Monday, June 30, 2008

Tawassul dan Al Wasilah


Makna Al Wasilah ialah perantaraan untuk mendekatkan sesuatu kepada sesuatu yang lain.Terdapat di dalam kitab 'Lisan Arab', Al Wasilah bermakna satu kedudukan di sisi raja.Al Wasilah juga merupakan perantaraan untuk hampir seperti ;mengambil perantaraan si Fulan apabila ia beramal dengan amalan yang boleh merapatkan dirinya dengan Allah.

Firman Allah subhanahu wa ta`ala di dalam surah Al Maidah ayat 35,

"Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya."

Di dalam Tafsir At Tabari, (wabtaghu ilaihi wasilah),berkata Ibnu Jarir : 'Mintalah supaya dapat menghampiri Allah dengan amal-amal yang diredhaiNya.'

Tawassul dibolehkan dalam 3 perkara iaitu;

1. Tawassul dengan nama-nama Allah (Asma` ul A`zham)

2.Tawassul dengan amalan soleh.

3.Tawassul dengan orang `alim yang masih hidup.

Tawassul dengan orang `alim yang masih hidup

Usair bin Jabir berkata : Biasanya `Umar al Khattab apabila datang
pasukan (pejuang) bantuan daripada Yaman ,dia akan bertanya kepada
mereka sama ada di kalangan mereka ada yang seorang yang bernama Uwais
bin `Amar.Sehingga ke suatu ketika beliau bertemu dengan Uwais bin
`Amar.Lalu beliau bertanya : "Andakah Uwais bin `Amar?" Orang itu
menjawab: " Ya." `Umar bertanya lagi :"Daripada Murod,kemudian
daripada Qarn?" "Ya" jawab orang tersebut.`Umar bertanya lagi :
"Apakah anda memiliki belang (di badan) lalu kamu sembuh kecuali satu
bahagian sebesar duit sedirham?" Orang itu menjawab : "Ya" `Umar
bertanya lagi : "Adakah anda memiliki ibu?" Orang itu menjawab : "Ya"


Lantas `Umar berkata , aku mendengar Rasulullah Sollallahu
`alaihiwassalam bersabda :

"Akan datang kepada kalian Uwais bin `Amar bersama pasukan bantuan
daripada Yaman.(Dia) daripada Murod, kemudian daripada Qarn.Dia
dahulunya memiliki penyakit belang lalu telah sembuh daripadanya
kecuali satu bahagian sebesar satu dirham.Dia memiliki seorang ibu
yang dia selalu berbakti kepadanya. Seandainya dia bersumpah dengan
nama ALLAH,nescaya ALLAH akan mengabulkan sumpahnya itu.Jika kamu
mampu memintanya memohon ampun untuk kamu,maka lakukanlah."

Berkata `Umar : " Mintakanlah ampun untuk aku." Maka Uwais meminta
ampun untuk `Umar.
(Hadis Shahih Muslim-Hadis no 2542)


Dikalangan masyarakat kita mungkin menggunakan ayat-ayat seperti ;" Ustaz,tolong doakan anak saya nak periksa." atau "Tok guru, tolong buat solat hajat untuk mak saya yang tengah sakit supaya sembuh." Bentuk tawassul seperti ini dibolehkan kerana yakin dengan ilmu atau berkat orang `alim yang mendoakan orang tersebut.Perlu diyakini bahawa ALLAH adalah tempat yang sepatutnya kita meminta,tetapi orang `alim itu hanyalah sebagai cara atau perantara disebabkan hampirnya dia kepada Allah.

Adapun bertawassul dengan orang `alim yang telah meninggal dunia
adalah merupakan perkara khurafat yang patut dijauhi sepertimana
dakwaan sebahagian orang `Aku memohon dari kamu dengan kemegahan Nabi'
atau 'Demi Haq nabi aku memohon dari kamu.' atau "dengan kemeghan si
fulan wali Allah aku meminta supaya dikabul permintaanku.'Kesemuanya
itu dinamakan Tawassul Bid`ie kerana tiada diriwayat dari Sahabat
mahupun dari sesiapa di dalam kurun sejahtera(kurun Rasulullah) yang
melakukan tawassul cara ini.

Tawassul dengan amalan soleh

Dari Ibrahim bin Mundzir,ia berkata : "Abu Dhamrah berkata : Kami diberitahu oleh Musa bin `Uqbah dari Nafi` dari Abdullah bin Umar radhiallahu`anhuma dari Nabi sollallahu`alaihi wassalam,sabdanya :

"Pada suatu ketika ada tiga orang yang sedang berjalan, tiba-tiba mereka kehujanan di tengah jalan itu,kemudian mereka berteduh dan berdiam di suatu gua pada suatu gunung,lalu runtuhlah sebuah batu besar dari atas gunung tepat pada mulut gua yang mereka berteduh dan menutupi jalan keluar mereka.

Seorang daripada mereka berkata kepada yang lain : "Cubalah kamu semua memerhati dan mengingati beberapa amal perbuatan yang baik dan yang pernah kamu semua kerjakan semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.Mungkin dengan perantaraan amal perbuatan soleh itu,maka berdoalah kamu semua kepada Allah barangkali DIA akan melapangkan (yakni membukakan pintu gua yang tertutup) bau besar itu dari kamu semua."

