Showing posts with label Tazkirah~ hadis~. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah~ hadis~. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Larangan Melintasi Orang Yang Sedang Solat

Hadis Abu Juhaim r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya orang yang melintasi di hadapan orang sembahyang itu tahu betapa besar dosanya nescaya lebih baik dia berhenti selama 40 dari melintas di hadapan orang sembahyang. Abu An-Nadri berkata: Aku tidak pasti adakah baginda mengatakan 40 hari, 40 bulan atau tahun.

عَنْ أَبُو جُهَيْمٍ قَالَ:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ قَالَ أَبُو النَّضْرِ لَا أَدْرِي قَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً


HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SOLAT
BAB : Menahan Orang Yang Melintas Di Hadapan Orang Sembahyang



Saturday, November 6, 2010

Sunnah Memberi Salam Ketika Masuk Rumah Sendiri

Dari Anas radhiaLLahu`anhu berkata: "Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam bersabda kepadaku: " Wahai anakku , apabila kamu datang kepada keluargamu maka ucapkanlah SALAM nesacaya kamu dan keluargamu mendapat BARAKAH."
(Hadis Riwayat At Turmudzy)

Salah satu kelaziman orang tua saya apabila beliau pulang dari kerja atau masuk kedalam rumah, beliau akan memberi salam dengan kuat. Sehinggakan kami yang berada di tingkat atas pun boleh mendengar ucapan salam tersebut. Mempraktiskan sunnah yang didalamnya terdapat keberkatan dan hikmahnya kami tahu yang beliau sudah pulang. Seingat saya sejak kecil beliau akan memberi salam dengan kuat apabila sampai ke rumah sehinggakan intonasinya masih saya ingat.


Saya dan anda bagaimana pula? Jom praktis!



رب غفرلي ولوالدي ورحمهما كما ربيني صغيرا


Tuesday, September 8, 2009

Ada apa dengan 09/09/09???

Takde pape pun.


Setakat nombor tarikh, hari , dan tahun je yang sama. 09/09/09.


Kalo nak ikut tarikh Islam, maghrib nanti da dikira hari baru.


Ha, kalo camtu, barulah o9/o9/o9 itu begitu bermakna!!


WHY??!!












Da masuk 10 malam terakhir Ramadhan>>>>20 Ramadhan 1430<<<



">Sabda Rasulullah SAW:"Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala diampunkan dosanya yang telah lalu, dan sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala diampunkan dosanya yang telah lalu.


Salam Laylatul Qadr.............

Thursday, July 2, 2009

Atadaruuna manil MUFLIS!!




Tahukah siapa Orang Muflis?!!



Sabda Rasulullahi Sollallahu `alaihi wasallam kepada Sahabat radhiallahu`anhum..

Atadaruuna manil muflis??
~siapakah orang yang muflis?~



Sahabat radhiallahu`anhum menjawab..

~orang yang tidak mempunyai dinar dan dirham~



Sabda Rasulullahi sollallahu`alaihi wasallam..

~orang yang muflis ialah orang yang datang dengan pahala yang banyak pada hari kiamat nanti ; pahala puasanya, pahala zakatnya, pahala hajinya, pahala umrahnya,pahala sadaqahnya dan bermacam2 lagi pahala kebaikan yang dilakukannya, tetapi orang ini telah menzalimi orang lain, mengumpat orang lain dan kejahatan lain yang dilakukannya, maka orang yang dizalimi atau yang dilakukan kejahatan terhadapnya meminta hak mereka.Lalu pahala orang tadi diberikan kepada orang yang menuntut atas perbuatan jahatnya sehingga habis semua pahala orang tadi sedangkan masih ada lagi orang meminta haknya.Lalu, dosa orang yang meminta haknya itu dicampakkan kepada orang yang menzaliminya dan orang itu pun dicampakkan ke dalam api neraka..!

Aw kama Qol.... Shahih Bukhari, Bab menzalimi orang lain.

sedih


Catatan :

Fulus atau Falsan dalam bahasa Arab bermaksud duit.tapi duit yang dimaksudkan adalah duit syiling (tembaga).Dalam bahasa Melayu, istilah `sen` yang kita gunakan adalah berasal daripada kalimah Falsan ---> san ---> sen iaitu nilai yang paling rendah. (20 sen!! peace)

Adapun istilah muflis itu merujuk kepada si pelaku ( fa`il )yang menunjukkan si pelaku hanya mempunyai duit syiling (sen) sahaja; tiada dinar (emas) mahupun dinar (perak)!!


p/s: Muflis akhirat ??