Showing posts with label Diari~. Show all posts
Showing posts with label Diari~. Show all posts

Thursday, October 13, 2011

Derma Darah

Alhamdulillah berjaya menderma darah buat kali ke-16 hari ini..




~Tidak terjadi sesuatu melainkan ada asbab dan hikmah selepasnya~





Flashback memory:


Tahun 2000: Basikal yang dinaiki dilanggar motor dari tepi.. pendarahan dalam otak walaupun luarannya nampak tiada apa2 kecederaan...pembedahan membuang darah beku... berjaya... selama seminggu satu botol kecil tergantung di belakangng kepala untuk membolehkan darah yang yang berlebihan mengalir keluar ke botol selepas pembedahan(procedure biasa)... start daripada situ terfikir, darah siapa la yang mengalir dalam tubuh ini.. moga2 orang yang baik dan beriman ... pasang azam untuk menderma darah nanti lepas da cukup umur..(time ni sangat muda lagi , 14tahun)




Tahun 2004 (DQ): da cukup umur untuk menderma(18 tahun).... muka sedikit cekung dan kawan2 selalu kata muka pucat.. cepat penat.. abis cari modal hafalan pukul 11 mlm, terus balik bilik dan tidur!Mata pun berat semacam je.. Xde aktiviti selepas itu...(betol2 jaga masa waktu itu..huhu~)... cubaan untuk menderma darah selalu gagal dek kerana tak cukup haemoglobin (pass: 12.5 Hg). Hospital Kuala Kubu Bharu jadi saksi atas kegagalan untuk menderma darah untuk beberapa kali.... (tak salahkan Pak Mat Kantin DQ dengan makanan2 beliau terutama telur plastik yang unik..hehe~)




Tahun 2005 - Kini: Alhamdulillah proses menderma berjalan dengan mudah dan lancar..tiada apa2 masalah..Derma darah untuk tolong orang yang memerlukan darah terutama dalam keadaan kecemasan sebagaimana diri ini menerima darah semasa pembedahan dulu, insyaAllah...





" Nikmat sihat sebelum sakit"





Entry lama tentang derma darah di sini...

























Monday, June 27, 2011

Thesis~

ALHAMDULILLAHI RABBIL `AALAMEEN~

~ Selesai ~


:: THIRD PARTY DISABILITY AMONG SPOUSES
OF PERSONS WITH HEARING IMPAIRMENT::

[KESAN MASALAH PENDENGARAN INDIVIDU KEPADA PASANGANNYA]




Study Material : Questionnaires

Subjects: Spouses of persons with hearing impairment








Pages: 60pg + 15pg(intro) = 75 pages







Submitted : 27th June 2011






Bermula dari awal menyiapkan proposal sehingga kepada submission thesis, macam2 dugaan ditempuhi. Biarkan itu semua menjadi kenangan yang membuah menjadi pengalaman berharga insyaAllah :)





............................................................................
























Monday, January 10, 2011

Sihat vs Sakit


Sakit datang tidak diundang kadangkala mempunyai banyak hikmah dan kebaikan daripada keburukan.



Deria ditarik serta merta menjadi asbab untuk terus menjadi hamba berSYUKUR.



SABAR menanggung kepedihan menanggung deras air mengalir tanpa henti.





Mode: SABAR dan SYUKUR~!




Wednesday, January 5, 2011

[1992] Taski ABIM Al Huda
[1993-1998] Sekolah Kebangsaan Peringgit
[1999-2003] Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad
[2004-2005] Persijilan Tahfiz Darul Qur`an -UIAM
[2005-2007] Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
[2007-20011] Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Kuantan
Islam -} Agama -} Tahfiz Al Qur`an
Adakah saya benar2 orang BERAGAMA?? atau sekadar melalui proses pendidikan yang berlatarbelakangkan AGAMA?
mode: Muhasabah

Wednesday, November 3, 2010

3rd November 2010
[Blood bank, HTAA]







Registration





> Details
>Weight: ??



> Haemoglobin Test : 12.9 Hg
> Blood Type : A rhesus +ve




Prepare for simple counseling before blood donation. [history, blood pressure, QnA]


Here the place..


Bius


>450 ml per bag


Refreshment




...............

Wednesday, October 27, 2010

26/10/2010.

Willing to do blood donation today.

>Registration.

>weight & height : pass

> 5 hours sleeping time:pass

> haemoglobin check : 12.4hb FAILED! (the qualification is 12.5hb)

0.01 difference is still consider FAILED!

Allah know the best! Examination period.. Pray For Me InsyaAllah..

Sunday, June 6, 2010

Itu dulu...







5tahun meninggalkan bumi barakah Darul Qur`an, rindu akan bumi itu.Amat rindu akan suasana yang aku lalui selama setahun setengah itu. Istiqamah ke masjid solat berjemaah,Istiqamah puasa sunat Isnin Khamis, dan yang paling penting Istiqamah menghafal dan mengulang Qur`an.Aku ingin mencari `aku` yang dulu.....



Akhirnya Sabtu 5Jun 2010 ,1130 pagi aku berada di DQ..~Alhamdulillah~








Darul Qur`an dah banyak berubah.Suasana dan pemandangan masih lagi samaTempat utama yang diziarahi ialah Masjid.Disinilah....Disinilah....Disinilah....Ah, tak mampu nak dihuraikan..terlalu banyak kenangan tersimpan...













Dewan Muktamar




Dulu dan sekarang~

Sekarang makin berisi


Ini port aku dari 1sem sehingga sem3.Lokasi: Soff terakhir berdekatan dengan pintu belakang.Disinilah halaqah kelas tasmi` aku, tempat aku mencari modal hafalan dan ngulang dan tempat aku tidur qailullah.Ya~ mmg sengaja ku pilih lokasi ini kerana ke-stragik-an untuk melihat segala apa yang berlaku di hadapan. =)


Tatkala sedang mengulang , tiba2 memori 5 tahun yang lepas menerjah. Kawan2 tasmi` pun masing2 punya tempat/port tersendiri mereka seperti aku juga.Seorang demi seorang kuingat lokasi dan gaya mereka menghafal. `Ammar berada dihadapanku bersebelahan dengan tiang dengan gaya hayunan badan kedepan-kebelakang. Helmi Yob disebelah kiri dengan gaya ala-ala joget(ini pemerhatian orang yang berada di belakang..;-) )..haha~ Aku tertawa sendirian.Sungguh! Aku merindui zaman istiqamah itu.

Terimbau juga sesi pagi bersama grup kelas tasmi` masing2. Disebelah kiri kelas tasmi kami merupakan grup kelas tasmi Diploma Ustaz Najib.Setiap hari mesti ada anak murid ustaz ini yang akan didenda berdiri! Hujung dihadapan sebelah mimbar, ahli kelas ini buat kerja masing2 gara2 ustaz tak datang. Semua itu kenangan yang da berlalu pergi tapi masih lagi diingati.Semuanya kerana Al Qur`an.


Mampukah aku jadi seperti itu lagi???Doa kalian kupohon..ameen...









Allahumma Zayyinnaa bi ziinatil Qur`an
Wa akrimnaa bi karaamatil Qur`an
Wa sharrifnaa bi syaraafatil Qur`an
Wa albisnaa bi khil`atil Qur`an
Wa `afinaa min kulli bala`id dunya wa `azaabil akhirati bi hurmatil Qur`an
Wa adkhilnal jannata bi syafa`atil Qur`an

Ameen~













Sunday, November 15, 2009

Rindu...































Masjid Darul Qur`an




Aku merindui zaman itu...~





Minggu Orientasi


Apa Tema Kita??!! - Ustaz Zamri Syapik

DEMI ALLAH TERCINTA, AL QURAN TERSEMAT DI DADA!!



Barang amanah: Telur
(telur pecah dalam poket seluar semasa slot ukhuwwah..boleh plak lupa ada telur dalam poket..patutla rasa semcam je.busuk!)



