Sunday, February 7, 2010

3 perkara tak dapat dipisahkan..

Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu `anhu,seorang sahabat Rasulullah Sollallahu `alaihi wassalam di dalam tafsirnya, dalam Al Qur`an terdapat 3 perkara gabungan yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.Jika perkara itu dipisahkan atau tidak lengkap salah satu daripadanya maka amalan itu belum sempurna iaitu :


1.Sembah Allah DAN berbakti kepada kedua ibu bapa.

2.Orang yang beriman DAN yang beramal soleh.

3.Dirikan solat DAN tunaikan zakat.




1.rujuk (An Nisa`4:36) , (Al An`am 6:151) , (Al Isra` 17:23) -







2.byk sgt.. antaranya Al `Asr : 3 -




3. rujuk Al Baqarah 2: 43 -





Huraian :


1. Jika hanya sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa tetapi ingkar terhadap suruhan Allah maka ianya adalah sia-sia..
Begitu juga sebaliknya,hanya ta`at kepada perintah Allah tetapi menderhakai kedua ibu bapa pun tidak berguna seperti yang berlaku kepada Juraij



2.Orang beriman wajib untuk beramal soleh.Hanya sekadar beriman tetapi melakukan maksiat tidak berguna sedikit pun sedangkan iman itu kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurang ("yazid wa yankus").Kenaikan atau pengurangan iman itu bergantung kepada amal soleh yang dilakukan.Begitu juga sebaliknya, sentiasa beramal soleh tetapi tidak beriman kepada Allah juga adalah sia-sia.Amalan yang dilakukan golongan seperti orang kafir yang kaya yang banyak membuat kebaikan diibaratkan Allah seperti debu-debu yang berterbangan.(Ibrahim : 18 )Amat malang!! Maka bersyukurlah kita atas ni`mat iman yang diberi ini (Alhamdulillah...) dan berusaha untuk mencukupkan syarat kedua tersebut dengan sentiasa memperbanyakkan amal soleh.



3.huraian sama seperti di atas..(fikirkan dan cari contoh dari Al qur`an serta dari sirah.. hint membantu: cerita Tsa`labah)



Kesimpulannya : Perkara-perkara di atas memang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain (ayat penyambung yang digunakan juga adalah "DAN"-yang membawa maksud kedua-dua nya mesti berlaku)



***Ibnu Abbas radiallahu `anhu atau nama sebenarnya Abdullah bin Abbas bin Abdul Muthalib merupakan sepupu Rasulullah Sollallahu `alaihi wassalam (Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib). Beliau merupakan Sahabat Rasulullah yang sangat masyhur.Rasulullah Sollallahu `alaihi wassalam pernah mendoakan Ibnu Abbas seperti berikut :

"Allahuma Fakkihu Fid Deen Wa `Allimhut Ta`weel"

-Ya Allah, fahamkan dia agama dan ajarkan dia tafsir-



Maka jadilah Ibnu Abbas seorang `alim yang mahir dalam bidang tafsir Al Qur`an.Tidak ada satu ayat pun di dalam Al Qur`an melainkan padanya ada Tafsir Ibnu Abbas radiallahu `anhu .wallahu a`lam***





No comments:

Post a Comment