Wednesday, April 29, 2009

Derma Darah


Alhamdulillah, buat kali keenam aku berjaya menderma darah! Syukur atas nikmat kesihatan yang Allah berikan.

blood type: A+
amount : 450ml
berat : 81kg
kandungan haemoglobin : 14.5

Sewaktu di Darul Qur`an dahulu, aku merupakan insan yang akan gagal ujian kadar haemoglobin.Hospital Besar Melaka satu2nya tempat yang boleh menjadi saksi tahap kadar haemoglobinku y rendah sewaktu bersemangat untuk menderma darah.Seingatku, ada 4 kali percubaanku digagalkan oleh checkpoint yang menilai tahap haemoglobin dan jenis darah penderma.Dua cara yang digunakan staff bertugas samada menggunakan mesin (depa pn takut ralat mesin) atau menggunakan cecair tertentu.(titiskan setitis darah ke dalam larutan dan perhatikan samada darah tenggelam atau terapung.) Most percubaanku akan menunjukkan range 9Hg-11.5Hg (Normal range: >12.5Hg) atau darah terapung dalam larutan.(kalau haemoglobin normal, darah akan tenggelam ke dasar.)

Pernah juga aku terfikir, mungkin standard Hospital Besar Melaka lebih tinggi dari hospital2 lain, lalu aku mencuba untuk menderma darah di Hopital Daerah Kuala Kubu Bharu.hmm.. hasilnya tetap sama! Anaemia...!

kurus dan Cekung

Takkan nak salahkan Pak Mat , tokey kantin kami yang terkenal dengan telur plastiknya tu. hehe. sengihnampakgigi Apa-apa pun bersyukur, sudah tidak ada lagi masalah kurang darah merah- anaemia.
Owh ya, kekurangan darah merah bagi ibu mengandung amat merbahaya kerana dikhuatiri , bayi dalam kandungan terdedah kepada penyakit kuning yang boleh membawa kepada masalah pendengaran. wallahua`lam.


No comments:

Post a Comment