Thursday, October 29, 2009

EXAMINATION MODE





















Final Examination just around the corner.Preparation must be done mentally and physically. Please pray for me..

Rabbi yassir wala tu`assir...



04 November 09
WEDNESDAY
9.00am

AHS 3102
RESEARCH METHODOLOGY




06 November 09
FRIDAY
9.00am

AHA 3153
ELECTROPHYSIOLOGY AND VESTIBULAR TEST




11 November 09
WEDNESDAY
2.30pm


LEARNING PROCESS AND SPECIAL NEEDS
AHA 3172





13 November 09
FRIDAY
3.00pm

AUDITORY AMPLIFICATION
AHA 3113



15 November 09
SUNDAY
9.00am

PAEDIATRIC AUDIOLOGY
AHA 3123


18 November 09
WEDNESDAY
9.00am

AUDIOLOGY CLINIC
AHA 3133



19November 09
THURSDAY
11.00am

VIVA


















Wednesday, October 28, 2009

Madu..




عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ أَخِي اسْتَطْلَقَ بَطْنُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْقِهِ عَسَلًا فَسَقَاهُ ثُمَّ جَاءَهُ فَقَالَ إِنِّي سَقَيْتُهُ عَسَلًا فَلَمْ يَزِدْهُ إِلَّا اسْتِطْلَاقًا فَقَالَ لَهُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ جَاءَ الرَّابِعَةَ فَقَالَ اسْقِهِ عَسَلًا فَقَالَ لَقَدْ سَقَيْتُهُ فَلَمْ يَزِدْهُ إِلَّا اسْتِطْلَاقًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَ اللَّهُ وَكَذَبَ بَطْنُ أَخِيكَ فَسَقَاهُ فَبَرَأَ


Abu Sa'id Khudri reported that a person came to Allah's Apostle (may peace be upon him) and told him that his brother's bowels were loose. Thereupon Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Give him honey. So he gave him that and then came and said: I gave him honey but it has only made his bowels more loose. He said this three times; and then he came the fourth time, and he (the Holy Prophet) said: Give him honey. He said: I did give him, but it has only made his bowels more loose, whereupon Allah's Messenger (may peace be upon him) said: Allah has spoken the truth and your brother's bowels are in the wrong. So he made him drink (honey) and he was recovered. This hadith has been narrated on the authority of Abu Sa'id Khudri through another chain of transmitters but with a slight variation of wording.




Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w lalu berkata: Saudaraku terasa mual-mual perutnya. Rasulullah s.a.w bersabda: Berilah beliau meminum madu! Setelah lelaki itu memberikan madu kepada saudaranya, beliau datang lagi kepada Nabi s.a.w dan menyatakan: Aku telah memberinya minum madu, tetapi perut beliau bertambah memulas. Kejadian itu berulang sehingga tiga kali. Pada kali yang keempat, Rasulullah s.a.w bersabda: Berilah beliau minum madu! Lelaki tersebut masih lagi menyatakan: Aku benar-benar telah memberinya minum madu, tetapi perut beliau bertambah memulas. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Maha benar Allah yang telah berfirman: Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalam minuman itu terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Oleh itu, mungkin ada yang tidak sesuai dengan perut saudaramu itu. Akhirnya Rasulullah s.a.w sendiri yang memberikan minum madu dan sembuhlah saudara lelaki itu.




HADIS : RIWAYAT MUSLIM
KITAB : SALAM
BAB : Berubat Dengan Cara Meminum Madu





Tuesday, October 27, 2009

AGM HEALS 08/09














Annual General Meeting (AGM) 08/09





Malam tadi berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan @ Mu`tamar Thanawi @ Annual General Meeting HEALS 08/09 bertempat di Auditorium Kulliyyah of Medicine (KOM). Sebelumnya, acara bermula di masjid dengan tazkirah dan majlis ifthor di lobi KOM.Kehadiran agak membanggkan terutamanya dikalangan sisters. Brothers?? macam biasala ek.

AGM memang sinonim dengan proses pertukaran kuasa dari tenure yang lama ke tenure yang baru. Yang berkuasa selama setahun akan turun menjadi ahli biasa dan yang baru akan memegang tampuk kuasa. Lumrah kejadian sememangnya begitu. Yang terus kekal hanyalah yang menciptakan dan mentadbir alam ini.Maha Suci Allah .. Subhanallah...





MAINBOARD VS EXCO


Aku punyai pengalaman dalam 2 posisi penting dalam Heals dengan tenure yang berbeza2; Headcomm Da`wah dan Tarbiyyah(07/08) dan Vice President 2 [Bro] (08/09). Dan kalaulah ditanya post mana yang lebih aku sukai, pasti aku akan jawab, jadi EXCO! Hairan? Ya, di situ aku rela dikerah untuk menjadi 2 peranan iaitu sebagai orang yang bagi arahan dan pada masa yang sama bergerak dan melaksanakan bersama2 dengan orang yang diarah. Di situ ada kepuasan..! Posisi yang melatih communication skill dengan admin , mainboard dan ahli terutamanya. Posisi yang selalu ke bilik Madam Narimah Deputy Dean Student Affairs semata-mata untuk mendapatkan approval program yang dirancang.huhu.. Posisi yang selalunya bila berhadapan dengan Madam, abis proposal programku diconteng(madam sangat particular tentang Grammar..hahaha), diarah tukar itu dan ini dan pernah juga direject begitu saja. Di situ ada kepuasan!! (puas ke atau tak puas hati??)







Vice President 2 HEALS 08/09






Berbeza dengan jawatan dalam mainboard.Wallahua`lam, mungkin peranan sebagai orang yang mengarah dan memerhati biro tidak memberikan impak yang besar dalam diriku.Aku menjadi pasif dalam keadaan-keadaan tertentu. Sumbangan? Actions speak louder than words...Lebih menyedihkan lagi, banyak program kami yang tak dapat dilaksanakan pada sem lepas kerana budget yang sedikit dan ditunda ke sem ini juga tidak dapat dilaksanakan gara-gara H1N1.Semua program WAJIB ditunda! Maka apa yang dapat kami lakukan?? ~FaSobrun Jameel~ Sabar kan Indah...(^-~)






Penyerahan kuasa kepada VP2 yang baru
Bro Ramadhan
(Rayyan to Ramadhan: Pintu puasa kepada Bulan puasa.. :-))




Apa2 pun syukur, hamdalah kerana diberikan peluang untuk merasai 2 post yang berbeza, berpresidentkan dengan gaya dan cara masing2, bekerja sebagai teamwork dalam Heals dan segala pengalaman berharga yang dikutip yang mungkin orang lain tak dapat atau tidak sempat merasa peluang tersebut.Alhamdulillah.





HEALS 08/09

President: Mohd Irfan Roslee
Vice President 1: Noorsakini bt Salleh
Vice President 2: Mohd Rayyan bin Abdul Rahim

Secretary General: Azuwan Musa
Asst Secretary General: Marlina bt Mohd Zain

Treasurer: Nur Nadhirah bt Khairuddin
Asst Treasurer: Mohd Firdaus bin Nazr Shaharuddin

Da`wah and Tarbiyyah Bureau
Mohd Naim bin Abdul Rahim
Tasnim bt Lutfi

Special Task and Welfare Bureau
Mohammad Amir Hakim b Mat Jusoh
Noor Taufikiah bt Harun

Entrepreneurship Bureau
Muhammad Huzaifah b Ahmad
Sh. Nurhidayah bt Sy. Abu Bakar

Education and Information Bureau
Mohd Ramadhan b Abdul Hamid
Nur Aida Madiha bt Che Rahim

Sport and Recreation Bureau
Ahmad Huzaifah b Usoh@ Yusoff
Nur Syazriena bt Ghazali









HEALS 09/10

President: Abdul Rahman bin Al Azmi
Vice President 1: Izzati Sarah
Vice President 2: Mohd Ramadhan bin Abdul Hamid

Secretay General: Azuwan Musa
Asst. Secretary General: Fatimah Amirah

Treasurer: Lyana
Asst. Treasurer: Mohd Naim Abdul Rahim

Excos
Mohd Hafizi Mohd Nor
Lukmanul Hakim
Amir Hakim

Anis Nadia
Izzah Ismail

yang len tak kenal..huhu sori..














Lagi berita di sini dan sini


Sunday, October 25, 2009













Hadith Keempat


Dari Abdullah bin Abi Talhah, dari bapanya (Abi Talhah), ia berkata: Bahawsanya Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam pernah datang pada suatu hari sedangkan kegembiraan terlihat di wajahnya.Maka kami pun bertanya : "Ya Rasulullah, sesungguhnya kami melihat kegembiraan di wajahmu yang belum pernah kami melihatnya?"


Jawab baginda: " Benar! Sesungguhnya telah datang kepadaku seorang malaikat (dalam riwayat lain baginda bersabda: Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku), lalu ia berkata kepadaku:

"Ya Muhammad! Sesungguhnya Tuhanmu telah berfirman kepadamu: "Tidakkah engkau redha bahawa taida seorang pun dari umatmu yang berselawat kepadamu satu kali melainkan AKU akan berselawat kepadanya sepuluh kali, dan tiada seorang pun dari umatmu yang akan mengucapkan salam kepadanya sepuluh kali"
Jawabku: " Aku redha wahai Tuhanku."



Shahih :Nasa`i (3/44dan 50), Ahmad (4/30), Darimi (2/317), Ibnu Hibban (no.2391 -Mawarid), Hakim (2/420)




































Hadith Ketiga


`Dari Anas bin Malik, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah Sollallahu`alaihiwasallam: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali selawat, nescaya Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan dihapuskan darinya sepuluh kesalahan serta diangkat baginya sepuluh darjat."


Shahih. Dikeluarkan oleh imam-imam: Nasa`i (3/50), Bukhari dalam kitabnya Adab al-Mufrad (no.643), Ibnu Hibban (2390), Hakim (1/550), Nasa`i juga dalam kitabnya `Amalul yaum (no.62)

































Hadith Kedua



"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat, nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh kali."

Shahih. Dikeluarkan oleh Muslim (2/4)






*matan berbeza







Keutamaan Selawat dan Salam kepada Nabi Sollallahu`alaihiwassalam














Hadith Pertama

"Dari Abu Hurayrah radhiallahu`anhu berkata: Bahawasanya Rasulullah sollallahu`alaihiwasallam telah bersabda: `Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, nescaya Allah akan berselawat kepadanya 10 kali'."

Shahih: Muslim (2/17), Abu Daud (no 1530), Nasa`i (3/50), Tirmidzi (no 483), Ahmad (2/262,372,485), Darimi (2/317), Bukhari dalam Kitabnya Adab al -Mufrad (no 645)















Monday, October 19, 2009

Puasa Enam & Penutup Syawal

Alhamdulillah, tinggal sejam lagi Syawal akan pergi dan digantikan Zulqa`idah.Bagaimana puasa enam kita? Kesilapan yang biasa berlaku, kita suka bertangguh-tangguh untuk menyelesaikan puasa 6.Akibatnya, bila rujuk kalendar balik, 'ngam-ngam' ada 6 hari lagi!! Tempoh 6 hari tu pula penuh dengan acara-acara yang memerlukan tenaga yang maksimum!..mau atau tidak, terpaksa la berpuasa juga sepanjang 6 hari ni semata-mata mahu ganjaran seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.



1 amalan =10 kebajikan


Ramadhan- 30 hari
30 x 10 = 300kebajikan


Syawal- 6hari
6 x 10 = 60 kebajikan


300+60 = 360,
bersamaan dengan setahun(360 hari)


Alhamdulillah atas ni`mat dan hidayah ini..




عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Abu Ayyub Al-Anshari radhiallahu 'anhu meriwayatkan:

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu diikuti dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun . (HR. Muslim).







Friday, October 16, 2009

Resepi Abuya

Post entri kali ini adalah untuk menunaikan permintaan Abang Sulung yang berada jauh diperantauan (huhu....ayat skema.. :-P)..Ini resepi abuya tatkala time belajar dulu2 dan telah diajarkan kepada anaknya sorang ni.haha...


Bahan-bahan:


Daging (ikut kuantiti yang mahu disediakan)



Bawang merah, bawang putih, tomato,bawang besar


Cili tomato, kentang, asam jawa, miyak sapi, buah pelaga,cili hidup





Cara-cara :

1.Tumis bawang sehingga setengah masak.
video



2.Guna minyak sapi


video




3.Buah pelaga ditumbuk halus.

video



3.Campurkan cili hidup
video


4.masukkan cili tomato dan buag pelaga

video


5.masukkan daging dan tunggu sehingga bau sebati
video



5.Kacau
video


6. masukkan air. (ikut kesesuaian penyediaan)

7.masukkan asam jawa.