Pembentangan Grup tasmi`



Qiyamullayl



Kawad Kaki



Sorang2 dalam kubur buatan



Merentas bukit,paya, ladang sawit
dan macam2 lagi kenangan ketika Minggu Orientasi



Grup tasmi` bersama Ustaz Najhan Hasan


Dapat ustaz tasmi` yang selalu hadir
Boleh dikira bilangan hari yang beliau tak hadir..


Maka,
tiap-tiap hari lah kena cari modal n iadah n tasmi` depan beliau




Subuh2 lagi da bersiap pakai baju kuliah
malas nak balik bilik lagi pas solat subuh(kelas tasmi` pun dalam masjid gak)
pas subuh iadah atau mantapkan hafalan
kelas tasmi` stat pukul 7.30

pukul 9 rehat

9.30 sambung balik sampai kul 11.


dok library baca paper atau cari buku



1230 makan

balik bilik qailullah

Solat zohor n stay kat masjid

cari hafalan/ modal baru

Kul 4 sblom azan asar, baring lagi.

pas asar, ngulang kalo tak pi main.

kul 6 pi makan..

khidmat diri ,borak2 dengan roomate(baru jupe rumet..huhu)

pi masjid solat maghrib

stay lagi

Isya`




Kul 11 baru balik bilik dalam keadaan mata da penat.

terus tdo!


sok pagi, rutin yang sama..



Mujahadahnya dulu kala..! Allahuakbar!!


Sampai saat Khatam Al Qur`an..


Shababul Muslimin

dan majlis khatam



dan akhirnya Konvo..



Semua jadi saksi...


Ummi Abuya n Abdul Rahman-abang sulong




Sekarang???

Mujahadah??
hafalan??


Tepuk dada, tanya Iman..



"Fastaqim kama umirta..."



Sebuah entri untuk menaikkan semangat mengulang Quran!!

Rabbi yassir wala tu`assir..

Pray for me..
















Friday, October 16, 2009

Resepi Abuya

Post entri kali ini adalah untuk menunaikan permintaan Abang Sulung yang berada jauh diperantauan (huhu....ayat skema.. :-P)..Ini resepi abuya tatkala time belajar dulu2 dan telah diajarkan kepada anaknya sorang ni.haha...


Bahan-bahan:


Daging (ikut kuantiti yang mahu disediakan)



Bawang merah, bawang putih, tomato,bawang besar


Cili tomato, kentang, asam jawa, miyak sapi, buah pelaga,cili hidup





Cara-cara :

1.Tumis bawang sehingga setengah masak.




2.Guna minyak sapi







3.Buah pelaga ditumbuk halus.





3.Campurkan cili hidup



4.masukkan cili tomato dan buag pelaga




5.masukkan daging dan tunggu sehingga bau sebati




5.Kacau



6. masukkan air. (ikut kesesuaian penyediaan)

7.masukkan asam jawa.

8.Setelah beberapa lama, masukkan tomato dan kentang.(kedua-dua dimasukkan lambat kerana cepat lembut)


Tunggu sehingga mendidih dan siap.Alhamdulillah..

SELAMAT MENCUBA!!


Monday, October 12, 2009

Sepetang di SHAS Mosque

Petang itu selepas penat menjaga dan menjalankan hearing screening kepada pengunjung tapak STABAZ (Stall n Bazar), niatku adalah untuk pergi solat maghrib berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.Ahh..terlalu rindu dengan bacaan merdu qiraat imam masjid UIAM yang terkenal dengan pelbagai bacaan qiraat itu. Memori 3 tahun yang lepas datang kembali.Ketika itu, aku di tahun kedua Matrikulasi UIAM, saja datang berziarah ke UIAM Gombak dan ketika itu adalah pada bulan Ramadhan.. Allahuakbar!! Surah Al Isra` Juzu` 15 dialun merdu oleh imam terawikh.Sedikit janggal dengan bacaannya tapi itu memang pernah diajarkan oleh Rasulullah Sollallahu`alaihiwassallam kepada para sahabat radhiallahu`anhum.Mungkin imam tersebut berasal dari tempat yang bacaanya itu memang sangat lazim ditempatnya mengikut pandanganku berdasarkan bentuk tubuh dan wajahnya.Mungkin Rusia, Ukraine, Turki Wallahua`lam. Itulah kelebihan Al Qur`an! Dibaca pula dengan suara yang merdu yang mampu menusuk hati yang keras bak kisah Saidina Umar mendengar bacaan surah Thoha. Subhanallah!




