Showing posts with label Tazkirah~. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah~. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

PALESTIN berdamai

Baru je post entri tentang 'Persaudaraan', hari ini Hamas dan Fatah bersatu.. Allahuakbar!!

PALESTIN berdamai

KAHERAH 4 Mei - Semua puak Palestin menandatangani perjanjian damai di sini, semalam bagi menamatkan perbalahan antara mereka di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Mereka juga bersetuju mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun, dalam perjanjian yang didakwa oleh Israel sebagai tamparan kepada keamanan.

Wakil daripada 13 kumpulan, termasuk Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta pergerakan Hamas, di samping tokoh politik bebas, menandatangani perjanjian itu selepas rundingan dengan para pegawai Mesir.

"Kesemua puak Palestin menandatangani dokumen itu pada mesyuarat dengan pegawai perisikan Mesir," kata anggota politburo Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Bilal Qassem.

Katanya, semua puak diberi peluang untuk membincangkan dokumen tersebut dan menyuarakan sebarang kesangsian.

Perjanjian itu mendapat reaksi segera daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecamnya sebagai 'tamparan hebat kepada proses damai'.

Namun, ketua delegasi Fatah, Azzam al-Ahmed berkata, gesaan Netanyahu kepada Abbas supaya membatalkan perjanjian itu adalah campur tangan yang tidak wajar.

Kata Ahmed, puak-puak terlibat akan berunding mengenai pembentukan sebuah kerajaan baru berikutan majlis rasmi di sini hari ini yang akan dihadiri oleh Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi dan ketua Liga Arab, Amr Mussa.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, Israel tidak mahu melihat rakyat Palestin bersatu kerana rejim Zionis itu mendapat faedah daripada perpecahan mereka. - AFP





Sunday, January 16, 2011

Apa ada pada NAMA??















Hadis


Ibnu Umar RadhiaLLAhu `anh meriwayatkan , Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam bersabda:



" Sesungguhnya sebaik-baik nama kamu yang disukai oleh ALLAH ialah
Abdullah dan Abdur Rahman"


(Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya: 2132 )



Daripada Abu Wahab al-Juzyami radhiaLLahu `anh berkata, Rasulullah Sollallahu`alaihi wasallam bersabda:



"Namakan anak-anak kamu dengan nama-nama nabi, sebaik-baik nama yang disukai oleh ALLAH ialah ABDULLAH dan ABDUR RAHMAN,
sebenar-benar mereka yang bernama
HARIS dan HAMMAM,
dan seburuk-buruk mereka yang bernama HARB dan MURRAH"

(Hadis riwayat Abu Daud: 4950, disahihkan oleh Albani dalam kitabnya Shohih Abu Daud)

AL QUR`AN
Firman Allah SWT,
"HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)



Kuniyah


Abu Qassim - Gelaran kepada Rasulullah kerana mempunyai anak lelaki bernama Qassim.

AsSiddiq - Gelaran kepada Abu Bakar.



Laqab/ Nama Gelaran


Al Amin (Yang Amanah) - Gelaran kepada Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam semasa peristiwa meletakkan Hajarul Aswad.


Abu Hurairah (Bapa Kucing) - Gelaran yang diberikan kepada Abdul Rahman bin Saqr disebabkan kesukaan beliau bermain dengan kucing.


Saifullah (Pedang Allah) - Gelaran yang diberikan kepada Khalid bin Al Walid atas keberanian dan kecerdikan beliau dalam peperangan.


Asadullah (Singa Allah) - Gelaran yang diberi kepada Hamzah bin Abdul Mutalib


Humaira (Si pipi merah) - Gelaran yang diberikan Aisyah binti Abu Bakr.




Apa ada pada nama?

Sewaktu tadika dahulu, cikgu dan kawan2 tadika selalunya bertanya apa maksud nama Rayyan. Mungkin nama yang diberi agak pelik dan tak ramai yang mempunyai nama tersebut. Alam kanak2 apa lah yang nak diambil berat sangat. Balik ke rumah terus bertanya kepada Abuya dan Ummi akan maksud namaku ini.

"Rayyan bermaksud puas daripada dahaga atau pintu syurga untuk orang berpuasa"




Dikisahkan, sewaktu kecilku aku memang sangat kuat minum air sehinggakan terpaksa dibuatkan satu jubah khas untuk mudahkan proses membuang air.(banyak minum, banyak jugak la yang perlu dibuang) Angkat kain jubah dan buang~[info dari abuya ummi dalam kisah2 anak2 semasa kecil..=) ]


Nah, apa ada pada nama!!



Fokus utama dalam entri kali ini adalah berkenaan dengan nama. Nama seseorang itu mungkin memainkan peranan dalam karisma dan peribadinya kerana panggilan yang diberi menjadi doa kepada orang yang dipanggil. Jika baik panggilan itu, insyaALLAH baik juga la akhlaqnya(doa). Tapi, jika buruk panggilan yang diberikan, ditakuti buruk juga la akhlaq dan perangainya.




Dewasa ini, nama seseorang lebih bersifat populariti terutamanya dikalangan belia dan remaja. Mereka mungkin segan atau malu jika rakan-rakan mereka memanggil mereka dengan nama asal seperti Arif, Yasir atau Salleh. Bahkan mereka mungkin meminta rakan-rakan mereka memanggil mereka dengan nama panggilan yang lebih glamour seperti Roy, Joe, Krul dan lain-lain.




Tak terkecuali orang seperti saya yang mempunyai nama yang kalau disingkatkan menjadi Roy . Kalau dulu semasa menuntut di alam persekolahan, ramai yang akan memanggil saya dengan panggilan `yan` sahaja dan perkataan `roy` jarang sekali kedengaran. Memasuki alam universiti, waqi` je berbeza, apabila seorang sudah lali memanggil dengan panggilan tersebut, maka yang lain pun turut memanggil dengan panggilan yang sama. Seakan menjadi fenomena pula..~




Sungguh, kalau di rumah, nama saya akan dipanggil dengan sebaik2nya oleh orang tua saya. Jika saya berada di tingkat atas sekali pun masih lagi kedengaran sabdu nama saya dengan jelas.


" RAYYAN"

/rai jan/ @ /roi jan/ -->
( ini adalah diphtong seperti dalam kamus bahasa untuk memudahkan menyebut dengan betul. seawal tahun pertama kuliah, telah diajar menggunakan diphtong)





Kembali kepada maksud nama tadi, saya pernah memasang impian dan niat supaya semua sunnah Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam berkaitan dengan puasa pernah saya amalkan. Dari rukun, syarat2, sunnah2, sehingga kepada puasa2 yang pernah diriwayatkan dalam hadis diamalkan sekali seumur hidup sekurang2nya.Dan antara target yang belum pernah tercapai dan selalu berdoa supaya saya pernah melakukan ibadah tersebut adalah ibadah puasa nabi Daud `alaihissalam.


Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari”

(Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).



Memang dapat dirasakan kelainan apabila orang memanggil kita denagan panggilan yang tidak membawa apa2 maksud bahkan mungkin sifat atau perangai orang yang sinonim dengan panggilan tak sempurna itu akan terlekat kepada orang yang dipanggil. DOA barangkali~


Nah, apa ada pada nama!!


Wallahua`lam~


mode: ~PANGGIL LAH AKU DENGAN NAMAKU~

















Tuesday, December 7, 2010

Membekal Generasi Dongak dengan Jiwa Tunduk

Pertama kali membaca tulisan Saifulislam.com tentang tajuk ini adalah ketika saya berada di tahun 1 pengajian di IIUM Kuantan. Walaupun entri beliau lebih kepada cerita dan pengalaman semasa berada di Qatar mengisi jemputan yang telah dirancang, namun jauh di sudut hati saya merasakan tajuk beliau ini mempunyai ruh. " Membekal Generasi Dongak dengan Jiwa Tunduk". Maka seringkali juga saya membaca entri tersebut sehingga ke waktu ini. Sila klik di sini untuk sumber asal.


Pernah juga saya menjadikan tajuk ini sebagai tajuk program 'Monthly Religious Talk' ketika memegang jawatan HeadComm DnT HEALS dulu semata2 mahu penceramah mengupas apa yang tersurat dan tersirat akan tajuk yang diberikan. Ya! Sejujurnya saya mengakui di sebalik beberapa patah perkataan itu mempunyai penangan yang sepatutnya dikongsi akan maksud tersembunyi di kalangan masyarakat yang tenggelam dalam arus pemodenan.


Generasi Dongak menggambarkan generasi yang lahir dalam suasana kehidupan yang moden. Bangunan pencakar langit dimerata2 tempat terutama di kawasan bandar.Tapi bagaimana jiwa mereka? Adakah jiwa mereka seperti Fir aun : ' ana rabbkumul a`la' - Akulah tuhan kamu yang paling tinggi? Seiring dengan bangunan pencakar langit maka jiwa mereka pun menjadi takabbur? Inilah yang terjadi dewasa ini.Makin maju kemodenan itu , maka makin hancurlah generasi yang lahir. Terma yang digunakan pun hanyalah 'membekalkan' bukan lagi 'melahirkan' seolah2 menggambarkan keadaaan realiti semasa yang makin hancur.


Doa nabi Sollallahu`alaihiwasallam :


اللهم اجعلني شكورا

واجعلني صبورا

واجعلني في عيني صغيرا

واجعلني في أعينن الناس كبيرا



Ya Allah jadikanlah aku orang bersyukur

Dan jadikanlah aku orang yang sabar

Dan jadikanlah aku pada pandangan mataku kecil

tetapi pada pandangan mata manusia besar.....

Saturday, May 15, 2010

PERILAKU UMAT AKHIR ZAMAN~











Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana manusia tidak lagi mengambil-kira apa-apa yang mereka perolehi, apakah rezeki itu daripada sumber yang halal ataupun haram.”

(Bukhari & An-Nasa’i)









Saturday, May 8, 2010

Cemburu 2 golongan..

Monolog Si tua apabila melihat Si muda:


"Alangkah bertuahnya engkau wahai anak muda.Umurmu masih panjang.Pasti banyak amal ibadat dan pahala yang mampu kau tuai sehingga tua."



Monolog si muda apabila melihat si tua:


"Umurmu yang makin meningkat seiring banyaknya pahala amal ibadat yang dilakukan.Pasti kau lebih mengetahui banyak perkara berbanding diriku.Alangkah bahagianya dirimu berada dalam golongan Husnul Khatimah tatkala ajal menjemputmu. Aku?? "


Thursday, April 15, 2010

~Barakah~

Firman Allah subhanahu wa ta`ala dalam Surah Al A`raf : 96




وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ

وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ




Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.



Syarat: Beriman dan Bertaqwa

Ganjaran: Keberkatan dari langit dan bumi

Realiti: harga barang naik, masalah sosial dan jenayah meningkat, jati diri hilang.Gejala buang bayi meningkat.
~tak dapat berkat??~





Barakah waktu pagi



Hadis Nabi Sollallahu `alaihi wasallam:


"Allahumma barik ummati fi buquliha..."


“Ya Allah, berikanlah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi mereka.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Tidur lepas subuh?







Perkahwinan

Barakallahu lakuma wa baraka `alaikuma wa jama`a baynakuma fi kheyr

-do`a untuk pengantin pun masih lagi dido`akan keberkatan-








Berkat pada Umur

Umur umat Muhammad Sollallahu `alaihiwasallam ~bayna sitteen wa sab`een~ antara 60 hingga 70 tahun. Ada golongan mempunyai umur yang panjang lebih dari lingkungan tersebut.Ada juga yang kurang dari lingkungan tersebut tapi penuh dengan keberkatan seperti Imam Nawawi

Adapun umur Imam Nawawi memang tidak panjang, tidak lebih dari 45 tahun, meskipun demikian usia yang tidak panjang itu penuh barakah. Umur yang tidak panjang itu, beliau habiskan untuk ibadah, ketaatan, mengajar dan menulis.Beliau mewariskan peninggallan yang berharga dalam beragam ilmu-ilmu agama, yang dapat dibaca oleh para penelaah, dan pembaca. Disaat beliau diberi kekuatan pemahaman dalam memahami nash, ilmu fiqh, ushul fiqh, mustholah, bahasa dan bidang ilmu yang lain. Diantara karangan beliau adalah Minhaj fi syarah shahih Muslim, Taahdzibul asma’ waal lughoh, Minhajuj tholibin, Ad daqoiq, Tashhihul tanbih fi fiqhil asy syafi’iyah, Taqrib wa tahsin fi mushtolah al hadits, Riyadhus shalihin min kalamisayidil mursalin dan tulisan-tulisan lain yang masih banyak.


Biarlah umur yang panjang seiring dengan amal ibadah.Apa gunanya umur yang panjang tapi melakukan ma`siat sepanjang masa.Ataupun umur yang panjang tapi sudah sampai kepada nyanyuk yang menyusahkan orang. Mungkin anak2 pun mula menderhaka.Na`uzubillah.

Maka, sebaiknya dido`akan keberkatan umur.

~Umur yang panjang lagi berkat lebih baik dari umur yang panjang tapi maksiat~


`Umur yang pendek lagi berkat lebih baik dari umur yang panjang tapi jauh dari Rahmat Allah~





~Barakah; sesuatu yang tak nampak dek mata, tapi mampu dirasai hati.~












Monday, February 8, 2010

Pandangan MATA!!

Sebelum ini, saya pernah menulis entri mengenai bahaya `ain atau pandangan mata yang tidak disedari apabila seseorang itu memuji orang lain tanpa menghubungkan pujian itu kepada Pencipta keindahan atau kekaguman itu sendiri.SILA KLIK SINI.

