Friday, January 21, 2011
Mu`awiyyah: Khalifah Rashid yang Teraniaya
Akan tetapi, apalah yang hendak dikatakan kerana itulah yang berlaku. Tidak ada keburukan yang tidak dihubungkan kepadanya dan tidak ada pula kebaikan yang tidak ditarik daripadanya. Akibatnya kita akan menemui ramai sekali orang Islam yang bernama Abu Bakar, Umar, Ustman, Ali dan lain-lain lagi adakah mudah untuk menemui orang yang bernama Mu`awiyyah terutamanya di nusantara ini?
Mengapakah ini terjadi?? Bagaimanakah boleh hilang identiti Mu`awiyyah sebagai penulis wahyu dari tuhan semesta alam, seorang yang dikhususkan oleh Nabi sollallahu`alaihiwasallam dengan doa-doanya yang istimewa, tidak pernah dilucutkan jawatan gabenor yang disandangnya selama 20 tahun dan kemudian sebagai khalifah pula selama 20 tahun. Siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam untuk menyerang tentera-tentera ROM? Dan siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan , Qirawan dan Sind? Siapakah yang menyatukan kembali umat Islam di bawah satu panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan persengketaan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Sayyidina Ali?
Jawabnya ialah keistimewaan-keitimewaan dan keutamaan-keutamaan Mu`awiyyah telah pun mendap ke bawah oleh sikap prejudis umat terhadapnya akibat terpedaya dengan fitnah pesona yang ditabur semenjak zaman permulaan lagi. Benih-benih fitnah yang ditabur itu kemudian telah berakar umbi dan menunjang dengan kuat sekali di dalam taman sejarah kita, sehingga tidak lagi mudah bagi kita mencabut dan membersihkannya.
Thursday, January 20, 2011
Tersorok..
Sebenarnya gambar X-ray ini diambil sewaktu mula2 mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian UIAM Kuantan. Rawatan belum bermula lagi tapi diagnose begitu terperinci sampai perlu melalui proses imaging X-ray.(Kredit to IIUM Dentistry student) Hasilnya, banyak juga masalah yang dapat dihidu walaupun pandangan mata kasar nampak normal;
1.Kewujudan geraham besar yang belum tumbuh yang pastinya memberi masalah besar sehingga perlu dibedah jika posisi pertumbuhannya menggangu geraham sebelahnya.(Geraham atas kiri dan geraham bawah kanan.[X-ray ini menghadap anda.bukan membelakangi anda])

2 geraham besar songsang yang belum tumbuh(bawah kanan dan atas kiri)=ancaman besar akan datang.
2. Terdapat 2 `lubang` yang terhasil antara 2 gigi yang agak sukar dikesan dengan mata kasar kerana nampak seakan tiada masalah dengan pandangan mata kasar.
Kalau manusia mampu mencipta alat secanggih mesin X-ray untuk mengesan benda yang tersorok(susuk??), bagaimana dengan Pencipta manusia itu sendiri. Analogi biasa yang sering didengari, kalau satu mesin dicipta, pasti manual/ buku rujukan ada pada pembuatnya. Begitu juga dengan manusia yang dicipta oleh Allah, pasti Allah lebih mengetahui hati manusia itu sendiri.
Sabda Rasulullah Sollallahu`alaihi wasallam:
Firman Allah ta`ala
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Sunday, January 16, 2011
Apa ada pada NAMA??
Hadis
Ibnu Umar RadhiaLLAhu `anh meriwayatkan , Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam bersabda:
Abdullah dan Abdur Rahman"
sebenar-benar mereka yang bernama HARIS dan HAMMAM,
dan seburuk-buruk mereka yang bernama HARB dan MURRAH"
AL QUR`AN
"HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)
Kuniyah
Abu Qassim - Gelaran kepada Rasulullah kerana mempunyai anak lelaki bernama Qassim.
AsSiddiq - Gelaran kepada Abu Bakar.
Laqab/ Nama Gelaran
Al Amin (Yang Amanah) - Gelaran kepada Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam semasa peristiwa meletakkan Hajarul Aswad.
Abu Hurairah (Bapa Kucing) - Gelaran yang diberikan kepada Abdul Rahman bin Saqr disebabkan kesukaan beliau bermain dengan kucing.
Saifullah (Pedang Allah) - Gelaran yang diberikan kepada Khalid bin Al Walid atas keberanian dan kecerdikan beliau dalam peperangan.
Asadullah (Singa Allah) - Gelaran yang diberi kepada Hamzah bin Abdul Mutalib
Humaira (Si pipi merah) - Gelaran yang diberikan Aisyah binti Abu Bakr.
Apa ada pada nama?