Salah seorang dari tiga orang itu berkata : "Ya Allah ,sebenarnya pernah terjadi kepada diriku ,yakni mengenai kedua orang tuaku yang sudah tua,sedangkan aku sendiri juga mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil yang kuberikan perlindungan kepada mereka itu.Apabila selesai dari pekerjaanku ,segeralah aku melakukan sesuatu untuk kepentingan mereka,iaitu memerah susu kambing.Kemudian,yang mula-mula aku dahulukan ialah memberikan minuman itu kepada kedua orang tua ku dan hal ini sentiasa kulakukan sebelum memberikan minuman kepada anak-anak ku sendiri.
Pada suatu hari aku terlambat balik ke rumah sehingga tiba waktu malam ,terus aku menuju ketempat kedua orang tua ku,namun keduanya telah tidur.Seterusnya aku pun memerah susu sebagaimana yang biasa kulakukan,lalu aku pun berdiri dekat dengan mereka (dengan tujuan kalau mereka bangun segeralah aku berikan minuman kepada mereka).Aku enggan untuk membangunkan mereka dan juga enggan memberikan minuman itu kepada anak-anakku,padahal di saat itu mereka terjerit-jerit(sebab kelaparan).Anak-anak mendekatiku kedua kakiku(dengan tujuan mereka segera diberi minuman itu).Keadaan sedemikian berlaku terus sehingga fajar menyingsing.Oleh sebab itu ( Ya Allah),apabila engka mengetahui bahawa sesungguhnya aku melakukan itu betul-betul kerana mengharapkan keredhaanMu,maka bukakanlah kesulitan yang menimpa kami ini agar dapat melihat langit(maksudnya matahari)".Kemudian Allah melapangkan mereka dengan menggeser letak batu besar sedikit demi sedikit ,namun orang-orang yang ada di dalamnya belum dapat keluar sama sekali dan hanya cahaya dari langitlah yang dapat mereka lihat.

Orang yang kedua pula berkata : Ya Allah , sebenarnya aku ini mempunyai seorang sepupu perempuan.Aku mencintainya sebagaimana halnya orang-orang lelaki yang mencintai orang-orang perempuan yang sedemikian sangatnya.Aku pernah meminta kepadanya (agar tidur bersama),tetapi ia menolak kehendakku.(Hal ini terus terjadi sehingga suatu saat sepupu perempuanku memerlukan duit),lalu aku memberikan kepadanya sebanyak seratus dinar,kemudian aku pun berkeinginan sekali menggaulinya.(Agaknya ia bersetuju mengikut kemahuanku disebabakan perlunya kepada duit).Ketika aku sudah berada di antara kedua kakinya,tiba-tiba ia berkata : "Hai hamba Allah ,takutlah kepada Allah (ittaqillah!!!) janganlah kamu membuka (yakni melepaskan cincin ),melainkan dengan cara yang benar(maksudnya jangan menyetubuhi perempuan yang bukan miliku yang kamu kahwini dengan sah dan benar)." Mendengarkan ucapannya itu aku pun berdiri kembali dan meninggalkannya (sedang duit seratus dinar itu kuberikan kepadanya dengan ikhlas hati)."
Oleh sebab itu (Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa hal itu kulakukan semata-mata kerana mengharapkan keredhaanMu,maka lapangkanlah kesukaran yang menimpa kami ini dan dengan kelapangan itu kami dapat keluar dari gua ini." Allah melapangkan mereka dan menggeserkan batu besar itu dari tempatnya lebih banyak lagi ,namun mereka masih belum dapat keluar lagi.

Selanjutnya orang yang ketiga berkata : "Ya Allah , sesungguhnya aku pernah mengupah seorang buruh upahan dengan imbalan satu faraq(kira-kira sebanyak tiga gantang atau 16 kati).Setelah ia menyelesaikan pekerjaannya,iapun meminta hak yakni upahnya dan berkata : "Berikanlah hakku!!" .Aku pun segera menunjukkan kepadanya apa yang menjadi haknya itu(sudah dipersetujui bersama-sama) , tetapi ia tidak mahu menerimanya dan pergi.

Wang upah orang itu sentiasa kupergunakan untuk menanam tanaman dan membeli binatang ternakan,sehingga aku dapat mengumpulkan pelbagai binatan ternakan seperti lembu serta orang yang menggembalakannya.Pada suatu hari dia pun datang kepadaku dan berkata : "Hai saudaraku,takutlah kepada Allah (ittaqillah!!) ". Aku faham apa yang dimaksudkannya itu ,iaitu hendak mengambil upahnya yang dahulu ditinggalkan.Oleh sebab itu aku pun berkata : "Pergilah ke tempat lembu dan penggembalanya itu.Ambillah semua!". Orang itu kemudian berkata lagi : "Hai saudaraku ,takutlah dengan Allah (ittaqillah!!) dan janganlah bersenda gurau denganku".Aku menjawab : "Aku tidak bergurau ata meremehkan dirimu.Ambillah semua itu". Orang tersebut lalu mengambil seluruhnya (yakni semua ternakan dan penggembalanya dan tidak satu pun yang ditinggalkan).Oleh sebab itu Ya Allah,jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini mengerjakan semua ini semata-mata kerana mengharapkan keredhaanmu,maka lapangkanlah aku dan kawan-kawanku dari kesulitan yang sedang kami hadapi ini dengan melepaskan sisa batu yang menghalang kami." Selanjutnya Allah pun melapangkan mereka (dengan meruntuhkan batu besar itu ke bawah ,lalu ketiga orang itu dapat keluar dari gua itu dengan perasaan gembira.

Hadis Shahih Bukhari .hadis no -2238

Tawassul dengan nama-nama Allah

Asma ul Husna

Wallahu a`lam.........

No comments:

Post a Comment