Showing posts with label Al Qur`an~. Show all posts
Showing posts with label Al Qur`an~. Show all posts

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan VS Al Qur`an

Ramadhan Mubarak! Ramadhan yang penuh keberkatan bakal muncul dalam beberapa hari lagi. Bulan yang diwajibkan berpuasa padanya 30 hari sepertimana yang telah diperintahkan ke atas umat2 yang terdahulu.
Hanya bulan Islam Ramadhan sahaja yang disebut dalam Al Quran.Adapun bulan2 lain langsung tidak disebut.Pemberitahuan tentang turunnya Al Quran adalah pada bulan RAMADHAN. Maka, Al Quran dan Ramadhan memang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah, 185:





‎"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”


Dijadikan setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Apa yang berlaku di akhir tahun pengajianku ini memang sesuatu pedih dan di luar jangkaan. Kita hanya merancang dan Allah jua lah sebaik2 perancang. Hikmah-hikmah yang tersembunyi bakal muncul, InsyaAllah~

Tahun ini ditaklifkan menjadi imam terawih memandangkan bulan puasa ini cuti dari apa2 kelas/ pengajian. Sebelum2 ini, keberadaan yang jauh di Kuantan nun di pantai Timur dan jadual kelas yang penuh dalam bulan Ramadhan membuatkan aku menolak tawaran tersebut. Kalau ada pun sehari je sebelum berakhirnya Ramadhan.Biarlah dengan dengan cara ini menjadi wasilah aku mengulang Al Qur`an.



Sememangnya tahun ini memang kuat cabaran bagiku. Berpasangan dengan orang yang da 27tahun menjadi imam terawih di negeri Melaka ini nak bandingkan diriku yang setahun jagung.Ya, pasti aku gelabah atau gugup.. Sedangkan beliau sendiri pernah bercerita, waktu yang paling mencabar ketika menjadi imam adalah sewaktu gurunya menjadi makmum di belakangnya.Serba tak kena jadinya~ Anggapla ini sebagai permulaan untukku..ameen insyaAllah~

Pemilihan tahun ini berdasarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi setiap Parlimen dalam negeri Melaka.


Darul Quran

Ditakdirkan Allah Sabtu yang lepas menemani ummi ke walimah kawannya di Rawang. Niat di hati, alangkah baiknya kalau dapat ziarah ke Darul Qur`an selepas itu. beza dalam 30 kilometer sahaja lagi. Alhamdulillah niat itu tercapai. Sememangnya aku memang rindu akan Darul Quran ini.Tempat mula2 aku menghafal Al Quran. Difahamkan DQ baru sahaja selesai ber-Konvokesyen dan pelajar Diploma sedang bercuti. Kebiasaan kalau pelajar Diploma sedang bercuti, pelajar persijilan masih ada. Tapi hari itu, masjid kekosongan.Pelik~ Masjid ini sentiasa ada orang masa zaman ku dulu. Kalau tak ramai pun, pasti ada seorang dua yang sibuk mengulang atau mencari modal hafalan. Ternyata hari itu lain dari yang lain.

Selesai solat jama`-qasar, memoriku datang kembali. Ini merupakan kali kedua aku hadir ke Darul Qur`an selepas konvokesyenku. Kali pertama disini.. Kenangan2 itu datang kembali macam semalam je berlaku..Yang pasti bila kembali ke sini, pasti aku tersenyum sorang2 mengimbau kenangan 6tahun yang lepas.=)

Wallahua`lam, masjid DQ/Huffaz da banyak kesan tahi burung di dinding mahupun di lantai seolah2 tiada yang menjaganya.mungkin tempat tersebut terlalu tinggi untuk dicapai. Abang2 info seni masih ada lagi kah?




Tak sangka aku memakai baju yang sama seperti ziarah/kunjungan kali yang pertama.. ;)








Merenung kembali tempat aku istiqamah mengulang dan mencari modal Adakah istiqamah itu hanya disini?? Darul Quran mungkin tempat yang amat sesuai bagi ku untuk bermuhasabah~

Tolong Doakan diriku ....

Syukran~


Friday, April 29, 2011

Persaudaraan




Dalam Al Qur`an ada disebut beberapa jenis persaudaraan:


1) Persaudaraan adik beradik:


وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ يَجُرُّهُ إِلَيْهِ قَالَ ابْنَ أُمَّ

Dan Musapun melemparkan luh-luh (Taurat) itu dan memegang (rambut) kepala saudaranya (Harun) sambil menariknya ke arahnya, Harun berkata: "Hai anak ibuku, ....



2) Persaudaraan satu bangsa/kaum:


وَإِلَى عَادٍ أَخَاهُمْ هُوداً

Dan kepada kaum 'Ad (Kami utus) saudara mereka, Huud.



