Monday, January 10, 2011

KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK

Kaedah yang mudah dan cepat untuk mencari muka surat awal juzuk RASM UTHMANI SAHAJA . Artikel asli dari sini..

Bagi sesebuah institusi tahfiz atau pusat pengajian menghafaz al-Quran yang menggunakan kaedah tasmik menggunakan silibus sukatan berpandukan muka surat. Sudah pasti menjadi masalah bagi guru-guru dan juga pelajar untuk mengingati nombor muka surat yang telah mereka hafaz.

Saya sendiri mengalami masalah ini ketika menjadi guru hafaz bagi pelajar tingkatan satu. Waktu itu, apabila ditanya sampai manakah hafazan mereka? Pelajar tidak memberitahu ayat atau maqra’ mana yang telah mereka hafaz, sebaliknya mereka hanya memberitahu muka surat yang telah dihafaz.

Jadi, untuk memudahkan guru-guru hafaz dan juga pelajar-pelajar. Saya ingin kongsikan kaedah ringkas untuk mengenal pasti muka surat pada setiap awal juzu’.

Untuk pengetahuan anda, di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Setiap satu juzu’ mengandungi 20 muka surat. Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.

KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK

Formulanya amat mudah :

(x – 1) 2 +2

Sekali pandang macam rumuz algebra pulak jadinya. Saya sengaja berbuat demikian agar mudah untuk anda mengingatinya. x yang dimaksudkan itu adalah juzu’ yang hendak anda cari muka suratnya.

Jadi, juzu’ yang hendak dicari ditolak dengan angka 1. Kemudian jumlah yang telah anda dapati tersebut di darab pula dengan 2. Hasil jawapan tersebut hendaklah ditambah dengan angka 2 dihujungnya.

Lihat contoh ini :

Katakan juzu’ yang anda ingin ketahui muka suratnya adalah juzu’ 6. Maka, pengiraannya adalah seperti berikut :

6 – 1 = 5

5 x 2 = 10

10 ditambah angka 2 dihujungnya = 102

Anda tidak percaya dengan jawapan tersebut? Lihat gambar al-Quran di bawah :

Muka Surat Awal Juzu 6

Begitu juga jika anda ingin mendapatkan awal muka surat dalam juzu’ lain. Contohnya juzu’ 30 :

30 – 1 = 29

29 x 2 = 58

58 ditambah angka 2 dihujungnya = 582

Muka Surat Awal Juzu 30

Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai digunapakai pada al-Quran Rasm Uthmani sahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital. Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i atau lebih dikenali dengan istilah “al-Quran Majeed” adalah berlainan.

Selamat mencuba dan saksikan keajaiban yang berlaku…!!!
















2 comments:

  1. wah..akak tak tahu pula formula ni. terima kasih atas perkongsian yg sangat bermanfaat ni. akak nak try juga...

    ReplyDelete
  2. Sila2..ana pun amik dari blog orang..

    ReplyDelete