Showing posts with label puasa~. Show all posts
Showing posts with label puasa~. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

Puasa Muharram, terutama 9 (Tasu`a) dan 10 (`Asyura)











Puasa Muharram, terutama 9 (Tasu`a) dan 10 (`Asyura)

Disunnahkan untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Muharram, berdasarkan hadith Abu Hurairah radhiaLLahu`anh, Nabi Sollallahu`alaihiwasallam bersabda:

“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat malam.”

(Shahih, diriwayatkan oleh Muslim, an-Nasai dan ibnu Majah)

Lebih dianjurkan lagi berpuasa pada 10 Muharram (`Asyura). Diriwayatkan dari Abu Qatadah, Nabi sollallahu`alaihiwasallam pernah bersabda:

“ Puasa hari `Asyura , aku mengharap kepada Allah akan menghapuskan dosa satu tahun yang telah lalu.”

(Shahih diriwayatkan oleh Muslim)

Ibnu Abbas radhiaLLahu`anh pernah ditanya tentang puasa `Asyura. Ia menjawab, “ Aku tidak mengetahui Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam berpuasa dalam satu hari untuk mencari keutamaanya dibandingkan hari-hari yang lain kecuali pada hari ini, dan tidak pula berpuasa dalam satu bulan kecuali bulan ini, yakni bulan Ramadhan.”

(Shahih, diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim)

Disunnahkan pula untuk berpuasa pada hari sebelumnya, iaitu pada tanggal Sembilan Muharram, berdasarkan hadis Ibnu Abbas radhiaLLahu`anhuma. Ia berkata,

“ Ketika Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam melaksanakan puasa `Asyura dan memerintahkan para sahabat melaksanakannya, maka mereka berkata, “ Wahai Rasulullah, hari tersebut adalah hari yang diagung-agungkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.” Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam berkata, “ Insya Allah, pada tahun depan kita akan berpuasa pada tanggal Sembilan.” Tetapi belum sampai pada tahun depannya, beliau sollallahu`alaihiwasallam sudah wafat.”

(Shahih diriwayatkan oleh Muslim)

Di antara ulama yang berpendapat disunnahkan menggabungkan puasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram(puasa berturut-turut) adalah Imam Malik, Imam Asy-Syafi`I dan Imam Ahmad, sehingga tidak menyerupai kaum yahudi yang berpuasa pada tanggal sepuluh sahaja.

(Syarh az-Zarqani dan al-Majmu`)

Catatan: Sebahagiab ulama ada yang berpendapat disunnahkan berpuasa pada tanggal 11 Muharram, disamping tanggal 9 dan 10 Muharram. Mereka berpendapat dengan hadis yang diriwayatkan dari Ibnu `Abbas radhiaLLahu`anhuma , Nabi Sollallahu`alaihiwasallam bersabda:

“ Berpuasa pada hari `Asyura dan selisihilah kaum Yahudi, dengan berpuasa satu hari sebelumnya dan satu hari setelahnya.” (Hadis dha`if diriwayatkan oleh Ahmad, al-Humaidi, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain lagi)

Hanya hadis ini Dhaif sekali. Jadi tidak dapat dijadikan sebagai dalil tentang disunnahkanya pada tanggal 11 Muharram. Wallahua`lam..

SHAHIH FIQIH SUNNAH-JILID 3












Sunday, June 13, 2010

PUASA SUNAT (BULAN REJAB)







Alhamdulillah, berkumandangnya azan maghrib tadi kita telah memasuki bulan Rejab. Dan yang pastinya menghampiri Ramadhan Al Mubarak~ .Diceritakan, para Salafussoleh, 6 bulan sebelum Ramadhan, mereka telah berdoa supaya dipanjangkan umur supaya dapat beribadah dalam bulan yang terdapat pada malamnya Laylatul Qadr.Kemudian selepas 6 bulan Ramadhan berlalu mereka masih lagi berdoa supaya amal ibadah mereka semasa bulan Ramadhan lalu diterima Allah.

Seringkali terdengar doa ~ Allahumma barik lana fi rajaba wa sya`bana wa ballighna Ramadhan~ (wallahua`lam status doa ini samada hadis nabi atau hanya doa dari ulama`).



Sekadar men`copy-paste` soal jawab mengenai puasa.Sekurang2nya kita tahu amalan yang dilakukan oleh Rasulullah sollallahu`alaihiwassalam...:


Apakah ada kelebihan khusus bagi puasa di bulan Rejab?

Tidak ada kelebihan khusus bagi puasa bulan Rejab selain dari kedudukannya sebagai salah satu dari bulan-bulan Haram yang dinyatakan tadi.

Said bin Jubair r.a. (seorang Tabi’iin) pernah ditanya berkenaan puasa Rejab. Beliau menjawab; Aku telah mendengar Ibnu ‘Abbas r.a. berkata; “Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung” (Riwayat Imam Muslim).

Dengan berdalil hadis dari Ibnu ‘Abbas tersebut, Imam Said bin Jubair ingin menjelaskan kepada kita bahawa hukum berpuasa di bulan Rejab sama seperti berpuasa di bulan-bulan yang lain iaitu tidak ada tegahan dan tidak ada galakan secara khusus. Cuma berpuasa pada asasnya memang digalakkan pada setiap bulan dan lagipun terdapat pula hadis mensunatkan kita berpuasa di bulan-bulan Haram di mana bulan Rejab tergolong di dalamnya.[1]

Nota kaki;

[1] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, jil. 8, hlm. 41.






Apa yang dimaksudkan dengan puasa Nabi Daud a.s.? Apa fadhilatnya?

Puasa Nabi Daud a.s. bermaksud; puasa sehari dan berbuka sehari dengan mengecualikan hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu dua hari raya dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Dzul-Hijjah). Kelebihannnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).