وَإِلَى ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحاً

Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh.




3) Persaudaraan satu negeri/kampung:


وَإِلَى مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْباً
Dan kepada (penduduk) Mad-yan (Kami utus) saudara mereka, Syu'aib.




Dan yang paling tinggi disisi Islam ialah



4) persaudaraan sesama Muslim:



إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.













Monday, January 10, 2011

KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK

Kaedah yang mudah dan cepat untuk mencari muka surat awal juzuk RASM UTHMANI SAHAJA . Artikel asli dari sini..

Bagi sesebuah institusi tahfiz atau pusat pengajian menghafaz al-Quran yang menggunakan kaedah tasmik menggunakan silibus sukatan berpandukan muka surat. Sudah pasti menjadi masalah bagi guru-guru dan juga pelajar untuk mengingati nombor muka surat yang telah mereka hafaz.

Saya sendiri mengalami masalah ini ketika menjadi guru hafaz bagi pelajar tingkatan satu. Waktu itu, apabila ditanya sampai manakah hafazan mereka? Pelajar tidak memberitahu ayat atau maqra’ mana yang telah mereka hafaz, sebaliknya mereka hanya memberitahu muka surat yang telah dihafaz.

Jadi, untuk memudahkan guru-guru hafaz dan juga pelajar-pelajar. Saya ingin kongsikan kaedah ringkas untuk mengenal pasti muka surat pada setiap awal juzu’.

Untuk pengetahuan anda, di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Setiap satu juzu’ mengandungi 20 muka surat. Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.

KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK

Formulanya amat mudah :

(x – 1) 2 +2

Sekali pandang macam rumuz algebra pulak jadinya. Saya sengaja berbuat demikian agar mudah untuk anda mengingatinya. x yang dimaksudkan itu adalah juzu’ yang hendak anda cari muka suratnya.

Jadi, juzu’ yang hendak dicari ditolak dengan angka 1. Kemudian jumlah yang telah anda dapati tersebut di darab pula dengan 2. Hasil jawapan tersebut hendaklah ditambah dengan angka 2 dihujungnya.

Lihat contoh ini :

Katakan juzu’ yang anda ingin ketahui muka suratnya adalah juzu’ 6. Maka, pengiraannya adalah seperti berikut :

6 – 1 = 5

5 x 2 = 10

10 ditambah angka 2 dihujungnya = 102

Anda tidak percaya dengan jawapan tersebut? Lihat gambar al-Quran di bawah :

Muka Surat Awal Juzu 6

Begitu juga jika anda ingin mendapatkan awal muka surat dalam juzu’ lain. Contohnya juzu’ 30 :

30 – 1 = 29

29 x 2 = 58

58 ditambah angka 2 dihujungnya = 582

Muka Surat Awal Juzu 30

Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai digunapakai pada al-Quran Rasm Uthmani sahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital. Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i atau lebih dikenali dengan istilah “al-Quran Majeed” adalah berlainan.

Selamat mencuba dan saksikan keajaiban yang berlaku…!!!
















Monday, December 6, 2010

Perjanjian

[Kuliah Tafsir]
[Masjid Al Azim]
[Selepas Magrib]


وَأَوْفُواْ بِعَهْدِ اللّهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلاَ تَنقُضُواْ الأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلاً
إِنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ


Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.




1. Munafik terbahagi kepada 2 : Munafik I`tiqadi (Aqidah) dan Munafik `Amali (amalan). Munafik I`TIQADI hanya berpura-pura beriman kepada Allah dan Rasulnya sedangkan hatinya kufur. Manakala Munafik `AMALI , perbuatannya menyerupai amalan orang munafik sedangkan dia masih lagi beriman kepada Allah dan Rasulnya. Ditakuti, jika sudah terbiasa dengan munafik `amali, akan menjurus kepada munafik i`tiqadi.

2. Tanda orang munafik ada 3; Apabila bercakap, dia berdusta.Apabila dia berjanji, dia mungkiri.Apabila dia diamanahkan, dia khianati.

3. Ayat di atas menerangkan akan kewajipan menepati janji. Dalam ayat yang lain Allah berfirman ;

وَأَوْفُواْ بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْؤُولاً

Penuhilah janji: Sesungguhnya janji itu itu akan minta dipertanggungjawabkan

4. Jika diimbau dan dikaji semula sirah Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam, kebanyakan perjanjian yang dibuat antara Rasulullah dan Musyrikin Mekah akhirnya dikhianati sendiri oleh golongan Musyrikin.

5. Inilah yang terjadi dalam peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Makkah) hasil dari pengkhianatan Musyrikin atas perjanjian yang dimeterai..