Monday, September 12, 2011

Berlalu 21 hari, Ramadhan meninggalkan umat Muhammad. 21 hari juga lah kita berada dalam bulan Syawal. Para salafussoleh menyambut Hari Raya dengan ucapan "Taqabbalallahu minna wa minkum~ " ~Semoga Allah terima amalan kami dan kamu~ Takut amalan tak diterima ,dengan kekurangan ibadah, riak, malas dan sebagainya. Hebatnya golongan ini sehinggakan 6bulan selepas dan sebelum Ramadhan masih lagi berdoa agar amalan di bulan Ramadhan diterima Allah.... Kita bagaimana?











Pengalaman menjadi Imam terawih selama sebulan Ramadhan memang mendebarkan..Ini pengalaman yang sangat berharga bagiku. Wasilah untuk mengulang Al Quran, doa dan harapanku.Kalau kena pada muka surat yang agak susah untuk ingat, maka lama la nak menghadam bagi lancar..Itu baru setakat untuk lancar, belum lagi preparation untuk nak berhadapan dengan makmum pada malam hari..Kadangkala dah lancar pun atau pun muka surat yang agak mudah bagiku, bila tiba waktunya, lain pula yang berlaku... Dari segi waktu berbuka puasa, amat sedikitlah makananku..(tapi tak boleh compare dgn org yang makan bubur sahaja time iftor semata2 tak nak ada masalah sewaktu jadi imam nanti..kagum~ Subhanallah)..Memang berat nak jaga hafalan terutama dalam solat.Da merasai sendiri baru tahu ,itulah yang asbabnya.






Ayat motivasi yang selalu diberikan : " Al Qur`an: Turun dari Tuhan Sekalian Alam.."





Kami berdua bergilir-gilir setiap malam..Seorang bawa 10 rakaat(20rakaat+witir 3). Satu muka surat bersamaan dengan 2rakat, maka sorang kene lancar 5muka surat setiap mlm.Dengan lain maksud, setiap malam habis setengah juzuk.Sebulan Ramadhan lengkap 13 juzuk,Alhamdulillah~











Kalau time bacaan ku salah atau tergantung dengan pantas telinga ini menjadi sangat aktif untuk meminta bantuan diperbetulkan bacaan. Lain pula yang berlaku kalau aku jadi makmum..PASIF~ (sungguh aku xmasyi)..pertolonganku hanya sedikit sekali..











Doaku bahawa ini adalah PROSES..Terawih sebagai WASILAH..ameen~













Habis dengan terawih, datang pula surat temuduga untuk syafawi Al Qur`an negeri Melaka. Hati rasa sangat berat (aku xmasyi)..kali ini main 'tebuk2'..xsama seperti terawih yang kita boleh prepare.. siap ada panel penemuduga lagi tu..Ada yang kukenal dan ada yang SANGAT aku kenal..=) niat di hati mahu jer postpone buat kali ketiga selepas 2kali minta dipostpone sbb dalam fatrah peperiksaan. Akhirnya pergi je la..tangguh2 pun nanti dipanggil balik jugak. Pujuk hati : ini adalah PROSES, temuduga ini sebagai Wasilah!





Alhamdulillah selesai n lulus..

::Diri ini dicabar supaya tahun depan Ramadhan, aku amik 10 rakaat yang akhir(5page yang terakhir)::




.......................................................



Tahun ni tak cukup korum.. sorang di Madinah, sorang lagi beraya rumah mertua...harapan nya tahun depan semua ada dan cukup korum.. Kalau ter'lebih' lagi bagus..=) dapat akak ipar baru ka, atau 'adik ipar' baru ka..tak pun dapat anak buah baru..haha...ayat nakal~ wassalam~

2 comments: