Sunday, January 16, 2011

Apa ada pada NAMA??















Hadis


Ibnu Umar RadhiaLLAhu `anh meriwayatkan , Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam bersabda:



" Sesungguhnya sebaik-baik nama kamu yang disukai oleh ALLAH ialah
Abdullah dan Abdur Rahman"


(Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya: 2132 )



Daripada Abu Wahab al-Juzyami radhiaLLahu `anh berkata, Rasulullah Sollallahu`alaihi wasallam bersabda:



"Namakan anak-anak kamu dengan nama-nama nabi, sebaik-baik nama yang disukai oleh ALLAH ialah ABDULLAH dan ABDUR RAHMAN,
sebenar-benar mereka yang bernama
HARIS dan HAMMAM,
dan seburuk-buruk mereka yang bernama HARB dan MURRAH"

(Hadis riwayat Abu Daud: 4950, disahihkan oleh Albani dalam kitabnya Shohih Abu Daud)

AL QUR`AN
Firman Allah SWT,
"HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)



Kuniyah


Abu Qassim - Gelaran kepada Rasulullah kerana mempunyai anak lelaki bernama Qassim.

AsSiddiq - Gelaran kepada Abu Bakar.



Laqab/ Nama Gelaran


Al Amin (Yang Amanah) - Gelaran kepada Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam semasa peristiwa meletakkan Hajarul Aswad.


Abu Hurairah (Bapa Kucing) - Gelaran yang diberikan kepada Abdul Rahman bin Saqr disebabkan kesukaan beliau bermain dengan kucing.


Saifullah (Pedang Allah) - Gelaran yang diberikan kepada Khalid bin Al Walid atas keberanian dan kecerdikan beliau dalam peperangan.


Asadullah (Singa Allah) - Gelaran yang diberi kepada Hamzah bin Abdul Mutalib


Humaira (Si pipi merah) - Gelaran yang diberikan Aisyah binti Abu Bakr.




Apa ada pada nama?

Sewaktu tadika dahulu, cikgu dan kawan2 tadika selalunya bertanya apa maksud nama Rayyan. Mungkin nama yang diberi agak pelik dan tak ramai yang mempunyai nama tersebut. Alam kanak2 apa lah yang nak diambil berat sangat. Balik ke rumah terus bertanya kepada Abuya dan Ummi akan maksud namaku ini.

"Rayyan bermaksud puas daripada dahaga atau pintu syurga untuk orang berpuasa"




Dikisahkan, sewaktu kecilku aku memang sangat kuat minum air sehinggakan terpaksa dibuatkan satu jubah khas untuk mudahkan proses membuang air.(banyak minum, banyak jugak la yang perlu dibuang) Angkat kain jubah dan buang~[info dari abuya ummi dalam kisah2 anak2 semasa kecil..=) ]


Nah, apa ada pada nama!!



Fokus utama dalam entri kali ini adalah berkenaan dengan nama. Nama seseorang itu mungkin memainkan peranan dalam karisma dan peribadinya kerana panggilan yang diberi menjadi doa kepada orang yang dipanggil. Jika baik panggilan itu, insyaALLAH baik juga la akhlaqnya(doa). Tapi, jika buruk panggilan yang diberikan, ditakuti buruk juga la akhlaq dan perangainya.




Dewasa ini, nama seseorang lebih bersifat populariti terutamanya dikalangan belia dan remaja. Mereka mungkin segan atau malu jika rakan-rakan mereka memanggil mereka dengan nama asal seperti Arif, Yasir atau Salleh. Bahkan mereka mungkin meminta rakan-rakan mereka memanggil mereka dengan nama panggilan yang lebih glamour seperti Roy, Joe, Krul dan lain-lain.




Tak terkecuali orang seperti saya yang mempunyai nama yang kalau disingkatkan menjadi Roy . Kalau dulu semasa menuntut di alam persekolahan, ramai yang akan memanggil saya dengan panggilan `yan` sahaja dan perkataan `roy` jarang sekali kedengaran. Memasuki alam universiti, waqi` je berbeza, apabila seorang sudah lali memanggil dengan panggilan tersebut, maka yang lain pun turut memanggil dengan panggilan yang sama. Seakan menjadi fenomena pula..~




Sungguh, kalau di rumah, nama saya akan dipanggil dengan sebaik2nya oleh orang tua saya. Jika saya berada di tingkat atas sekali pun masih lagi kedengaran sabdu nama saya dengan jelas.


" RAYYAN"

/rai jan/ @ /roi jan/ -->
( ini adalah diphtong seperti dalam kamus bahasa untuk memudahkan menyebut dengan betul. seawal tahun pertama kuliah, telah diajar menggunakan diphtong)





Kembali kepada maksud nama tadi, saya pernah memasang impian dan niat supaya semua sunnah Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam berkaitan dengan puasa pernah saya amalkan. Dari rukun, syarat2, sunnah2, sehingga kepada puasa2 yang pernah diriwayatkan dalam hadis diamalkan sekali seumur hidup sekurang2nya.Dan antara target yang belum pernah tercapai dan selalu berdoa supaya saya pernah melakukan ibadah tersebut adalah ibadah puasa nabi Daud `alaihissalam.


Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari”

(Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).



Memang dapat dirasakan kelainan apabila orang memanggil kita denagan panggilan yang tidak membawa apa2 maksud bahkan mungkin sifat atau perangai orang yang sinonim dengan panggilan tak sempurna itu akan terlekat kepada orang yang dipanggil. DOA barangkali~


Nah, apa ada pada nama!!


Wallahua`lam~


mode: ~PANGGIL LAH AKU DENGAN NAMAKU~

















No comments:

Post a Comment