Memandangkan ramai sahabat-sahabat saya telah naik menjadi pimpinan society atau mempunyai perwatakan dan penampilan yang indah2 belaka (tak semestinya tak indah pun tak kena puji..)yang sememangnya pasti akan mendapat pujian ramai, maka atas rasa ukhuwwah, saya ingin berkongsi kembali artikel yang telah ditulis oleh Ustaz Zahazan Mohammed dalam Majalah Solusi isu no. 14 berkenaan `ain yang memudaratkan.


Firman Allah subhanahu wa ta`ala dalam surah QALAM; 51







"And indeed, those who disbelieve would almost make you slip with their eyes when they hear the message, and they say, "Indeed, he is mad."


"Dan Sesungguhnya orang yang kafir itu, hampir2 menggelincir dan menjatuhkan kamu dengan renungan tajam mereka(yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), yang tatkala mereka mendengar Al Quran lalu berkata ' Sesungguhnya dia Muhammad itu benar2 orang gila."


Tafsir al-Jalalayn
Indeed those who disbelieve would almost throw you down [to the ground] (read la-yuzliqūnaka or la-yazliqūnaka) with their looks, looking at you in a severe way, almost hurling you to the ground or making you fall from your place, when they hear the Reminder, the Qur’ān, and they say, out of envy: ‘He is truly a madman!’, on account of the Qur’ān that he has brought.






Ayat ini menurut Ibnu Abbas menjadi dalil bahawa `ain ataupun pandangan mata yang tidak dikawal oleh seseorang yang memiliki pengaruh itu boleh mengakibatkan bahaya.Sehubungan dengan tafsir ini, Imam ibn Athiyyah al-Andalusi, pakar tafsir dari Andalus menjelaskan dalam tafsir beliau, al Muharrar al-Wajiz bahawa anatara usaha jahat yang dilakukan oleh Musyrikin terhadapa nabi Sollallahu `alaihi wasallam adalah mencari seseorang yang terkenal mempunyai pandangan mata yang berpengaruh untuk menganiaya Nabi.Lelaki yang berasal dari daripada keturunan Asad ini berupaya memudaratkan makhluk seperti unta hanya dengan menggunakan pandangan matanya.Biasanya beliau akan menahan makan selama 3 hari lalu pada hari berikutnya beliau akan merenung unta dengan kekuatan pada matanya sehingga menyebabkan unta itu mati di tempat kejadian.Mereka merancang untuk melakukan perkara sama kepada Nabi Sollallahu `alaihi wasallam tetapi Allah ubhanahu wa ta`ala memelihara Nabi.


Penjelasan lanjut maksud bahaya yang dikandungkan oleh mata ini terdapat banyak hadis yang menerangkannya.Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, apabila Asma` binti `Umais radhiallahu `anha bertanya kepada Nabi ,adakah anaknya Ja`afar ditimpa`ain, maka Nabi menjawab:


"`Ain itu benar-benar wujud . Jika ada sesuatu yang mendahului Qadar, maka `ain lah itu.Dan apabila kalian dikehendaki mandi, maka hendaklah dilakukan."

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, daripada Umamah bin Sahl bin Hanif radhiallahu`anhum bahawa bapanya pernah pergi bersama Rasulullah Sollallahu `alaihiwasallam menuju ke Makkah hingga mereka melalui sebuah aliran air di Khirar berdekatan Juhfah.Sahl bin Hanif telah mandi dan dia merupakan seorang lelaki berkulit putih yang cantik fizikalnya. Amir bin Rabi`ah , saudara kepada Bani `adi bin Ka`abmelihatnya ketika sedang mandi. Maka dia pun berkata : " Tidak ada yang kulihat sepertinya hari ini, tidak sedikit pun kulit yang ditutupi." Kata-kata tersebut mengakibatkan Sahl terjatuh ke dalam air dan kelihatan gelembung air udara dari dalam air tempat dia mandi (menunjukkan bahawa dia telah tenggelam lemas) Saya telah memanggil dia tiga kali tetapi tiada jawapan.Saya segera mendapatkan Rasullullah Sollallahu `alaihiwasallam dan memberitahu tentang kejadian itu.Baginda segera ke tempat kejadian dan saya dapat melihat betis nabi yang putih.Kemudian Rasulullah Sollallahu `alaihi wasallam memukul dad sahl yang pengsan lalu berdoa:

" Ya Allah selamatkan dia daripada panasnya, dinginnya dan rasa sakitnya(penyakit disebabkan `ain)"
(Riwayat Ahmad no 16110, Ibn Abi syaibah no.23594)


Baginda lantas bersabadayang bermaksud: "Jika seseorang kalian melihat pada saudaranya atau pada dirinya atau daripada hartanya sesuatu yang mengkagumkan, maka hendaklah mendoakan keberkatan untuknya, kerana sesungguhnya `ain itu benar! " (riwayat Ahmad dalam al-Musnad, no 15700 )


Nabi Sollallahu `alaihi wasallam pernah mendoakan untuk kedua cucu baginda dengan doa:






"Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit)."


Kemudian baginda bersabda: "Demikianlah dahulunya Nabi Ibrahim memohon perlindungan daripada Allah untuk kedua-dua puteranya Ismail dan Ishaq"



Begitulah bahaya `ain ni.(tidak merujuk kepada siapa-siapa yang bernama `Ain ye..no offence!) Secara sedar atau tidak ada, ada perkara yang kita tidak ketahui melainkan melalui penerokaan ilmu.sama seperti perihal keberkatan.Tidak nampak apa yang dikatakan berkat tapi hasil yang diterima mendapat kebaikan dari pelbagai segi.(tajuk berkat entri lain la ye....)Mungkin ramai tidak cakna akan hal ini disebabkan tidak tahu atau tidak nampak kesannya kepada diri sendiri atau orang lain.Mungkin kesan yang dialami tadi hanya dihubungkaitkan dengan masalah kesihatan semata-mata .Tidak pernah terlintas dalam hati monolog-monolog seperti:

" Siapalah yang renung takjub kat aku ni sampai jadi ..............."

" Mungkin tadi ada orang puji aku lebih2 tapi tiada pujian kepada Pencipta kepada kekaguman tu.."

"Kenapalah budak ni nangis je dari tadi ni??Mesti ada something wrong...."



Saya pernah berpeluang melihat sendiri bagaimana `ain ini terjadi kepada seorang bayi kecil sewaktu majlis aqiqahnya sendiri.Ditakdirkan saya dan ayah terpaksa hadir lambat (lepas isya`) ke kenduri tersebut yang berlangsung selepas asar.Dikisahkan tuan rumah mengadu yang cucunya ini asyik menangis tanpa henti dari Asar tadi sampai kehadiran kami .Melihatkan fizikal bayi ini putih melepak dan bibir kemerahan, ayah pun bagitahu bayi ni kene puji sampai nangis camtu sekali.Pujian yang tak menghubungkan keindahan atau kekaguman itu kepada Yang Menciptakannya.Selepas dibacakan ayat Al Quran kepada air dan disapukan ke badan bayi, bayi ini terus diam dan tertidur..Subhanallah! Maka bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, menjadi tugas untuk menangkis segala pujian tersebut tadi dengan kembali memuji kepada Allah.(Baby gigi pun tak de lagi..=D)

Benarlah katamu Ya Rasul..Sesungguhnya `ain itu benar! wallahua`lam......



