Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan VS Al Qur`an

Ramadhan Mubarak! Ramadhan yang penuh keberkatan bakal muncul dalam beberapa hari lagi. Bulan yang diwajibkan berpuasa padanya 30 hari sepertimana yang telah diperintahkan ke atas umat2 yang terdahulu.
Hanya bulan Islam Ramadhan sahaja yang disebut dalam Al Quran.Adapun bulan2 lain langsung tidak disebut.Pemberitahuan tentang turunnya Al Quran adalah pada bulan RAMADHAN. Maka, Al Quran dan Ramadhan memang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah, 185:





‎"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”


Dijadikan setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Apa yang berlaku di akhir tahun pengajianku ini memang sesuatu pedih dan di luar jangkaan. Kita hanya merancang dan Allah jua lah sebaik2 perancang. Hikmah-hikmah yang tersembunyi bakal muncul, InsyaAllah~

Tahun ini ditaklifkan menjadi imam terawih memandangkan bulan puasa ini cuti dari apa2 kelas/ pengajian. Sebelum2 ini, keberadaan yang jauh di Kuantan nun di pantai Timur dan jadual kelas yang penuh dalam bulan Ramadhan membuatkan aku menolak tawaran tersebut. Kalau ada pun sehari je sebelum berakhirnya Ramadhan.Biarlah dengan dengan cara ini menjadi wasilah aku mengulang Al Qur`an.



Sememangnya tahun ini memang kuat cabaran bagiku. Berpasangan dengan orang yang da 27tahun menjadi imam terawih di negeri Melaka ini nak bandingkan diriku yang setahun jagung.Ya, pasti aku gelabah atau gugup.. Sedangkan beliau sendiri pernah bercerita, waktu yang paling mencabar ketika menjadi imam adalah sewaktu gurunya menjadi makmum di belakangnya.Serba tak kena jadinya~ Anggapla ini sebagai permulaan untukku..ameen insyaAllah~

Pemilihan tahun ini berdasarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi setiap Parlimen dalam negeri Melaka.


Darul Quran

Ditakdirkan Allah Sabtu yang lepas menemani ummi ke walimah kawannya di Rawang. Niat di hati, alangkah baiknya kalau dapat ziarah ke Darul Qur`an selepas itu. beza dalam 30 kilometer sahaja lagi. Alhamdulillah niat itu tercapai. Sememangnya aku memang rindu akan Darul Quran ini.Tempat mula2 aku menghafal Al Quran. Difahamkan DQ baru sahaja selesai ber-Konvokesyen dan pelajar Diploma sedang bercuti. Kebiasaan kalau pelajar Diploma sedang bercuti, pelajar persijilan masih ada. Tapi hari itu, masjid kekosongan.Pelik~ Masjid ini sentiasa ada orang masa zaman ku dulu. Kalau tak ramai pun, pasti ada seorang dua yang sibuk mengulang atau mencari modal hafalan. Ternyata hari itu lain dari yang lain.

Selesai solat jama`-qasar, memoriku datang kembali. Ini merupakan kali kedua aku hadir ke Darul Qur`an selepas konvokesyenku. Kali pertama disini.. Kenangan2 itu datang kembali macam semalam je berlaku..Yang pasti bila kembali ke sini, pasti aku tersenyum sorang2 mengimbau kenangan 6tahun yang lepas.=)

Wallahua`lam, masjid DQ/Huffaz da banyak kesan tahi burung di dinding mahupun di lantai seolah2 tiada yang menjaganya.mungkin tempat tersebut terlalu tinggi untuk dicapai. Abang2 info seni masih ada lagi kah?




Tak sangka aku memakai baju yang sama seperti ziarah/kunjungan kali yang pertama.. ;)








Merenung kembali tempat aku istiqamah mengulang dan mencari modal Adakah istiqamah itu hanya disini?? Darul Quran mungkin tempat yang amat sesuai bagi ku untuk bermuhasabah~

Tolong Doakan diriku ....

Syukran~


1 comment: