Monday, March 30, 2009

Al Qur`an sumber aspirasi dan motivasi


Selalu juga aku mendengar orang berkata, "Kadang-kadang kalau kita baca Al Qur`an , ayat yang kita baca tu seolah2 ingin mengingatkan kita akan kealpaan dan kecuaian kita.Itu pun kalau si pembaca cuba mentadabbur ayat tersebut.Bukan hanya laju meniti di bibir sahaja."

Bila kita rasa kita berseorangan atau rasa diri ini banyak masalah, cubalah untuk mencari jawapannya dalam Al Qur`an.Motivasi dan tarbiyyah dari Allah melalui Al Qur`an sebenarnya cukup sebagai panduan seorang muslim dan mu`min. Diri yang bermasalah pasti ada kaitan dengan penciptanya dan sepatutnya kepada Rabb jugalah kita mengadu sebarang masalah.

p/s: ambil Al Qur`an sekarang, buka mana2 helaian. baca dan tadabbur ayat tersebut. Perhatikan ayat tersebut samada bernada ingatan! , motivasi~, dsb. wallahu`alam..

No comments:

Post a Comment