"Pujian Ibarat Pisau Cukur di Leher Manusia"

Saturday, May 9, 2009

Mahkamah Tuhan? Padang Mahsyar?

P/s: orang bukan Islam pun yakin akan tibanya 'Hari Pengadilan'

P/s 2: Jauhi Zalim!!




"picture of the year"



Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya… – V Sivakumar

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang memberi semangat kepada saya. Dorangan dan petunjuk daripada daripada kalian semua amat saya hargai sepanjang hayat saya. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN-ADUN Perak yang berjuang bersama-sama saya dalam mempertahankan sistem demokrasi di negeri yang tercinta. Saya cukup bangga dengan semangat dan keberanian mereka dalam menghadapi situasi yang genting pada 7 Mei 2009. Syabas dan taniah!

Puak-puak yang merancang konspirasi untuk merampas kuasa speaker secara fizikal harus berasa malu. Kekasaran telah digunakan dalam strategi rampasan kuasa yang berlaku pada kali yang kedua di Perak. Mula-mula kuasa eksekutif dirampas kemudian kuasa legislatif juga dirampas. Pihak ini akan mendapat balasan yang sewajarnya. Saya percaya yang benar akan tetap menang tidak lama lagi.

Tuhan memerhatikan segala-galanya yang sedang berlaku di bumi Perak ini. Yang bersalah akan tetap dihakimi dalam Mahkamah Tuhan. Yang zalim akan tetap akan menghadapi padahnya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang besama-sama dengan kami. HIDUP RAKYAT!

Hidup Mengkianati Rakyat Adalah Serupa Mati
Mati Membela Rakyat Adalah Serupa Hidup

YB.V.Sivakumar



بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه

Hadis Ibn Abbas r.a. adalah muttafaq alaih, Bukhari (no: 1425), dan Muslim (no: 29).

manakala, hadis 'Jauhilah doa orang yang dizalimi walaupun dia seorang kafir, kerana tiada hijab antara doanya dengan Allah.'
ia adalah hadis Anas bin Malik.

Takhrij Hadith:
-Imam Ahmad dalam Musnad (no: 12549).
-Al-Dhiya' dalam al-Mukhtarah 2/249

Status Hadith:
-Haitami berkata: "Diriwayatkan oleh Ahmad, perawi bernama Abu Abdillah al-Asadi, aku tidak mengenalinya. Perawi-perawi lain adalah perawi kitab Sahih". Majma' Zawaid 10/232
-Albani berkata: hadis ini ada syawahid, maka ia adalah HASAN. Silsilah Sahihah 2/407.

Pengajaran Hadith:

-Diharamkan melakukan kezaliman sekalipun terhadap orang kafir.

-Doa orang yang dizalimi sekalipun kafir atau fasiq adalah antara doa yg mudah dimakbulkan Allah. inilah yang dijelaskan oleh para ulama antaranya: Ibn Rajab al-Hanbali, Ibn Hajar al-Asqalani, Ibn Battal dalam syarah masing2 terhadap Sahih Bukhari.

-Maksud 'tiada hijab antara doanya dengan Allah' ialah doanya diperkenankan. Sebagaimana hadis lain menafsirkan "Doa orang yg dizalimi diperkenankan'.




blur

Huruf-Huruf Potongan (Muqotta`at)




Alif Laam Miim

Alif Laam Raa

Alif Laam Miim Raa

Thoha

Kaaf Haa Yaa `Ain Shod

YaaaSiin

Haa Miim

Shod

NuuN

Kalau tengok terjemahan, huruf-huruf ini diterjemah dengan
" Hanya Allah yang mengetahui maksudnya"

Signal bahawa Al Qur`an ini bukan Muhammad yang tulis.

Takkan orang yang menulis tidak tahu apa yang ditulisnya.

"Tanzilum mir rabbil `alamin.."
Diwahyukan Tuhan sekalian `alam


Selepas huruf-huruf muqotta`at
diikuti dengan ayat mengenai Al-Qur`an pula..
(Kalau anda perasan la..)

Alif laam miim, tanzilul KITABi la rayba fih..

YaaSiin, Wal QUR`ANIL hakeem..

Thohaa, ma anzalna `alaikal QUR`ANa Litasyqa...






Perhati dan Tadabbur!!


peace

Monday, January 26, 2009

Gerhana Matahari




Salam...

Dijangkakan petang 26 Januari 2009 (Isnin) ini akan berlaku gerhana matahari antara pukul 4.30pm hingga 6.30pm.Sunnah Rasulullah Sollallahua`alaihiwassalam melakukan solat sunat gerhana matahari secara berjemaah diikuti 2 khutbah.Semoga kita mendapat berkat dengan amalan yang jarang2 kita bertemu dengannya.ameen.

Wednesday, December 24, 2008

Cukuplah Allah sebagai Saksi dan Penjamin.




Saya sudah lama mencari sebuah hadis Nabi Sollallahualaihiwasallam riwayat Imam Bukhari mengenai cerita 2 orang kaum Bani Israil yang masing-masing pemiutang dan penghutang antara satu sama lain.Cerita yang diceritakan oleh Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam ini merupakan Shahih Riwayat Imam Bukhari yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita sebagai umat Muhammad walaupun cerita itu berlaku pada zaman Nabi Musa `alaihissalam..

Kisahnya lebih kurang begini..:


Seorang lelaki ingin memerlukan duit 1000 dinar daripada sesiapa yang boleh membantunya mendapatkan nilai tersebut.Seorang hamba Allah sudi untuk memberi hutang kepada lelaki tadi.Tapi seperti kebiasaan kalau nak meminjam, mestilah ada saksi dan penjamin.Maka apabila hamba Allah yang sudi meminjamkan duit tadi meminta agar didatangkan seorang saksi, lelaki itu menjawab:

"Cukuplah Allah sebagai Saksi"

Hamba Allah itu bersetuju dan apabila dia meminta sekali lagi untuk didatangkan seorang penjamin maka lelaki itu pun menjawab :

" Cukuplah Allah sebagai penjamin"

Hamba Allah tadi pun bersetuju dengan saksi dan penjamin yang diucapkan oleh lelaki itu.Usai, perjanjian untuk bertemu bagi menjelaskan hutang pada hari dan tempat sekian-sekian, mereka pun berpisah.Diceritakan lelaki yang meminjam duit itu tinggal di sebuah pulau yang lain dari Hamba Allah yang meminjamkan duit tadi.

