Thursday, July 2, 2009

Atadaruuna manil MUFLIS!!




Tahukah siapa Orang Muflis?!!



Sabda Rasulullahi Sollallahu `alaihi wasallam kepada Sahabat radhiallahu`anhum..

Atadaruuna manil muflis??
~siapakah orang yang muflis?~



Sahabat radhiallahu`anhum menjawab..

~orang yang tidak mempunyai dinar dan dirham~



Sabda Rasulullahi sollallahu`alaihi wasallam..

~orang yang muflis ialah orang yang datang dengan pahala yang banyak pada hari kiamat nanti ; pahala puasanya, pahala zakatnya, pahala hajinya, pahala umrahnya,pahala sadaqahnya dan bermacam2 lagi pahala kebaikan yang dilakukannya, tetapi orang ini telah menzalimi orang lain, mengumpat orang lain dan kejahatan lain yang dilakukannya, maka orang yang dizalimi atau yang dilakukan kejahatan terhadapnya meminta hak mereka.Lalu pahala orang tadi diberikan kepada orang yang menuntut atas perbuatan jahatnya sehingga habis semua pahala orang tadi sedangkan masih ada lagi orang meminta haknya.Lalu, dosa orang yang meminta haknya itu dicampakkan kepada orang yang menzaliminya dan orang itu pun dicampakkan ke dalam api neraka..!

Aw kama Qol.... Shahih Bukhari, Bab menzalimi orang lain.

sedih


Catatan :

Fulus atau Falsan dalam bahasa Arab bermaksud duit.tapi duit yang dimaksudkan adalah duit syiling (tembaga).Dalam bahasa Melayu, istilah `sen` yang kita gunakan adalah berasal daripada kalimah Falsan ---> san ---> sen iaitu nilai yang paling rendah. (20 sen!! peace)

Adapun istilah muflis itu merujuk kepada si pelaku ( fa`il )yang menunjukkan si pelaku hanya mempunyai duit syiling (sen) sahaja; tiada dinar (emas) mahupun dinar (perak)!!


p/s: Muflis akhirat ??

3 comments: