Friday, January 21, 2011

Mu`awiyyah: Khalifah Rashid yang Teraniaya

Rata-rata umat Islam di zaman mutakkhir ini menganggap Mu`awiyyah radhiaLLahu`anh sebagai pengasas monarki dalam Islam, seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan lain-lain lagi. Jarang sekali terkumpul sifat-sifat seperti itu walaupun pada orang Islam biasa, apatah lagi hendak dikatakan ada pada seorang sahabat nabi sollallahu`alaihiwasallam.



Akan tetapi, apalah yang hendak dikatakan kerana itulah yang berlaku. Tidak ada keburukan yang tidak dihubungkan kepadanya dan tidak ada pula kebaikan yang tidak ditarik daripadanya. Akibatnya kita akan menemui ramai sekali orang Islam yang bernama Abu Bakar, Umar, Ustman, Ali dan lain-lain lagi adakah mudah untuk menemui orang yang bernama Mu`awiyyah terutamanya di nusantara ini?



Mengapakah ini terjadi?? Bagaimanakah boleh hilang identiti Mu`awiyyah sebagai penulis wahyu dari tuhan semesta alam, seorang yang dikhususkan oleh Nabi sollallahu`alaihiwasallam dengan doa-doanya yang istimewa, tidak pernah dilucutkan jawatan gabenor yang disandangnya selama 20 tahun dan kemudian sebagai khalifah pula selama 20 tahun. Siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam untuk menyerang tentera-tentera ROM? Dan siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan , Qirawan dan Sind? Siapakah yang menyatukan kembali umat Islam di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan persengketaan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Sayyidina Ali?



Jawabnya ialah keistimewaan-keitimewaan dan keutamaan-keutamaan Mu`awiyyah telah pun mendap ke bawah oleh sikap prejudis umat terhadapnya akibat terpedaya dengan fitnah pesona yang ditabur semenjak zaman permulaan lagi. Benih-benih fitnah yang ditabur itu kemudian telah berakar umbi dan menunjang dengan kuat sekali di dalam taman sejarah kita, sehingga tidak lagi mudah bagi kita mencabut dan membersihkannya.

No comments:

Post a Comment