Sewaktu tadika dahulu, cikgu dan kawan2 tadika selalunya bertanya apa maksud nama Rayyan. Mungkin nama yang diberi agak pelik dan tak ramai yang mempunyai nama tersebut. Alam kanak2 apa lah yang nak diambil berat sangat. Balik ke rumah terus bertanya kepada Abuya dan Ummi akan maksud namaku ini.
Fokus utama dalam entri kali ini adalah berkenaan dengan nama. Nama seseorang itu mungkin memainkan peranan dalam karisma dan peribadinya kerana panggilan yang diberi menjadi doa kepada orang yang dipanggil. Jika baik panggilan itu, insyaALLAH baik juga la akhlaqnya(doa). Tapi, jika buruk panggilan yang diberikan, ditakuti buruk juga la akhlaq dan perangainya.
Dewasa ini, nama seseorang lebih bersifat populariti terutamanya dikalangan belia dan remaja. Mereka mungkin segan atau malu jika rakan-rakan mereka memanggil mereka dengan nama asal seperti Arif, Yasir atau Salleh. Bahkan mereka mungkin meminta rakan-rakan mereka memanggil mereka dengan nama panggilan yang lebih glamour seperti Roy, Joe, Krul dan lain-lain.
Sungguh, kalau di rumah, nama saya akan dipanggil dengan sebaik2nya oleh orang tua saya. Jika saya berada di tingkat atas sekali pun masih lagi kedengaran sabdu nama saya dengan jelas.
/rai jan/ @ /roi jan/ -->
( ini adalah diphtong seperti dalam kamus bahasa untuk memudahkan menyebut dengan betul. seawal tahun pertama kuliah, telah diajar menggunakan diphtong)
Kembali kepada maksud nama tadi, saya pernah memasang impian dan niat supaya semua sunnah Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam berkaitan dengan puasa pernah saya amalkan. Dari rukun, syarat2, sunnah2, sehingga kepada puasa2 yang pernah diriwayatkan dalam hadis diamalkan sekali seumur hidup sekurang2nya.Dan antara target yang belum pernah tercapai dan selalu berdoa supaya saya pernah melakukan ibadah tersebut adalah ibadah puasa nabi Daud `alaihissalam.
Memang dapat dirasakan kelainan apabila orang memanggil kita denagan panggilan yang tidak membawa apa2 maksud bahkan mungkin sifat atau perangai orang yang sinonim dengan panggilan tak sempurna itu akan terlekat kepada orang yang dipanggil. DOA barangkali~
mode: ~PANGGIL LAH AKU DENGAN NAMAKU~
Monday, January 10, 2011
KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK
Bagi sesebuah institusi tahfiz atau pusat pengajian menghafaz al-Quran yang menggunakan kaedah tasmik menggunakan silibus sukatan berpandukan muka surat. Sudah pasti menjadi masalah bagi guru-guru dan juga pelajar untuk mengingati nombor muka surat yang telah mereka hafaz.
Saya sendiri mengalami masalah ini ketika menjadi guru hafaz bagi pelajar tingkatan satu. Waktu itu, apabila ditanya sampai manakah hafazan mereka? Pelajar tidak memberitahu ayat atau maqra’ mana yang telah mereka hafaz, sebaliknya mereka hanya memberitahu muka surat yang telah dihafaz.
Jadi, untuk memudahkan guru-guru hafaz dan juga pelajar-pelajar. Saya ingin kongsikan kaedah ringkas untuk mengenal pasti muka surat pada setiap awal juzu’.
Untuk pengetahuan anda, di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Setiap satu juzu’ mengandungi 20 muka surat. Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.
KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK
Formulanya amat mudah :
(x – 1) 2 +2
Sekali pandang macam rumuz algebra pulak jadinya. Saya sengaja berbuat demikian agar mudah untuk anda mengingatinya. x yang dimaksudkan itu adalah juzu’ yang hendak anda cari muka suratnya.
Jadi, juzu’ yang hendak dicari ditolak dengan angka 1. Kemudian jumlah yang telah anda dapati tersebut di darab pula dengan 2. Hasil jawapan tersebut hendaklah ditambah dengan angka 2 dihujungnya.
Lihat contoh ini :
Katakan juzu’ yang anda ingin ketahui muka suratnya adalah juzu’ 6. Maka, pengiraannya adalah seperti berikut :
6 – 1 = 5
5 x 2 = 10
10 ditambah angka 2 dihujungnya = 102
Anda tidak percaya dengan jawapan tersebut? Lihat gambar al-Quran di bawah :
Begitu juga jika anda ingin mendapatkan awal muka surat dalam juzu’ lain. Contohnya juzu’ 30 :
30 – 1 = 29
29 x 2 = 58
58 ditambah angka 2 dihujungnya = 582
Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai digunapakai pada al-Quran Rasm Uthmani sahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital. Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i atau lebih dikenali dengan istilah “al-Quran Majeed” adalah berlainan.
Selamat mencuba dan saksikan keajaiban yang berlaku…!!!