Perasaan dan suasana itu seolah menjelma kembali.Makmum yang ramai memenuhi bahagian hadapan masjid berterawikh bersama-sama. Aku cuba menangkap bacaan-bacaan atau sebutan ayat Qur`an yang mungkin asing bagiku kerana imam membaca mengikut qiraat lain. Rasa bersyukur, hamdalah kerana mendapat peluang yang jarang-jarang aku dapat rasakan.

Maghrib itu, Allah bagi lagi peluang menjadi ma`mum kepada Imam yang sama. Tapi , awal2 lagi da berpesan kepada diri sendiri dan berniat, "aku datang bukan kerana suara imam tu!!" Niat diperbetulkan dan alhamdulillah Allah bagi hidayah.Bermacam-macam perasaan sebenarnya yang bermain.Allah sahaja la yang tahu.Mu`jizat Al Qur`an kan..


Usai solat, kucapai Al Qur`an dan mula mengulang surah Yusuf. Teramat suka dengan Surah Yusuf ini. Satu-satunya surah yang menceritakan tentang Nabi Yusuf sahaja dalam satu surah.Berbanding cerita-cerita nabi-nabi yang lain , yang berulang-ulang dalam surah-surah yang berbeza.Mungkin terkesan dengan "ahsanal qosas" (sebaik2 cerita) yang difirmankan Allah.






Mata melilau melihat jemaah yang masih tinggal untuk menunggu solat Isya`.(sengaja tidak menjama`kan solat maghrib dan isya` kerana merasakan i`tikaf menunggu solat isya` itu lagi baik dari pi tempat yang tak tahu tujuannya.) Ada yang sedang mengaji, berbual-bual, berbaring pun ada..selamber jer baring,perkara biasa.Majoriti berkulit hitam.Tapi di situ ada NUR pada wajah mereka.Hmm..tenang dan redup je memandang mereka.Siapa tahu, walaupun berkulit hitam, hati mereka seputih salji?

Azan isya` tiba-tiba berkumandang. Allahuakbar..Allahuakbar!! Adakah akan berkesempatan lagi untuk solat berjemaah disini?? Wallahua`lam.






" Inna akramakum `indallahi atqaakum!"
Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa.








Bagaimana pula perasaannya kalau berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ya.. Allahuakbar!!










Friday, September 25, 2009

Sinki...

Tolong perhati dan check sinki anda samada sinki tersebut dipasang ala sangkut-sangkut atau memang diskru kukuh. Sudah pecah berteraburan macam gambar di bawah baru tahu sinki tu ala sangkut-sangkut memang sudah terlambat.~Nasi dah jadi bubur~








Hasilnya, kaki anda akan menjadi mangsa..T_T.. tapi tidak semestinya anda!! Bayangkan kalau budak2 cuba nak capai sesuatu kat atas sinki dan....( Na`uzubillah...)






Berjaya dapat satu lagi kenaikan pangkat dengan 8 bintang (baca: 8 jahitan) tapi kali ni kat kaki pulak.. B-)

~Kaffarah dosa?? ameen..~



Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan Batin..Taqabbalallahu minna wa minkum..

Tuesday, June 16, 2009

Walimah 6 Jun.. Updated!







Hantaran








Sarapan



Bergerak ke Masjid Shah Alam


Akad Nikah




Selawat


Rafi` sedang practice untuk walimah seterusnya...hahaha..!




















Next, Walimah di Melaka..soon!! B-)