Tiba pada hari yang dijanjikan, lelaki yang meminjam duit tadi sudah bersedia di pelabuhan untuk membayar hutang kepada Hamba Allah yang berada di seberang laut.Dari pagi menanti ketibaan kapal namun tidak muncul jua hingga ke petang.



Begitu juga Hamba Allah yang memberi hutang kepada lelaki tadi yang tertunggu-tunggu kedatangannya untuk membayar hutang sehingga petang.Masing-masing tertunggu-tunggu untuk menyelesaikan apa yang telah disepakati mereka.

Lelaki(berhutang) yang berada di pulau lain itu mengambil keputusan untuk tetap membayar hutangnya pada hari itu juga, lalu mengambil sebatang kayu di tepi pantai dan membuat lubang pada batang tersebut.Duit 1,000 dinar berserta surat kepada Hamba Allah yang memberikan hutang turut dimasukkan kedalam lubang kayu tadi bagi memohon maaf.Lalu dia pun berdoa:
"Ya Allah, Sesungguhnya Aku telah menjadikan Engau sebagai Saksi dan Penjamin ku semasa berhutang tempoh hari.Kini, tatkala aku ingin membayar hutang, kapal yang membolehkan aku sampai ke tempat yang dipersepakati tidak muncul tiba.Maka, Engkau sampaikanlah kayu beserta duit dan surat ini kepada Hamba Allah yang sudi menolong ku tempoh hari"



Hamba Allah yang sudah lama menanti di tempat yang disepakati juga merasakan lelaki yang meminjam itu tidak akan datang, lalu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.Semasa hendak pulang, dia mengambil kayu yang terdampar pantai untuk dijadikan kayu api.
Subhanallah!! Ditakdirkan sewaktu dia memotong kayu tersebut terlihatlah duit beserta surat didalam kayu yang dipotongnya itu.

Selang seminggu kemudian,selepas adanya kapal, lelaki yang berhutang tadi datang menemui Hamba Allah yang memberi hutang untuk meminta maaf akan kelambatannya dan membawa 1,000 dinar bagi melangsaikan hutangnya.Hamba Allah yang telah menerima duit pada hari yang dijanji tidak lagi menerima duit yang dihantar sendiri oleh lelaki tadi dan menyatakan Allah telah menjadi Saksi dan Penjamin kepadamu.

Wallahu`alam..

Bahasa yang digunakan agak kelam-kabut sebab menggunakan ayat sendiri.Saya masih lagi tercari-cari hadis ini mengikut matan(lafaz hadith) yang sebenarnya

sesiapa yang ada terbaca hadis tersebut minta dikongsi bersama..

Pengajaran:


1. Berusaha Mengotakan janji.-apalagi kalau yang dijadikan Saksi dan Penjamin itu adalah Allah.

2.
Tidak mengambil kesempatan. - cuba bayangkan kalau hamba Allah yang bagi hutang tadi ambil kesempatan.Tambah lagi 1,000 dinar maka semuanya menjadi 2,000 dinar.

3.Yakin dengan Allah.


Saturday, December 6, 2008

`Ain


Entri kali ini bukanlah bertujuan ingin bercerita tentang Cik `Ain atau makcik `Ain atau Tok `Ain. Bukan juga mahu bercerita tentang mata secara physically (kena tanya optometrist la kalau nak tahu tentang mata secara detail). Tetapi lebih menjurus kepada penyakit akibat pengaruh pada pandangan mata yang diriwayatkan melalui hadis Nabi Sollallahu`alaihiwasallam.

Kebiasaan kita kalau melihat sesuatu yang menakjubkan,pastinya ketakjuban itu disertai dengan 'huyyyooo', 'wow', 'hebat woo' dan lain-lain lagi semata-mata mahu mengambarkan kekaguman kita itu.

Di samping itu,pandangan dalam kekaguman juga merupakan salah satu wasilah orang yang melihat menzahirkan kekaguman itu tanpa bicara sepatah pun di bibir.Tapi AWAS!! Setiap yang pujian itu menanti pelbagai masalah terutama kepada orang yang dipuji tidak kiralah pujian melalui mulut atau perasaan yang timbul melalui pandangan.

Firman Allah subahanahu wata`ala:


وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِن تُرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنكَ مَالاً وَوَلَداً

Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "MAASYAA ALLAH, LAA QUWWATA ILLAA BILLAH (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan, (Al Kahf ;39)



Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam bersabda :

"Pengaruh 'ain itu benar-benar dapat terjadi.Kalaulah ada sesuatu yang dapat mendahului taqdir nescaya 'ain lebih mendahuluinya."
(Hadith Shahih Riwayat Muslim dan dan Ahmad)


Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam bersabda:

"Jika salah seorang dari kamu melihat sesuatu yang menakjubkan pada dirinya atau hartanya hendaklah ia mendoakan keberkatan atasnya kerana sesungguhnya penyakit akibat pengaruh pandangan mata itu benar-benar terjadi."
(Hadith Shahih Riwayat Ibnu Sunni)


Abu Sa`id berkata: "Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam biasa berta`awudz dari gangguan jin dan pengaruh `ain hingga turunlah Mu`awwidzataini (surah Al Falaq dan surah An-Naas).Ketika kedua surah itu turun,beliau mempergunakannya dan meninggalkan selainnya."
(Imam At-Tirmidzi berkata: Hadith Hasan)


Kesilapan yang biasa dilakukan adalah memuji tanpa mengembalikan pujian itu kepada yang menciptakan sesuatu itu menjadi indah atau cantik.Lafaz-lafaz seperti Alhamdullillah, Masya Allah,Subhanallah,Allahuakbar tidak diselitkan dalam ucapan pujian itu.Sepatutnya, yang menciptakan kecantikan itulah yang perlu kita puji kerana menjadikan sesuatu itu cantik..Kembalikan pujian itu kepada yang sepatutnya dipuji dengan memasukkan lafaz- lafaz tadi dalam pujian tersebut.

"Subhanallah, tembamnya budak ni" (^_~)

"MasyaAllah,rumah baru ni cantik"

"Allahuakbar, hebat awak ni."


Begitu juga pandangan mata (a`in) yang selalu kita tidak sedari melakukannya terhadap orang lain tanpa mengembalikan ketakjuban itu kepada Allah subhanahu wa ta`ala.Hakikatnya yang menjadikan setiap sesuatu itu hanyalah Allah.

Teringat kata-kata ustaz saya yang mengajar akan hal ini, "Seseorang itu boleh jatuh(baca:muflis,hilang jawatan dan seangkatannya) gara-gara selalu dipuji tanpa menhubungkan pujian itu kepada Allah kerana `ain iaitu pengaruh pandangan mata."

Kesimpulannya, jagalah pujian dan pandangan matamu yang mungkin akan membinasakan orang lain..wallahu`alam.

"Pujian Ibarat Pisau Cukur di Leher Manusia"


Tuesday, December 2, 2008

Bermimpi..

Mimpi adalah perkara biasa yang dialami oleh manusia tatkala sedang tidur.Mimpi boleh jadi mimpi yang baik atau mimpi buruk.Namun seringkali mimpi itu disalahertikan apabila adab-adab mimpi yang diajarkan oleh Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam tidak diambil perhatian.Maka berlakulah perbuatan-perbuatan yang mempermainkan mimpi orang lain apabila mimpi itu diceritakan kepada mereka.Contohnya:


A : Aku bermimpi dipatuk ular la malam tadi.
B : Hmm..aku rasa tiga hari lagi la kehidupan kau ni....(ketawa dalam gurauan)


Situasi ini mungkin biasa berlaku kepada mereka yang menganggap mimpi ini sebagai mainan tidur.Tetapi, apa yang berlaku kepada Nabi Yusuf `alaihissalam menunjukkan sebaliknya.Di dalam Al Qur`an ,Surah Yusuf, diceritakan terdapat 3 mimpi yang berlaku kepada Nabi Yusuf `alaihissalam, Raja Mesir dan 2 orang teman yang berada dalam penjara bersama Nabi Yusuf `alaihissalam.Kesemua mimpi-mimpi yang diceritakan ini berlaku.Nah, mimpi tidak hanya dikategorikan sebagai mainan tidur sahaja tetapi boleh juga menjadi ilham atau wahyu kepada para nabi.Mari kita berkongsi adab-adab mimpi yang datang dari Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam dari hadith-hadithnya:


Abu Salamah bin Abdurrahman berkata: saya mendengar Abu Qatadah bin Rab`i berkata: Saya mendengar Rasulullah Sollallahu`alaiwasallam bersabda:

((Mimpi yang baik berasal dari Allah sementara mimpi yang buruk berasal dari syaitan.Apabila salah seorang dari kamu bermimpi sesuatu yang tidak menyenangkan maka hendaklah ia meludah ke kiri 3 kali ketika terbangun dan berlindung kepada Allah dari keburukannya(dengan mengucapkan Ta`awudz) kerana sesungguhnya mimpi itu tidak akan membahayakannya))

***Berludah yang tidak mengeluarkan air ludah***( yanfus )

Abu Salamah berkata: "Aku tidak bermimpi sesuatu yang lebih terasa lebih berat bagiku daripada gunung, begitu aku mendengar hadith ini aku tidak mempedulikan mimpi tersebut."

Dalam riwayat yang lain disebutkan : "Saya pernah bermimpi sesuatu yang memberatkanku, sehingga aku mendengar Abu Qatadah berkata : " Aku juga pernah bermimpi sesuatu yang membuatkankujatuh sakit sehingga aku mendengar Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam bersabda : "Mimpi yang baik berasal dari Allah jika seseorang dari kamu bermimpi sesuatu yang menyenangkan maka janganlah ia ceritakan kecuali kepada orang yang suka mendengarkannya.Dan hendaklah ia meludah ke kiri sebanyak 3 kali.dan hendaklah ia berlindung kepada Allah dari keburukannya yang dilihat dalam mimpinya itu (dengan mengucapkan ta`awudz) Kerana sesungguhnya mimpi itu tidak akan membahayakannya."
(Muttafaqun `alaihi)


Imam Muslim meriwayatkan dari Jabir radhiallahu`anhu dari Rasulullah Sollallahu`alaiwasalam bersabda:
"Jika salah seorang dari kamu melihat dalam mimpinya sesuatu yang dibencinya maka hendaklah ia meludah ke kiri sebanyak 3 kali, berta`awudz kepada Allah dari gangguan syaitan 3 kali dan mengubah posisinya."




Ringkasan :

1.Berludah 3 kali ke kiri - berludah tanpa memgeluarkan air liur...tuuh..!! tuuh..!! tuuh..!!

2.Berta`awudz - A`uzubillahi minassyaiton nirrajeem....

3.Menukar posisi tidur - kepala di tempat kaki dan sebaliknya..bagi yang sudah berpasangan , dinasihati untuk memberitahu pasangan masing2 tentang perubahan posisi tidur terlebih dahulu sebelum tidur lagi..heh (^_~)

4.Tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang lain.Seboleh-bolehnya dilupakan terus.Sekiranya ingin juga menceritakan mimpi tersebut, carilah orang-orang alim yang akan mendoakan kebaikan mimpi tersebut.

Saturday, November 29, 2008

Doa Ketika Melihat Cermin




"Alhamdulillah, Allahumma Kama Hassanta Khalqi, Fahassin Khuluqi"

((Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku, Maka Baguskanlah Akhlaqku.))


Hadits Dhaif, dikeluarkan oleh Ibnu Sunni dan selainnya.


Friday, November 28, 2008

Jabir Ibn Abdillah Radhiallahu`anhuma..

Sirah 1

Sewaktu kaum muslimin bertungkus lumus bermandikan keringat di bawah terik mentari menggali parit di sekitar Kota Madinah untuk menghadapi peperangan Khandak, datang Jabir bin Abdullah radhiallahuanhuma menjemput Rasulullah sollallahu`alaihiwassalam dan beberapa orang sahabat makan di rumahnya.Jemputan untuk beberapa orang itu kemudiannya disusuli dengan pengumuman oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam :


"Jabir Ibn Abdillah mengajak kita semua makan di rumahnya..!!"


Mendengarkan pengumuman itu, Jabir berasa susah hati kerana mana mungkin dia dapat melayan para sahabat yang berjumlah lebih kurang 100 orang dengan makanan yang sedikit.

Sampai di rumah,isteri beliau amat terkejut dengan j
umlah tetamu yang hadir.Situasi ini disedari oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam.Baginda menawarkan diri untuk menyenduk sendiri makanan kepada tetamu yang hadir tanpa membuka sepenuhnya periuk makanan dan mengarahkan 10 orang masuk untuk menjamah makanan dan diteruskan 10 orang yang lain sehingga selesai semua orang makan termasuk Jabir ibn Abdillah radhiallahu`anhuma. Subahanallah,selepas itu, mereka membuka periuk makanan tadi dan mendapati tidak sedikit pun makanan itu berkurang..Mu`jizatur Rasul..
....................................................................................................

Sirah 2

Sewaktu peperangan Uhud, Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam telah memerintahkan setiap keluarga menghantar wakil untuk pergi berperang.Tatkala mendengar arahan tersebut, ayah Jabir, Abdullah bin Haram membuat keputusan untuk keluar pergi berjihad tetapi dibantah oleh oleh Jabir kerana merasakan dirinya lebih berhak keluar berjihad memandangkan dirinya sebagai orang muda.Si bapa pula berkeras mahu dirinya yang mewakili keluarga pergi berperang kerana merasakan dirinya yang sudah tua biarlah dihabisi di medan perang.Situasi ini berlarutan sehingga mereka mencadangkan undian dilakukan.Akhirnya nama Abdullah bin Haram yang keluar.

