Friday, November 26, 2010

Sebagai pelajar tahun akhir Jabatan Audiology dan Sains Pertuturan, kami dikehendaki untuk membuat satu kajian dari mana2 bidang Audiology yang berkaitan sebagai memenuhi syarat untuk 'Degree of Bachelor of Audiology (Hons)'. Maka bermula la sesi mencari tajuk yang berkenan di hati bermula 3rd year 2nd sem yang lepas.Selama 3 bulan diberikan masa untuk mencari isi2 tajuk yang telah dipersetujui antara pelajar dan supervisor.

Maka tajuk yang dipilih adalah "Third Party Disability among Spouse of Hearing Impaired People " maksudnya Parti yang Ke-3 dikalangan orang masalah pendengaran..hoho.. saja je wat salah. Sebenarnya : Kesan Masalah pendengaran individu kepada pasanganya. Dalam kajian ini, subjek kajian adalah pasangan mereka yang mempunyai masalah pendengaran samada suami ataupun isteri. Komunikasi, hubungan rumahtangga, kehidupan bersosial, akan dikaji sepenuhnya. Dengan adanya kajian ini, diharap para Medical Practioner tidak mengabaikan mereka yang hidup bersama dengan pesakit semata2. Kesan masalah pesakit juga dapat dilihat pada pasangan mereka gara2 masalah pendengaran yang dihadapi.

Semoga kajian ini bermanfaat dan meluaslebarkan skop rehabilitasi samada kepada pesakit mahupun kepada pasangan atau ahli keluarga. InsyaAllah.

P/s: Selama 4 tahun ini saya hidup berseorangan jantina dalam kelas. 10 perempuan dan 1 lelaki. Maka, siapa yang mahu mengkaji disability mereka hidup berseorangan ini.huhu..











.

No comments:

Post a Comment