Thursday, July 23, 2009

Danger!!





Buat mereka yang tengah 'naik syeikh' atau 'masyuk' menyumbat telinga dengan cutton bud atau putik kapas.....


ANDA JUGA BOLEH MELAKUKANNYA!!









Gegendang telinga anda berpotensi tinggi untuk cedera jika anda sentiasa menggunakan putik kapas atau yang seangkatan dengannya, kononnya untuk membersihkan telinga anda.
Mungkin istilah 'tahi telinga' itu sendiri menggambarkan seolah2 ianya adalah najis..-taik- yang perlu dibersihkan sentiasa, sama seperti najis lain. Jika ini pendapat anda, maka anda SALAH!!

Tahi telinga atau nama saintifiknya 'wax cerumen' adalah sejenis cecair seakan lilin yang dihasilkan oleh kelenjar didalam salur telinga..Hanya dengan perkataan tahi sahaja, anggapan orang ramai telah terpesong sedangkan wax ini mempunyai hikmah semulajadi ..


>Memerangkap habuk, butiran pasir halus,mikroorganisma.

>baunya menghalang serangga dari mendekati apatahlagi memasukinya

> Fungsi sebagai antibiotik dan anti fungi.

>melembabkan epithellium dalam salaur telinga.

>Kalis air.

>membersihkan telinga..mempunyai mekasnisme pembersihan tersendiri..


Nah, begitu banyak fungsi yang dimainkan oleh yang dinamakan ¬tahi¬ ini . Penggunaan putik kapas menyebabkan kotoran yang hendak dibawa keluar melalui mekanisme tersendiri, tertolak semula ke dalam, merosakkan kelenjar penghasilan wax,berlaku jangkitan didalam telinga dan sebagainya..

Inilah sebabnya para doktor , specialist ENT, Audiologist, melarang penggunaan putik kapas. Jika berlaku rasa kurang selesa atau sakit, berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan yang betul.



وهو ا لذي أنشأ لكم ألسمع وألأبصار وألأفئدة لعلكم تشكرون

4 comments:

  1. jadi macam mana nak bersihkan telinga dgn cara yg paling selamat?

    ReplyDelete
  2. 1.Jangan gunakan putik kapas,(kalo nak guna gak, hanya di kawasan luar lubang telinga dan kawasan pinna (tulang rawan telinga) sahaja.)

    2. dapatkan penjelasan dari Farmasi untuk ubat titik yang seswai yang mampu mencairkan ketulan wax yang sudak keras agar cair dan keluar secara lelehan. kadang2 ketulan wax yang da lama 'tersimpan' yang menyebabkan gatal atau kurang selesa.

    3.ingat, telinga kita mempunyai 'self cleaning mechanism' yang mampu menolak kotoran kluar..tapi amik masa..

    ReplyDelete
  3. Bagus2! Bagaimana pula dgn penggunaan headphone, earphone dll? Akan ada kebarangkalian utk hidap mslh pndengaran x? Wpun gna volume rendah?

    ReplyDelete
  4. hmm.. kalo leh cuba minimumkan penggunaan earphone even dengan volume y rendah.kebiasaannya, kalo cermat menggunakan headfon seperti gunakan volume y rendah,jrg akan berlaku masalah pendengaran..B-)

    ReplyDelete