Sebelum keluar berperang , si ayah berwasiat sekiranya beliau syahid di medan perang, agar dilunasi hutangnya yang banyak dan menjaga 10 orang adik beradik perempuannya itu.Setelah peperangan tamat, Abdullah bin Haram dikhabarkan telah syahid.Tidak lama selepas itu, Jabir ibn Abdillah berjaya menyelesaikan kesemua hutang yang ditanggung bapanya dengan berkat doa Rasulullah mendoakan kebun kurmanya yang berbuah banyak..Mu`jizatur Rasul .Serta mengahwini seorang janda yang akan sama-sama menjaga adik beradik yang sepuluh orang itu demi menunaikan wasiat ayahnya.

Jabir bin Abdullah radhiallahu`anhuma berkata:

"Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam berkata: Wahai Jabir, adakah kamu telah berkahwin? Aku berkata: Ya. Baginda berkata: Anak dara atau janda? Aku berkata: Janda wahai Rasulullah. Baginda berkata lagi: Mengapa bukan anak dara yang dapat kamu bergembira dengannya dan begitu juga kamu? Aku berkata: Bapaku telah terbunuh dalam peperangan Uhud dan meninggalkan 9 orang anak perempuan.Aku tidak mahu mengahwini seorang wanita yang dapat menjaga dan membimbing mereka.Baginda berkata: Semoga Allah merahmati kamu."

Hadis Riwayat Bukhari: 3746 da Muslim: 2664

Wallahu`alam..


Kesimpulan..

1. Contoh Kepimpinan Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam yang mengambil berat para sahabat dan tidak mementingkan diri.

2.Semangat berjihad dijalan Allah sehingga tepaksa dicabut undi untuk menetukan siapa yang layak keluar berperang.

3. Tanggungjawab seorang anak menunaikan wasiat si ayah dan sanggup berkorban demi menjaga aik beradik perempuan yang lain..

kalo nak tambah y lain, silakan..

Monday, November 24, 2008

Perihal Baju Nabi Yusuf dalam Al Qur`an

Kisah Nabi Yusuf `alaihissalam yang merupakan 'Ahsanal Qosas'- sebaik-baik cerita dalam Al Qur`an turut menceritakan perihal baju gamis Nabi Yusuf `alahissalam.Terdapat 3 situasi yang menceritakan tentang baju Nabi Yusuf ini :



1.Ketika pembohongan yang dilakukan oleh saudara-saudara Yusuf kepada bapa mereka Nabi Ya`akub yang megatakan Nabi Yusuf telah dimakan serigala.Kesilapan yang mereka lakukan adalah hanya melumurkan darah palsu ke atas baju Nabi Yusuf tanpa mengoyakkannya.


وَجَآؤُوا عَلَى قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْراً فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللّهُ الْمُسْتَعَانُ
عَلَى مَا تَصِفُونَ (18

Mereka datang membawa baju gamisnya (yang berlumuran) dengan darah palsu. Ya'qub berkata: "Sebenarnya dirimu sendirilah yang memandang baik perbuatan (yang buruk) itu; maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimohon pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu ceritakan."



2.Ketika Nabi Yusuf ingin menyelamatkan diri daripada memenuhi tuntutan nafsu Zulaikha.

قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَن نَّفْسِي وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنْ أَهْلِهَا إِن كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الكَاذِبِينَ (26)

وَإِنْ كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِن الصَّادِقِينَ (27

فَلَمَّا رَأَى قَمِيصَهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِن كَيْدِكُنَّ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ )28


Yusuf berkata: "Dia menggodaku untuk menundukkan diriku (kepadanya)", dan seorang saksi dari keluarga wanita itu memberikan kesaksiannya: "Jika baju gamisnya koyak di muka, maka wanita itu benar dan Yusuf termasuk orang-orang yang dusta. Dan jika baju gamisnya koyak di belakang, maka wanita itulah yang dusta, dan Yusuf termasuk orang-orang yang benar." Maka tatkala suami wanita itu melihat baju gamis Yusuf koyak di belakang berkatalah dia: "Sesungguhnya (kejadian) itu adalah diantara tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu adalah besar."


3.Ketika saudara-saudara Nabi Yusuf `alaihissalam sudah mengetahui bahawa Aziz Al Misri itu adalah saudara kandung mereka.

اذْهَبُواْ بِقَمِيصِي هَـذَا فَأَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيراً وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ91

Pergilah kamu dengan membawa baju gamisku ini, lalu letakkanlah dia kewajah ayahku, nanti ia akan melihat kembali; dan bawalah keluargamu semuanya kepadaku".











Saturday, November 22, 2008

Muhasabah!!

Selepas `Asar tadi aku menemani Abuya pergi kenduri aqiqah di Bukit Pegoh, rumah anak murid beliau (Fakhrurazi)dan pada masa sama ayah kepada anak murid abuya ini juga merupakan anak murid Abuya yang paling awal( Allahyarham Ustaz Abdul Karim).Kira sekarang ini generasi kedua la menjadi anak murid.Dan pada masa yang sama juga Allahyarham juga merupakan guru Al Qur`an ku semasa aku di peringkat muqaddam lagi.Mengajar kami adik beradik ketika cuti sekolah di beranda Masjid Al Azim Melaka. Complicatednya..

Lepas di'tahnik'kan (pecah mulut), nama diberi Nur Hasanah bte Nor Hisyam, Abuya pass baby yang chubby tu kat aku..hehe.Agak kekok tapi puas hati la sebab dapat pegang anak orang.Nasib baik tak menangis.Selalu dapat tengok baby tanpa ada peluang untuk menyentuh muka tembam dan comel ini.(Bila la nak ada baby dalam family sendiri, semua adik beradik belum ada yang kahwin lagi..=p..da dekat kot.)

Apa yang ingin aku kongsikan di sini, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, Abuya sempat bercerita Allahyarham Ustaz Abdul Karim ini :

"Allahyarham adalah antara 10 orang yang terawal belajar menghafaz Al Qur`an dengan Abuya sewaktu di Kelemak dulu.Murid-murid yang terawal ini ramai yang 'jadi'(berjaya) masyaAllah ada yang jadi imam masjid dan sebagainya.Keistimewaan Allahyarham yang Allah nak tunjuk sewaktu beliau berpulang ke rahmatullah.Lepas solat `Asar di Masjid Al `Azim, terdetik hati Abuya "lepas solat ni, pergi Hospital Besar Melaka, naik tingkat 3".
Subhanallah, Abuya terjumpa dengan keluarga Allahyarham dan ketika itu Allahyarham sedang nazak.Dr beritahu ,kalau dicabut alat bantuan pernafasan, 'habis'.Selepas berbincang dengan keluarga,mereka setuju untuk melepaskan alat bantuan itu.Abuya sempat talkinkan Allahyarham "La ilaha illaLLah" kemudian 'habis' "

........................

Seronok dan gembira kalau dengar cerita penghabisan yang baik (Husnul Khatimah)
Bagaimana dengan diriku??!!


Allahumma ashlih li sya`ni kullahu


Mari kongsi klip video dibawah..perhati dahi orang ini.


Doa dijauhkan dari Berhutang

"Allahumma inni a`uzubika minal ma`tsami wal maghrami"
Shahih Bukhari

Ya Allah Sesungguhnya Aku Berlindung DenganMu Daripada Dosa Dan Hutang

La ilaha illaLLAH wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumitu wa huwa `ala kulli sya`in qodiir

Terdapat 6 tempat yang kita dikehendaki membaca zikir -LA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHULHAMDU YUHYI WA YUMITU WAHUWA `ALA KULLI SYA`IN QODIR..:

1.Selepas solat subuh sebanyak 10 kali-kedudukan tasyahud akhir dibiarkan sehingga selesai zikir ini di baca.

2.Selepas solat maghrib sebanyak 10 kali.

3. Selepas membaca tasbih 33kali,tahmid 33 kali, takbir33kali, maka yang ke-100 adalah La ilaha illaLLAH..

4.Ketika memasuki pasar.

5. Terjaga pada waktu malam.

6.Zikir ketika wuquf di padan `Arafah

-jka dibaca 100x boleh menjauhkan diri daripada syaitan.

Sedutan dari Kuliah subuh ,Kitab Al Azkar lil Imam Nawawi,Masjid Al Azim

Wednesday, November 19, 2008

Selamat Datang ke Alam Warisan

Alhamdulillah baru selesai menghadiri kursus MCLEAD + BTN..
Banyak yang ingin dikongsikan bersama selama saya menghadiri kursus gabungan 2 program ini.Tetapi, pandangan saya akan lebih kepada perjalanan program Biro Tatanegara (BTN).

Kehadiran kami di Kem Bina Negara Lipis(B), Kuala Lipis disambut oleh pegawai-pengawai yang akan turut serta sebagai jurulatih kami sepanjang program.Perasaan pertama apabila berhadapan dengan mereka ini sedikit gusar.Nampak macam bengis dengan gaya ala-ala tentera.Patutlah..rata-rata dari mereka ini adalah pesara tentera.Ada juga yang merupakan bekas 'komando' (command + do = 'commando').
saya baru sahaja mengetahui asal usul perkataan komando dari program ini..=) Mereka ini akan berpakaian kemeja putih lengan pendek berseluar hitam(agak-agak macam gaya golongan mana ye?Fikirkan!) sewaktu program 'dalam pintu' -indoor. Saya lebih menyenangi mereka ini sebagai orang tua yang perlu dihormati walaupun kadang-kadang tegas.Maklumlah, bekas tentera,kan.

Struktur organisasi tidak hanya terdiri daripada jurulatih sahaja, bahkan melibatkan fasilitator yang didatangkan khas dari Jabatan Perdana Menteri seramai 6 orang.Setiap kumpulan akan dibagi seorang fasililtator bagi memantau, menerangkan tujuan sesuatu misi, menjaga ahli dalam kumpulan masing-masing.Setiap fasilitator ini dipanggil dengan panggilan memanda menteri seperti 'panglima', 'laksamana', 'bentara', dan 'bendahara'.Lagak mereka ini melakonkan kembali sikap para hulubalang-hulubalang istana di ambang kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka seperti hasad dengki, tamak, etc.Simulasi yang sengaja mereka lakonkan ini sepanjang program tidak disedari saya sehinggalah malam terakhir semasa sesi klimaks, seorang wakil dari Ma`ruf Club melontarkan ayat 'pedas' kepada hulubalang-hulubalang ini bahawa Alam Warisan yang selalu mereka dendangkan ini tidak akan berjaya kalau sikap ini tidak dihapuskan.Tahniah Ma`ruf Club!!

Tidak dinafikan bahawa dalam program ini ada juga unsur-unsur 'brainwash' peserta.Slogan seperti "Ketuanan Melayu', 'Alam Warisan' diulang-ulang bagi mengigatkan peserta kepentingan menjaga bangsa Melayu.Lagu tema pun berubah daripada "Menara Bangsa" kepada "Warisan" semasa sesi diurusi oleh fasilitator.Boleh rujuk dan hayati lirik lagu 'Warisan' di bawah.Saya lebih musykil tatkala golongan-golongan ini asyik menyalahkan orang lain dek kerana hampir kehilangan kuasa.Kenapa sudah 50 tahun memerintah, kuasa ada dalam tangan, boleh berbuat apa sahaja, tiba-tiba sahaja melenting selepas PRU 12.Mau salahkan siapa??owh ya, nature saya semasa dalam program ini adalah seorang yang sangat pendiam.(siap dapat message dari ahli kumpulan saya yang mengatakan saya ini lebih banyak menyimpan dari meluahkan..hehe)Lebih banyak bermonolog dalaman dan berfikir secara rasional dengan apa yang berlaku...Jangan ingat mahasiswa tidak tahu menilai ya!

Acara yang paling disukai semasa program ini adalah aktiviti 'luar pintu' - outdoor. Aktiviti seperti Kembara Malam, Flying Fox( Tupai Terbang), Water Confident, membuat rakit lebih mencabar mental dan fizikal.Dan semestinya memerlukan kerjasama yang penuh dalam pasukan.Semangat berpasukan,patuh arahan pemimpin, tolong-menolong dan sebagainya sangat diperlukan.Jika tidak, risiko akan ditanggung seluruh ahli kumpulan.Anda dilepaskan ke dalam hutan belantara yang telah siap ditanda penanda arah bersama ahli kumpulan seramai 18 orang, 9 lelaki dan 9 perempuan, berbekalkan 2biji lampu suluh setiap kumpulan dan 1botol air mineral dan roti masing-masing pada pukul 1.30 PAGI.Bergerak dalam keadaan gelap dan selepas hujan turun 'melicinkan' perjalanan kembara kami.Sepanjang perjalanan pasti akan terdengar insan-insan terjatuh gedebuk dek kerana licin dan tahap cengkaman kasut yang sudah haus..Memang program seperti ini memenatkan tetapi kepimpinan sesorang itu dapat dilihat dari pelaksanaan selepas terlalu asyik berteori..Aktiviti seperti ini yang dinilai oleh ahli kumpulan tentang kepimpinan seseorang mengurusi ahli-ahli di bawahnya.Salah satu sebab antara beberapa sebab saya menjadi pendiam adalah kerana peserta-peserta yang hadir dalam program ini merupakan pemimpin mahasiswa UIAM.Masing-masing ada ego tersendiri.Bayangkan tekanan yang dihadapi oleh ketua kumpulan menjaga ahli kumpulan yang kesemuanya merupakan pemimpin pelajar..Nah, satu persoalan terjawab..

`Ala kulli hal, program seperti ini mempunyai pro dan con nya..Masing-masing dengan persepsi sendiri.Terpulang kepada diri sendiri untuk mengambil apa-apa yang bermanfaat dan mengambil iktibar akan apa-apa yang tidak bermanfaat.Wassalam..