..Hidup perlu memilih dan membuat pilihan..
tak kira masa dan situasi
PILIHAN itu perlu
Anda yang menentukan PILIHAN
Paediatric Case
{toys}
{good distracter}
{type of test}
















doakan ye~
Mohamad Iqbal Ab Wahab |
Kira-kira dua minggu yang lalu, saya ditanya oleh seorang wartawan berkenaan perkara yang menarik tentang pesta konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Soalan itu cukup mudah, namun memberi satu impak kepada diri saya untuk mencari jawapan yang tepat dan sebenar tentang istilah perkara yang menarik tentang pesta konvokesyen. Pesta Konvokesyen UIAM kali ke-27 yang berlangsung selama satu minggu bermula 8 Oktober 2011 hingga 15 Oktober 2011 harus mempunyai tarikannya yang tersendiri, bukan sekadar kegairahan untuk memeriahkan suasana konvokesyen di UIAM. Asasnya, pesta konvokesyen ini bertujuan untuk meraikan graduan-graduan yang berjaya mendapatkan segulung ijazah hasil kerja keras sepanjang proses pengajian dan pengalaman pencerahan ilmu di menara gading ini. Seharusnya, untuk setiap kejayaan itu, perlu ada keraian sebagai perangsang untuk terus maju pada masa hadapan serta merintis jalan untuk melebarluaskan jalur intelek dan etika dalam masyarakat secara amnya. Namun, apabila sesuatu proses atau perkara itu mengalami pengulangan dan dilihat sebagai suatu adat atau kebiasaan, maka objektif asal kewujudan perkara tersebut seperti pesta konvokesyen misalnya, semakin kabur dan kadang-kadang tidak jelas. Lantaran itu, timbullah idea-idea pelaksanaan yang meminggirkan kesucian nilai akademia dan intelektual yang menjadi fungsi penting bagi sesebuah universiti. Lantas, terdapat kesalahfahaman bahawa pesta konvokesyen ini harus diisi dengan hedonisme dalam usaha untuk mencipta dan mewujudkan suatu momentum kemeriahan dalam pesta. Apakah ini yang seharusnya diyakini oleh keseluruhan mahasiswa dan masyarakat tentang pelaksanaan pesta konvokesyen? Apakah jenis pemikiran ini harus menjadi asas kepada refleksi modal insan yang menjadi harapan nusa bangsa kelak? Persoalan-persoalan inilah yang secara tidak sengaja diutarakan dalam benak fikiran saya sewaktu memikirkan jawapan bagi pertanyaan oleh wartawan tersebut. Oleh itu, saya melihat pendekatan dalam pesta konvokesyen harus melalui proses penjenamaan semula melalui pelaksanaan program sewaktu pesta berlangsung. Seharusnya, pesta konvokesyen perlu didasari dengan semangat percambahan ilmu lebih-lebih lagi, universiti sepatutnya bertindak sebagai pusat penyaluran ilmu yang memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat di dalamnya, malahan golongan yang berada di sekitarnya juga. Di Turki dan Indonesia misalnya, pesta konvokesyen penuh dengan pesta jualan buku. Lantaran itu, pesta konvokesyen UIAM cuba menerapkan kesedaran ilmu melalui program-program seperti National Seminar serta Seminar Penulisan (SerumpuN). Dalam masa yang sama, tidak dipinggirkan juga elemen kemeriahan melalui program-program yang lebih santai seperti Chocolate Fair, Grand Exhibition, Islamic Performance Night dan Fit for Fun Race. Sekurang-kurangnya, pengunjung boleh mendapatkan sesuatu yang bermanfaat melalui aktiviti-aktiviti tersebut lantas memberi impak yang positif dalam menjustifikasikan fungsi universiti sebagai pusat ilmu dan pembinaan masyarakat dalam konteks akademia dan pembangunan modal insan. Saya juga berpandangan, objektif penubuhan universiti itu sendiri perlu mendasari segala aktiviti termasuklah pesta konvokesyen. Universiti sebagai suatu institusi yang mengembangkan potensi dan mentaliti masyarakat dari sudut kekuatan intelek dan rohaninya harus dijadikan batu asas kepada sebarang bentuk perbincangan dan pelaksanaan. Contohnya di UIAM, misi Triple ICE iaitu Integrasi (Integration), Pengantarabangsaan (Internationalization), Islamisasi (Islamization) dan Kefahaman Menyeluruh (Comprehensive Excellence) seharusnya menjadi pemangkin dalam usaha untuk mencetuskan inspirasi kepada seluruh warga universiti mahupun sekitar. Kesannya, universiti akan lebih bersifat inklusif dalam mendekatkan seluruh masyarakat dengan budaya keilmuan. Di kesempatan ini juga, tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada semua graduan yang bakal menerima segulung ijazah sama ada kedoktoran, ijazah sarjana mahupun sarjana muda. Semoga produk-produk yang terlahir setelah melalui pengalaman ilmu di universiti mampu untuk disebarluaskan dalam kalangan masyarakat seterusnya menggunakan kemahiran yang dilalui sepanjang proses pencerahan ilmu di institusi pengajian tinggi untuk meningkatkan produktiviti dan mentaliti masyarakat supaya mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Penulis ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA |
Pandangan Ilmuan Islam Berkenaan Bajet 2012
Foto ihsan Zaharuddin.Net
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.
Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.
Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga sabda baginda:-
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )
Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.
Secara ringkas dan mudah dan berdasarkan kemampuan kami yang sederhana, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-
A) Sokongan sepenuhnya
Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-
B) Sokongan dan nota perhatian
Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-
C) Komentar umum
Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT:
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”. (An Nisa:58)
Firman Allah juga :
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya. ( Al-Qasas : 26)
Sabda Rasulullah SAW:
“Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)
Dari kami untuk khidmat masyarakat,
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
Ustaz Dr. Maszlee Malik
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas’ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,
Ustaz Ramadhan Fitri Elias,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Zamri Zainuldin ‘Mantop’
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta
Dr. Mohd Nizam Barom
Petai mengandung 3 gula alami, yaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa, serta serat yang berguna sebagai pemasok, penopang, dan sumber energi. Penelitian membuktikan bahwa hanya memakan dua keping petai cukup untuk melakukan kerja berat selama 90 menit. Tidak heran jika petai merupakan buah nomor 1 untuk atlet dunia. Tapi, energi dari petai bukan hanya membuat kita tetap fit, tetapi juga membantu dalam menjaga ketahanan tubuh dari berbagai penyakit dan kondisi, sehingga harus ada dalam menu diet harian kita.
Berikut beberapa kegunaan petai dalam berbagai penyakit dan kondisi:
· Depresi
Berdasarkan survey terbaru dari MIND terhadap beberapa penderita depresi, sebagian besar merasa lebih baik setelah makan petai. Ini karena petai mengandung tryptophan, protein yang oleh tubuh diubah menjadi serotonin yang telah diketahui membuat kita merasa santai, meningkatkan mood dan umumnya membuat kita merasa lebih bahagia.
· Premenstrual Syndrom (PMS)
Vitamin B6 yang terkandung di dalam petai mengatur tingkat glukosa dalam darah yang bisa mempengaruhi mood kita.
· Anemia
Petai yang kaya akan zat besi dapat menstimulasikan produksi haemoglobin dalam darah dan sangat membantu dalam kasus-kasus anemia atau penyakit kekurangan haemoglobin.
· Tekanan Darah
Kandungan Kalium dalam buah khas daerah tropis ini sangat tinggi sedangkan kandungan garamnya rendah, membuatnya sempurna untuk mengalahkan penyakit tekanan darah. Bahkan, Badan Makanan dan Obat-obatan Amerika Serikat atau BPOM-nya Amerika telah mengijinkan industri petai untuk membuat klaim tentang kemampuan buah ini menurunkan resiko terkena tekanan darah dan stroke.
· Kemampuan Otak
200 pelajar di Sekolah Twickenham tertolong saat ujian tahun ini setelah makan petai saat sarapan, istirahat dan makan siang dengan alasan meningkatkan kemampuan otak mereka. Penelitian menunjukkan bahwa ikatan Kalium buah ini dapat membantu proses belajar dengan membuat pupil mata lebih siap dan siaga.
· Konstipasi
Karena seratnya yang tinggi, memasukkan petai dalam menu diet dapat membantu memulihkan kinerja normal usus besar, membantu mengatasi masalah tanpa menggunakan obat pencahar.
· Hangover
Penyakit ini merupakan perasaan sakit pada waktu bangun pagi setelah minum minuman keras terlalu banyak. Salah satu cara tercepat menyembuhkannya ialah dengan membuat milkshake petai dicampur dengan madu sebagai pemanis. Petai menenangkan perut dan dengan bantuan madu mengurangi kadar gula dalam darah, sedangkan susu menyejukkan dan menghidrasi ulang sistem kita.
· Heartburn (rasa panas dalam perut)
Jika menderita penyakit ini, cobalah mengkonsumsi petai untuk menyejukkannya karena petai mengandung antasid (asam semut) alami, yaitu asam yang mampu menetralkan asam-asam.
· Morning Sickness
Menyertakan petai dalam makanan membantu menjaga kadar gula dalam darah dan mencegah penyakit ini.
· Gigitan Nyamuk
Sebelum mencari salep, cobalah gosokkan area yang tergigit dengan bagian dalam kulit petai. Banyak orang yang membuktikan keampuhannya dalam mengurangi bengkak atau bentol-bentol dan iritasi.
· Gangguan Urat Syaraf
Petai kaya akan vitamin B yang membantu memulihkan sistem syaraf.
· Kelebihan Berat Badan
Studi Institut Psikologi di Austria menemukan bahwa tekanan pekerjaan memicu dalam mengkonsumsi coklat dan keripik secara berlebih. Dari 5000 pasien rumah sakit, peneliti menemukan bahwa orang yang paling gemuk cenderung berada dalam pekerjaan yang penuh tekanan. Hasilnya menyimpulkan bahwa untuk mengurangi ketagihan makan, kita perlu mengendalikan kadar gula dalam darah dengan mengkonsumsi makanan berkarbohidrat (termasuk petai) tinggi tiap 2 jam.
· Radang Usus
Petai digunakan sebagai makanan diet melawan penyakit intestinal karena tekstur halus dan kelembutannya. Hanya petai tanpa kulit yang dapat dimakan tanpa gangguan dalam kasus kronis. Buah ini juga menetralkan kelebihan asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi saluran perut.
· Kontrol Temperatur
Banyak kebudayaan menganggap petai sebagai buah pendingin yang dapat menurunkan temperatur emosi dan jiwa ibu hamil. Sebgaia contoh, wanita hamil di Belanda makan petai untuk menjamin bayi mereka lahir dengan temperatur yang sejuk.
· Penyakit Musiman atau Seasonal Affective Disorder (SAD)
Petai dapat membantu penderita SAD karena mengandung peninggi mood alami, yaitu tyryptophan.
· Merokok
Petai juga membantu orang mencoba berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang terkandung di dalamnya sebaik Kalium dan Magnesium di dalamnya, membantu tubuh untuk pulih dari pengaruh nikotin.
· Stress
Kalium merupakan mineral vital yang membantu normalisasi detak jantung, mengirim oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan air dalam tubuh. Saat kita stress, tingkat metabolik kita meningkat sehingga menurunkan kadar Kalium kita. Hal itu dapat diseimbangkan kembali dengan bantuan snack petai berkalium tinggi.
· Stroke
Berdasarkan riset ”The New England Journal of Medicine”, mengkonsumsi petai sebagai bagian dari diet reguler dapat memangkas resiko kematian akibat stroke sebesar 40%.
· Kutil (Warts)
Jika ingin menghilangkan kutil, ambil sepotong petai dan letakkan di atasnya. Rekatkan petai tersebut dengan plester atau perban secara hati-hati agar tidak bergeser. Dengan demikian, setelah beberapa lama kutilnya akan hilang.
Jadi, dapat disimpulkan bahwa petai benar-benar obat alami untuk berbagai penyakit. Jika dibandingkan dengan apel, petai mengandung protein 4x lebih banyak, karbohidrat 2x lebih banyak, fosfor 3x lebih banyak, vitamin A dan zat besi 5x lebih banyak, serta vitamin dan mineral lain 2x lebih banyak. Petai juga kaya akan Kalium dan merupakan salah satu makanan terbaik. Jadi, sekarang waktunya untuk mengatakan, ”Jangan malu makan petai”.
::: dari kecil,family saya rasanya tak pernah masak apa2 yang berkaitan dengan petai sbb mengelakkan hukum makruh dalam hadis Nabi Sollallahu`alaihi wasallam , sesiapa yang makan makanan yang berbau, jauhi dari masjid. Aw kama qol, disebabkan abuya selalu ada kuliah di masjid. Maka, apa2 masakan mmg tak pernah rasanya ada petai..xkan nak wat 2 lauk yang asing: satu ada petaim satu lagi takde petai.. hasilnya semua tak reti camne nak makan petai :)..:: saya sendiri start kenal n makan petai adalah pada tahun pertama di kuantan(temerloh).. itu pun kawan2 yang ajar ..hehe.. :)
"Lampu lagi 'ramai' daripada manusia"
Sindiran yang sering didengari apabila ahli jemaah masjid yang hadir untuk bersolat berjemaah KURANG daripada bilangan lampu yang dipasang terutama pada waktu solat subuh. Bilangan ahli jemaah boleh dibilang dengan jari , tidak setara dengan jumlah lampu yang menerangi tempat solat itu.Lagi malang kalau yang hadir hanya imam dan bilal sahaja..Masjidnya besar, lengkap dengan segala kemudahan seperti kipas,penghawa dingin sejadah tapi semua itu tidak menjamin kehadiran ahli jemaah yang ramai untuk solat berjemaah.
Fenomena ini nampaknya sudah menyerang dan menjangkiti tempat-tempat lain. Rekabentuk senibina sesebuah bangunan banyak mempengaruhi keperluan sistem pencahayaan bangunan. Hatta waktu tengahari sekalipun, lampu terpaksa dipasang di koridor. Jika tidak, maka bergelaplah kawasan koridor tersebut. Hasilnya, duit mengalir keluar untuk membayar bil elektrik yang tinggi tanpa apa2 manfaat yang jelas seperti koridor tadi.
Fenomena "lampu lagi 'ramai' dari manusia melanda Library UIAM Kuantan(pada waktu pagi).Tatkala gambar ini diambil, cuba menganggar2 bil yang perlu dibayar semata2 untuk membayar tenaga elektrik yang mengalir sia2 ini. Duit rakyat yang membayar cukai~
Manusia lebih ramai dari lampu?
Pasar malam, shopping complex, pawagam()yang ni mmg takde lampu pasang pun,tetap ramai~) pastinya menjadikan manusia lagi ramai darilampu yang dipasang malah mungkin lebih dari seabtang lampu per manusia.Ajaib bukan? Fenomena ini dapat dilihat dengan lebih jelas sekiranya terdapat pasar malam berhampiran dengan masjid.. Berbondong2 manusia ke pasar malam berbanding ke masjid..
wallahua`lam~
Pintu ArRayyan Khusus Untuk Orang-Orang yang Berpuasa
Sahl Radhiallahu`anhu mengatakan bahwa Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya di dalam surga terdapat (lapan pintu. Di sana ada pintu yang disebut Rayyan, yang besok pada hari kiamat akan dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa. Tidak seorang selain mereka yang masuk lewat pintu itu. Dikatakan, 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?' Lalu mereka berdiri, tidak ada seorang pun selain mereka yang masuk darinya. Apabila mereka telah masuk, maka pintu itu ditutup. Sehingga, tidak ada seorang pun yang masuk darinya." (Shahih Bukhary)