah in Class` seperti biasa.Diselitkan dengan ayat Qur`an,hadis,cerita orang2 soleh dan sebagainya yang `relate` kepada agama.Tapi,bila difikirkan balik,mad`u ku bukan hanya orang Islam sahaja dalam sesi persembahan itu nanti.Jangan lupa,ada orang yang berlainan agama yang akan bersama .Bahkan akan menilai prestasi ku pula.Berbeza dengan sahabat2 yang lain,tajuk mereka boleh dikatakan mudah dengan situasi dan mad`u yang mereka berhadapan.AKU??


Alhamdulillah ,giliranku dan beberapa sahabat lain diperpanjangkan ke minggu hadapan dek kerana masa kelas sudah sampai ke penghujungnya.'kene pikir balik ni'...strategi,gaya,penampilan,body language yang boleh sesuai dengan keadaan nanti.


Ha,time ini la,kalau nak praktikkan da`wah bil hal tu kepada non muslim disamping isi2 yang bersifat universal yang secara langsung boleh memberi kesan kepada dia dan orang lain..itulah niatku.Moga Dipermudahkan~... Ameen~


No comments:

Post a Comment