8.Setelah beberapa lama, masukkan tomato dan kentang.(kedua-dua dimasukkan lambat kerana cepat lembut)


Tunggu sehingga mendidih dan siap.Alhamdulillah..

SELAMAT MENCUBA!!


Monday, October 12, 2009

Sepetang di SHAS Mosque

Petang itu selepas penat menjaga dan menjalankan hearing screening kepada pengunjung tapak STABAZ (Stall n Bazar), niatku adalah untuk pergi solat maghrib berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.Ahh..terlalu rindu dengan bacaan merdu qiraat imam masjid UIAM yang terkenal dengan pelbagai bacaan qiraat itu. Memori 3 tahun yang lepas datang kembali.Ketika itu, aku di tahun kedua Matrikulasi UIAM, saja datang berziarah ke UIAM Gombak dan ketika itu adalah pada bulan Ramadhan.. Allahuakbar!! Surah Al Isra` Juzu` 15 dialun merdu oleh imam terawikh.Sedikit janggal dengan bacaannya tapi itu memang pernah diajarkan oleh Rasulullah Sollallahu`alaihiwassallam kepada para sahabat radhiallahu`anhum.Mungkin imam tersebut berasal dari tempat yang bacaanya itu memang sangat lazim ditempatnya mengikut pandanganku berdasarkan bentuk tubuh dan wajahnya.Mungkin Rusia, Ukraine, Turki Wallahua`lam. Itulah kelebihan Al Qur`an! Dibaca pula dengan suara yang merdu yang mampu menusuk hati yang keras bak kisah Saidina Umar mendengar bacaan surah Thoha. Subhanallah!




Perasaan dan suasana itu seolah menjelma kembali.Makmum yang ramai memenuhi bahagian hadapan masjid berterawikh bersama-sama. Aku cuba menangkap bacaan-bacaan atau sebutan ayat Qur`an yang mungkin asing bagiku kerana imam membaca mengikut qiraat lain. Rasa bersyukur, hamdalah kerana mendapat peluang yang jarang-jarang aku dapat rasakan.

Maghrib itu, Allah bagi lagi peluang menjadi ma`mum kepada Imam yang sama. Tapi , awal2 lagi da berpesan kepada diri sendiri dan berniat, "aku datang bukan kerana suara imam tu!!" Niat diperbetulkan dan alhamdulillah Allah bagi hidayah.Bermacam-macam perasaan sebenarnya yang bermain.Allah sahaja la yang tahu.Mu`jizat Al Qur`an kan..


Usai solat, kucapai Al Qur`an dan mula mengulang surah Yusuf. Teramat suka dengan Surah Yusuf ini. Satu-satunya surah yang menceritakan tentang Nabi Yusuf sahaja dalam satu surah.Berbanding cerita-cerita nabi-nabi yang lain , yang berulang-ulang dalam surah-surah yang berbeza.Mungkin terkesan dengan "ahsanal qosas" (sebaik2 cerita) yang difirmankan Allah.






Mata melilau melihat jemaah yang masih tinggal untuk menunggu solat Isya`.(sengaja tidak menjama`kan solat maghrib dan isya` kerana merasakan i`tikaf menunggu solat isya` itu lagi baik dari pi tempat yang tak tahu tujuannya.) Ada yang sedang mengaji, berbual-bual, berbaring pun ada..selamber jer baring,perkara biasa.Majoriti berkulit hitam.Tapi di situ ada NUR pada wajah mereka.Hmm..tenang dan redup je memandang mereka.Siapa tahu, walaupun berkulit hitam, hati mereka seputih salji?

Azan isya` tiba-tiba berkumandang. Allahuakbar..Allahuakbar!! Adakah akan berkesempatan lagi untuk solat berjemaah disini?? Wallahua`lam.






" Inna akramakum `indallahi atqaakum!"
Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa.








Bagaimana pula perasaannya kalau berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ya.. Allahuakbar!!