Monday, June 21, 2010

Keagungan Bulan Rejab




1. Maksud surah Al-Baqarah ayat 194 :

“(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati; dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.”


2. Bulan Rejab adalah bulan yang dimuliakan kerana termasuk di dalam bulan Asyhurul Hurum iaitu bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram.


3. Maksud surah At-Taubah ayat 36 :

“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya 4 bulan yang dihormati, ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka jangan kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) dan perangilah kaum kafir Musyrik seluruhnya, sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.”


4. Asyhurul Hurum maknanya ialah bulan-bulan yang dimuliakan dan diharamkan padanya berperang melainkan jika orang-orang kafir memulakannya atau berterusan peperangan sehingga masuk bulan-bulan yang dimuliakan itu.


5. Sesiapa yang berbuat dosa dan penzaliman di dalamnya lebih besar azabnya daripada bulan-bulan yang lain.


6. Ibnu Abbas r.a. berkata :

“Allah s.w.t. telah menentukan bulan yang empat ini bulan yang mulia, oleh itu bersangatan padanya bebuat dosa dan gandakan padanya pahala.”


7. Bulan Rejab disebutkan juga bulan Al-Asommu, iaitu bulan bisu atau bulan senyap kerana tidak diisytiharkan padanya peperangan dan tidak didengari padanya suara senjata.


8. Rejab maknanya ialah dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan sepatutnya kita semua memuliakannya.


9. Marilah kita sama-sama menjauhkan diri dari berbuat maksiat dan memperbanyakkan ibadat kepada Allah s.w.t. dengan niat yang ikhlas dan mengikut sunnah Nabi s.a.w.


10. Kita hendaklah melatih diri dari sekarang untuk melakukan amal ibadat sehingga datangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak.


11. Ulama’ Salaf juga berkata; bulan Rejab adalah bulan menanam benih, bulan Sya’ban adalah bulan menyiram dan bulan Ramadhan adalah bulan menuai.


12. Kita digalakkan berpuasa sunat terutama pada hari Isnin dan Khamis.


13. Tidak ada hadis yang sahih tentang puasa khas pada bulan Rejab daripada Nabi s.a.w.


14. Kita semua digalakkan Qiamullai iaitu berjaga malam untuk menunaikan sembahyang sunat.


15. Amalan-amalan yang tidak ada dalilnya daripada Nabi s.a.w. :

i) Sembahyang sunat Ar-Raghaaib iaitu sembahyang 12 rakaat yang dikerjakan pada malam awal Jumaat bulan Rejab.

ii) Sembahyang nisfu Rejab (sembahyang sunat pertengahan bulan Rejab).

iii) Sembahyang sunat Mikraj yang dikerjakan pada malam 27 Rejab.

iv) Al-‘Atiirah iaitu sembelihan binatang ternakan (seperti korban) di bulan Rejab telah dimansuhkan oleh Rasulullah s.a.w.


16. Kita semua digalakkan berzikir terutama dengan zikir yang datangnya dari Nabi s.a.w.


17. Zikir pagi, zikir petang dan Zikir yang tidak dikaitkan dengan masa (membaca Al-Quran, berselawat, membuat amal-amal soleh).


18. Maksud surah An-Nahl ayat 97 :

“Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”

1 comment:

  1. Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete