Wednesday, June 10, 2009

Bulan Hijrah



PMBK bayar gaji ikut bulan Hijrah
Lanjusoh Mon Jun 08, 09 3:59:21 pm MYT


KOTA BHARU, 8 Jun (Hrkh) - Semua pekerja sama ada di sektor swasta atau awam mengharap mendapat bonus tahunan. Tuntutan itu tetap disuarakan saban tahun tanpa mengira ekonomi gawat atau tidak.

Namun dalam kalendar Islam, setiap tiga tahun sekali pekerja mendapat gaji tambahan sebulan kerana jumlah hari lebih pendek berbanding tahun Masihi.
Mereka tidak perlu berdemontrasi atau piket bagi menuntut gaji lebih. Inilah kelebihan apabila pembayaran gaji dibuat mengikut kalendar Islam (hijrah).
Menyedari keistimewaan tersebut Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan melaksanakan pembayaran gaji kepada 780 kakitangannya menggunakan kalendar hijrah mulai bulan depan.


Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata, PMBK akan membayar gaji kepada kakitangan pada setiap 25 hari bulan hijrah.
"Program ini akan bermula pada 25 Rejab 1430 Hijrah bersamaan 18 Julai depan," katanya di sini.

Beberapa tahun lalu Menteri Besar, Tuan Guru Dato? Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan gaji kakitangan kerajaan negeri dibayar mengikut kalendar Islam.
Bagaimanapun setelah kajian dibuat cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana bertentangan dengan peraturan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Ariffahmi berkata, pembayaran gaji mengikut kalendar Islam memberi kelebihan kepada kakitangan kerana tempohnya lebih pendek.


"Jumlah hari dalam setahun kalendar Hijrah berkurangan sebanyak 11 hari. Ini bermakna secara purata tambahan satu bulan gaji akan diperolehi setiap tiga tahun bekerja dengan penggunaan kalendar Hijrah,? katanya. - mj _

Sumber : http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021221&Itemid=96



Bulan-bulan Islam :
Muharram
Safar
Rabi`ul Awal
Rabi`ul Akhir
Jamadil Awal
Jamadil Akhir
Rejab
Sya`ban
Ramadhan
Syawal
ZulQa`edah
Zulhijjah

Setiap bulan Hijrah mengandungi 29 atau 30 hari berbeza dengan kalendar Masihi, 28,30 atau 31 hari.

p/s; sekarang berapa haribulan hijriah ye??


No comments:

Post a Comment